Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN?

 menarik perhatian dan minat pembaca


 menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh
dalam isi karangan
 menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak
soalan.
APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?
 Tepat dengan kehendak soalan
 jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
 menggunakan bahasa yang tepat dan jelas
 ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan
 ditulis dalam satu perenggan
 tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan
Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi menarik minat
pembaca untuk mengetahui isi-isi yang akan dikemukan oleh penulis dalam
karangan.

JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN


(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
(vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·


memberikan takrif · makna · definisi (dengan merujuk kamus)

Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang
atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan
golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah
daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di
samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke
semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung
jenayah.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -


menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad,
pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau
bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu
adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama
meneruskan pembangunan. Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk
memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam
masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.
PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.

Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-
bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami
dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke
puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang
akan kami lalui nanti.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -


mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri
mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan
kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan
berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai
kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -


memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur
dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang
anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya
hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. Namun semangat
berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di
kawasan bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-
pihak yang bertanggungjawab.

PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU


- mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema
karangan

Duhai apakah gerangan budi balasan


Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran air mata bila mengenangkan


betapakah bersar budi , ibunda berikan
siang malam ..menderita hingga entah bila
sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan

Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini.
Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya
dan berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih sayang dan budi
seorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi
tanggungjawab anak-anak
untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan
Contoh:

Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan


laku musnah yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan
harta benda termasuk kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan
awam seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan
sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku
dalam kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
membendung gejala ini?

You might also like