Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 87

MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

MODUL LATIHAN 7 LANGKAH


KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukar kepada apa-apa bentuk dengan sebarang cara sekalipun
tanpa izin bertulis daripada penerbit.

EDITOR : DR. MOHAMAD ISA BIN AMAT


: DR. MUHAMMAD KHAIRI BIN MAHYUDDIN

PENGANTAR : CP DATO’ SRI ZULKIFLI BIN ABDULLAH

PENULIS : DR. MOHAMAD ISA BIN AMAT


: DR. MUHAMMAD KHAIRI BIN MAHYUDDIN
: DR.KHAIRUNNEEZAM BIN MOHD NOOR
: DR. ROSLEE BIN AHMAD
: DR. KU SUHAILA BT KU JOHARI
: NURFARHAH BT MOHD NAJIB
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

ISI KANDUNGAN

Kata Pengantar 1
Kata Alu-Aluan Editor 2
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan 4-5
2.0 Objektif Modul 6
3.0 Aplikasi Modul Menggunakan Konsep Tazkiyat Al-Nafs 7
4.0 Pelaksanaan Modul 8-11
4.1 Sesi 1 12-26
4.2 Sesi 2 27-34
4.3 Sesi 3 35-37
4.4 Sesi 4 38-44
4.5 Sesi 5 45-51
4.6 Sesi 6 52-64
4.7 Sesi 7 65-70
4.8 Sesi 8 71-75
4.9 Sesi 9 76-80
5.0 Rujukan 81-82
6.0 Biodata penulis 83
7.0 Indeks 84
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Kata Pengantar
CP Dato’ Sri Zulkifli Bin Abdullah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh.

Puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Yang Maha Esa, kerana berkat limpahan kurnia-Nyalah buku
Modul Latihan 7 Langkah Kepulihan dalam Penagihan ini dapat diselesaikan.Tahniah dan syabas
diucapkan kepada kumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (Asian
Centre For Research On Drug Abuse - ACREDA), Universiti Sains Islam Malaysia dengan dibiayai oleh
Geran Penyelidikan Ilmiah AADK 2017 Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha sama
penyelidikan dalam membanteras dadah habis-habisan di negara kita.

Modul latihan 7 langkah kepulihan dalam penagihan merupakan satu pendekatan psiko-spiritual
Islam dalam program pencegahan dan pemulihan dadah kepada komuniti aftercare. Ini berkesinambungan
kepada program yang perkenalkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) iaitu modul Islamic
Spiritual Rehabilitation Approach (ISRA) yang telah diperkenalkan pada tahun 2015. Justeru, penumpuan
khusus telah diberikan kepada pelatih dengan diberikan kepada peranan agama dalam membantu mencegah
serta disusuli dengan kaedah pemulihan secara rohani. Selain program rawatan sedia ada, rawatan Islam
secara spiritual ini dapat membantu penagih untuk pulih sepenuhnya, namun demikian rawatan serta
pemulihan secara saintifik dan spiritual perlulah bergerak seiring. Saya berharap agar Modul Latihan 7
Langkah Kepulihan dalam Penagihan ini menjadi kesinambungan yang lestari kepada klien-klien yang
telah mengikuti program ISRA dalam institusi dan klien beragama Islam secara amnya.

Akhir kata saya mengucapkan selamat maju jaya dalam melaksanakan intervensi dengan penuh
dedikasi kepada semua pihak yang terlibat. Semoga penglibatan ini dapat merealisasikan hasrat negara ke
arah Negara Bebas Dadah 2020.

“Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita”.

YANG BERHORMAT CP DATO’ SRI ZULKIFLI BIN ABDULLAH


Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK)
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Kata Alu-aluan Editor


Dr. Mohamad Isa Bin Amat

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Ilmu Naqli dan Aqli.


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W sebagai Khatimul Anbia’ penghulu para anbia’.

Bersyukur kepada hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan InayahNya, Pusat Penyelidikan
Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) Universiti Sains Islam Malaysia diberikan peluang untuk
menyumbang kepada negara dalam menghadapi masalah dadah sebagai musuh nombor satu negara
Malaysia yang tercinta melalui Modul 7 Langkah Kepulihan dalam Penagihan.

Inisiatif murni dalam memurnikan modul ini kepada klien-klien Muslim yang menjalani
proses pemulihan berterusan menggunakan pendekatan psikospiritual Islam adalah satu jihad
memartabatkan kehidupan manusia yang pernah terjerumus ke kancah kehinaan kembali menjadi
hambaNya yang berguna dan berbakti kepada keluarga, masyarakat, dan negara. Pusat Penyelidikan
Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) dengan dukungan dana daripada Kementerian Dalam
Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) memainkan peranan penting dalam
memperhalusi modul 7 Langkah ini kepada bentuk modul yang mempunyai ciri yang ringkas, mudah
dilaksanakan oleh pelaksana dan terbukti berkesan ke atas klien-klien yang mengikuti Modul 7
Langkah Kepulihan dalam Ketagihan bagi klien-klien di dalam komuniti yang telah kembali ke
pangkuan masyarakat dan mempunyai elemen yang saintifik dan praktikal (Evidence-Based).

Alhamdulillah, hasil perbincangan dan persetujuan bersama maka terhasillah Modul 7


Langkah Kepulihan dalam ketagihan sebagai penanda aras inisiatif ini. Namun, cabaran seterusnya
adalah bagaimana ilmu dan kemahiran ini diterjemahkan ke dalam rutin amalan kepulihan setiap hari
oleh klien. Benarlah, dalam kepulihan klien melihat cabaran dalam kepulihan mengikut cabaran yang
diharungi pada hari ini. Esok, cabaran ditangani pada hari esok. Kerana itu, kepulihan dilaksanakan
sehari ke sehari sehingga secara perlahan-lahan tahap keyakinan dapat ditingkatkan beransur-ansur.

Saya berharap inisiatif ini dapat diteruskan bagi membantu kerajaan menjalankan proses
pemulihan dadah kepada klien-klien terutama klien beragama Islam di seluruh negara. Semoga
manfaatnya dapat dirasai oleh ibu dan ayah, anak-anak di luar sana. Akhir kata semoga Allah
memberkati usaha ini dalam kita menuju ke syurgaNya.

DR MOHAMAD ISA BIN AMAT


ACREDA

2
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Penghargaan

Kami mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana akhirnya buku ini siap seperti yang dirancang.
Penghargaan ini ditujukan kepada:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana membiayai modul ini melalui Geran Penyelidikan
Ilmiah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 2017.
(Kod Penyelidikan: USIM/AADK/FKP/ACREDA/052003/40517).

Seterusnya kepada kumpulan penyelidik Kajian Eksperimental 7 Langkah Kepulihan dalam


Penagihan sebagai Randomized Control Trial (RCT) Pendekatan Berasaskan Pembuktian dalam
Program Aftercare di Komuniti yang terdiri daripada;

KETUA PENYELIDIK:
Dr.Mohamad Isa Amat

AHLI PENYELIDIK:
Prof.Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani
Dr. Muhammad Khairi Mahyuddin
Dr.Khairunneezam Mohd Noor
Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin
Dr. Roslee Ahmad
Dr.Ku Suhaila Ku Johari
En. Mahazan Othman
Pn. Norhalina Othman

PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH:


Nurfarhah Mohd Najib

PEMBANTU PENYELIDIK:
Ab Rahimi Ab Rezaf

Tidak dilupakan juga kepada perintis modul 7 langkah kepulihan iaitu Dato Dr. Abd Halim Mohd
Hussin dan Dr. Muhammad Khairi Mahyuddin bersama-sama pelajar Diploma Siswazah dalam
Penyalahgunaan Dadah (SPADA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sesi 2008 / 2009.

Semoga segala usaha yang telah dilakukan ini diberkati oleh Allah swt. Terima kasih.

3
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

01 PENGENALAN

Kes pengulangan penyalahgunaan dadah (relapse) sering berlaku selepas sahaja klien keluar
daripada pusat pemulihan. Tempoh tiga bulan pertama selepas rawatan dalam institusi adalah waktu
kritikal (National Institute on Drug Abuse). Ini kerana mereka yang ingin berhenti menggunakan
dadah akan berhadapan dengan situasi kesukaran untuk mengekalkan kepulihan dalam komuniti
dalam proses kepulihan awal (early recovery) (Miller, 2015). Menurut Adam Mohamed (2006) asas
pemulihan bagi penagih berulang (relapse) untuk berhenti adalah kesedaran diri yang membentuk
nilai kerohanian yang tinggi sehingga menimbulkan keyakinan kepada dirinya untuk berubah selain
perlunya program bimbingan selepas keluar daripada institusi pemulihan iaitu program pemulihan
dalam komuniti (aftercare). Ini kerana mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah telah
diakui sebagai satu kombinasi penyakit atau masalah yang melibatkan aspek biologi, psikologi,
sosial dan kerohanian (bio-psycho-socio-spiritual disease) (Rushdan, 2015). Dalam kebanyakan
kes, penglibatan klien dalam penyalahgunaan dadah berlaku di dalam komuniti yang terdedah
dengan risiko penyalahgunaan dadah.

Implikasi penyalahgunaan dadah bukan sahaja kepada berlakunya keruntuhan sistem


keluarga dan sosial masyarakat, malah turut menular kepada masalah-masalah lain seperti ekonomi,
kesihatan dan keselamatan negara. Isu tingkahlaku penagihan dadah ini sukar untuk dirawat
walaupun pelbagai pendekatan dan modaliti diperkenalkan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Pelbagai usaha sentiasa digiatkan dalam meningkatkan keberkesanan program rawatan dan
pemulihan dadah yang ada. Pendekatan berasaskan pembuktian (Evidence Based Practice – EBP)
seperti Therapeutic Community (TC), Psychosocial Approach, pendekatan kognitif dan tingkahlaku
(CBT) selain daripada terapi keagamaan mula diperkenalkan termasuklah program 12 langkah (12
step facilitation seperti Alcohol Anonymous (AA) dan Narcotic Anonymous (NA)).

Di Malaysia rawatan dan pemulihan dadah berasaskan kepada keagamaan seperti agama
Islam dan agama lain telah dilaksanakan oleh beberapa pusat rawatan dan pemulihan dadah yang
dikendalikan oleh pihak kerajaan, swasta, orang perseorangan, badan bukan kerajaan dan
pertubuhan-pertubuhan sukarela. Rawatan ini pada umumnya lebih banyak menekankan kepada
aspek memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan asas-asas ibadah dalam agama Islam serta
penerapan nilai-nilai mulia yang berasaskan kepada pengajaran Agama (Rushdan & Ahmad, 2015).
Terapi psiko-spiritual berasaskan ajaran Islam yang digunakan oleh beberapa pusat rawatan
menunjukkan ada kejayaan yang memberangsangkan dalam pemulihan dadah dan mengatasi
penagihan klien (Sudirman Abdul Fatah, 2009; Khalid, 2008; Sabir Abdul Ghani & Adam, 2006;
Rashid, 2004). Beberapa pusat rawatan persendirian yang menggunakan terapi spiritual adalah
seperti (1) Pusat Rawatan Dadah Tradisional Darul Hanan Kelantan (2) Pondok Remaja Inabah di
Terengganu dan Kedah (3) Pusat Rawatan Cahaya Petunjuk Kedah (4) Pusat Rawatan dan
Pemulihan Darul Islah (5) Rumah Sahabat (6) Rumah Penawar di Selangor (7) Jabat Sufi Perak (8)
Bakti Kasih di Johor (9) Pusat Rawatan dan Pemulihan (PPIM) Kuala Lumpur dan (10) Baitul
Taubah, Pasir Puteh.

4
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Kepelbagaian dalam kaedah terapi psiko-spiritual ini jika dapat disatukan akan menghasilkan
satu terapi penagihan dadah yang terbaik kerana setiap pusat rawatan berkenaan mempunyai
pendekatan tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain. Atas keperluan ini, Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) mengambil langkah proaktif memperkenalkan pendekatan modul Islamic
Spiritual Rehabilitation Approch (ISRA) berasaskan model Inabah atau kerohanian keagamaan
dalam memulihkan klien untuk jangka masa panjang terutamanya bagi penagih dadah beragama
Islam. Pelaksanaan ISRA ini bermula di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) Sungai Ruan
sejak tahun 2015 dan sedang memperluaskan lagi penggunaan pendekatan modul ini di CCRC yang
lain.

Bersinambungan dari itu, 7 langkah yang digunakan merujuk kepada Abd. Halim Mohd
Hussin dan Muhammad Khairi Mahyuddin (2014) yang telah memperkenalkan pendekatan 7
Langkah Kepulihan dalam Penagihan yang menggunakan agama Islam sebagai asas kepada
perjalanan kepulihan bagi klien yang menjalani program penjagaan lanjutan (aftercare) iaitu:

Langkah 1: Membicarakan persediaan ke arah kepulihan melalui proses penerimaan


kendiri di mana individu yang ingin menuju kepulihan dibimbing dan diajar agar boleh menerima
akan dirinya yang telah telibat dengan kesilapan perjalanan hidupnya sendiri.

Langkah 2: Membicarakan tentang penyerahan diri kepada Allah sebagai kaedah yang
boleh membantu kepada kepulihan setelah individu itu berjaya menerima dirinya sebagai seorang
yang tidak berkeupayaan melainkan dapat pertolongan Allah dan beliau maju ke langkah kedua.

Langkah 3: Langkah ini membantu klien untuk mengenal diri dan mengaku kepada
Allah akan segala kelemahan, kesilapan, dan kesalahan yang telah dilakukan dan percaya bahawa
hanya dengan pertolongan Allah sahaja beliau akan dapat memperbaikinya.

Langkah 4: Langkah ini membawa klien kepada aspek tanggungjawab kepada Allah,
bertanggungjawab kepada dirinya, keluarganya, dan kepada orang lain.

Langkah 5: Mengutarakan konsep-konsep dan amalan-amalan dalam berusaha dan


tawakkal (berserah) yang berkaitan dengan penyucian diri.

Langkah 6: Langkah ini memfokus kepada pengukuhan diri kepada Allah Taala.

Langkah 7: Langkah ini memfokus kepada proses pengekalan dan peningkatan


kepulihan secara pengalaman, kekuatan, harapan dan amalan-amalannya.

7 Langkah kepulihan ini juga bertepatan dengan 7 ayat yang ada di dalam surah Ummul
Quran iaitu surah Al-fatihah yang dinamakan As-Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang).

5
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

02 OBJEKTIF MODUL

MEMBERI LATIHAN

Menyediakan kaunselor, pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pembimbing


rakan sebaya (PRS) dan orang perseorangan untuk membantu dalam usaha merawat
penyalahgunaan dadah kepulihan bagi klien yang menjalani program penjagaan lanjutan
(aftercare) dalam komuniti.

PROGRAM SOKONG BANTU

Modul 7 Langkah kepulihan ini juga boleh dikategorikan sebagai salah satu perancangan
pelaksanaan program sokong bantu bagi memantapkan lagi program rawatan dan
pemulihan dadah kepada klien yang terlibat agar tidak relapse (penagihan semula).

PENDEKATAN PSIKO-SPIRITUAL ISLAM

Latihan berasaskan bimbingan rawatan dengan pendekatan psikologikal dan agama Islam
yang diberikan secara berperingkat serta aplikasi secara menyeluruh dalam usaha
menangani isu tingkahlaku penagihan semula selepas keluar dari institusi.

6
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

03 APLIKASI MODUL MENGGUNAKAN KONSEP TAZKIYAT AL-NAFS

Modul Latihan 7 langkah kepulihan dalam penagihan berasaskan konsep Tazkiyat al-Nafs Imam Al-
Ghazali. Tazkiyah An-Nafs daripada perkataan Bahasa Arab yang juga bermaksud pembersihan jiwa
(self-purification). Ia merupakan satu pendekatan kepada proses yang gigih dan bersungguh-sungguh
bagi pembentukan diri melalui kesedaran dan celik akal untuk membuang sifat keji dan tingkah laku
negatif yang bercanggah dengan norma masyarakat serta kehendak agama. Proses tazkiyah al-nafs
dilakukan dengan mengenal diri, tahu kekuatan dan kelemahannya, tingkah laku negatif yang
merosakkan, serta tindakan untuk menghindari sifat berkenaan (Salasiah; 2008, Che Zarrina & Nor
Azlinah; 2016, Syed Mohammad Helmi; 2017).

Proses Pembentukan Tingkahlaku (Akhlak)

Menurut Imam Fu’adi, proses tazkiyah al-nafs perlu melibatkan tiga fasa secara konsisten
iaitu al-takhalli, al-tahalli dan al-tajalli sehingga mencapai ma’rifatullah (Mengenal Allah). Takhalli
ialah membersihkan jiwa atau hati dari sifat-sifat tercela seperti sombong, u’jub, memukul orang dan
mencuri, manakala tahalli pula bermaksud menghiaskan diri dengan sifat-sifat terpuji seperti takut
kepada Allah, ikhlas, zuhud dan syukur. Tajalli pula adalah peringkat setelah melalui takhalli dan
tahalli yang mana merasakan hatinya sentiasa dekat dengan Allah dan terasa kebesaran dan
kehebatan Allah swt, dengan menzahirkan perbuatan tersebut (Syed Mohammad Helmi, 2017).

Al-Ghazali (1998) berpendapat bahawa, tujuan tazkiyah al-nafs adalah membentuk


keharmoniaan hubungan manusia dengan Allah, dengan sesama manusia dan makhluk-Nya dan
dengan diri manusia sendiri. Secara khususnya tujuan tazkiyyah al-nafs adalah:

1. Membentuk manusia yang bersih akidahnya, suci jiwanya, luas ilmunya, dan seluruh
aktiviti kehidupannya bernilai ibadah.
2. Membentuk manusia yang berjiwa suci dan berakhlak mulia dalam pergaulan sesama
manusia, mengetahui hak dan kewajiban, tugas serta tanggungjawabnya.
3. Membentuk manusia yang berjiwa sihat dengan membebaskan jiwa dari tingkahlaku yang
tercela dan membahayakan jiwanya sendiri.
4. Membentuk manusia yang berjiwa suci dan berakhlak mulia, baik terhadap Allah, diri
sendiri serta masyarakat sekeliling.

Oleh yang demikian, Tazkiyah al-nafs untuk modul 7 langkah kepulihan ini adalah proses
peralihan jiwa dengan usaha untuk meningkatkan kualiti jiwa diri klien sehingga melahirkan tingkah
laku baru yang positif dan seterusnya membantu klien untuk kekal pemulihannya.

