Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

ISLAM DAN PENGURUSAN (CTU 263)

DIPLOMA PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABAT (BA 132)


TAJUK: ‫( ضغط عصب‬STRES) DI TEMPAT KERJA: PENYELESAIAN MENURUT PRINSIP
PENGURUSAN ISLAM
NAMA PENSYARAH: DR. MUHAMMAD SAIFUL ISLAM BIN ISMAIL
KELAS: KBA1323A
NAMA DAN NO MATRIK PELAJAR:

BIL. NAMA NO PELAJAR


1. NOR AINA IZZATI BINTI ABDUL RAZAK 2022476558
2. NUR ALYAA AMANI BINTI JUWANDA 2022857026
3. NUR FARAH HANIM BINTI MD. AKHIR 2022865446
4. NUR QHAIRUNNISA BINTI KHAIRUN NIZAM 2022845726
5. WAN NUR MAIZ ON BINTI WAN AHMAD RIDZUAN 2022896878

KERTAS KERJA

KRITERIA MARKAH JUMLAH

Pengenalan 2

Susunan Isi/Idea 4

Analisis dan Perbincangan 12

Rumusan dan Kesimpulan 4

Etika Penulisan 4

Rujukan 4

JUMLAH 30 Markah

KERTAS KERJA KONSEP (30%)


PENGAKUAN KEASLIAN TUGASAN
“Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan
yang saya serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada
mana-mana sumber atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan
rujukan yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau
disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib
Fakulti.”

Bil. Nama No Pelajar Tandatangan Gambar


Pelajar

1. NOR AINA IZZATI 2022476558


BINTI ABDUL RAZAK

2. NUR ALYAA AMANI BINTI 2022857026


JUWANDA

3. NUR FARAH HANIM BINTI 2022865446


MD. AKHIR

4. NUR QHAIRUNNISA 2022845726


BINTI KHAIRUN
NIZAM
5. WAN NUR MAIZON 2022896878
BINTI WAN AHMAD
RIDZUAN
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN 1

SUSUNAN IDEA 2-3

ANALISIS DAN PERBINCANGAN 4-8

RUMUSAN DAN KESIMPULAN 9-10

RUJUKAN 11
PENGENALAN

Menurut Dr Khainunneezam Mohd Noor (2020), tekanan di tempat kerja ialah


fenomena pelbagai rupa yang melibatkan interaksi personaliti individu, keadaan fizikal dan
mental serta persekitaran kerja. Ketegangan dan tekanan di tempat kerja menyebabkan
tindak balas badan dan mental seseorang individu dirangsang. Persekitaran kerja yang
tertekan adalah termasuk mereka yang mempunyai beban kerja yang berlebihan, rakan
sekerja yang tidak mesra, pengurusan yang tidak responsif dan suasana kerja yang tidak
selesa. Sekiranya pengurusan tekanan tidak dilaksanakan dan diuruskan dengan
sewajarnya, ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesejahteraan fizikal dan mental
seseorang individu. Apabila seseorang tidak dapat menangani masalah tekanan mereka,
banyak perkara buruk boleh berlaku. Mereka mengalami masalah cepat marah, resah,
keletihan, rasa bersalah yang berterusan, ketakutan dan kesukaran untuk memberikan
perhatian. Sesetengah individu mengambil tindakan di luar kawalan apabila sanggup
melibatkan diri dalam hal-hal disiplin di tempat kerja sebagai cara yang cepat dan betul
untuk melegakan tekanan. Tekanan di tempat kerja bukan sahaja berakhir di tempat kerja,
malah berlarutan sehingga pulang ke rumah. Contohnya mendera anak-anak mereka,
malah lebih berbahaya apabila mereka sanggup untuk membunuh diri. Ketidakseimbangan
dalam proses fisiologi badan yang terhasil boleh membawa kepada tingkah laku terkawal
dan tidak terkawal dalam individu. Stres terjadi apabila berlaku tekanan atau halangan
terhadap fizikal dan psikologi seseorang. Perspektif Islam pula memperlihatkan stres bukan
hanya berlaku secara fisiologi,ia juga berlaku dalam domain sosial. Sebagai umat Islam, kita
mesti faham bahawa berpegang teguh kepada prinsip dan syariah Islam adalah strategi
terbaik untuk menangani tekanan profesional seperti ini. Islam menggalakkan hambanya
supaya bersabar, tenang, sentiasa munasabah dengan ketentuan Allah SWT ketika ditimpa
musibah. Allah SWT telah memberikan petunjuk yang terbaik dalam menangani tekanan
seperti ini melalui firman-Nya yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji
kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan
(dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila
mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah SWT dan kepada Allah SWT jugalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah ayat
155-156).