7
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

04 PELAKSANAAN MODUL

Modul latihan 7 langkah kepulihan dalam penagihan merupakan siri panduan untuk fasilitator bagi
membantu kepulihan dalam kalangan penagih dadah yang berbantukan modul. Modul merupakan
satu unit pengajaran dan pembelajaran yang membincangkan sesuatu topik secara sistematik
mengikut prosedur penghasilan modul secara ilmiah dan saintifik. Fasilitator akan membantu klien
melalui proses pemindahan maklumat, meneroka pilihan dan pembuatan keputusan sehingga
mencapai kesejahteraan serta boleh melakukan tindakan yang positif.

Modul ini dilaksanakan sebanyak 9 sesi dan dikendalikan oleh fasilitator yang telah dilatih.
Kekerapan sesi adalah dua minggu sekali (jika boleh) dan setiap sesi mengambil masa antara 60
sehingga 90 minit. Modul Latihan 7 Langkah Kepulihan dalam Penagihan dibina berdasarkan kepada
objektif bagi setiap aktiviti. Terdapat 58 objektif bagi keseluruhan 13 aktiviti yang terdapat dalam
modul dan 3 fasa yang perlu diikuti oleh klien sehingga tamat. Berikut adalah pembahagian sesi yang
ada dalam modul:

BIL. TEMPOH
FASA BAHAGIAN SESI AKTIVITI
OBJEKTIF MASA
Langkah Satu: 1 1. Graf Kehidupan 5 90 minit
Penerimaan Diri
Langkah Dua: 2 2. Impianku 3 50 minit
Penyerahan kepada 3. Senarai semak 8 20 minit
1.Takhalli Allah diri
(membersihkan 4. Magic Word 3 20 minit
jiwa dari Langkah Dua: 3 5. Show me the 4 60 minit
perbuatan Penyerahan kepada way
tercela) Allah
Langkah Tiga: 4 6. Profil diri 6 45 minit
Mengenal diri dan 7. Aku adalah aku 4 45 minit
Mengaku kepada
Allah
Langkah Empat: 5 8. Forgive Me 4 45 minit
Bertanggungjawab 9. Ini langkahku 3 45 minit
membetulkan
kesilapan diri
Langkah Lima: 6 10. Aku Boleh 5 90 minit
2.Tahalli Usaha dan tawakkal Berubah
(menghiaskan Langkah Lima: 7 11. Sinaran Hati 5 90 minit
diri dengan Usaha dan tawakkal
perbuatan Langkah Enam: 8 12. I am Power 5 90 minit
terpuji) Pengukuhan diri
dengan Allah
3.Tajalli Langkah Tujuh: 9 13. Transformasi 3 90 minit
(merasakan Mengekal dan diri
kebesaran & meningkatkan
keagungan kepulihan
Allah sehingga
terzahir dengan
perbuatan)
3 FASA 7 LANGKAH 9 13 58 780 MINIT
8
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

GAMBAR RAJAH MODUL

LANGKAH 1: Sesi 1 Aktiviti 1


PENERIMAAN DIRI

Aktiviti 2

Sesi 2 Aktiviti 3
LANGKAH 2:
PENYERAHAN KEPADA Aktiviti 4
ALLAH
Sesi 3 Aktiviti 5

LANGKAH 3: Aktiviti 6
MENGENAL DIRI DAN
MENGAKU KEPADA Sesi 4
ALLAH Aktiviti 7

LANGKAH 4:
BERTANGGUNGJAWAB Aktiviti 8

MODUL MEMBETULKAN Sesi 5


KESILAPAN DIRI Aktiviti 9
LATIHAN 7
LANGKAH
KEPULIHAN Sesi 6 Aktiviti 10
LANGKAH 5:
USAHA DAN TAWAKKAL

Sesi 7 Aktiviti 11

LANGKAH 6:
PENGUKUHAN DIRI Sesi 8 Aktiviti 12
DENGAN ALLAH

LANGKAH 7:
MENGEKAL DAN Aktiviti 13
Sesi 9
MENINGKATKAN
KEPULIHAN

9
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

FASILITATOR
Fasilitator adalah pemudah cara atau agen kepada perubahan yang membantu individu, kumpulan atau
orang untuk memberikan sokongan, membimbing, membangunkan dan mempertingkatkan keupayaan
atau menangani perubahan (Hamdan.A.K, Madon Mawel & Syed Husin.J, 2003).

KELAYAKAN FASILITATOR:
1. Fasilitator boleh terdiri dari Kaunselor, Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),
Pembimbing rakan sebaya (PRS), serta orang perseorangan yang telah dilatih
menggunakan Modul Latihan 7 Langkah Kepulihan dalam Penagihan.
2. Fasilitator adalah seorang yang beragama Islam, berakal dan baligh.

TUGAS FASILITATOR:
1. Membina hubungan yang baik bagi mewujudkan kepercayaan dalam kalangan klien
2. Menerima klien tanpa syarat.
3. Membantu klien memahami permasalahan dirinya dalam penagihan dadah yang sedang
dialami.
4. Menyediakan maklumat lengkap dan bahan yang diperlukan sebelum sesi.
5. Menggalakkan perbincangan sesama ahli kelompok.
6. Menjaga etika kerahsiaan dan maruah klien.
7. Bertindak sebagai role-model kepada sikap dan tingkahlaku komunikasi yang berkesan.
8. Bersama-sama dengan ahli kelompok memastikan objektif setiap sesi dapat dicapai.

ETIKA:
Bagi memastikan modul ini dapat dilaksanakan dengan baik, maka fasilitator dan klien adalah
bertanggungjawab terhadap etika. Ini bermaksud semua perbincangan sepanjang sesi ini adalah
tertakluk kepada etika kerahsiaan, melainkan situasi tersebut meletakkan klien atau fasilitator dalam
bahaya maka ianya dibenarkan mendedahkan kerahsiaan tersebut.

10
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Sherlon P. & Carmen B.W (2003) mencadangkan prinsip utama dalam mematuhi etika dalam
kaunseling adalah;

 Autonomi: merujuk kepada syarat yang membenarkan klien untuk bebas membuat
pilihan.
 Bukan berbentuk kejahatan (non-maleficence): merujuk kepada tindakan fasilitator
untuk mengelak daripada membawa mudarat kepada klien.
 Kepatuhan: merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan diantara fasilitator
dengan klien.
 Kebajikan: merujuk kepada tindakan fasilitator untuk memberikan hasil yang positif
kepada klien.

PERSEDIAAN KELOMPOK:

 Memilih ahli yang rela dan syarat ahli mestilah individu yang beragama Islam.
 Bilangan ahli dalam kelompok kecil diantara 6-10 ahli manakala kelompok besar
antara 10 – 20 ahli.
 Kekerapan pertemuan ialah dua minggu sekali (jika boleh) sehingga selesai sesi.
 Tempat pertemuan mestilah menepati ciri utama seperti privasi, selesa dan jauh dari
tempat bising.

NORMA KELOMPOK:
 Kehadiran ahli hendaklah tekal.
 Ketetapan masa kehadiran.
 Ahli hendaklah aktif dalam kelompok.
 Sedia berkongsi aspek peribadi yang bermakna.
 Berkomunikasi secara langsung dengan ahli lain dalam kelompok.

11
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

SESI SATU
LANGKAH 1:
PENERIMAAN DIRI

Ahli hendaklah mengaku bahawa dirinya adalah seorang penagih yang memerlukan
bimbingan untuk menguruskan masalah penagihan dan kehidupannya.
Ahli hendaklah menerima kenyataan hakikat sebenar dirinya dan mengetahui hakikat
dirinya adalah seorang manusia yang mempunyai potensi dan kekuatan untuk berubah.

Hal ini sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Al-Ra’d ayat 11;
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.

12
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

KONSEP

Md. Razif. W, Akasilah Osman dan Muslimah Husin (2014) menyatakan setiap perubahan
termasuklah pulih daripada penagihan dadah memerlukan pelbagai langkah dan proses. Langkah ini
merupakan permulaan untuk meneruskan langkah berikutnya ke atas kepulihan. Ahli yang terdiri
daripada penagih dadah yang ingin pulih dari penagihan harus sedar dan insaf terhadap penagihannya
yang menyebabkan kehidupannya tidak terurus. Ahli perlu menerima keadaan dirinya disebabkan
oleh tabiat penagihan dadahnya. Ahli telah bersedia dan mampu untuk berkongsi pemikiran dan
keinginannya untuk pulih daripada penagihan dadah kepada fasilitator iaitu pihak kedua yang
dipercayainya.

Walaubagaimanapun, pada peringkat ini ahli pada awalnya seringkali menafikan


penagihannya dan sukar mengaku bahawa beliau sedang menghidapi penyakit penagihan. Seringkali
ahli percaya bahawa dia sukar untuk pulih daripada penagihan disebabkan dadah, orang sekelilingnya
dan pihak berkuasa. Ahli jarang bertanya kepada dirinya sendiri, kenapa aku menagih? Kenapa
hidupku tidak terurus selepas menagih? Kenapa aku begini? Pada hakikatnya ahli sedang mengalami
penyakit penagihan yang menuntut untuk lebih faham tentang dirinya sendiri terlebih dahulu.

Fasilitator boleh mengenal pasti keinginan dan kesediaan ahli untuk berhenti daripada
menagih dadah yang pada akhirnya ahli berjaya mengenal dirinya. Fasilitatator juga melihat tabiat
penagihan ahli-ahli, punca sebenar ahli sukar berhenti dari menagih dadah, apa yang perlu
dilakukannya, dan seterusnya mengetahui apa langkah-langkah berikutnya yang membantu
kepulihannya.

Pada langkah ini, fasilitator menerangkan proses dan semua langkah yang diambil oleh ahli
bermula dari langkah ini. Justeru itu untuk bebas dari dadah secara menyeluruh dan bertahan dalam
tempoh yang lebih lama meninggalkan penagihan dadah, semua langkah harus dilakukan secara
berperingkat-peringkat. Jika ahli belum bersedia atau masih gagal menjalankan kehendak dan aktiviti-
aktiviti pada langkah ini ahli tidak dapat meneruskan langkah berikutnya dengan baik.

Isu: Bagaimana jika ahli masih menagih dadah dan ingin pulih daripada penagihannya, namun jauh di
sudut hatinya dia berhasrat agar kehidupannya teratur, hubungannya dengan Allah seperti
sembahyang dan sesama manusia bagus seperti hubungan yang baik dengan ahli keluarga, masyarakat
dan juga negara?

Keinginan ini timbul dari dalam diri dia sendiri. Adakah ahli boleh meneruskan penagihannya?
Sekiranya fasilitator bertemu dengan kes seumpama ini, fasilitator perlu membantu ahli untuk melihat
bahawa dirinya sebenar yang bermasalah dan mengalami kebergantungan (dependency) yang lambat
laun akan menimbulkan lebih banyak masalah. Masalah penagihan perlu diselesaikan dahulu walau
pun dalam keadaan yang dirasakan hidup yang tidak terurus.

13
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Sebelum memulai sesi satu, fasilitator perlu memastikan klien mengisi borang-borang berikut iaitu:

BIL BORANG KETERANGAN


1 Profil klien Maklumat klien diperlukan untuk rujukan
fasilitator.
2 Persetujuan termaklum Satu persetujuan dan perjanjian bertulis antara
klien dengan fasilitator untuk sama-sama
menjayakan sesi modul latihan 7 langkah
kepulihan, dengan klien merasakan
bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan
yang diambil olehnya untuk menjayakan
proses kepulihan.
3 Soal selidik skala tahap perubahan Bertujuan untuk mengukur motivasi
(Stage of change scale-SOCS) perubahan tingkahlaku klien. Ujian pra
diberikan sebelum sesi pertama dimulakan dan
ujian pasca diberikan setelah selesai sesi ke
sembilan (sesi terakhir).
4 Soal selidik tahap spiritualiti dan Bertujuan untuk mengukur pengetahuan dan
keagamaan (Psychological Measure pengamalan agama Islam klien. Ujian pra
of Islamic Religiousness - PMIR) diberikan sebelum sesi pertama dimulakan dan
ujian pasca diberikan pada sesi ke sembilan
(sesi terakhir).

14
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

PROFIL KLIEN

Jawab pernyataan dengan mengisi maklumat anda dalam ruangan yang disediakan.

1. Nama : _______________________________________________________
2. Umur : __________________
3. Alamat : _______________________________________________________
4. No. Tel : _________________(Tel Bimbit) _________________ (Tel Rumah)
5. Jantina : Lelaki Perempuan

6. Tahap Pendidikan Tertinggi : tandakan (/) :

UPSR
PMR
SPM
STPM
Diploma
Sarjana Muda
Sarjana
Doktor Falsafah
Lain-lain (nyatakan)

7. Pekerjaan : ___________________________

8. Maklumat Pendapatan : ___________________________

9. Umur (Bermula terlibat dengan penagihan) : ___________________________

Jenis dadah yang digunakan Tandakan Tempoh


(/)
Ganja
Heroin
Syabu / Metamfetamin
Morfin
Lain-lain (sila nyatakan):_______________

15
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

PERSETUJUAN
TERMAKLUM

Saya_______________________________No.K.P________________________________
bersetuju untuk mengikuti modul latihan 7 langkah kepulihan dalam penagihan dengan fasilitator
______________________________________. Dengan termeterinya perjanjian di antara fasilitator –
klien ini, maka bermulalah sesi modul latihan sehingga ke sesi terakhir.

Kerahsiaan dan limitasi kerahsiaan


Semua perbincangan dalam sesi adalah dirahsiakan. Jaminan menjaga kerahsiaan adalah
tanggungjawab bersama antara fasilitator dan klien. Terdapat beberapa limitasi mengenai isu
kerahsiaan ini yang memerlukan fasilitator melaporkan kepada pihak berkenaan seperti:

1. Jika maklumat yang dikongsi akan / boleh membahayakan diri klien misalnya klien
mencederakan diri sendiri atau orang lain atau sebarang perlakuan berbahaya yang
menunjukkan klien tidak dapat mengawal diri sendiri.

2. Jika klien terlibat dalam penderaan kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya atau
pasangan klien.

Saya telah membaca dan memahami segala maklumat yang ada dan tidak akan mempersoalkan
tindakan fasilitator sekiranya melanggar perjanjian ini.

Saya faham bahawa saya boleh menarik balik pemberitahuan ini pada bila-bila masa kecuali
perjanjian ini telah dilakukan sehingga ke tempoh tertentu dan perjanjian ini akan tamat secara
automatiknya.

........................................................ ........................................................
Nama Klien: Nama Fasilitator:

Tarikh: Tarikh:

16
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Skala Tahap Perubahan (Stage of Change Scale-SOCS)


Bahagian ini mengandungi 32 item yang memperihalkan tentang tahap motivasi perubahan
tingkahlaku. Tandakan pada skala berkenaan untuk memberikan maklum balas pernyataan yang
bersesuaian dengan diri anda. Misalnya, jika pernyataan itu sangat tidak setuju tandakan nombor 1,
sebaliknya jika ia sangat setuju tandakan nombor 5. Sila gunakan skala berikut untuk memberikan
maklum balas anda.

1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

1. Bagi saya, saya tidak mempunyai sebarang masalah yang memerlukan


perubahan.
1 2 3 4 5
As far as i’m concerned, i don’t have any problems that need
changing.
2. Saya rasa saya mungkin sudah bersedia untuk memperbaiki diri.
1 2 3 4 5
I think i might be ready for some self-improvement.
3. Saya sedang berusaha melakukan sesuatu tentang masalah yang
mengganggu saya.
1 2 3 4 5
I am doing something about the problems that had been bothering me.
4. Mungkin ada faedahnya jika saya melakukan sesuatu terhadap masalah
saya.
1 2 3 4 5
It might be worth while to work on my problem.
5. Saya tidak menghadapi sebarang masalah. Saya tidak perlu berubah.
1 2 3 4 5
I’m not the problem one. It doesn’t make much sense for me to
consider changing.
6. Saya bimbang saya mungkin akan tergelincir semula kepada masalah
lama saya, jadi saya berada di sini untuk mendapatkan bantuan.
1 2 3 4 5
It worries me that i might slip back on a problem i have already
changed, so i am here to seek help.
7. Akhirnya saya sedang mengambil tindakan ke atas masalah saya.
1 2 3 4 5
I am finally doing some work on my problem.
8. Saya terfikir untuk mengubah sesuatu tentang diri saya.
1 2 3 4 5
I’ve been thinking that i might want to change something about myself.
9. Saya sudah berjaya mengatasi masalah saya, tetapi saya kurang yakin
dapat mengekalkan usaha ini seorang diri.
1 2 3 4 5
I have been successful in working on my problem but i’m not sure i can
keep up the effort on my own.
10. Kadangkala masalah saya ini menjadi sukar , tetapi saya terus berusaha
untuk mengatasinya.
1 2 3 4 5
At times my problem is difficult, but I’m working on it.

17
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

11. Mungkin seseorang atau sesuatu dapat membantu saya.


1 2 3 4 5
Maybe someone or something will be able to help me.
12. Sekarang saya memerlukan sokongan supaya saya dapat
mengekalkan perubahan yang telah saya lakukan.
1 2 3 4 5
I may need a boost right now to help me maintain the changes I’ve
already made.
13. Saya mungkin sebahagian daripada penyebab masalah ini, tetapi
saya tidak rasa begitu.
1 2 3 4 5
I may be part of the problem, but I don’t really think I am.
14. Saya berharap agar seseorang bersedia untuk memberi nasihat yang
berguna kepada saya.
1 2 3 4 5
I hope that someone will have some good advice for me.
15. Sesiapa sahaja boleh bercakap mengenai perubahan, tetapi saya
sedang berusaha untuk melakukannya.
1 2 3 4 5
Anyone can talk about changing. I’m actually doing something
about it.
16. Berbincang mengenai cara untuk mengatasi masalah manusia ini
membosankan. Mengapa manusia tidak melupakan sahaja masalah
mereka?
1 2 3 4 5
All this talk about psychology is boring. Why can’t people just
forget about their problems?
17. Saya sedang berusaha untuk mencegah diri saya daripada terlibat
semula dengan masalah lama saya.
1 2 3 4 5
I’m struggling to prevent myself from having a relapse of my
problem.
18. Saya berasa kecewa kerana saya mungkin sedang mengalami
semula masalah yang saya fikir telah saya selesaikan.
1 2 3 4 5
It is frustrating, but I feel I might be having a recurrence of a
problem I though I had resolved.
19. Saya tahu saya bermasalah orang lain pun ada masalah juga. Jadi
kenapa perlu membuang masa untuk memikirkannya.
1 2 3 4 5
I have worries but so does the next guy. Why spend time thinking
about them?
20. Saya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan
masalah saya.
1 2 3 4 5
I am actively working on my problem.
21. Saya lebih rela menerima kesilapan-kesilapan saya daripada
mencuba untuk mengubahnya.
1 2 3 4 5
I would rather cope with my faults than try to change them.
22. Walaupun saya sudah cuba menyelesaikan masalah saya, tapi
masalah tersebut sentiasa muncul mengganggu saya.
1 2 3 4 5
After all I had done to try to change my problem,every now and
again it comes back to haunt me.

18
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

23. Berusaha untuk berubah adalah membuang masa kerana masalah ini
tiada kaitan dengan saya.
1 2 3 4 5
Trying to change is pretty much a waste of time for me because the
problem doesn’t have to do with me.
24. Saya berharap agar dapat memahami diri saya dengan lebih baik.
1 2 3 4 5
I’m hoping that I will be able to understand myself better.
25. Saya mungkin telah melakukan banyak kesilapan, tetapi tiada apa yang
perlu saya ubah.
1 2 3 4 5
I guess I have faults, but there’s nothing that I really need to change.
26. Saya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah.
1 2 3 4 5
I am really working hard to change.
27. Saya mempunyai masalah dan saya rasa saya perlu berusaha untuk
mengatasinya.
1 2 3 4 5
I have a problem and I really think I should work on it.
28. Saya tidak meneruskan perubahan yang telah saya lakukan serta
harapkan, tetapi saya ingin mencegah diri saya daripada mengalami
masalah yang sama.
1 2 3 4 5
I’m not following through with what I had already changed as well as I
had hoped, and I want to prevent a relapse of the problem.
29. Walaupun saya tidak selalu berjaya membuat perubahan tetapi
sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mengatasi masalah saya.
1 2 3 4 5
Even though I’m not always success full in changing, I am at least
working on my problem.
30. Saya fikir apabila saya telah berjaya mengatasi masalah ini saya akan
bebas daripadanya, tetapi kadang kala saya masih lagi bergelut dengan
masalah yang sama.
1 2 3 4 5
I thought once I had resolved the problem i would be free of it, but
sometimes I still find myself struggling with it.
31. Saya berharap agar saya mempunyai banyak idea untuk menyelesaikan
masalah saya.
1 2 3 4 5
I wish I had more ideas on how to solve my problem.
32. Saya sudah mula berusaha untuk mengatasi masalah saya, tetapi saya
masih memerlukan bantuan.
1 2 3 4 5
I have started working on my problem but I would like help.

19
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

PEMARKAHAN SOCS
Skala Tahap Perubahan (Stage of Change Scale- SOCS)

Cara Pengiraan:
Precontemplation Contemplation Action Maintenance
(PC) (C) (A) (M)
1 2 3 6
5 8 7 16
11 12 10 18
13 15 14 22
23 19 17 27
26 21 25 28
29 24 30 32
Jumlah skor: Jumlah skor: Jumlah skor: Jumlah skor:
Purata skor: Purata skor: Purata skor: Purata skor:

 Jumlah skor tertinggi anda ialah : Tahap _____________________________.


 Kesediaan untuk berubah : __________________ markah.
(Purata C + Purata A + Purata M) – Purata PC
 Tahap kesediaan untuk berubah: Tahap _______________.

JADUAL TAHAP KESEDIAAN KETERANGAN


UNTUK BERUBAH
Pra-Pertimbangan 8 dan ke bawah  Klien masih belum terfikir / belum bersedia / tidak
(Precontemplation) mampu untuk berubah dalam masa terdekat.
 Klien masih meneruskan tingkahlaku yang bermasalah.
Pertimbangan 8 - 11  Klien sedar akan masalah yang dihadapi dan sedang
(Contemplation) berfikir kemungkinan untuk berubah dalam masa terdekat
tetapi masih ragu-ragu dan berbelah bahagi.
 Klien masih meneruskan tingkahlaku yang bermasalah.
Tindakan 11 - 14  Klien secara aktif mengambil langkah untuk berubah
(Action) tetapi masih belum berjaya sepenuhnya.
 Klien mungkin akan mengalami kesan physiological
effect of withdrawal.
 Klien telah berhenti melakukan tingkahlau yang
bermasalah.
Pengekalan 14 dan ke atas  Klien telah mencapai tujuan utama untuk berhenti
(Maintenance) melakukan tingkahlaku yang bermasalah dan kini sedang
berusaha untuk mengekalkannya.
 Klien mungkin akan mengalami kesan physiological
effect of withdrawal.

20
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Soal Selidik Tahap Spiritualiti dan Keagamaan (PMIR)


Bahagian ini mengandungi 39 item yang memperihalkan tentang psikologi amalan dalam Islam pada
diri. Sila jawab berdasarkan keadaan diri anda pada 1 minggu lepas sehingga sekarang. Jangan
memberi banyak masa pada satu-satu soalan. Nyatakan reaksi anda untuk setiap pernyataan berikut
dengan menggunakan skala yang diberikan:

1 2 3
Tidak Tidak Pasti Ya

1 Saya percaya akan kewujudan Allah. 1 2 3


2 Saya percaya kepada hari kiamat. 1 2 3
3 Saya percaya kepada kewujudan syurga dan neraka. 1 2 3
4 Saya percaya dengan kewujudan para malaikat, jin, dan syaitan. 1 2 3
5 Saya beriman kepada semua nabi dan rasul yang dihantar oleh Allah dan
1 2 3
kitab suci yang diturunkan kepada mereka.

Sila nyatakan reaksi anda untuk setiap soalan-soalan berikut dengan menggunakan skala berikut:

1 2 3 4 5 6
Tidak Beberapa Beberapa Beberapa Kadang- Lima kali
pernah kali kali kali kadang sehari
setahun sebulan seminggu solat lima
waktu

6 Berapa kerap anda bersolat / sembahyang 1 2 3 4 5 6

Sila nyatakan reaksi anda untuk setiap soalan-soalan berikut dengan menggunakan skala berikut:

1 2 3 4 5 6
Tidak Beberapa Beberapa Beberapa Sekali atau Sekali atau
pernah kali dalam kali dalam kali dalam dua kali lebih
hidup saya setahun sebulan seminggu kerap
dalam
sehari

7 Berapa kerap anda pergi ke masjid? 1 2 3 4 5 6


8 Kecuali dalam solat, berapa kerap anda membaca Al-Quran? 1 2 3 4 5 6
9 Kecuali dalam solat, berapa kerap anda mendengar Al-Quran? 1 2 3 4 5 6
10 Kecuali dalam solat, berapa kerap anda berzikir/bertasbih? 1 2 3 4 5 6

21
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Sila nyatakan reaksi anda untuk setiap soalan-soalan berikut dengan menggunakan skala berikut:
1 2 3 4 5 6
Tidak Beberapa Beberapa Separuh Sepenuhnya Puasa
pernah kali dalam hari pada dari bulan di bulan sunat
hidup saya bulan Ramadhan Ramadhan tambahan
Ramadhan setiap setiap tahun dan wajib
setiap tahun di bulan
tahun ramadhan

11 Berapa kerap anda berpuasa 1 2 3 4 5 6

Sila nyatakan reaksi anda untuk setiap soalan-soalan berikut dengan menggunakan skala berikut:

1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju
setuju

Islam adalah sebab utama mengapa saya memiliki sifat kerendahan


12 1 2 3 4 5
hati (tawaduk).
Islam adalah sebab utama mengapa saya menghormati ibu bapa
13 1 2 3 4 5
saya.
Islam adalah sebab utama mengapa saya membantu saudara-mara
14 1 2 3 4 5
dan jiran-jiran saya.
Islam adalah sebab utama mengapa saya membantu mereka yang
15 1 2 3 4 5
memerlukan dan anak-anak yatim.
Islam adalah sebab utama mengapa saya seorang yang
16 1 2 3 4 5
bertimbang-rasa.
Islam adalah sebab utama mengapa saya tidak memakan daging
17 1 2 3 4 5
khinzir.
18 Islam adalah sebab utama mengapa saya tidak minum alkohol. 1 2 3 4 5
Islam adalah sebab utama mengapa saya tidak mempunyai
19 1 2 3 4 5
hubungan seks sebelum atau di luar perkahwinan.
Islam adalah sebab utama mengapa saya tidak
20 1 2 3 4 5
mempertimbangkan untuk membunuh diri.
Islam adalah sebab utama mengapa saya tidak terlibat dalam gosip
21 1 2 3 4 5
(mengumpat).
Saya menganggap setiap orang Islam di seluruh dunia sebagai
22 1 2 3 4 5
saudara saya sendiri.
23 Saya tahu mengenai penderitaan setiap Muslim di serata dunia. 1 2 3 4 5
Salah satu sumber utama kebanggaan saya adalah menjadi seorang
24 1 2 3 4 5
Muslim
Saya mahu hidup dalam dunia yang diperintah oleh undang-
25 1 2 3 4 5
undang Islam.
Saya percaya bahawa tali persaudaraan adalah salah satu prinsip
26 1 2 3 4 5
asas dalam Islam.

22
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

27. Dalam hidup saya, saya telah berubah daripada seseorang yang tidak beragama (kurang
mengamalkan agama) kepada orang yang beragama.

Tidak ya

Jika jawapan anda adalah Tidak, sila abaikan soalan 28-33. Jika jawapan anda kepada kenyataan di
atas adalah Ya, sila jawab pernyataan 28-33 dengan menggunakan skala berikut:
1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju
setuju

Menjadi lebih terlibat dalam Islam telah menjadi satu titik


28 1 2 3 4 5
perubahan dalam hidup saya.
Islam telah dihijrahkan dari luar menjadi pusat dalam kehidupan
29 1 2 3 4 5
seharian saya.
Pada satu ketika dalam hidup saya, saya menyedari bahawa Islam
30 1 2 3 4 5
adalah jalan penyelesaian kepada semua masalah saya.
Secara keseluruhannya, saya merasakan bahawa hidup saya tidak
31 1 2 3 4 5
mempunyai makna tanpa Islam.
Semua sekali gus, saya merasakan bahawa saya di jalan yang
32 1 2 3 4 5
salah dan saya perlu mengikut jalan Islam.
Berbanding dengan cara hidup saya yang dahulu, kini Islam
33 1 2 3 4 5
menyentuh setiap aspek dalam kehidupan saya

Sila nyatakan reaksi anda untuk setiap soalan-soalan berikut dengan menggunakan skala berikut:
1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju
setuju

34 Saya mendapati diri saya meragui kewujudan Allah. 1 2 3 4 5

35 Saya mendapati beberapa aspek dalam Islam tidak adil. 1 2 3 4 5

36 Saya mendapati diri saya meragui kewujudan akhirat. 1 2 3 4 5

37 Saya berfikir bahawa Islam tidak sesuai dengan zaman moden. 1 2 3 4 5


Saya ragu-ragu bahawa al-Quran adalah perkataan sebenar
38 1 2 3 4 5
daripada Allah.
Saya merasakan bahawa Islam membuatkan orang tidak
39 1 2 3 4 5
bertoleransi.

Soal Selidik Tamat.


Terima kasih.

23
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

PEMARKAHAN PMIR
Soal Selidik Tahap Spiritualiti dan Keagamaan (PMIR)

Cara Pengiraan:

DK PAH EPDA EPDDA DKI PHA KA


1 6 12 17 22 28 34
2 7 13 18 23 29 35
3 8 14 19 24 30 36
4 9 15 20 25 31 37
5 10 16 21 26 32 38
11 33 39
Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
skor: skor: skor: skor: skor: skor: skor:

DOMAIN KETERANGAN
Dimensi (Item 1 hingga 5). Jumlah skor paling tinggi adalah 15. Semakin tinggi skor,
kepercayaan semakin kuat keyakinan terhadap agama Islam.
(DK)
Pengamalan (Item 6 hingga 11). Jumlah skor paling tinggi adalah 36. Semakin tinggi skor,
agama harian semakin banyak amalan agama dilakukan.
(PAH)
Etika perbuatan (Item 12 hingga 16). Jumlah skor paling tinggi adalah 25. Semakin tinggi skor,
dalam agama semakin tinggi tahap pengetahuan berkaitan etika perbuatan dalam agama.
(EPDA)
Etika perbuatan (Item 17 hingga 21). Jumlah skor paling tinggi adalah 25. Semakin tinggi skor,
dilarang dalam semakin tinggi tahap pengetahuan berkaitan etika perbuatan yang dilarang dalam
agama (EPDDA) agama.

Dimensi (Item 22 hingga 26). Jumlah skor paling tinggi adalah 25. Skor yang lebih tinggi
kesejagatan mewakili pengetahuan seseorang terhadap kepatuhan yang lebih besar terhadap
Islam (DKI) kesejagatan Islam.

Perubahan hidup Domain ini hanya dikira apabila jawapan item 27 adalah Ya.
ke arah (Item 28 hingga 33). Jumlah skor paling tinggi adalah 30. Semakin tinggi skor,
beragama (PHA) semakin besar kemungkinan perubahan hidup ke arah lebih beragama.
Kekuatan (Item 34 hingga 39) Jumlah skor paling tinggi adalah 30. Semakin tinggi skor,
Aqidah (KA) semakin banyak keraguan / kurang kepercayaan dirinya terhadap agama Islam.

24
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 1

Nama Aktiviti Graf Kehidupan


Masa 90 minit
Bahan / Pensil, pemarkahan set soal selidik (SOCS & PMIR) dan graf kehidupan
Peralatan (lampiran 1)
Kaedah
Penyampaian Aktiviti dalam kelompok kecil
Pada akhir aktiviti, peserta akan :
Objektif 1. Mengetahui tahap motivasi perubahan tingkahlaku.
2. Mengetahui tahap pengamalan agama diri.
3. Mengenali diri dengan lebih mendalam.
4. Mengetahui kekuatan diri.
5. Mengetahui kelemahan diri.

Langkah – langkah Anggaran Masa

1. Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. 10 minit


2. Fasilitator akan memperkenalkan diri kepada ahli kelompok sebelum
memulakan aktiviti.
3. Seterusnya fasilitator memberikan penerangan mengenai 7 langkah
kepulihan yang perlu dilalui oleh setiap ahli.
4. Fasilitator memberitahu kepada ahli ini adalah langkah satu (penerimaan
diri) sesi satu.
5. Fasilitator akan berbincang dengan setiap ahli pemarkahan set soal
selidik (SOCS & PMIR) dan ahli perlu memberi maklum balas keputusan 20 minit
set soal selidik yang diperolehi.
6. Kemudian fasilitator akan mengedarkan pensil dan graf kehidupan
(lampiran 1) kepada peserta.
7. Peserta diminta untuk melukis graf kehidupan dengan memplot Graf
Kehidupan mengikut sejarah hidup masing-masing. 10 minit
8. Paksi-x adalah sebagai usia ahli manakala paksi-y adalah emosi saya.
9. Kemudian peserta secara sukarela untuk menunjukkan graf kehidupan 40 minit
yang terhasil serta menceritakan kenapa grafnya berbentuk sedemikian.
10. Fasilitator membuat kesimpulan keseluruhan aktiviti yang telah
dilakukan. 10 minit
10.1 Ahli belajar mengenali diri sendiri.
10.2 Setiap manusia berbeza dan unik pengalaman hidupnya.
10.3 Apabila mengetahui ada kelemahan diri, ahli perlu sedar untuk
perbaiki ke arah kehidupan yang lebih baik.
11. Sesi ini diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Tips/ Info:
1. Sebelum sesi satu bermula, fasilitator boleh melakukan aktiviti perkenalan (taaruf/ice
breaking) antara fasilitator dengan ahli kelompok untuk membina kepercayaan dan
kejelekitan sesama ahli kelompok.
2. Fasilitator perlu memberi fokus pada paksi y-positif klien semasa aktiviti graf kehidupan
untuk meneroka kekuatan dan strategi daya tindak dirinya (coping skill).

25
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 1

Contoh Graf Kehidupan.

 Paksi-x adalah usia ahli.


Contoh: umur klien adalah 30 tahun (lihat gambar rajah di atas)

** Sebaiknya ada fasa umur sewaktu sekolah rendah, sekolah menengah, semasa
dan 5 tahun kehadapan dari usianya sekarang.

 Pada paksi-y positif (+ve) bahagian atas adalah pengalaman yang


manis/menarik/gembira, manakala pada paksi-y negatif (-ve) bahagian bawah
adalah pengalaman sedih/pahit/hitam.

26
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

SESI DUA
LANGKAH 2:
PENYERAHAN KEPADA ALLAH

Ahli mempercayai sepenuh hati kewujudan Allah, pencipta alam ini. Ahli mempercayai
bahawa dirinya dicipta oleh Allah sebagai khalifah. Penyerahan diri bermaksud kembali
kepada melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya dengan hati
yang ikhlas.

27
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

KONSEP

Khairunnisa Mohamad et.al (2014) mempercayai kewujudan Allah sebagai pencipta dan pentadbir
alam ini. Setiap masalah datang daripadaNya dan dialah yang memberi jalan untuk
menyelesaikannya. Ahli hendaklah beriman bahawa setiap masalah merupakan ujian hidup dan telah
mempunyai jalan penyelesaian melalui azam, usaha bersungguh-sungguh yakin dan sentiasa berdoa
mengharapkan bantuan daripada Allah. Ahli mestilah yakin bahawa dirinya boleh berubah kerana
dalam Al-quran telah menyebut bahawa manusia boleh berubah daripada yang buruk kepada yang
baik.

Kesan kepercayaan dan hubungan yang kuat dengan Allah menjadikan ahli bertambah kuat
dan tabah untuk menghadapi cabaran dalam kepulihan. Ahli menanam dalam mindanya bahawa
menjalani proses kepulihan adalah jihad di jalan Allah untuk menundukkan nafsu kembali kepada
fitrah asal manusia. Pengorbanan ahli diberi ganjaran dan dikira sebagai ibadah kepada Allah. Ahli
percaya bahawa ciptaan manusia adalah atas dasar kasih sayang Allah terhadap manusia. Oleh itu
setiap insan harus sedaya upaya untuk mengekalkan cinta Allah. Setiap ahli kumpulan sedar dan
percaya bahawa Allah inginkan setiap ciptaannya hidup bahagia. Kepercayaan kita terhadap manusia
yang lain dan kepercayaan kita terhadap Allah adalah jauh berbeza. Kepercayaan kita terhadap rakan
kita ada kemungkinan boleh dipertikai atau dicabar mengikut keadaan. Mungkin situasi rakan kita
yang terdesak dengan masalah peribadi mendorongnya melakukan sesuatu yang membuat kita hilang
percaya terhadapnya. Tetapi kepercayan mutlak kita terhadap pencipta yang maha agung tidak boleh
dipertikai atau dicabar sesama sesekali.