1
SUSUNAN IDEA

Punca tekanan di tempat kerja

Pada tahun 2017, Datuk Azih Muda menjelaskan sebanyak 20,000 penjawat awam
yang bersara awal setahun disebabkan tekanan di tempat kerja. Di mana angka tersebut
menghampiri dengan jumlah mereka untuk bersara wajib di antara 30,000 hingga 35,000
setahun. Menurut Siti A’isyah Sukaimi, Mohd Azli Adlan, Rohana Mohd. Nawi dan Nur
Amalina Azman, isu guru bersara awal kerana tidak mampu menguasai penggunaan
teknologi komputer. Hal ini demikian kerana pada era moden kini kaedah pembelajaran
semakin canggih dengan menggunakan kemudahan teknologi seperti komputer riba, tablet
dan telefon pintar. Secara umumnya, tekanan di tempat kerja ini berpunca daripada
beberapa faktor, contohnya pekerja diberi tugas atau tanggungjawab yang tidak
berpadanan dengan kemahiran dan kemampuannya. Tekanan di tempat kerja juga boleh
berlaku disebabkan oleh suasana di tempat kerja itu sendiri kerana pengurusan yang tidak
teratur. Hal ini boleh memberikan impak negatif kepada pekerja disebabkan tekanan,
tambahan pula dikelilingi dengan rakan sekerja dan majikan yang tidak memberi sedikit-
sebanyak sokongan dalam urusan bekerja. Oleh itu, pekerja akan menyelesaikan tugasan
bersendirian dengan emosi yang tidak stabil dan mula menunjukkan tanda-tanda tekanan
seperti ketegangan, ketakutan dan kebimbangan di kalangan pekerja. Secara tidak
langsung, tekanan membawa kepada perubahan fisiologi yang menunjukkan gejala seperti
pekerja akan kelihatan letih, resah, kemurungan, dan pencapaian peribadi merosot. Oleh
itu, pihak majikan perlulah bersikap adil kepada semua pekerja dengan memimpin
sesebuah organisasi dengan cekap serta mengambil tahu keadaan pekerjanya agar potensi
organisasinya tidak terjejas.

Penyelesaian daripada majikan

Pada 12 Mei 2022 lalu, seorang gadis cuba untuk terjun dari bangunan dan
dipercayai mengalami masalah kemurungan disebabkan oleh tekanan di tempat kerja
(Iskandar, 2022). Kejadian ini dapat menjadi contoh yang menunjukkan bahawa tekanan
emosi di tempat kerja boleh memberi kesan yang serius kepada kesihatan mental
seseorang. Isu ini juga mencerminkan perlunya penyediaan perkhidmatan sokongan dan
rawatan kesihatan mental yang berkualiti di tempat kerja. Pihak majikan perlu memainkan
peranan dalam mencipta persekitaran kerja yang menyokong kesihatan mental pekerja
termasuk menyediakan program sokongan dan bantuan psikologi kepada pekerja yang
mengalami tekanan emosi. Hal ini kerana penyakit mental adalah masalah kedua terbesar
di Malaysia selepas penyakit jantung. Dengan ini majikan perlulah mengambil tindakan
kepada pekerja-pekerja yang mengalami tekanan semasa mengendalikan pekerjaan. Antara
tindakan yang boleh diambil ialah majikan memberi teguran secara tertutup dan
mengamalkan sikap yang terbuka dalam membincangkan perkara-perkara yang tidak
memuaskan hati. Hal ini dapat memberi sokongan kepada kedua-dua belah pihak tanpa
menimbulkan sebarang konflik. Perantaraan antara majikan dengan pekerja akan lebih
efektif dan saling menghormati antara satu sama lain. Tambahan pula, majikan mestilah
mendengar luahan pekerja dan mengambil tindakan yang seimbang bagi perkara yang

2
berkaitan dengan masalah keluarga atau penyakit. Sebagai contoh, memberi pelepasan
kepada pekerja untuk menguruskan masalah peribadi di luar walaupun dalam waktu
bekerja. Oleh yang demikian, tekanan pekerja dapat dibendung dengan sedikit pertolongan
daripada majikan dan menambah keselesaan kepada pekerja hasil daripada pengurusan
pihak majikan. Terdapat juga cara penyelesaian berlandaskan ajaran islam yang boleh
diamalkan dalam menangani stres. Sebagai contoh, menjaga solat fardhu lima waktu dan
memperbanyakkan solat sunat. Hal ini pakar psikologi sendiri memperakui bahawa
kelebihan solat memberikan ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Hal ini kerana
setiap gerakan dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon seperti
Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine dari kalenjar adrenalin yang bertindak balas
terhadap sebarang tekanan dan tindakan.

3
ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Ulama Moden

Interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja seseorang, perangai mereka,


dan reaksi tubuh badan dan mental mereka dikenali sebagai tekanan di tempat kerja.
Individu bertindak balas secara mental dan fizikal akibat tekanan dan desakan yang
disebabkan oleh persekitaran kerja mereka. Pengalaman kerja yang memberi tekanan
negatif termasuk tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak
baik, ketua yang tidak sudi mendengar masalah dan persekitaran kerja yang tidak selesa.
Sekiranya tekanan ini tidak dikawal dengan betul, ia dapat memberi kesan negatif kepada
kesihatan mental dan fizikal seseorang. Tidak dapat mengawal tekanan kerja boleh
menyebabkan banyak kesan buruk seperti panas baran, murung, gelisah, kelesuan, rasa
bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan. Sesetengah daripada kita kadangkala mencari
cara singkat dan salah untuk mengatasi tekanan dengan melakukan masalah disiplin di
tempat kerja. (Khairunneezam Mohd Noor, 2020)

Berdasarkan ulama moden Buya Yahya (2022), perkara yang boleh kita lakukan
apabila kita mengalami stres atau kesihatan mental ialah perbanyakkan amalan berzikir dan
bertahmid kepada Allah SWT. Kita mesti sentiasa yakin pertolongan Allah SWT itu selalu
ada dan janganlah berputus asa dari rahmat Allah SWT. Amalan berzikir dapat
menenangkan hati dan jiwa kita sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra’d ayat
28 maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka
dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Seterusnya, sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kita cuba ingat kembali
ujian yang dilalui Nabi Muhammad S.A.W ketika hendak menyampaikan dakwah tentang
Islam. Baginda diuji dengan berat sekali namun baginda tetap bersabar dan percaya serta
yakin dengan Allah SWT. Selain itu, kita cuba meletakkan keyakinan bahawa kehidupan di
dunia ini adalah sementara. Mungkin dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari
bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini mengalami hal yang positif dan negatif. Akhir
sekali, bergaul dengan orang yang positif dan orang yang kita percaya. Oleh itu, kita akan
lebih selesa untuk meluahkan tentang masalah kita kepada mereka. Hal ini mampu
membuatkan stres dan beban yang kita pikul berkurang.

Setiap individu tidak akan terlepas daripada mengalami stres. Stres boleh berlaku
kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa, agama dan jantina. Perkara yang
membezakan setiap individu yang mengalami stres ialah cara individu tersebut
menanganinya. Stres mestilah ditangani dengan cara yang bijak dan diyakini supaya kita
dapat hidup dalam keadaan yang tenang dan selamat.

4
Ulama Klasik

Menurut ulama klasik, al-Jurjani (1991), nafs atau jiwa bermaksud sebuah jirim
yang halus (jawhar al-fird) di mana bergerak untuk memberi kekuatan kepada perasaan dan
kehendak pada diri setiap manusia. Dengan istilah lain, hal ini boleh difahami sebagai suatu
unsur yang dikandungi oleh keinginan terhadap sesuatu perkara sehingga tercetusnya nilai-
nilai kekuatan dalam diri manusia untuk mencapai naluri kemahuannya itu. Oleh itu,
sesetengah manusia atau individu akan berusaha untuk mencapai kemahuan tidak mengira
apa jua cara yang terpaksa digunakan sekalipun. Namun, majoriti individu yang terlalu sibuk
mengejar hal duniawi tetapi tidak menghiraukan nasibnya di hari akhirat sehingga akhirnya,
membiarkan jiwanya berasa kucar-kacir atau boleh dikira sebagai masalah kecelaruan jiwa.
Berdasarkan al-Ghazali (1986), terdapat dua keadaan jiwa bagi manusia, pertama ialah jiwa
yang sihat iaitu, al-nufus al-sahihah, dan jiwa yang sakit, al-nufus al-maridah. Dalam
merungkai isu ini, stres di tempat kerja, jiwa yang sakit akan diberikan lebih penerangan
secara terperinci berserta penyelesaiannya menurut prinsip pengurusan Islam. Jiwa yang
sakit yang boleh dikaitkan dengan topik ialah jiwa yang sakit kerana hal-hal duniawi dan
juga disebabkan oleh kecenderungan dan kesukaan yang melampau terhadap hal-hal
duniawi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jalan penyelesaian untuk mengatasi isu
stres di tempat kerja yang mengikut pengurusan Islam, antaranya ialah, dengan
mengaplikasikan muhasabah al-nafsu dalam kehidupan seharian.