Seorang insan yang meletakkan kepercayaan kepada Allah tanpa sebarang keraguan nescaya
segala bebanan dirinya yang diserahkan kepada Allah akan menemui hasil yang diharapkan. Insan
tersebut akan dibimbing dan dididik oleh kuasa tertinggi yang ghaib. Begitulah berkuasanya,
begitulah hebatnya implikasi kepercayaan mutlak manusia kepada yang maha pemberi.

“Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya
(untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang
dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”.
(At-Talaq (65):3)

28
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 2

Nama Aktiviti Impianku


Masa 50 minit
Bahan /
Tayangan video, pensil dan lukisan impian saya (lampiran 2)
Peralatan
Kaedah
Penyampaian Aktiviti dalam kelompok kecil

Objektif Pada akhir aktiviti, peserta akan


1. Mengetahui kemahuan diri sendiri.
2. Boleh menerangkan makna lukisan dirinya.
3. Menyedari unsur-unsur spiritual dalam diri.

Anggaran
Langkah – langkah
Masa

1. Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. 10 minit


2. Fasilitator akan mengingatkan kepada ahli ini adalah langkah dua
(penyerahan kepada Allah) sesi dua.
3. Fasilitator menayangkan video berkaitan dengan penyerahan diri kepada
Allah dan bersama-sama ahli membaca zikir yang ditayangkan.
4. Selesai tayangan video, fasilitator akan mengedarkan pensil dan lukisan
impian saya (lampiran 2) kepada ahli.
5. Fasilitator meminta setiap ahli melukis apa sahaja yang mereka mahukan 10 minit
dalam hidup.
6. Selesai melukis, fasilitator akan bertanyakan soalan kepada setiap ahli. 25 minit
i. Apakah makna lukisan objek/benda yang dilukis.
ii. Hasil lukisan dikaitkan dengan kedekatan diri terhadap unsur-unsur
spiritual / ketuhanan.
7. Fasilitator membuat kesimpulan aktiviti yang telah dilakukan.
7.1 Setiap manusia ada impian masing-masing yang hendak dicapai.
7.2 Perlunya usaha untuk mencapai apa yang diimpikan. 5 minit
7.3 Menyedari adakah impian diri seiring dengan tuntutan agama.
8. Aktiviti diteruskan dengan aktiviti ketiga.

Tips/ Info:
Link Video (Penyerahan diri kepada Allah):
1. https://www.youtu.be/FA3cfCFuhPA
2. https://www.youtu.be/gEeWx0Syj0o
* Video boleh berubah mengikut kesesuaian maksud penyerahan diri kepada Allah.

29
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 2

Nota:
Apa jua hasil lukisan yang dilukis oleh ahli, kaitkan dengan menyedarkan kepada mereka
matlamat hidup ini untuk apa dan untuk siapa iaitu: Diciptakan sebagai khalifah dan
sebagai hambaNya. Ingatkan ahli untuk ada impian kekal kepulihan.

Dalam mengejar impian, seorang Muslim itu perlu menuruti panduan seperti yang
diajarkan di dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu setiap impian dan harapan perlulah
mendahului kehendak Allah kerana keredaan Allah pasti akan menatijahkan kebaikan
bukan untuk di dunia sahaja bahkan di akhirat kelak.

LUKISAN
IMPIAN
SAYA

30
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 3

Nama Aktiviti Senarai Semak Diri


Masa 20 Minit
Bahan /
Pensil dan borang senarai semak diri (lampiran 3)
Peralatan
Kaedah
Penyampaian Perbincangan dalam kelompok kecil
Pada akhir aktiviti, peserta akan
Objektif 1. Mengetahui tahap kepercayaan dirinya kepada Allah.
2. Mengetahui tahap kemahuan diri yang membawa manfaat.
3. Mengetahui tahap kemahuan diri yang membawa mudarat.
4. Mengetahui tahap keyakinan diri kepada Allah.
5. Mengetahui tahap kebenaran agama Islam sebagai landasan hidup.
6. Mengetahui tahap membuat pilihan hidup berdasarkan akal.
7. Mengetahui tahap membuat pilihan hidup berdasarkan iman.
8. Mengetahui tahap membuat pilihan hidup berdasarkan syariat.

Langkah – langkah Anggaran Masa

1. Fasilitator mengedarkan borang semak diri (lampiran 3) kepada ahli. 5 minit


2. Ahli diberi masa untuk menjawab.
3. Kemudian fasilitator akan meminta kepada setiap ahli memberi
maklumbalas secara lisan tentang keputusan borang penilaian.
4. Selesai perbincangan, fasilitator akan mengumpul kesemua borang 10 minit
jawapan ahli.
5. Fasilitator membuat kesimpulan aktiviti yang telah dilakukan.
5.1 Semakin mengenali diri sendiri. 5 minit
5.2 Refleksi diri sejauhmana tahap hubungan diri sebagai
manusia (hamba) dengan tuhannya.
5.3 Berusaha untuk memperbaiki diri.
6. Sebelum mengakhiri langkah dua, fasilitator akan menjalankan sesi
aktiviti 4.

Tips/Info:
1. Markah yang diperolehi hanya bertindak sebagai panduan dan bukan sebagai alat mengukur
tunggal mengukur tahap keyakinan kepada Allah dan perkara lain dalam Islam.
2. Sentiasa mengingati husnul khatimah sebagai salah satu pendorong motivasi untuk amalan
masing-masing.
3. Keikhlasan perlu dipupuk dan perasaan ‘ujub dengan amal soleh diri sendiri perlu dikikis.

31
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Borang Senarai Semak Diri LAMPIRAN 3


Sila gunakan skala berikut untuk memberikan maklum balas anda.

1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
setuju Setuju

Bil Bahagian 1 2 3 4 5
1 Percaya:
Saya percaya kewujudan Allah sebagai pencipta
dan pentadbir alam ini.
2.1 Kemahuan:
Saya mengikuti segala kemahuan diri yang boleh
2 membawa mudarat kepada diri.
2.2 Kemahuan:
Saya mengikuti segala kemahuan diri yang boleh
membawa manfaat kepada diri.
3 Keyakinan:
Saya menyakini bahawa Allah sentiasa membantu
hambaNya.
4 Kebenaran:
Saya menjadikan agama Islam sebagai landasan
hidup.
5.1 Pilihan:
Setiap tindakan yang dibuat oleh saya berdasarkan
akal yang waras.
5 5.2 Pilihan:
Setiap tindakan yang dibuat oleh saya berdasarkan
iman.
5.3 Pilihan:
Setiap tindakan yang dibuat oleh saya berdasarkan
ajaran agama.

** Penilaian dilakukan untuk menilai kesediaan ahli untuk bergerak ke langkah seterusnya dan
sebagai refleksi diri kepada ahli sahaja.

 Jumlah skor saya: _________________________________


Cara pengiraan: Jumlahkan skor setiap item mengikut nilai yang ditanda.
Kecuali item negatif: item 2.1 akan ditukar ke dalam susunan berikut:
(Nilai jawapan markah sebagai 5 akan menjadi 1, markah 4 akan menjadi 2, apa-
apa markah 3 akan kekal 3, markah 2 akan menjadi 4 dan sebarang tanda 1 akan
menjadi 5).

SKOR KLASIFIKASI
1-13 Rendah
Menggambarkan orientasi hidup
14-27 Sederhana sebagai seorang Muslim.
28-40 Tinggi

32
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 4

Nama Aktiviti Magic Word


Masa 20 Minit
Bahan /
Balang yang mengandungi kata-kata hikmat (lampiran 4)
Peralatan
Kaedah
Penyampaian Perbincangan dalam kelompok kecil
Pada akhir aktiviti, peserta akan
Objektif 1. Mengetahui satu kata-kata hikmat.
2. Menghafal kata-kata hikmat yang diperolehi.
3. Menyuntik motivasi diri untuk berubah.

Langkah – langkah Anggaran Masa

1. Fasilitator mengedarkan balang yang mengandungi kata-kata hikmat. 5 minit


2. Kemudian setiap ahli perlu mencabut satu kertas di dalam balang
tersebut yang mengandungi kata-kata hikmat.
3. Fasilitator meminta ahli menyebut kata-kata hikmat.yang diperolehi.
4. Setiap ahli perlu menghafalnya dan akan membincangkan pada sesi 10 minit
ketiga.
5. Fasilitator membuat kesimpulan keseluruhan aktiviti sesi dua yang 5 minit
telah dilakukan.
5.1 Perlunya ada satu kata-kata hikmat yang dipegang untuk
meningkatkan motivasi diri.
5.2 Kata-kata hikmat yang diambil sebagai peringatan kepada diri
untuk diamalkan.
5.3 Sentiasa mengucapkan kata-kata yang positif dalam hidup.
6. Aktiviti diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Tips/ Info:
1. Jika ahli mempunyai pilihan kata-kata hikmat selain daripada pilihan yang ada, ahli bebas
sebenarnya menentukan apakah kata-kata yang meningkatkan motivasinya.
2. Galakkan ahli berkongsi apa kata-kata hikmat yang memberinya inspirasi.
3. Kata-kata hikmat ini boleh ditanya kepada setiap ahli pada setiap kali sesi.

33
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 4
KATA-KATA HIKMAT

“Sesungguhnya Allah tidak akan “Allah tidak membebani seseorang


mengubah nasib suatu kaum itu melainkan sesuai dengan
sehingga mereka mengubah diri kesanggupannya”
mereka sendiri”

“Kalau tidak dipecahkan ruyung,


“Ingatlah, hanya dengan
manakan dapat sagunya”
mengingati Allah. Hati akan
menjadi tenang”
“Genggam bara api, Biar sampai
jadi abu”
“Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan”

“Find your purpose, become


“Alang-alang menyeluk pekasam
unstoppable”
biar sampai ke pangkal lengan”

“Stop Wishing, Start Doing”


“Believe in Yourself”

“Sesungguhnya bersama “Sesungguhnya Allah sentiasa


kesulitan itu ada kemudahan” bersama dengan orang yang sabar”

34
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

SESI TIGA
LANGKAH 2:
PENYERAHAN KEPADA ALLAH

Untuk berjaya kekal dalam pemulihan, ahli hendaklah mempercayai bahawa Allah telah
membekalkannya dengan kekuatan akal, iman, dan potensi diri untuk berubah. Kekuatan
untuk pulih adalah datang daripada hubungan rohani yang kuat dengan Allah melalui
bimbingan daripada fasilitator dan kepercayaan diri sendiri ahli tentang kemampuannya
dalam kepulihan.

35
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 5

Nama Aktiviti Show me the way


Masa 60 minit
Bahan /
Tayangan video, pensil dan lampiran show me the way (lampiran 5)
Peralatan
Kaedah
Penyampaian Perbincangan dalam kelompok kecil
Pada akhir aktiviti, peserta akan
Objektif 1. Mengetahui makna penyerahan kepada Allah.
2. Boleh membezakan pilihan jalan yang baik.
3. Boleh membezakan pilihan jalan yang buruk.
4. Menyedari nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada diri.

Anggaran
Langkah – langkah
Masa

1. Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.


2. Fasilitator akan mengingatkan kepada ahli ini adalah langkah dua 5 minit
(penyerahan kepada Allah) sesi tiga.
3. Fasilitator menanyakan kepada setiap ahli tugasan kata-kata hikmat yang
mereka perolehi pada sesi yang lepas.
4. Fasilitator menayangkan video berkaitan dengan penyerahan diri kepada
Allah. 10 Minit
5. Seterusya fasilitator akan mengedarkan kertas show me the way (lampiran
4).
6. Fasilitator meminta setiap ahli melukis apakah harta benda/barang yang 40 minit
anda miliki sekarang, berada dalam keadaan yang tidak baik/rosak?
7. Selesai melukis, fasilitator akan bertanyakan soalan kepada setiap ahli.
- Bagaimana untuk kembalikan fungsi barang / harta benda yang rosak?
Berikan sebab ke atas jawapan tersebut..
8. Fasilitator meminta setiap ahli menjawab persoalan ini secara lisan dan
berkongsi pengajaran yang diperolehi.
9. Fasilitator membuat kesimpulan keseluruhan aktiviti sesi tiga yang telah 5 minit
dilakukan.
a. Analogi atau perumpamaan barang adalah diri kita sebagai
manusia.
b. Manusia apabila mempunyai masalah perlu mencari kepada
penciptanya iaitu Allah swt.
c. Apabila berlaku proses pembaikan (penyucian diri) baru boleh
berfungsi dengan baik sebagai manusia.
10. Aktiviti diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Tips/ Info:
Link Video (Penyerahan diri kepada Allah):
1. https://www.youtu.be/BCmUWaNuW_k
* Video boleh berubah mengikut kesesuaian maksud penyerahan diri kepada Allah.

36
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

SHOW ME THE WAY LAMPIRAN 5


Lukisan barang/harta benda yang rosak

Contoh lukisan: Kereta

Soalan kepada ahli: Bagaimana untuk kembalikan fungsi barang / harta


benda yang rosak?

Contoh jawapan: Jika kereta rosak perlu dihantar ke bengkel kereta dan
berjumpa dengan mekanik untuk membaikinya.

Nota:
Seharusnya kita perlu tahu kemana / siapa yang perlu dirujuk mengikut
kepakarannya. Jika silap hantar pergi ke tempat / orang yang salah maka
kereta akan menjadi semakin rosak dan boleh jadi tidak boleh digunakan
lagi.

Perumpamaan barang yang rosak itu adalah diri kita sebagai manusia yang
ada buat silap, dosa dan punya banyak kelemahan (kaitkan dengan masalah
penagihan ahli). Manusia dicipta oleh Allah, maka Dialah yang maha
mengetahui segala-galanya mengenai makhluk dan Allah juga yang boleh
memperbaiki kehidupan manusia serta membantu kepulihan klien.

Oleh itu, apabila kita buat silap / dosa, yang perlu dirujuk adalah Allah,
mengadu, berdoa dan serahkan segala-gala kepadaNya.

37
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

SESI EMPAT
LANGKAH 3:
MENGENAL DIRI DAN MENGAKU
KEPADA ALLAH

Mengenali diri sendiri merupakan asas kepada pengenalan kepada Allah yang mencipta diri
kita. Manusia diciptakan di dunia ini dengan segala potensi yang mampu memajukan diri
dan mencapai matlamat hidup. Apabila seseorang mengenal dirinya dan penciptanya yang
maha bijaksana, maka manusia tidak keseorangan dalam berjuang menempuh cubaan hidup
kerana penciptanya akan memberi pertolongan kepadanya. Setiap kesalahan mempunyai
hikmah tersendiri dan merupakan pintu untuk keinsafan diri, mengenal penciptaNya dan
kembali kepadanya. Hal ini menjadikan seseorang itu bertambah pengalamannya, pedoman
hidup dan semakin produktif dalam kehidupan daripada pengajaran kesalahan yang lalu.

38
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

KONSEP

Mengenali diri sendiri serta mengaku kepada Allah, diri sendiri, serta orang lain tentang punca
sebenar kesalahan saya. Prinsip utama dalam hal ini adalah mengenal pasti kelemahan-kelemahan
dan kekuatan dalam proses pemulihan. Ahli juga perlu bersedia mengakui kepada Allah, kepada diri
sendiri dan juga kepada individu lain atas kesalahan yang telah ahli lakukan. Ahli bersedia berkongsi
inventori dan belajar mengenal diri sendiri, melihat kelemahan diri dan apa yang perlu ahli lakukan
dalam memperbaiki diri. Ini juga merupakan cara untuk ahli mengenali siapa sebenarnya diri mereka
(Mohd Nadzir et.al, 2014)

Langkah ini menekankan penerokaan dan ia mendorong ahli untuk melihat semua aspek yang ada
dalam dirinya. Penerokaan yang dimaksudkan di sini adalah ahli menjawab inventori profil diri dan
menyenaraikan peristiwa lepas, sekarang dan masa hadapan mengenai dirinya. Apabila melakukan
secara bertulis, ahli akan komited untuk melaksanakan dan dalam masa yang sama ahli membina
kekuatan sewaktu mengatasi kelemahan.

1. Pengakuan kepada Allah akan memudahkan ahli mendekati dan melalui langkah ini dengan
lebih mudah. Allah maha pengampun penyayang terhadap semua makhluk dan bersedia
menerima taubat.
2. Pengakuan kepada diri sendiri akan meningkatkan keinsafan ahli atas segala dosa-dosa yang
telah dilakukan.
3. Ahli menyedari tingkah laku ahli dalam dalam penagihan memberi kemudaratan kepada pihak
lain. Ini akan memberi ahli kekuatan untuk berhadapan dengan mereka dan memohon
kemaafan.

Setelah melakukan penerokaan diri dan mengenali diri dengan lebih mendalam, ahli akan lebih
menyayangi, menghargai diri dan ahli akan cuba melakukan apa sahaja yang terbaik untuk mencapai
kehidupan yang sempurna.

Kenali diri: Adakah kita mengenli siapa diri kita sebenarnya? Apabila kita disuruh untuk
menggambarkan siapa diri kita, kebiasaannya kita lebih selesa untuk menggambarkan diri dengan
aspek-aspek yang kita suka berkaitan diri sendiri. Amat jarang dan boleh dikatakan tidak mungkin
untuk kita berkongsi akan sifat-sifat buruk yang terdapat dalam diri. Malah individu yang normal juga
merasa takut untuk membincangkan aspek-aspek kelemahan mereka apatah lagi yang terlibat dengan
penyakit penagihan. Gambaran orang lain lebih tepat berbanding gambaran yang kita berikan
berkaitan siapa sebenarnya diri kita. Dalam konsep mengenali diri dalam langkah ketiga ini ahli perlu
melakukan sendiri walaupun ianya merupakan satu perkara yang mungkin tidak pernah ahli lakukan
seumur hidup dan ahli kena laluinya tanpa rasa takut untuk berhadapan dengan sifat-sifat buruk
tersebut.

39
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 6

Nama Aktiviti Profil Diri


Masa 45 Minit
Bahan /
Pensil dan borang profil diri (lampiran 6)
Peralatan
Kaedah
Penyampaian Perbincangan dalam kelompok besar
Pada akhir aktiviti, peserta akan
Objektif 1. Boleh membuat penilaian terhadap diri.
2. Mengetahui keadaan diri dari sudut spiritual.
3. Mengetahui keadaan diri dari sudut kognitif (pemikiran).
4. Mengetahui keadaan diri dari sudut sosial.
5. Mengetahui keadaan diri dari sudut tingkah laku.
6. Mengetahui keadaan diri dari sudut emosi.