Stres merupakan suatu fitrah dalam kehidupan dan tiada siapapun mampu
menghindari dan mengelakkan diri daripada stres atau tekanan, tidak kira umur dan
tempat. Oleh itu, manusia haruslah berusaha gigih untuk mencapai martabat seseorang
hamba Allah SWT dan juga kembali ke pangkal jalan semula supaya dapat mengurangkan
tekanan atau stres yang berlebihan. Usaha-usaha yang boleh dilakukan melibatkan amalan
hati serta amalan fizikal yang secara general melibatkan proses muhasabah al-nafs.
Menurut al-Muhasibi, muhasabah ialah apabila seseorang yang meluangkan masa kepada
akalnya untuk seketika dan memikirkan sama ada perbuatannya disukai oleh Allah SWT
atau tidak, serta akalnya sentiasa berfikir untuk menjaga dirinya daripada kejahatan yang
dibawa oleh hawa nafsunya. Berdasarkan al-Ghazali (1986), untuk menghilangkan atau
mengurangkan kadar stres, manusia haruslah meninggalkan sifat mazmumah dan
mempraktikkan sifat mahmudah seperti amalan sentiasa bertaubat, redha dengan ujian
yang ditimpahkan, bersyukur atas segala pemberian Allah SWT, tawakal terhadap cabaran-
cabaran hidup dan tidak bongkak atau sombong apabila diuji dengan kesenangan. Hal ini
kerana, faktor-faktor yang menyebabkan stres adalah apabila seseorang itu terlalu
mencintakan dunia sehingga lupa dan leka untuk mengejar sesuatu yang abadi, iaitu
akhirat. Apabila seseorang itu terlalu mencintakan dunia, individu tersebut akan lupa untuk
meluangkan masanya untuk Allah SWT dan berfikir jika perbuatannya diredhai oleh Allah
SWT. Individu tersebut haruslah ingat bahawa semua harta di dunia ini dimiliki oleh Allah
SWT dan Allah SWT berhak untuk menarik kembali setiap nikmat dan pemberian-Nya.
Justeru, ia dapat dikaitkan apabila individu terlalu mencintakan sesuatu perkara duniawi
dan enggan untuk melepaskannya. Contohnya, terlalu mencintakan duitnya sehingga tidak
mahu untuk bersedekah atau melakukan amal jariah, namun sebaliknya melakukan maksiat
dan dosa seperti berjudi. Apabila individu tersebut hilang semua hartanya, dari situlah

5
datangnya stres berkerja untuk mengumpul duitnya semula, belum lagi mengira stres yang
disebabkan oleh hal-hal lain di tempat kerja. Oleh itu, untuk mengurangkan stres di tempat
kerja, individu tersebut haruslah mengamalkan sifat mahmudah dalam hidupnya dan
sentiasa berzikir untuk mengingatkan diri kita kepada Allah SWT agar urusan dalam
kehidupannya dapat dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

Konklusinya, untuk mengendalikan dan mengawal stres di tempat kerja atau


dimana jua, manusia haruslah sentiasa beringat kepada Allah SWT dan sentiasa
menghindari diri daripada perbuatan mazmumah dan juga mengawal hawa nafsu
daripada mengelakkan diri terjebak dalam dosa. Manusia juga haruslah sentiasa berfikir
sama ada perbuatannya diredhai dan disukai oleh Allah SWT. Ini supaya bagi mengelakkan
daripada kemurkaan Allah SWT supaya hidup akan sentiasa diredhai dan dilindungi oleh
Allah SWT.

CRITICAL REVIEW

Topik stres di tempat kerja ini bukanlah sesuatu perkara yang langka, malahan
sering menjadi isu dan sesuatu yang bukan lagi asing terutama sekali di negara kita.
Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) serta beberapa kajian bebas
agensi penyelidikan dalam negara, di dapati bahawa lebih daripada 50 peratus pekerja
Malaysia mengalami tekanan kerja atau stres dan juga hampir 25 peratus mengalami stres
yang tinggi di tempat kerja. Oleh itu, individu atau pekerja haruslah mencari ikhtiar dan
cara-cara untuk mengawal dan mengurangkan kadar tekanan atau stres di tempat kerja.
Dengan ini, analisis ini bertujuan untuk membincangkan cara-cara atau usaha-usaha yang
boleh dilakukan oleh pekerja supaya kadar stres berkurang dan dapat dikawal secara lebih
baik.

Bermula dengan prinsip maqasid syariah, pekerja haruslah berpegang kepada


elemen dharuriyyat atau secara lebih spesifik lagi, lima prinsip maqasid syariah. Hal ini
kerana, elemen dharuriyyat sendiri bermaksud keperluan dan kepentingan hidup manusia
di mana melibatkan nyawa, akal, penjagaan agama, harta dan juga keturunan. Oleh itu,
ianya sangatlah berkait rapat dengan kehidupan seharian semua orang termasuklah
pekerja. Sekiranya seseorang itu ditimpa ujian seperti stres, individu tersebut digalakkan
untuk berpegang kepada lima prinsip maqasid syariah. Penjagaan agama atau hifz ad-din,
di mana individu haruslah memelihara agamanya walau apa jua keadaan sekali pun.
Individu tersebut dapat melakukannya dengan mengelakkan perkara-perkara yang
mungkin melanggar asas-asas agama seperti mencuri dan melakukan kekejaman.
Seterusnya, menjaga nyawa, setiap individu tidak kiralah apa jawatan individu tersebut
dalam suatu komuniti, adalah berharga dan juga dijamin hak keselamatan. Oleh itu, pekerja
atau pihak atasan yang tahu bahawa terdapat beberapa pekerja yang stresnya disebabkan
oleh tempat kerja, haruslah membantu pekerja yang stres di tempat kerja kerana
keselamatan mereka penting. Pihak atasan boleh membuat program mini untuk
mengurangkan kadar stres pekerja manakala pekerja lain pula digalakkan untuk memberi
sokongan terhadap pekerja yang mengalami stres supaya pekerja yang mengalami stress
tahu bahawa keselamatan nyawa dan dirinya penting di mata semua orang. Memelihara
akal juga merupakan salah satu daripada prinsip maqasid syariah. Pekerja yang stres boleh

6
memelihara akal dengan cara memupuk akal dengan nilai-nilai murni dan juga ilmu
pengetahuan yang berguna dan bermanfaat atau mengelakkan diri dari melakukan perkara
yang akan merosakkan akal seperti minum arak, mengambil dadah dan menonton filem
yang tidak bermanfaat. Dengan ini, pekerja yang stres sedikit sebanyak dapat menjaga akal
dari perkara yang tidak sihat dan dapat mengurangkan risiko kerosakan otak atau akal yang
lebih kritikal. Kemudian, memelihara harta, di mana pihak atasan haruslah memastikan
bahawa tiada penindasan yang berlaku di tempat kerja dan juga tiada pihak yang
memanipulasikan perihal kewangan. Hal ini supaya, pekerja lain tidak terkena tempias dan
tidak menambah stres kepada pekerja. Akhir sekali, menjaga keturunan, pekerja yang stres
sebaiknya memelihara keturunannya untuk membentuk masa depan yang cerah serta
masyarakat yang produktif dan amanah untuk keturunannya, serta keturunan merupakan
pemimpin pada masa hadapan. Hal ini dapat dilakukan dengan mencegah keturunan
daripada melanggar peraturan agama seperti tidak amanah, memakan harta orang, rasuah,
dan lain-lain. Implikasinya, masa depan keturunan akan lebih terjamin dan pekerja yang
stres tidak perlu khawatir lagi tentang masa depan dirinya ataupun keturunannya sekiranya
pekerja berjaya menjaga keturunannya. Konklusinya, dengan berpegang kepada prinsip-
prinsip maqasid syariah, pekerja yang stres akan dapat mengurangkan atau mengawal
kadar tekanan yang dihadapi serta pada masa yang sama, memastikan bahawa generasi
yang akan datang serta dirinya terjaga dalam lindungan Allah SWT.