Anggaran
Langkah – langkah
Masa

1. Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. 10 minit


2. Fasilitator akan mengingatkan kepada ahli ini adalah sesi empat, langkah
ketiga (Mengenal diri dan mengaku kepada Allah)
3. Fasilitator akan mengedarkan pensil dan profil kenal diri (Lampiran 6).
4. Ahli diberi masa untuk menjawab.
5. Selesai mengisi, fasilitator akan berbincang dengan setiap ahli jawapan 30 minit
yang diberikan.
6. Fasilitator membuat kesimpulan aktiviti
6.1 Perlunya keseimbangan dalam hidup dari pelbagai aspek iaitu spiritual, 5 minit
kognitif (pemikiran), sosial, tingkah laku dan emosi.
6.2 Analogi seperti roda untuk bergerak, jika tidak seimbang ia akan
mengganggu perjalanan.
6.3 Apabila menyedari ada aspek yang kurang ia perlu dipertingkatkan
begitulah sebaliknya.
7. Sesi diteruskan dengan aktiviti ketujuh.

Tips/ Info:
1. Markah yang diperolehi dalam profil diri bukan satu pengukur semata-mata kepada diri
klien.Markah yang diperolehi boleh berubah dari masa ke semasa.
2. Manusia belajar daripada sejarah, merancang untuk masa depan dan bertindak pada masa
sekarang.

40
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 6

Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan untuk memberikan maklum balas anda.

PROFIL DIRI

No Ya Tidak Pasti Tidak


SPIRITUAL
1. Saya seorang manusia
2. Saya mempunyai akal dan hati untuk mencari
kebenaran.
3. Manusia dicipta sebagai hamba dan Khalifah Allah.
4. Manusia diberi akal untuk berfikir untuk membezakan
mana yang hak dan batil.
5. Manusia diberi hati untuk merasai serta menghayati
kewujudan dan kebesaran Allah.
6. Manusia diberi potensi untuk berubah.
7. Manusia sama dengan haiwan.

KOGNITIF
8. Selesa memberitahu orang lain mengenai sebarang
perkara yang ada dalam fikiran saya.
9. Jarang mengaku kalah apabila berhadapan dengan
masalah yang rumit.
10. Suka melihat diri saya sebagai orang yang berjaya.
11. Saya berfikir orang lain akan menerima kemaafan
saya.
12. Mereka boleh menerima saya kerana saya telah
berubah.
13. Tidak ada sesiapa yang boleh membuatkan saya
berubah kecuali diri saya sendiri.

SOSIAL
14. Suka menghadiri majlis keramaian yang turut dihadiri
oleh orang yang pernah disakiti.
15. Saya bersedia didera secara fizikal untuk mendapatkan
kemaafan.
16. Saya mampu berhadapan sekiranya bersemuka dengan
orang yang pernah disakiti.

41
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Ya Tidak Pasti Tidak


TINGKAH LAKU
17. Saya boleh melakukan apa yang terbaik
kepada orang lain.
18. Sanggup menjadi terbaik dalam apa jua
tindakan yang saya lakukan.
19. Saya bertanggungjawab terhadap apa yang
telah saya lakukan.

EMOSI
20. Apapun tindakan yang saya lakukan saya tidak
akan rasa bersalah.
21. Percaya bahawa Allah sentiasa melihat apa
yang saya telah lakukan.
22. Saya berasa sedih sekiranya kemaafan saya
tidak diterima.

**Penilaian dilakukan untuk melihat aspek spiritual, kognitif, sosial, tingkah laku dan emosi ahli
dalam kehidupan harian.

Cara Pengiraan: Skor setiap item dikira seperti berikut; Ya = 2, Tidak Pasti = 1, Tidak = 0
kecuali pada item negatif: 7 dan 15 dikira seperti berikut; Ya = 0, Tidak Pasti = 1, Tidak = 2

Spiritual Kognitif Sosial Tingkah laku Emosi


1 8 14 17 20
2 9 15 18 21
3 10 16 19 22
4 11
5 12
6 13
7
Jumlah skor: Jumlah skor: Jumlah skor: Jumlah skor: Jumlah skor:

BAHAGIAN SKOR KLASIFIKASI


0-5 Rendah
Spiritual 6-10 Sederhana
11-14 Tinggi
0-4 Rendah
Kognitif (pemikiran) 5-8 Sederhana
9-12 Tinggi
0-1 Rendah
Sosial, Tingkah laku & 2-4 Sederhana
Emosi 5-6 Tinggi

42
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 7

Nama Aktiviti Aku adalah aku


Masa 45 Minit
Bahan /
Pensil dan siapa aku (lampiran 7)
Peralatan
Kaedah
Penyampaian Perbincangan dalam kelompok besar
Pada akhir aktiviti, peserta akan
Objektif 1. Memahami tujuan hidup diri ini kenapa diciptakan sebagai manusia.
2. Berkeupayaan menyenaraikan pengalaman lepas.
3. Berkeupayaan menyenaraikan apa yang perlu dilakukan pada masa
sekarang.
4. Berkeupayaan menyenaraikan perancangan masa hadapan yang jelas.

Anggaran
Langkah – langkah
Masa

1. Aktiviti bersambung selepas aktiviti keenam. 5 minit


2. Kemudian fasilitator mengedarkan pensil dan kertas siapa aku? (Lampiran
7).
15 minit
3. Ahli diberi masa untuk mengisi pada ruang yang disediakan.
4. Seterusnya fasilitator akan menjelaskan konsep gambar rajah siapa aku.
5. Fasilitator membuat kesimpulan keseluruhan aktiviti sesi ke empat yang 20 minit
telah dilaksanakan.
5.1 Setiap manusia melalui proses sejarah, sekarang dan akan datang. 5 minit
5.2 Fokuskan kepada waktu sekarang dengan melakukan perkara yang
paling terbaik.
5.3 Perkara yang lepas adalah pengajaran untuk kita menjadi manusia yang
lebih baik.
6. Aktiviti diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

43
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 7

Siapa Aku?

Contoh: Pernah Contoh: Bekerja Contoh: Mahu


menagih dadah, dengan berniaga lebih berjaya
mencuri, memukul dan untuk menyara dalam perniagaan.
lain-lain. keluarga.

NOTA:
Fasilitator akan membuat kesimpulan kepada ahli mengenai:
• Sejarah: Hakikat sejarah kehidupan manusia ialah bermula dengan kisah Nabi Adam. Buat
silap sehingga diturunkan ke bumi, kemudian dia bertaubat.
• Sekarang: Apa pun jua perkara yang kita lakukan pada masa sekarang ia dikira ibadah jika
diniatkan kerana Allah dan tidak menyalahi syariat. Selaras dengan tujuan manusia diciptakan
di atas muka bumi ini adalah sebagai khalifah dan Hamba Allah. Maka laksanakan amanah
kedua-dua ini dengan sebaiknya.
• Masa Hadapan: Fasilitator perlu rujuk semula aktiviti Impianku + graf kehidupan yang
telah dibuat oleh klien pada sesi yang lepas. Ini supaya ahli jelas dan tahu apa perubahan yang
dia mahu lakukan selepas ini.
Impian di dunia = Jatuh bangun biasa.
Impian di akhirat = Syurga.

44
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

SESI LIMA
LANGKAH 4:
BERTANGGUNGJAWAB
MEMBETULKAN KESILAPAN DIRI

Ahli mestilah menyedari tanggungjawab yang dipikul. Ahli mempunyai beberapa


tanggungjawab iaitu tanggungjawab terhadap Allah, sesama manusia dan diri sendiri. Ahli
mestilah memikul ketiga-tiga tanggungjawab tersebut dengan ilmu yang secukupnya dan
mengamalkannya secara istiqamah (berterusan). Keseimbangan dalam memenuhi ketiga-
tiga tanggungjawab tersebut akan menjadikan ahli seorang itu akan ditanya dan
dipertanggungjawabkan sama ada di dunia atau di akhirat kelak.

45
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

KONSEP

Ahli perlu bersedia dan bertanggungjawab dalam membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan dan
seterusnya melakukan perubahan dalam hidupnya. Perkara utama yang perlu dilakukan oleh ahli
adalah fokus kepada memperbaiki diri dan hubungannya dengan Allah (bertaubat) serta
bertanggungjawab membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan terhadap orang lain.

Muhammad Khairi dan Abdul Halim (2014) menyatakan bertaubat adalah kembali kepada
ajaran agama dan meninggalkan segala amalan yang bercanggah dengan agama. Setiap manusia tidak
lari dari melakukan kesilapan melainkan para nabi dan rasul. Ahli perlu sedar bahawa
penyalahgunaan dadah merupakan kesalahan dalam agama kerana kesannya juga mengakibatkan ahli
mengabaikan perintah dan larangan agama. Oleh itu, menurut Imam Al-Nawawi beliau berpendapat
wajib bertaubat bagi setiap orang yang telah melakukan dosa. Jika ahli gagal meninggalkan dadah
secara sepenuhnya sama ada secara terus (jika boleh membahayakan nyawa dan mudarat kepada diri)
ahli mesti meninggalkan dadah secara berperingkat sehingga hilang ketagihannya dan sentiasa berniat
di dalam hati mahu meninggalkannya (Mahmud Nazim, 1987).

Haslinda Hamidi, Noor Azian & Mohd Faizal (2014), menjelaskan mengenai sikap ahli
apabila ada membuat kesilapan terhadap orang lain, maka ahli perlu mengambil tindakan untuk
membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan. Ahli perlu mengambil tindakan untuk membetulkan
keadaan yang pernah dirosakkan sewaktu penagihan yang melibatkan orang-orang yang berkaitan
dalam hidupnya seperti keluarga, kawan-kawan, guru, jiran tetangga dan sebagainya. Ia bukan
sekadar permohonan maaf tetapi apa yang paling penting adalah dengan TIDAK mengulangi
kesilapan lalu. Proses memperbaiki kesilapan ini perlu secara berterusan dan tidak membawa kesan
kemudaratan terhadap dirinya mahupun orang lain. Misalnya sekiranya ahli berjumpa dengan orang
yang pernah disakiti untuk memperbaiki kesilapan diri dan kemungkinan akan mendapat bahaya,
maka perkara ini perlu difikirkan semula.

Sebelum membetulkan kesilapan dan kemungkinan akan mendapat bahaya, maka perkara ini
perlu difikirkan semula. Sebelum membetulkan kesilapan dengan orang lain, ahli perlu yakin dan
percaya bahawa Allah akan memberi ketabahan dan kekuatan dalaman untuk berubah dan memohon
keampunan kepada Allah atas kesilapan yang telah dilakukan. Ringkasnya dalam langkah ini, ahli
mesti bertanggungjawab untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan dengan membina
keyakinan bahawa Allah akan memberi bantuan untuk dirinya berubah.

Sebelum itu, ahli mesti menyiapkan diri dari pelbagai aspek yang merangkumi:
1) Yakin terhadap pertolongan Allah
2) Bersedia menerima jangkaan dan risiko untuk berubah (fizikal/mental dan emosi)
3) Konsep kemaafan (memaafkan diri sendiri dan orang lain)
4) Memperbaiki hubungan dengan orang lain dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.
5) Bersifat rendah diri dan berserah terhadap Allah dalam usaha untuk berubah
6) Menerima limitasi (keupayaan) diri dalam membaiki kesilapan yang telah dilakukan.

46
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 8

Nama Aktiviti Forgive Me


Masa 45 Minit
Bahan /
Slide (bahan lampiran 8 (a), 8 (b), tayangan video, LCD Projektor.
Peralatan
Kaedah
Penyampaian Perbincangan dan tayangan slide.
Pada akhir aktiviti, peserta akan
Objektif 1. Menyedari kesilapan yang dilakukan terhadap Allah
2. Menyedari kesilapan yang dilakukan terhadap manusia.
3. Mengetahui makna taubat.
4. Mempelajari cara-cara untuk bertaubat.

Anggaran
Langkah – langkah
Masa

1. Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. 5 minit


2. Fasilitator akan mengingatkan kepada ahli ini adalah sesi kelima, langkah
ke empat (Bertanggungjawab membetulkan kesilapan diri).
3. Kemudian fasilitator akan berbincang dengan ahli mengenai taubat dengan
tayangan slide dan video (Lampiran 8(a) dan 8(b)). 35 minit
4. Selesai perbincangan, fasilitator akan meminta ahli untuk bersama-sama
membaca istighfar.

‫ست َ ْغ ِف ُرهللاَ ا ْلعَ ِظ ْي َم‬


ْ َ‫ا‬
“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung"

5. Fasilitator membuat kesimpulan aktiviti: 5 minit


5.1 Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesalahan dan dosa.
5.2 Pintu keampunan Allah kepada hambanya sentiasa terbuka luas.
5.3 Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
6. Aktiviti akan diteruskan dengan aktiviti yang ke sembilan iaitu ini
langkahku.

Tips/ Info:
1. Link Video (Taubat seorang hamba):
 https://youtu.be/kSU_SsXRW4Q
 https://www.youtube.com/watch?v=ajrm1CzWENo
* Video boleh berubah mengikut kesesuaian maksud taubat.

2. Fasilitator boleh merujuk buku:


1. Imam Ghazali (1988), Ihya’ `Ulumuddin (jilid 4). Ismail Yakub (terj.). Singapura:
Pustaka National.
2. Abdul Hadi (2004), Taubat jalan menuju syurga. Abdullah Haidir (terj.) Riyadh: Al
Maktab At –Taawuni Lid-Da’wah wal Irsyad wa Tau’iyatil Jaliat bi As-Sulay.

47
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 8 (a)

TAUBAT

Taubat dari segi bahasa bermakna kembali. Ertinya ia kembali dari dosanya (berpaling dan menarik
diri dari dosa).Taubat adalah kembali kepada Allah dengan melepaskan hati dari perkara yang
membuatnya melakukan dosa dan seterusnya melaksanakan semua hak Allah swt.

DIRI

ALLAH Dosa MANUSIA

Hubungan manusia dengan Allah: Memelihara hubungan sesama


manusia:
1. Mengimani dan patuh pada Rukun Iman
dan Rukun Islam 1. Ibu ayah
2. Tilawah Al-Quran 2. Ahli keluarga
3. Infaq / Sedeqah 3. Rakan-rakan
4. Bangun malam (Amalan sunat) 4. Masyarakat

Syarat Taubat dengan Allah Syarat Taubat dengan Manusia


1. Berhenti melakukan dosa yang 1. Berhenti melakukan dosa yang pernah
pernah dilakukan. dilakukan.
2. Menyesali kesalahan yang telah 2. Menyesali kesalahan yang telah
dilakukan. dilakukan.
3. Bertekad untuk tidak mengulangi 3. Bertekad untuk tidak mengulangi
kesalahan lagi. kesalahan lagi.
4. Meminta maaf atau meminta redha
kepada orang yang telah kita berbuat
dosa terhadapnya/bayar ganti semula
dan memulangkan barang yang telah
diambil.

 Fasilitator menunjukkan kaifiat / cara untuk bertaubat.


- Istighfar
- Solat sunat taubat.

48
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 8 (b)
Kisah Taubat Pembunuh 100 Jiwa Manusia.

Terdapat kisah ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Kemudian orang tersebut mencari-
cari orang yang paling alim di negeri itu maka dia dibawa berjumpa kepada seorang rahib (ahli
ibadah). Lelaki tersebut datang kepada si rahib dan menceritakan bahawa dia telah membunuh 99
orang, maka adakah masih boleh diterima taubat. Rahib itu mengatakan bahawa taubatnya tidak akan
diterima. Lantas orang itu membunuh si rahib tadi maka genaplah sudah 100 orang yang dibunuhnya.
Kemudian dia mencari-cari lagi orang yang paling alim di negeri itu maka dia ditunjukkan
kepada seseorang yang sangat alim. Dia menceritakan bahawa dia membunuh 100 orang, maka
adakah masih boleh diterima taubatnya. Orang yang sangat alim itu menjawab, “Ya, masih boleh.
Siapakah yang dapat menghalangnya untuk bertaubat? Pergilah ke daerah sana kerana penduduk
daerah sana itu menyembah kepada Allah Ta`ala, maka sembahlah Allah bersama-sama dengan
mereka dan janganlah engkau kembali lagi kekampung halamanmu kerana perkampunganmu adalah
daerah hitam.”
Lelaki tersebut terus bergerak ke situ. Setelah menempuh jarak kira-kira setengah perjalanan
lelaki ini meninggal. Kemudian Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab berselisih pendapat. Malaikat
Rahmat berkata, “Dia telah berangkat untuk benar-benar bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan
sepenuh hati kepada Allah Ta`ala.” Malaikat Azab pula berkata, “Sesungguhnya dia belum berbuat
kebaikan walau sedikit pun.”
Justeru datanglah seorang Malaikat dalam bentuk manusia, maka kedua-dua Malaikat itu
menjadikannya sebagai hakim. Maka berkatalah Malaikat yang dalam bentuk manusia itu, “Ukurlah
olehmu dua daerah itu. Maka daerah yang lebih dekat itulah ketentuan nasibnya.” Mereka
mengukurnya kemudian mereka mendapati daerah yang dituju itulah yang lebih dekat. Maka orang
itu diambil nyawanya oleh Malaikat Rahmat.”(HR Al-Bukhari dan Muslim).

Pengajaran:
1. Memberikan harapan dan sokongan kepada ahli masyarakat yang ingin bertaubat dengan
tidak menutup jalan untuk mereka bertaubat.
2. Berhijrah memilih persekitaran yang baru dan baik adalah salah satu cara berkesan untuk
berubah menjadi lebih baik.
3. Pintu taubat sentiasa terbuka luas hatta penuh satu dunia dengan dosa selagi mana kita
percaya Allah akan mengampunkan dosa hambanya
4. Allah Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat. Malah Allah sangat suka memberikan
pengampunan dan menerima taubat hambaNya.

49
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 9

Nama
Ini Langkahku
Aktiviti
Masa 45 Minit
Bahan /
Pensil, instrumental zikir, dan ini langkahku (lampiran 9)
Peralatan
Kaedah
Penyampaian Perbincangan dalam kelompok besar
Pada akhir aktiviti, peserta akan
Objektif 1. Menyedari kesilapan yang telah dilakukannya berkaitan dengan
perhubungan terhadap orang lain.
2. Bersedia untuk memohon kemaafan atas kesilapan yang dibuat.
3. Berjaya menyenaraikan seberapa banyak tindakan awal untuk
membetulkan kesilapannya.