Seterusnya, berteraskan konsep pengurusan Islam iaitu teras Tauhid. Tauhid


merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu.
Apabila manusia mempraktikkan kaedah tauhid dalam kehidupan seharian, ia dapat
menjadikan kita seorang insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman serta
kesungguhan yang tinggi. Apabila sikap seperti ini ada di dalam diri seorang pekerja atau
pengurus, mereka pasti akan melakukan pekerjaan berdasarkan prinsip-prinsip Islam serta
mendapat keberkatan dari Allah SWT. Dengan ini, pekerja tidak akan merasa stres kerana
mereka telah meletakkan semua kepercayaan kepada Allah SWT. Selain itu, kaedah tauhid
juga dapat membuatkan seseorang pekerja mempunyai keyakinan diri. Sebagai contoh,
pekerja yang perlu melakukan pekerjaan seperti berjumpa dengan klien atau perlu
melakukan pembentangan tidak akan merasa stres dan malu kerana dia telah melatih diri
untuk mempunyai keyakinan yang lebih tinggi. Seterusnya, kaedah ini mendidik kita supaya
menjadi seseorang yang tidak mudah putus asa dan sentiasa redha dalam apa jua keadaan.
Dalam pekerjaan, pekerja seringkali akan merasa untuk berhenti kerja kerana stres dengan
lingkungan di sekeliling atau sikap majikan yang teruk. Jadi apabila kita mempraktikkan
kaedah ini, ia mampu membuatkan kita menjadi seorang yang sentiasa redha dan kuat
dalam menghadapi apa-apa ujian. Akhir sekali untuk konsep tauhid ini, ia juga
membuatkan kita menjadi seorang yang bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit
pemikiran. Dengan ini, seseorang pekerja akan lebih terbuka untuk menerima apa-apa
kritikan atau cadangan daripada majikan atau rakan pekerja yang lain. Perkara ini dapat
mengurangkan stres pekerja di tempat kerja kerana hatinya sentiasa lapang dan tenang.

Akhir sekali, berteraskan pengurusan Islam juga iaitu teras karamatul insan.
Karamatul insan bermaksud kemuliaan diri manusia. Karamatul insan ialah prinsip yang
menegaskan keperluan menjaga dan memelihara maruah diri dan orang lain dalam apa jua

7
perhubungan manusia. Kepentingan karamatul insan dalam pengurusan ialah hubungan
seseorang pengurus dengan orang di bawah tanggungannya. Antara tanggungjawab
majikan terhadap pekerjanya ialah memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja dijaga
dengan baik. Majikan mestilah sentiasa peka akan setiap pekerjanya. Majikan perlu
menjadi pembangkit kerohanian, bertimbang rasa dan sentiasa prihatin dengan
pekerjanya. Sebagai contoh, majikan perlu mengelakkan diri daripada memberikan
pekerjaan yang terlalu berlebihan dan mengambil kesempatan terhadap pekerjanya.
Majikan juga harus menjadi penghubung yang berkesan dengan menggunakan kata-kata
yang lembut dan sopan dalam berinteraksi. Majikan juga mesti memberikan nasihat dan
teguran dengan hikmah, bersikap terbuka dan memupuk semangat musyawarah. Ini
supaya pekerja menjadi lebih terbuka dan selesa dengan majikan sendiri. Konklusinya,
apabila majikan mempunyai sikap seperti ini, ia dapat membuatkan pekerja merasa kurang
stres dan lebih bersemangat untuk pergi bekerja.

Tuntasnya, kita perlu sedar bahawa kita boleh menghadapi masalah dan kesukaran
dengan baik jika kita bertindak mengikut syariat dan pengurusan Islam, tidak kira sebesar
mana masalah atau kesukaran yang menyebabkan tekanan dan stres. Dalam surah al-Fajr,
ayat 27–30, Allah SWT berfirman, "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang
dengan kepercayaan dan bawaan baiknya." Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan di
mana engkau berpuas hati dengan nikmat yang diberikan kepadamu dan berpuas hati di
sisi Tuhanmu. Anda boleh menjadi salah seorang daripada hamba-hambaku yang gembira
dan masuk ke syurgaku. Jika fikiran dan hati kita sentiasa bergantung pada keyakinan,
tawaduk dan syukur kepada Allah SWT, maka Dia akan memberikan kita petunjuk dan
hidayah untuk menangani segala tekanan dan kebimbangan ini.