Langkah – langkah Anggaran Masa

1. Aktiviti bersambung selepas aktiviti kelapan.


2. Kemudian fasilitator mengedarkan pensil dan lampiran ini langkahku 10 minit
(Lampiran 9) sambil diperdengarkan instrumental zikir.
3. Ahli diberi masa untuk mengisi pada ruang yang disediakan.
4. Selesai mengisi, fasilitator akan berbincang dengan setiap ahli jawapan
yang diberikan. 30 minit
5. Fasilitator membuat kesimpulan aktiviti yang telah dilakukan.
5.1 Kesalahan yang melibatkan sesama manusia adalah dengan
memohon maaf kepada orang terbabit. 5 minit
5.2 Berubah perlu disusuli dengan tindakan.
5.3 Perlu ada tekad yang kuat untuk berubah.
6. Aktiviti diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Tips / Info:
1. Ada kemungkinan ahli menyatakan ingin perubahan tetapi tiada indikator yang konsisten.
2. Fasilitator memberi pengikitirafan kata-kata klien yang ingin berubah tetapi menghadapi
kesukaran melakukan perubahan.
3. Link instrumental zikir: https://www.youtube.com/watch?v=9NcS_2Io9t4. Boleh berubah
mengikut kesesuaian.

50
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 9

INI LANGKAHKU

Sila isikan pada ruang yang disediakan untuk memberikan maklum balas anda.

BIL SIAPA KENAPA TINDAKAN

1. Contoh: Emak Contoh: Mencuri duit emak Contoh: Berjumpa dan meminta ampun
dengan emak.

Nota:
**Jika ibu bapa sudah meninggal
dunia, antara cara yang boleh dilakukan
adalah.

1. Mendoakan mereka.
“Apabila seseorang meninggal, maka
seluruh amalnya akan terputus kecuali
3 hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang
bermanfaat dan anak soleh yang
mendoakannya” (HR.Muslim dan An-
Nasai).

2. Menyambung silaturrahmi dengan


sahabat karib dan kaum kerabat orang
tua.
“Di antara bakti seseorang yang
paling baik kepada orang tuanya
adalah menyambung tali keluarga
karib orang tuanya setelah orang
tuanya meninggal dunia.”
(HR.Muslim).

51
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

SESI ENAM
LANGKAH 5:
USAHA DAN TAWAKKAL

Setiap manusia yang inginkan perubahan ke arah kebaikan sudah pasti perlu ada kesedaran,
kesungguhan dan usaha yang berterusan dan tawakkal di dalam hati.

52
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

KONSEP

Setiap manusia yang inginkan perubahan ke arah kebaikan sudah pasti perlu ada kesedaran,
kesungguhan dan usaha yang berterusan seiring dengan proses penyucian hati dan percaya Allah akan
membantu kita untuk mencapai pemulihan diri secara holistik. Dalam usaha untuk mencapai hasrat
ini, ahli perlulah melalui setiap aktiviti dengan jujur dan bersedia agar setiap ahli mendapat manfaat
yang maksimum. Usaha bermaksud daya upaya seperti ikhtiar, kegiatan, perbuatan, merancang dan
lain-lain untuk mencapai, melaksanakan, menyempurnakan sesuatu. Oleh itu, setiap ahli yang ingin
mencapai matlamat kepulihan seharusnya berusaha dan bergerak secara konsisten bagi mencapai
matlamat tersebut (Farid Japeri, Wan Mohd Anuar & Wan Nor Azlina, 2014).

Dalam konteks penagihan, seseorang individu yang pernah terlibat dalam penagihan dadah
perlu berusaha keras dan tekad untuk tidak mengulangi permasalahan tersebut. Bagi mencapai hasrat
ini, ahli haruslah dibimbing oleh fasilitator untuk memberi kekuatan kepada ahli agar tercapai
matlamat pemulihan secara total.

Seringkali kita tersalah tafsir tentang tawakkal. Makna tawakkal bukanlah bergantung bulat-
bulat kepada Allah tanpa sebarang usaha dan ikhtiar yang disuruh dalam agama. Tawakkal yang
sebenar menurut ajaran Islam islah berusaha, merancang, melaksanakan dengan keupayaan yang ada
beriringan dengan keyakinan di dalam hati kepada Allah dengan harapan yang tinggi kepada-Nya
untuk membantu perlakuannya mencapai maksud yang dikehendaki.

ِ ‫ًًو َكفَىًبِ ِهًًبِذُنُو‬


ً‫بًً ِعبَا ِد ِهًً َخبِير‬ َ ‫س ِب ِّْحًً ِب َح ْم ِد ِه‬
َ ‫وتًًُو‬
َ ‫ي ًًِالَّذِيًالً َي ُم‬ ْ َ‫عل‬
ِّ ‫ىًال َح‬ َ ًً‫َوتَ َو َّك ْل‬
“dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan
memuji-Nya. dan cukuplah Dia Maha mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya”.
(Al-furqan (25): 58).

Dalam konteks penagihan bagi ahli, ahli hendaklah mengaku dan menerima hakikat
keadaannya yang mahukan rawatan untuk pulih, kemudian berazam untuk berubah dengan iringan
usaha, merencana, mengikuti dan mengamalkan program yang telah direncanakan oleh pihak
fasilitator dan kemudian ahli hendaklah yakin bahawa setiap usahanya akan membuahkan hasil untuk
pulih dengan pertolongan daripada Allah.

Untuk bertawakal sesudah berusaha, ahli hendaklah memahami didalam hati lima ciri tawakal
bagi menghayati makna tawakal sebenar.

1) Ahli yakin dan percaya bahawa Allah Maha Mengetahui keadaan dirinya.
2) Ahli percaya kesempurnaan kuasa Allah.
3) Ahli percaya bahawa Allah tidak bersifat lupa dan lalai.
4) Ahli yakin bahawa Allah tidak memungkiri janji-Nya.
5) Ahli yakin bahawa Allah Maha Kaya dan bersifat Maha Pemurah kepada hamba-Nya.

53
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 10

Nama Aktiviti Aku Boleh Berubah


Masa 90 Minit
Bahan /
Pensil dan lampiran 10 (a), 10 (b), 10 (c), 10 (d), 10 (e) dan 10 (f)
Peralatan
Kaedah
Penyampaian Ceramah dan tayangan slide.
Pada akhir aktiviti, peserta akan
Objektif 1. Mempelajari elemen kerohanian dalam diri manusia.
2. Mengetahui konsep hati.
3. Mempelajari jenis tingkatan nafsu.
4. Mengetahui proses pembersihan jiwa (tazkiyah al-nafs).
5. Mengetahui 7 anggota badan sebagai sumber penyelewengan.

Langkah – langkah Anggaran Masa

1. Aktiviti akan dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. 5 minit


2. Fasilitator akan mengingatkan kepada ahli ini adalah langkah 5 sesi
enam.
3. Fasilitator akan menyentuh konsep-konsep berikut sebagai isi ceramah
iaitu:
i. Elemen kerohanian dalam diri manusia dan fungsi hati sebagai 10 minit
Raja (Lampiran 10 (a)).
ii. Jenis tingkatan nafsu manusia (Lampiran 10 (b)). 10 minit
iii. Proses tazkiyah Al-nafs untuk pembersihan jiwa (Lampiran 10 20 minit
(c)).
iv. Sumber penyelewengan anggota badan (Lampiran 10 (d)). 20 minit
v. Perbincangan dengan setiap ahli proses dan pengalaman 20 minit
tazkiyah al-nafs (Lampiran 10 (e) dan (f)).
4. Sebelum sesi ditamatkan, fasilitator akan mengingatkan kepada ahli
tugasan pengalaman proses tazkiyah al–nafs (Lampiran 10 (f)) dan
akan dibincangkan sekali lagi pada sesi seterusnya.
5. Fasilitator membuat kesimpulan aktiviti yang telah dilakukan. 5 minit
5.1 Melawan hawa nafsu merupakan jihad untuk membersihkan
jiwa daripada hawa nafsu dan sifat yang keji.
5.2 Memperkuatkan rasa takut kepada Allah dan selalu mengingati
seksaan Allah di akhirat kelak.
5.3 Menghadiri majlis ilmu untuk meningkatkan kefahaman,
membina kekuatan iman dan melawan hawa nafsu.
6. Aktiviti diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Tips/Info:
1. Fasilitator memberi galakan jika ahli belum benar-benar mahu memberi komitmen tugasan.
2. Fasilitator mengiktiraf perbezaan latar belakang ahli yang unik dan berbeza dengan ahli yang
lain.
3. Fasilitator boleh merujuk buku: Imam Ghazali (1988), Ihya’ `Ulumuddin (jilid 3). Ismail
Yakub (terj.). Singapura: Pustaka National.
54
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 10 (a)

ELEMEN KEROHANIAN DALAM DIRI MANUSIA

Terbahagi kepada 4 bahagian:

BIL ELEMEN PENERANGAN

1 Al-qalb (hati) Tempat letak ma’rifah (Mengenal Allah dengan mata


hati)

2 Al-ruh (roh) Melibatkan hidup dan mati.

3 Al-nafs (nafsu) Kecenderungan melakukan sesuatu samaada baik atau


jahat.

4 Al-aql (akal) Kesedaran membezakan baik buruk, kesan dan


sebagainya.

 Akal

 Hati

 Nafsu

 Roh

55
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 10 (b)

TINGKATAN NAFSU

Nafsu ialah kecenderungan melakukan sesuatu dan memang ada dalam diri setiap manusia.
Nafsu manusia diumpamakan seperti haiwan yang ditunggangi yang perlu dididik dan dilatih
untuk mengikut nasihat akal yang berpaksi hati yang beriman kepada Allah dan perintahNya.
Tahap nafsu manusia ada 3 jenis:

TAHAP NAFSU PENERANGAN

Nafsu Ammarah Nafsu yang mendorong manusia kepada kejahatan. Suka


melakukan kerosakkan, kemusnahan dan kezaliman. Nafsu ini
juga dihiasi dengan sifat mazmumah seperti takabur, hasad, dan
berbangga dengan kejahatan yang dilakukan. Jika nafsu ini tidak
dikawal, dididik dan dilatih, manusia akan sentiasa berada dalam
kebinasaan.

Nafsu Lawwamah Mempunyai kesedaran dan keinsafan iaitu apabila buat jahat ia
berdosa dan apabila membuat kebaikan ia beroleh pahala. Berlaku
perebutan antara nafsu dan akal. Ia ingin untuk menjadi baik dan
sering berada di antara tarikan paksi kejahatan dan kebaikan.
Nafsu ini perlu di bimbing dan diperkuatkan dengan ilmu dan
latihan yang kuat untuk berubah menjadi nafsu yang lebih
berpihak kepada kebaikan

Nafsu Mutmainnah Nafsu yang cenderung untuk melakukan kebaikkan dan menjauhi
segala kejahatan. Nafsu ini berasa tenang dengan amalan ketaatan
dan merasa pahit dan kesal dengan amalan keji. Dengan nafsu ini,
manusia telah menjadi manusia yang sempurna dalam ertikata
sebenar, bernilai, berdarjat tinggi serta layak menjadi Hamba dan
Khalifah Allah.

56
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 10 (c)

CARA-CARA TAZKIAH AL-NAFS

Tazkiyah al-nafs merupakan proses penyucian hati yang memerlukan kaedah tertentu dalam
menghasilkannya. Tazkiyah al-nafs juga menjadi penentu kepada kejayaan, kebahagian dan
kemusnahan hidup seseorang insan di dunia dan di akhirat (Muhammad Khairi, 2008)

1. Tarbiyyah (pendidikan):

Mendapat ilmu dan cara melaksanakan sesuatu perintah melalui guru / fasilitator yang menjadi
contoh ikutan yang baik. Setiap amalan mestilah bemula dengan ilmu, tanpa ilmu perlaksanaan
sesuatu amalan tidak berhasil.

2. Mujahadah (bersungguh-sungguh):

Menggunakan semaksimum tenaga samada badan, akal, rohani dan harta benda dalam usaha
melaksanakan amalan dan menyempurnakan arahan agama. Tanpa mujahadah sesuatu amalan
yang ketahui tidak terlaksana dengan sempurna dan segala-sifat buruk tidak dapat dibersihkan.

Antara amalan yang boleh dilakukan dalam proses mujahadah adalah:

1. Istighfar
2. Membaca Al-quran
3. Berzikir
4. Selawat
5. Solat Berjemaah di awal waktu
6. Berdoa
7. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis
8. Tahajud
9. Bekerja dengan amanah (Datang awal waktu, mencari sumber rezeki yang halal dan
menjauhi perkara yang haram).

Ahli Melaksanakan semua perintah Allah dengan bersungguh-sungguh serta melawan


kehendak nafsu al-amarah yang cenderung kepada kegiatan yang dilarang oleh Allah.

3. Riyadah (latihan):
Keazaman dan usaha melakukankan amalan secara berterusan sehingga sesuatu
amalan itu menjadi tabiat, menetap dan membekas dalam diri. Ahli perlu membuat
senarai semak amalan harian untuk dinilai (Sebagai rujukan sahaja: boleh rujuk borang
senarai semak amalan harian).

57
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Borang Senarai Semak Amalan Harian:


Sila lorekkan pada ruangan yang disediakan jika berjaya melakukan amalan tersebut:
I=Isnin, S=Selasa, R=Rabu, K=Khamis, J=Jumaat, S=Sabtu, A=Ahad)

Amalan Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 Cabaran

Istighfar 70 x selepas I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A
subuh

Membaca Al-quran : 10 I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A
minit sehari

Berzikir selepas subuh I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A


100 x sehari

Berselawat 100 x sehari I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A

Solat fardu awal waktu I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A

Solat fardu berjemaah I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A

Puasa sunat Isnin / I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A


Khamis

Solat Tahajud /Taubat/ I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A


Witir/Hajat (sekurangnya
2 rakaat)
** Fasilitator boleh memberikan tugasan tambahan ibadah amalan harian dan menyemaknya semasa sesi.
(Dianjurkan bermula dari sesi 7 sehingga ke sesi 9)

58
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

4. Muhasabah: (mengira dan menghitung)

Kesedaran untuk memeriksa segala perbuatan baik dan buruk dan mempunyai keazaman
untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Ia adalah usaha sedang membaik pulih dan
memeriksa kekuatan dan kelemahan diri agar menggunakan nikmat kurnia Allah sebaiknya
untuk perkara-perkara yang diredai shara’.

 Ahli akan menilai amalan harian yang dibuat selepas Solat Isyak (Contoh: mengisi
borang senarai semak amalan harian).

5. Muraqabah (mengawasi)

Kesedaran bahawa setiap amalan, percakapan, lintasan hati sentiasa dilihat dan diketahui oleh
Allah. Pengawasan hati yang berterusan memberi kekuatan jiwa dalam diri ahli untuk berani
berubah kerana berkeyakinan bahawa Allah membantu orang yang mahukan perubahan yang
positif.

 Ahli akan solat yang khusyuk, berpuasa dengan sempurna, merasa ketenangan jiwa.

6. Al-Khawf (takut) dan al-raja’ (harap):

Al-khawf ialah sifat hati di mana rasa takut untuk melanggari perintah Allah dan sentiasa
mahu mentaatiNya. Rajaa’ (harap) ialah sifat pengharapan dan penggantungan hati kepada
Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Gabungan diantara al-Khawf dan Raja’
ini menjadikan diri kita sentiasa mahu mendekati dan kembali kepada Allah (Pencipta Yang
Maha Esa) melalui penjunjungan kepada perintahanNya dan menjauhi laranganNya.

 Ahli meletakkan pengharapan kepada Allah dan merasa takut kepada Allah
sehingga tidak mahu mengulang perbuatan mengambil dadah.

59
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

7. Ikhlas:

Satu sifat dalaman yang menunjuk kebersihan dan ketulinan amalan dari segala campuran
makhluk dimana setiap amalan dilakukan kerana ketaatan dan pengabdian diri semata-mata
kepada Allah. Ikhlas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan ketauhidan kepada Allah.
Ia menjadi satu kekuatan dan dorongan beramal bagi yang merasai nikmat keikhlasan.

 Ahli melakukan sesuatu hanya kerana Allah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk apa
yang dilakukan. Keikhlasan dalam bekerja tidak menafikan untuk mendapat upah /
gaji tetapi boleh dilihat dengan usaha sungguh-sungguh yang dilakukan. Yakin
dengan ganjaran yang Allah janjikan.

8. Tawakkal:

Kebergantungan hati. Tawakkal bukanlah bergantung bulat-bulat dan menyerah sepenuhnya


kepada Allah tanpa sebarang usaha dan ikhtiar yang disuruh dalam agama. Tawakkal yang
sebenar menurut ajaran Islam ialah berusaha, merancang, melaksanakan dengan semaksimum
keupayaan yang ada bersama dengan keyakinan didalam hati kepada Allah dengan harapan
yang tinggi kepadaNya untuk membantu perlakuannya untuk mencapai maksud yang
dikehendaki.

9. Berdoa:

Memohon pertolongan dan bermunajat. Jika tidak mampu mengubah juga setelah puas
berusaha untuk berubah, maka eloklah ahli berdoa dengan hati yang penuh pengharapan agar
Allah memberi taufiq dan kekuatan diri untuk berubah kepada yang lebih baik.

 Ahli perlu berdoa setiap kali selepas solat ketika waktu senang mahupun susah. Ahli
perlu yakin doa dimakbulkan.

60
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 10 (d)
SUMBER PENYELEWENGAN ANGGOATA BADAN

Menurut Al-Ghazali (2008), terdapat tujuh anggota yang perlu dipelihara dari melakukan maksiat
iaitu mata, telinga, mulut (lidah), perut, kemaluan (faraj), tangan, dan kaki.

BIL ANGGOTA ADAB


TUBUH BADAN

1. MATA Memelihara mata dapat dilihat pada empat perkara iaitu:


 Tidak melihat pada sesuatu yang diharamkan.
 Melihat pada sesuatu yang tidak mengundang hawa nafsu.
 Menggunakannya untuk melihat pada seorang muslim tidak
dengan pandangan hina.
 Melihat pada seorang Muslim bukan bertujuan untuk membuka aib.

2. TELINGA Telinga diciptakan untuk mendengarkan ayat Al-quran, sunnah


Rasulullah saw, dan perkara-perkara baik yang dapat memberikan
faedah mengenal Allah swt. Telinga hendaklah dipelihara dari:
 Ghibah (mengumpat).
 Maksiat dan batil.
 Menceritakan aib orang lain.

3. MULUT Lisan diciptakan untuk memperbanyak menyebut nama Allah, berzikir


kepadaNya dan membaca kitab Allah dan mengajak manusia pada
jalanNya.

Adab menjaga lisan iaitu:


 Tidak berdusta atau menipu.
 Menjaga janji
 Tidak ghibah (mengumpat)
 Elakkan dari berdebat.
 Tidak mencela ciptaan Allah.