8
RUMUSAN

Tuntasnya, apa yang boleh kami rumuskan berdasarkan tajuk kami ialah masalah
tekanan atau stres di tempat kerja merupakan isu kronik yang sering diperkatakan dalam
setiap organisasi yang seharusnya tidak boleh dipandang ringan oleh setiap organisasi dan
individu. Stres adalah kebimbangan yang berpunca dari masalah yang dihadapi dalam
kehidupan seseorang. Stres di tempat kerja juga merupakan isu utama dalam aspek
keselamatan dan kesihatan pekerja. Kadangkala, seseorang boleh mengalami stres di
tempat kerja kerana terlalu banyak berfikir, mempunyai rakan sekerja yang tidak mesra,
suasana kerja yang tidak selesa dan perlu menyelesaikan sesuatu tugasan di luar
kemampuan diri. Masalah ini wujud hampir dalam semua organisasi termasuklah organisasi
yang besar seperti di Jepun dan United Kingdom. Masalah tekanan atau stres perlulah
diatasi dengan sebaik-baiknya kerana ia boleh mempengaruhi prestasi dan produktiviti
sesebuah organisasi dan boleh mendatangkan impak yang negatif kepada fizikal dan mental
seseorang individu.

Oleh itu, masalah stres di tempat kerja perlulah diatasi dengan kadar segera bagi
mengelakkan sebarang keadaan yang lebih membimbangkan berlaku. Kita sebagai umat
Islam mestilah menyelesaikan masalah stres di tempat kerja ini dengan menerapkan
prinsip-prinsip pengurusan Islam kerana agama Islam telah mendedahkan kepada kita
dengan pelbagai inisiatif bagi menyelesaikan masalah tekanan atau stres tidak kira dalam
apa jua keadaan termasuklah keadaan stres di tempat kerja. Hal ini supaya dapat
membantu kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah. Penyelesaian
masalah stres ini adalah tanggungjawab bersama yang mesti diselesaikan, namun bagi
menyelesaikan masalah ini mestilah bermula dari dalam rohani dan iman seseorang
individu itu sendiri.

Akhir kalam, Islam ialah agama yang indah dan mudah yang boleh diterapkan
prinsip-prinsipnya dalam kehidupan kita agar apa yang kita lakukan sentiasa diredhai oleh
Allah SWT. Berdasarkan pandangan ulama, penyelesaian terhadap stres di tempat kerja
menurut pengurusan Islam ialah dengan memperbanyakkan amalan berzikir dan
bertahmid kepada Allah SWT dan sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Selain itu, mengaplikasikan muhasabah dalam kehidupan, meninggalkan sifat mazmumah
dan mempraktikkan amalan mahmudah seperti redha, bersyukur dan tawakal dalam setiap
cabaran yang dihadapi serta menjaga solat fardhu lima waktu dalam kehidupan. Amalan-
amalan ini dapat menenangkan hati dan jiwa serta membantu mengurangkan stres dan
beban yang dipikul. Amalan-amalan ini bukan hanya meliputi strategi praktis, tetapi juga
melibatkan pembinaan nilai-nilai yang sesuai dengan prinsip-prinsip etika Islam dan
mencipta suatu lingkungan kerja yang harmonis dan berdaya saing yang seterusnya dapat
mengurangkan dan membantu menyelesaikan masalah stres di tempat kerja.