4. PERUT  Perut harus dipelihara dari memakan makanan yang haram dan
syubhat (ragu-ragu).
 Berusahalah mencari makanan yang halal.
 Tidak memakannya hingga kekenyangan.
- Kekenyangan akan membuatkan hati menjadi keras, merosak
akal, melemahkan daya ingatan, membuat anggota tubuh berat
untuk beribadah dan membaca Al-Quran, meninggikan nafsu
syahwat dan membuka pintu syaitan.

61
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

5. KEMALUAN Kemaluan harus dipelihara dari hal-hal yang diharamkan.


(FARAJ)  Pemeliharaan faraj adalah dengan memelihara mata dari pandangan yang
diharamkan.
 Menjaga hati dari perkara yang boleh membangkitkan syahwat.
 Menjaga perut dari syubhat (ragu-ragu) dan kekenyangan kerana semua
itu merupakan rangsangan syahwat.

6. TANGAN Tangan juga harus dipelihara dari melakukan tindakan seperti:


 Tidak memukul orang lain tanpa alasan yang dibenarkan.
 Mengambil hak orang lain dengan cara yang tidak halal.
 Menyakiti setiap makhluk Allah.
 Berkhianat.
 Menulis sesuatu yang tidak dihalalkan disebabkan tulisan adalah
pengganti lisan.

7. KAKI Kaki harus dipelihara dari


 Berjalan menuju yang haram dan ke tempat yang diharamkan.
 Berusaha untuk ke tempat seperti masjid, majlis ilmu, berziarah ke tempat
saudaranya sesama Muslim dan membantu orang lain.
 Tidak menggunakannya untuk menendang atau melakukan kekerasan.

Dalil:
1. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta untuk
dipertanggungjawabkan.” ( Al-Quran, Surah Al-Isra’: 36)

2. Ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika segumpal
daging itu baik, maka seluruh tubuh juga baik. Jika segumpal daging itu rosak, maka seluruh
tubuh juga rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati". (HR Bukhari dan Muslim).

62
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 10 (e)
PROSES TAZKIYAH AL NAFS

SUMBER
PENILAIAN
ANGGOTA
Mata Cabaran:

Contoh: melihat kepada perkara yang boleh menjadi trigger (Barang, orang
dan tempat - BOT)

Cara Atasi:

Contoh: Menundukkan pandangan dan istighfar.

Telinga Cabaran:

Cara Atasi:

Mulut Cabaran:

Cara Atasi:

Perut Cabaran:

Cara Atasi:

Kemaluan Cabaran:

Cara Atasi:

Tangan Cabaran:

Cara Atasi:

Kaki Cabaran:

Cara Atasi:

63
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

PENGALAMAN PROSES TAZKIYAH AL NAFS LAMPIRAN 10 (f)


Tugasan

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Sangat Mudah Sangat Sukar

ANGGOTA SKALA
Mata

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Telinga

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Mulut

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Perut

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kemaluan
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Tangan

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kaki

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

64
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

SESI TUJUH
LANGKAH 5:
USAHA DAN TAWAKKAL

Konsep tawakal dalam Islam bukanlah menafikan usaha ikhtiar mengambil sebab-musabab
tetapi ia adalah pergantungan harap dan makna bahawa setiap kesan perbuatan adalah
datang daripada Kehendak dan Kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Hal ini menjadikan ahli
lebih yakin, tabah, tenang dalam proses kepulihan.”

65
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 11

Nama
Aktiviti Sinaran Hati
Masa 90 minit
Bahan / Pensil, tayangan video doa, lampiran 10 (f), lampiran 11 (a) , 11 (b), 11 (c), 11 (d),
Peralatan 11 (e)
Kaedah
Penyampaian Demonstrasi, perbincangan dan tugasan.
Pada akhir aktiviti, peserta akan
Objektif 1. Mengetahui cara solat beserta rukunnya.
2. Menyedari perlunya sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
merancang pemulihan.
3. Mengetahui cara bacaan Al-fatihah yang sebetulnya.
4. Mengetahui zikir selepas solat
5. Mengetahui beberapa doa yang mudah untuk mengekalkan kepulihan.

Langkah – langkah Anggaran Masa

1. Aktiviti akan dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. 5 minit


2. Fasilitator akan mengingatkan kepada ahli ini adalah langkah 5 sesi tujuh
dan menggalakkan ahli untuk meletakkan niat sebelum memulakan sesi.
3. Fasilitator berbincang dengan ahli tugasan pengalaman proses tazkiyah al 15 minit
nafs yang telah diberikan sebelum ini (Lampiran 10 (f)). Bandingkan
skala yang diberi pada sesi yang lepas dengan sesi kali ini. Lihat semula
cabaran dan cara atasinya.
4. Seterusnya setiap ahli diajar mengenai 13 rukun solat (Lampiran 11 (a)) 50 minit
dan kekhusyukan dalam solat termasuk:
i. Bacaan Al-fatihah yang betul.
ii. Bacaan zikir dan doa selepas solat yang mudah untuk membantu
ke arah mengekalkan kepulihan (Lampiran 11 (b)). Tayangan
video doa. 15 minit
5. Kemudian, fasilitator berbincang dengan ahli borang amalan keagamaan
diri (Lampiran 11 (c)). 5 minit
6. Sebelum sesi ditamatkan, fasilitator mengingatkan ahli untuk terus
membuat tugasan lampiran 11 (c) dan lampiran 10 (f) dan akan
dibincangkan lagi pada sesi hadapan.
7. Fasilitator membuat kesimpulan keseluruhan aktiviti sesi tujuh
6.1 Solat merupakan perkara pertama yang akan disoal di akhirat.
6.2 Solat yang khusyuk sebenarnya membantu mencegah dari perbuatan
keji dan mungkar.
6.3 Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
7. Aktiviti diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Tips/Info:
1. Fasilitator boleh bincangkan bersama ahli persoalan kenapa kita bersolat tetapi kita masih
melakukan maksiat dan seronok melakukan dosa.
2. Fasilitator boleh membantu ahli menentukan matlamat jangka pendek, jangka sederhana, dan
jangka panjang apa yang ingin dicapai dalam mencapai khusyuk solat.
3. Link video doa: https://youtu.be/u24GNC6hOP4. Boleh berubah mengikut kesesuaian.
66
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 10 (f)
PENGALAMAN PROSES TAZKIYAH AL NAFS

Tugasan

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Sangat Mudah Sangat Sukar

ANGGOTA SKALA
Mata

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Telinga

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Mulut

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Perut

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kemaluan
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Tangan

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kaki

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

67
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 11 (a)

RUKUN SOLAT

01 BERDIRI BETUL

02 NIAT

03 TAKBIRATUL IHRAM

04 MEMBACA AL-FATIHAH
(Sumber kekuatan 7 langkah kepulihan)

05 RUKUK DENGAN TUMA’NINAH

06 IKTIDAL DENGAN TUMA’NINAH

07 SUJUD DUA KALI DENGAN TUMA’NINAH


(Antara waktu yang terbaik untuk berdoa)

08 DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN TUMA’NINAH

09 DUDUK BAGI TAHIYAT AKHIR

MEMBACA TAHIYAT AKHIR


10
11 MEMBACA SELAWAT

12 MEMBERI SALAM

13 TERTIB

68
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 11 (b)

BACAAN ZIKIR DAN DOA

َّ َّ‫الَ اِلهَ إِال‬


‫َللاه‬
Ertinya: Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah
Nota:
Pejamkan mata dan kosongkan fikiran.Tarik nafas dari perut kemudian lepaskan
nafas serta lafazkan kalimat ini dengan mengingati maksudnya.

‫َللاه أَ ْك َب هر‬
َّ ‫َللاه َو‬ ِ َّ ِ ‫َللا َو ا ْل َح ْم هد‬
َّ َّ‫َلِل َو الَ اِلهَ ِإال‬ َ ‫س ْب َح‬
ِ َّ ‫ان‬ ‫ه‬
Ertinya: Maha suci Allah, Segala puji hanya bagi Allah tuhan semesta alam, Allah maha
besar

Imam al-Nawawi dalam Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim (2/372) menyebutkan bahawa
selepas solat fardhu lima waktu ialah bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan
bertakbir 33 kali.

َ‫ص ِلحْ ِل ي شَأ ْ ِن ي هكلَّهه َوالَ تَ ِك ْل ِن ي ِإل‬


ْ َ‫ أ‬،‫ث‬ ْ َ‫ ِب َرحْ َم ِت َك أ‬،‫ ي يَا قَيُّ ْو هم‬
‫ستَ ِغ ْي ه‬ ُّ ‫يَا َح‬
َ َ‫س ي َط ْرفَة‬
‫ع ْين‬ ِ ‫نَ ْف‬
Ertinya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri dengan rahmat-
Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan
kepadaku walau sekelip mata tanpa mendapat pertolongan dari-Mu selamanya.”

‫سينَا أَ ْو أَ ْخ َطأْنَا‬
ِ َّ‫اخ ْذنَا ِإن ن‬
ِ ‫َربَّنَا الَ ت ه َؤ‬
Ertinya: Ya tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan
kesalahan

َ‫هنك َرحْ َمةً ِإنَّ َك أَنت‬


َ ‫َربَّنَا الَ ت ه ِز ْغ قهلهوبَنَا َب ْع َد إِ ْذ َه َد ْيتَنَا َو َه ْب َلنَا ِمن لَّد‬
‫ا ْل َو َّه ه‬
‫اب‬
Ertinya: Ya tuhan kami, janganlah engkau condongkan hati kami kepada kesesatan
setelah engkau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari
sisi-mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
69
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 11 (c)
BORANG AMALAN KEAGAMAAN DIRI

Sila gunakan skala berikut untuk memberikan maklum balas anda.

1 2 3
Tidak dapat dicapai Hampir dapat dicapai Dapat Dicapai

KEPADA SIAPA AMALAN KEAGAMAAN 1 2 3

Diri sendiri Saya melaksanakan solat fardu lima waktu sehari

Saya membaca zikir selepas solat fardu

Saya berdoa setiap kali selesai solat fardu

Saya menghormati ibu


Keluarga
Saya menghormati ayah

Saya menghormati pasangan

Saya menyayangi ahli keluarga saya

Saya membantu orang di dalam kesusahan


Masyarakat
Saya memberikan salam apabila berjumpa dengan
saudara muslim

Saya tidak menyakiti hati jiran

** Penilaian dilakukan untuk melihat tahap perubahan amalan keagamaan diri ahli selepas sesi yang
lepas.

Skor setiap item dikira mengikut nilai yang ditanda:

Jumlah skor saya: _________________________________

SKOR KLASIFIKASI
1-10 Rendah
11-20 Sederhana
21-30 Tinggi

70
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

SESI LAPAN
LANGKAH 6:
PENGUKUHAN DIRI DENGAN
ALLAH

Dalam aktiviti pengukuhan, ahli perlulah muhasabah diri dengan melihat kekurangan dan
usaha-usaha yang masih belum mencapai matlamat. Selain itu, ahli hendaklah berusaha
mencari langkah-langkah untuk mengukuhkan diri ke arah kepulihan secara menyeluruh.
Dengan cara ini, setiap kelemahan dapat diperbaiki dengan segera.

71
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

KONSEP

Ahli telah melalui langkah satu hingga lima di mana ahli telah berusaha secara berterusan untuk
memulihkan diri ahli setelah ahli menyesal dengan apa yang telah berlaku sebelum ini kerana terlibat
dengan penagihan. Noorhisham, Norzira dan Wan Izahar (2014) menjelaskan pada peringkat ini ahli
telah mencuba dengan cara yang terbaik untuk menjadi diri ahli yang sebenarnya, jadi langkah ke
enam ini lahir bertujuan menjadikan ahli lebih kukuh menahan segala cabaran dan dugaan yang
datang. Ahli telah sedar bahawa penagihan telah membawa banyak kemusnahan dalam hidup ahli dan
ahli tidak mahu sama sekali ianya berlaku lagi. Maksudnya ahli tidak mahu kecundang dan apa yang
ahli impikan adalah kehidupan yang bahagia bersama orang-orang yang ahli sayangi. Untuk
memperolehi semua ini, ahli hendaklah sedar baawa banyak perkara yang perlu ditingkatkan lagi dan
ahli juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar hidup ahli diberkati-Nya.

Oleh itu, ahli perlu sedar secara berterusan untuk memperbaiki diri ahli. Ahli perlu terus
menerus memperbaiki diri dari hari ke hari, sehingga ahli merasakan diri ahli bukan lagi yang dulu.
Kesempurnaan yang mutlak hanya milik Allah dan kemaksuman (terpelihara dari dosa) hanya
dipunyai oleh Rasul-Nya. Adapun diri kita adalah tidak lebih dari seorang manusia yang diliputi
kekurangan, baik dari sisi ilmu mahupun amal. Kelemahan dalam dua sisi ini atau salah satunya
menjadi faktor utama terjadinya ketergelinciran ketika mengharungi kehidupan ini. Namun,
hendaknya tidak difahami bahwa seseorang baru dikatakan baik jika dia tidak mempunyai kesalahan
kerana hal ini mustahil, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

َ ‫هك ُّل ا ْب ِن آ َدمَ َخ َّطا ٌء َو َخ ْي هر ا ْل َخ َّطائِي َْن التَّ َّواب ه‬


‫ون‬
“Setiap anak Adam (manusia) banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang berbuat
salah adalah yang (mahu) bertaubat.” (Hadith dari sahabat Anas bin Malik, dan dinyatakan hasan
oleh asy-Syaikh al-Albani dalam Shahih Sunan at-Tirmidzi no. 2499, cet. al-Ma’arif)

Dosa dan kesalahan adalah satu kepastian ke atas manusia. Namun, yang tercela ialah seseorang
menunda-nunda memperbaiki diri atau bahkan tidak mahu menyedari kekurangannya. Jangan sampai
hilang dari ingatan kita, manusia dicipta untuk memberikan penghambaan semata-mata untuk Allah,
sebagaimana firman-Nya:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”
(Adz-zariyat (51): 56)

Inilah hikmah penciptaan manusia. Oleh kerana itu, barang siapa belum mewujudkan penghambaan
yang harus diberikan kepada Allah, bererti pada dirinya ada aib yang harus segera diubati. Sedikit dan
banyaknya aib seseorang terkait dengan apa dan seberapa bentuk penghambaan kepada Allah yang
belum direalisasikan. Apabila ingin mengetahui kekurangan diri kita lebih jauh di hadapan syariat,
hendaknya kita menelaah ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi.

72
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 12

Nama Aktiviti I am Power


Masa 90 minit
Bahan / Peralatan Pensil, lampiran 10 (f) dan lampiran 11 (c)
Kaedah
Penyampaian Perbincangan dalam kelompok kecil.
Pada akhir aktiviti, peserta akan
Objektif 1. Mengetahui dengan cara terbaik untuk membaiki kelemahan diri.
2. Lebih berasa yakin untuk menahan segala cabaran yang akan mendatang.
3. Menyedari untuk terus menerus memperbaiki diri dari hari ke hari.
4. Menjadi lebih redha dengan dugaan dalam kehidupan.
5. Menjadi lebih bersyukur dengan nikmat yang ada.

Langkah – langkah Anggaran Masa

1. Aktiviti akan dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. 10 minit


2. Fasilitator akan mengingatkan kepada ahli ini adalah langkah 6 sesi ke lapan
dan sesi akan ditamatkan pada sesi kesembilan.
3. Fasilitator berbincang tugasan pengalaman ahli semasa proses tazkiyah al
nafs untuk kali kedua (Lampiran 10 (f)). Bandingkan skala yang diberi pada 30 minit
sesi yang lepas dengan sesi kali ini.
4. Seterusnya fasilitator berbincang tugasan amalan keagamaan ahli (Lampiran 30 minit
11 (c)).
5. Kemudian fasilitator membantu ahli melihat kepada kekurangan dan usaha-
usaha yang masih belum dicapai sebagai refleksi.
6. Seterusnya fasilitator melihat diri setiap ahli perubahan yang positif seperti
10 minit
berpenampilan kemas dan bersih, perasaan benci untuk kembali terjebak
dengan dadah, mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan
masyarakat.
7. Fasilitator membuat kesimpulan keseluruhan aktiviti yang telah dilakukan. 10 minit
7.1 Keimanan dan ketakwaan merupakan prinsip hidup umat
manusia yang mempunyai tujuan untuk memperolehi
bimbingan,hidayah dan pertolongan Allah S.W.T
7.2 Melalui Iman dan takwa, ia memberikan motivasi dan rangsangan yang
kuat terhadap pembentukan peribadi.
7.3 Menyedari bahawa setiap manusia tidak sempurna dan tidak lari
daripada melakukan kesilapan namun masih ada peluang untuk
memperbaiki diri.
8. Sebelum sesi ini berakhir, fasilitator memberi penghargaan (affirmations)
kepada setiap ahli.
9. Aktiviti diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Tips/Info:
1. Fasilitator galakkan ahli berkongsi turun-naik tahap iman yang mungkin sentiasa berubah-
ubah.
2. Fasilitator dan ahli boleh berbincang tentang syukur, bermaafan, amalan bersedekah,
berzakat, bangun malam (qiamulail) juga boleh membantu proses pembersihan jiwa.

73
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 10 (f)

PENGALAMAN PROSES TAZKIYAH AL NAFS

Tugasan

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Sangat Mudah Sangat Sukar

ANGGOTA SKALA
Mata

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Telinga

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Mulut

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Perut

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kemaluan
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Tangan

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kaki

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

74
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

BORANG AMALAN KEAGAMAAN DIRI LAMPIRAN 11 (c)

Sila gunakan skala berikut untuk memberikan maklum balas anda.

1 2 3
Tidak dapat dicapai Hampir dapat dicapai Dapat Dicapai

KEPADA SIAPA AMALAN KEAGAMAAN 1 2 3

Diri sendiri Saya melaksanakan solat fardu lima waktu sehari

Saya membaca zikir selepas solat fardu

Saya berdoa setiap kali selesai solat fardu

Saya menghormati ibu


Keluarga
Saya menghormati ayah

Saya menghormati pasangan

Saya menyayangi ahli keluarga saya

Saya membantu orang di dalam kesusahan


Masyarakat
Saya memberikan salam apabila berjumpa dengan
saudara muslim

Saya tidak menyakiti hati jiran

** Penilaian dilakukan untuk melihat tahap perubahan amalan keagamaan diri ahli selepas sesi yang
lepas.

Skor setiap item dikira mengikut nilai yang ditanda:

Jumlah skor saya: _________________________________

SKOR KLASIFIKASI
1-10 Rendah
11-20 Sederhana
21-30 Tinggi

75
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

SESI SEMBILAN
LANGKAH 7:
MENGEKAL DAN MENINGKATKAN
KEPULIHAN

Ahli hendaklah yakin bahawa dia boleh mengekalkan dan meningkatkan tahap kepulihan
dengan azam yang kuat, iman yang teguh, akal yang waras dan istiqomah dengan cara hidup
yang diredhai oleh Allah. Pengekalan kepulihan tidak dapat dicapai melainkan dengan
komitmen doa dan usaha bersungguh-sungguh secara konsisten dalam menjauhi apa-apa
aktiviti yang boleh menjerumuskan diri ke dalam lembah ketagihan.

76
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

KONSEP

Pengekalan dan peningkatan kepulihan boleh dicapai bermula daripada keazaman ahli yang tinggi dan
komitmen yang berterusan dari diri sendiri dan bimbingan daripada fasilitator. Ahli sentiasa bersedia
untuk membantu rakan-rakan yang lain bagi mengekalkan dan meningkatkan kepulihan pada bila-bila
masa yang diperlukan. Kesediaan dan kesudian membantu ini akan dilakukan dengan hati yang rela
tanpa mengharapkan apa-apa balasan atau ganjaran (Zurkunan, Zaini & Lenny Shafinaz, 2014).

Apa yang diharapkan ialah perhubungan yang ikhlas antara ahli sesama ahli dan fasilitator ini
akan menghasilkan ahli masyarakat yang ‘baru’ dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Sesungguhnya apa yang kami percaya ialah setiap penyakit yang berlaku kepada seseorang pasti ada
ubatnya, cuma usaha perlu dilakukan secara bersungguh—sungguh untuk mendapatkannya selain
menyerahkan diri kepada Allah.

Usaha penyebaran mesej ini akan dilakukan secara berterusan, kerana usaha berterusan akan
memberikan kesan yang lebih baik seperti mana air yang menitis di atas bahu yang keras, lama
kelamaan akan memberikan kesan dengan meninggalkan lekuk yang dalam. Allah tidak akan
mengubah nasib seseorang, kelompok ataupun masyarakat sebelum ada perubahan dari diri mereka.
Tidak akan ada yang berubah selama tidak ada niatan dari dalam.

ِ ‫َللا الَ يهغَ ِيه هر َما بِقَ ْوم َحت َّ يهغَ ِيه هرواْ َما بِأ َ ْنفه‬
‫س ِه ْم‬ َ ‫إًِ َّن ه‬
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan
diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d (13):11)

Perubahan kawan, pemimpin, ataupun lingkungan tidak akan mampu mengubah seseorang
jika tidak ada niat dari dirinya sendiri. Jika kita mendambakan perubahan mulailah dari dalam diri
masing-masing kerana sudah menjadi Sunnatullah bahwa Allah tidak akan mengubah apapun selama
tidak ada perubahan dari dalam diri kita. Jika sudah ada keinginan dan usaha untuk berubah, maka
Janji Allah untuk memberi bantuan dan kemudahan akan segera datang.

77
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

AKTIVITI 13

Nama Aktiviti Transformasi Diri


Masa 90 minit
Bahan / Peralatan Pensil, borang harapan (lampiran 12) dan harapanku (lampiran 13)
Kaedah
Penyampaian Perbincangan dalam kelompok besar
Pada akhir aktiviti, peserta akan
Objektif 1. Bersedia untuk membantu rakan-rakan yang lain bagi mengekalkan
kepulihan.
2. Bersedia berkongsi pengalaman perbezaan kehidupannya dulu dengan
keadaan sekarang.
3. Merasa semakin akrab dengan ahli yang lain.

Anggaran
Langkah – langkah
Masa

1. Aktiviti akan dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. 5 minit


2. Fasilitator akan mengingatkan kepada ahli ini adalah langkah 7 sesi ke
sembilan (penamatan).
3. Fasilitator menanyakan kepada ahli bagaimana dengan proses pengalaman 15 minit
aktiviti tazkiyah al-nafs dan pengamalan agama yang dilalui selepas sesi
yang lepas sehingga ke hari ini.
4. Seterusnya, setiap ahli akan diberi lampiran borang harapan (Lampiran 12) 25 minit
dan diberi masa untuk menjawab.
5. Fasilitator dan ahli saling memberi maklum balas jawapan yang diberikan.
6. Kemudian, fasilitator meminta ahli menyenaraikan harapan dirinya 25 minit
(Lampiran 13).
7. Fasilitator dan ahli saling berbincang harapan yang akan dicapai adalah
realistik dengan apa yang telah ahli tempuhi dengan merujuk kembali
aktiviti impianku
8. Aktiviti terakhir adalah dengan sesi perkongsian oleh setiap ahli. 20 minit
 Ahli boleh berkongsi apa sahaja yang telah dia tempuhi sepanjang
melalui modul latihan 7 langkah secara sukarela.
9. Langkah 7 ini berakhir dengan fasilitator membuat kesimpulan kepada
kronologi penglibatan keseluruhan sesi yang telah dilakukan dari sesi 1
sehingga sesi 9.
9.1 Perlunya saling mendokong sesama rakan kepulihan.
9.2 Teruskan istiqomah (konsisten) dan bermujahadah dengan amalan yang
dilakukan
9.3 Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat untuk
manusia yang lain.
10. Aktiviti diakhiri dengan bacaan doa, tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Tips/Info:
1. Selesai sesi kesembilan (sesi terakhir), fasilitator mengedarkan borang soal selidik SOCS dan
PMIR untuk ujian pasca kepada setiap ahli.

78
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 12

BORANG HARAPAN

Sila gunakan skala berikut untuk memberikan maklum balas anda.

1 2 3
Tidak dapat dicapai Hampir dapat dicapai Dapat Dicapai

HARAPAN
BIL ITEM 1 2 3
1 Saya sanggup berkongsi pengalaman dengan semua ahli kelompok
pada bila-bila masa.
2 Saya boleh memberi nombor telefon dan alamat kepada ahli
kelompok untuk dihubungi pada bila-bila masa.
3 Saya mengakui kesilapan saya berpunca daripada kelemahan diri saya
sendiri.
4 Saya menerima SO (Significant Other) dalam kehidupan saya.
5 Saya mengakui kepulihan saya pada hari ini adalah disebabkan
pertolongan Allah.
6 Saya sanggup menerima panggilan yang ditujukan kepada anda
sebagai “bekas penagih dadah”.
7 Saya merasa bahagia dengan kehidupan saya pada hari ini.
8 Saya sanggup mengikuti program ini dan menyebarkan mesej
walaupun saya telah pulih.
9 Saya tidak menyalahkan Allah atas kesilapan saya kerana terlibat
dengan penyalahgunaan dadah.
10 Saya bersedia membantu orang lain pada bila-bila masa sahaja.
Jumlah skor

** Penilaian dilakukan untuk refleksi diri ahli setelah melalui keseluruhan sesi.

Skor setiap item dikira mengikut nilai yang ditanda:

Jumlah skor saya: _________________________________

SKOR KLASIFIKASI
1-10 Rendah
11-20 Sederhana
21-30 Tinggi

79
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

LAMPIRAN 13

HARAPANKU

Sila senaraikan harapan anda mengikut keutamaan yang akan dicapai dalam ruangan yang disediakan.
(Fasilitator boleh mengaitkan harapan ahli dengan merujuk semula aktiviti lukisan impian yang telah
dibuat).

Bil
Senarai Harapan (Mengikut Keutamaan)

1 Contoh: Bertekad untuk mengekalkan kepulihan.

2 Contoh: Mencari pekerjaan yang halal.

3 Contoh: Pergi ke majlis ilmu dan masjid.

4 Contoh: Menjadi suami/isteri yang lebih bertanggungjawab.

5 Contoh: Memilih kawan yang baik.

80
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

05 RUJUKAN
RUJUKAN

Al-Quran.

Al-Ghazali. (1998), Bidayah al-Hidayah, Tuntunan Mencapai Hidayah Ilahi. terj. H.M. Fadlil Sa’id
An-Nadwi. (Surabaya: Al-Hidayah, 1418 H). Bidayah al-Hidayah, Beirut: Dar Sader.

Al-Ghazali, Abu Hamid. (2008). Bidayah al-Hidayah dalam Maktab al-Buhuth wa al-Dirasat (Ed.).
Majmu`ah al-Rasa’il al-Imam al-Ghazali. Beirut: Dar al-Fikr.

Agensi Antidadah Kebangsaan2016.MO

Abd. Halim, M.H. & Muhammad Khairi. M (2014). 7 Langkah Kepulihan Dalam Penagihan, Nilai:
Penerbitan USIM.

Adam Mohamed (2006). Tingkahlaku penagihan semula punca-punca penagihan dan pemulihan
kerohanian menurut perspektif Islam. Desertasi. Universiti Teknologi Malaysia.

Che Zarrina Sa’ari & Nor Azlinah Zaini. (2016). Terapi Spiritual melalui Kaedah Tazkiyah al- Nafs,
Jurnal AFKAR Vol. 18 Special Issue: 35-72.

Farid Japeri, Wan Mohd Anuar & Wan Nor Azlina dalam Abd.Halim, M.H. & Muhammad Khairi.
(2014), 7 Langkah Kepulihan Dalam Penagihan, Langkah kelima (51-54), Nilai: Penerbitan
USIM.

Khalid, M. Y. (2008). Psycho-Spiritual Therapy Approach for Drug Addiction Rehabilitation. Jurnal
Anti Dadah Malaysia, 143–152.

Hamdan Abd Kadir, Madon Mawel & Syed Husin Jaafar (2003). Panduan Menjadi Fasilitator Efektif.
Bukit Tinggi: PTS.

Haslinda, Noorazian & Mohd Faizal dalam Abd.Halim, M.H. & Muhammad Khairi. (2014) 7
Langkah Kepulihan Dalam Penagihan, Langkah keempat (39-49), Nilai: Penerbitan USIM.

Khairunnisa Mohamad, Sawandarapandy & Vijayalachumy dalam Abd.Halim, M.H. & Muhammad
Khairi. (2014) 7 Langkah Kepulihan Dalam Penagihan, Langkah kedua (21-27), Nilai:
Penerbitan USIM.

Md.Razif, Akasilah & Muslimah dalam Abd.Halim, M.H. & Muhammad Khairi. (2014), 7 Langkah
Kepulihan Dalam Penagihan, Langkah pertama (13-20), Nilai: Penerbitan USIM.

Miller, G. (2015). Learning the Language of Addiction Counseling. Fourth Edition. New Jersey:
Wiley & Son.

Mohd Nadzir, Norzalifah & Amutha dalam Abd.Halim, M.H. & Muhammad Khairi. (2014), 7
Langkah Kepulihan Dalam Penagihan, Langkah ketiga (29-35), Nilai: Penerbitan USIM.

Muhammad Khairi, M. (2008). Pencegahan dan pemulihan dadah melalui psikospiritual Islam. Sri
Serdang: JS Proprint.

81
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Noorhisham, Norzira & Wan Izahar dalam Abd.Halim, M.H. & Muhammad Khairi. (2014), 7
Langkah Kepulihan Dalam Penagihan, Langkah keenam (57-62), Nilai: Penerbitan USIM.

Rashid, R. A., Kamali, K., Habil, M. H., Shaharom, M. H., Seghatoleslam, T., & Looyeh, M. Y.
(2014). A mosque-based methadone maintenance treatment strategy: implementation and
pilot results. Int J Drug Policy, 25(6), 1071–1075.

Rushdan & Ahmad (2015). Integrasi terapi psikospiritual Islam dalam modul rawatan dan rehabilitasi
berasaskan TC (Therapeutic Community). International Drug Prevention and Rehabilitation
Conference (Prevent 2015) Pg 15-16.

Salasiah, H. (2010). Bimbingan Spiritual Menurut Al-Ghazali dan Hubungannya dengan


Keberkesanan Kaunseling:Satu Kajian di pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan (PK MAINS). . ISL MIYY T , 32: 41-61.
Sherlon P. Pack-Brown & Carmen Braun Williams (2003). Ethics in a Multicultural Context. London:
Sage Publication Inc.
Sidek Mohd Noah & Jamaluddin Ahmad (2005). Pembinaan Modul: bagaimana membina modul
latihan dan modul akademik.Serdang: Penerbitan UPM.

Sudirman Abdul Fatah (2009). Proses Pemulihan Penggunaan Dadah Melalui Pendekatan Pusat
Pemulihan Pondok Remaja Inabah Kedah dan Terengganu. Tesis Dr. Falsafah yang tidak
diterbitkan, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia.

Syed Mohammad Hilmi (2017). Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf, Jurnal Qalbu 1.5: 80-108

Wawan Djunaedi Soffandi (1994). Terjemah Syarah Shahiih Muslim. Daarul Hadits: Kairo

Zurkunan, Zaini & Lenny Shafinaz dalam Abd.Halim, M.H. & Muhammad Khairi. (2014), 7 Langkah
Kepulihan Dalam Penagihan, Langkah ketujuh (63-69), Nilai: Penerbitan USIM.

82
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

BIODATA PENULIS

DR. MOHAMAT ISA AMAT, merupakan pensyarah kanan dalam bidang


kaunseling. Beliau berkhidmat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP),
Universiti Sains Islam Malaysia dan sebagai Koordinator program Sarjana
Kaunseling Penyalahgunaan Dadah, Speciality Program for Alcohol and Drug
Abuse (SPADA). Berkelulusan Ph.D dari University of Wyoming, Amerika
Syarikat (USA) dalam Pendidikan Kaunselor dan Penyeliaan dan memperolehi
Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Putra
Malaysia (UPM). Ijazah Sarjana Muda beliau dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam di USIM.
Memperolehi Certified Counsellor (ICAP 1) dari Association of Addiction Professionals (NAADAC)
Amerila Syarikat dan kaunselor berdaftar di Malaysia.

DR. MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN, merupakan pensyarah kanan


di Jabatan Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
(FKP), Universiti Sains Islam Malaysia. Berkelulusan Ph.D dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Akidah dan Falsafah dan BA, MA
di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Salah seorang tenaga program
SPADA untuk Psikospiritual Terapi Dalam Pemulihan. Beliau juga telah
menghasilkan beberapa buah buku berkaitan isu-isu dadah pada perspektif
Islam seperti pencegahan dan pemulihan dadah melalui psikospiritual Islam serta buku Agama dan
Pemulihan.

DR. ROSLEE AHMAD, merupakan pensyarah kanan dalam bidang


kaunseling di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains
Islam Malaysia. Berkelulusan Ph.D dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling serta Ijazah Sarjana bidang yang
sama di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ijazah Sarjana Muda beliau adalah
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pendidikan Khas.
Merupakan seorang kaunselor berdaftar di Malaysia.

DR. KHAIRUNNEEZAM BIN MOHD NOOR, merupakan pensyarah kanan


di Jabatan Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
(FKP), Universiti Sains Islam Malaysia. Berkelulusan Ph.D dari Universiti of
LA Trobe, Australia dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Memiliki
Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
juga dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia.

DR. KU SUHAILA KU JOHARI, merupakan pensyarah kanan dalam bidang


kaunseling di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Telah mendapat pendidikan Ph.D dalam Pendidikan Kaunselor dan Penyeliaan
dari University of Wyoming, Amerika Syarikat (USA). Memiliki Sarjana
Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dan Ijazah Sarjana Muda bidang
Perkembangan manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM). Seorang
kaunselor berdaftar di Malaysia dan Pengasas Persatuan Kaunselor dan
Pengamal Terapi Bermain Malaysia.

NURFARHAH MOHD NAJIB, merupakan calon siswazah Doktor Falsafah


(Ph.D) Kaunseling, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Telah mendapat
pendidikan Ijazah Sarjana dalam Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Muda dari Kolej
Universiti Islam Melaka (KUIM) dalam bidang Psikologi. Beliau juga
memiliki Diploma Sains Geomatik (Remote Sensing) dari Universiti Teknologi
Mara (UiTM). Seorang kaunselor berdaftar di Malaysia.

83
MODUL LATIHAN 7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

INDEKS

A P
allah 5, 7, 8, 12, 13, 21, 23,24, 28, 29, 31, 33, 36, penagihan 4-9, 10, 12, 13, 15, 16, 38, 40,
37, 39, 40, 42, 43, 45-50,54-57, 62, 63, 66, 47, 54, 73
67, 70, 73, 74, 77, 78, 80 penyalahgunaan dadah 4, 6, 46, 79
aftercare 4-6 pemulihan 4, 6, 7, 35, 39, 53, 66
agensi antidadah kebangsaan (aadk) 5, 6, 10 psikologi 4, 6, 21
akal 7, 10, 31, 33, 36, 43, 54, 56-58, 62, 77
akhlak 7 R
rawatan 4-6, 53
B relapse 4, 6
bimbingan 4, 6, 12, 35, 73, 77
biologi 4
S
solat 21, 49, 58-61, 67, 70, 71, 76
D sosial 4, 40-42
doa 28, 38, 52, 58, 61, 67, 69-71, 73, 76, 77, 79
spiritual 4-6, 14, 21, 24, 29, 40, 41, 42
dosa 38, 40, 47-50, 54, 57, 67, 73
T
E tazkiyah al-nafs 7, 55, 58, 64, 65, 67, 68, 74,
emosi 25, 41, 43, 47
75, 79
takhalli 7, 8
G tahalli 7, 8
graf 8, 25, 26, 45
tajalli 7, 8
taubat 40, 45, 47, 48, 49, 58, 59, 73
H tawakkal 5, 8, 9 53,54,61,66
hati 7, 8, 13, 22, 27, 35, 42, 47, 49, 50, 53-58, 60,
tingkah laku 7, 40, 41, 43
61-63, 67, 70, 71, 76, 78
U
I usaha 4-9,17-19, 28, 29, 47, 53, 56, 58, 60,
islam 4, 5, 10, 11, 14, 21-24, 31, 32, 53, 65
61, 66, 72, 74, 77,78
istighfar 48, 49, 58, 59, 64
Z
J zikir 29, 51, 58, 59, 62, 67, 70, 71, 76
jiwa 7, 8, 50, 55, 60, 74

K
kerohanian 4, 5, 54, 55
kepulihan 4-10, 13, 14,16,25,28, 30, 36, 38, 54,
66, 67, 72, 78-81
kognitif 4, 41-43
komuniti 4, 6
klien 4-8, 10, 11, 14-16, 20, 25, 26, 37, 40, 44, 50

M
masyarakat 4, 7, 13, 49, 50, 71, 74, 76, 78
motivasi 14, 17, 25, 31, 34, 74

N
nafsu 28, 55-58, 62
84

You might also like