9
KESIMPULAN

Kesimpulannya, melalui tugasan kertas kerja yang kami lakukan ini, banyak manfaat
yang dapat kami perolehi. Antaranya seperti kami dapat menambah ilmu pengetahuan
yang baru serta dapat mengambil pengajaran yang terdapat dalam tajuk ini yang boleh kami
terapkan dalam kehidupan seharian. Sepanjang menyiapkan kertas kerja ini, kami
mempelajari dan mengetahui isu-isu semasa berkenaan masalah stres di tempat kerja
seperti berlakunya peningkatan dalam penjawat awam yang bersara awal setahun dan juga
berlakunya kes seorang gadis yang cuba untuk membunuh diri kerana dipercayai
mengalami masalah kemurungan disebabkan oleh stres di tempat kerja. Kami juga
mempelajari bagaimana punca masalah stres di tempat kerja ini berlaku. Di samping itu,
kami dapat memahami pandangan-pandangan ulama klasik dan moden mengenai tajuk
kertas kerja ini iaitu stres di tempat kerja: penyelesaian menurut prinsip pengurusan Islam.
Pada masa yang sama, kami juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai maqasid
syariah, tauhid dan karamatul insan. Dengan mempelajari dan menerapkan pengurusan
Islam dalam kehidupan seharian, kita dapat mencapai keseimbangan yang lebih baik dalam
menghadapi isu stres di tempat kerja. Islam bukan hanya agama, tetapi juga panduan hidup
untuk menghadapi segala cabaran-cabaran dalam kehidupan. Kami berharap agar segala
kerja keras kami dalam menyiapkan tugasan kertas kerja kami ini dapat membantu dan
membekalkan maklumat yang komprehensif kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia
terutamanya kepada mereka yang bekerja tidak kira sama ada di sektor swasta atau
kerajaan yang mungkin mengalami masalah stres di tempat kerja.

10
RUJUKAN

Abu Hamid al-Ghazali(1986) Al-Risalah al-Laduniyyah: Majmu‘ah Rasa’il al-Imam al Ghazali


(ed. 4). 108-109.
Fadzlina, S. U. (2023, February 11). Kemurungan dan panduan Islam dalam
menghadapinya. Universiti Sains Islam
Malaysia. https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/kemurungan-
dan-panduan-islam-dalam-menghadapinya/

Faizuri Abdul Latif dan Mohd Syukri Zainal Abidin. (2021). Kefahaman Takdir Ulama
Melayu dalam Merawat Kecelaruan Jiwa. Jurnal Usuluddin. 49(2). 95-133.
https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol49no2.4.
Firdaus Abddul Ghani. (2019, Februari 21). Tekanan di tempat kerja: Bagaimana untuk
bertahan?. Astro Awani Network Sdn. Bhd. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/tekanan-di-tempat-kerja-bagaimana-untuk-bertahan-199233
Huraian aplikasi 5 Prinsip Maqasid syariah Dalam Tabir Urus. Portal Rasmi JAKIM -
Huraian Aplikasi 5 Prinsip Maqasid Syariah Dalam Tabir Urus. (2021, February 2).
https://www.islam.gov.my/ms/bahagian-maqasid-syariah/huraian-aplikasi-5-
prinsip-maqasid-syariah-dalam-tabir-urus

Iskandar Shah Mohamed. (2022, Mei 12). Gadis cuba terjun bangunan akibat
kemurungan. Utusan Malaysia.

Khainunneezam Mohd Noor. (2020, September 9). Panduan islam hadapi tekanan di
tempat kerja. Bernama.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1877806

Khainunneezam Mohd Noor. (2020, September 9). Panduan islam hadapi tekanan di
tempat kerja. Bernama Tinda Minda.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1877806
Noor Hidayah Kasim, Suhaida Abu Bakar & Nik Liyana Mustapa@Nik Daud. (2023). Islam
dan pengurusan. Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).
Prof Madya Dr Md Fauzi Ahmad. (2023, April 7). Pekerja kena tetap keutamaan diri urus
fizikal, mental. Berita Harian Online. Retrieved November 16, 2023, from
https://shorturl.at/irFX0

Sharifah Basirah Syed Mohsin, Che Zarrina binti Sa’ari, Hasimah Chik dan Sheriza Izwa
Zainuddin. (2022). Muhasabah Al-Nafs (Self-Reflection) dalam Menangani
Keresahan Spiritual (Spiritual Distress). Jurnal Usuluddin. 50(1): 43-72.
https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol50no1.3.
Siti Aisyah Abdul Rahman. (2020, Oktober 15). Majikan perlu peka, tangani isu kesihatan
mental pekerja. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-
lain/2020/10/742090/majikan-perlu-peka-tangani-isu-kesihatan-mental-pekerja
Widodo. (2022, April 14). Solusi bagi anda yang alami stres, buya yahya: ini tips
pertolongan pertama. Bangkapos.com. https://shorturl.at/brtz9

11
12
13
14
15
16
17

You might also like