Pengurusan Makhluk Perosak

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK

Serangga yang biasa menyerang cili adalah seperti :-

i. Nama Perosak : Kutu Daun ( Aphis spp )

Bahagian diserang : Daun, bunga dan buah muda

Peringkat pokok diserang: Semua peringkat

Simptom : Daun menjadi kerekot, bunga gugur


dan buah terbantut.

Kawalan :
♦ Sembur dengan chlorphyrifos atau imldachloprid setiap 7-10 hari
sekali selepas anak benih ditanam ke ladang.
♦ Selepas 2.5 bulan di ladang, jika serangan virus melebihi 20%
sembur dengan racun serangga seperti permethrin, cypermethrin
atau dimathoate.

ii. Nama Perosak : Kutu Trips (Thrips spp)

Bahagian diserang : Daun dan bunga

Peringkat pokok diserang: Semua peringkat

Simptom : Daun menjadi kerekot dan bunga gugur

Kawalan :
♦ Sembur dengan racun serangga
seperti chlorpyrifos atau lmidachloprid selang 7-10 hari sehingga
pokok berumur 2.5 bulan
♦ Selepas pokok berumur 2.5 bulan jika serangan virus melebihi
20%, sembur racun chlorpyrifos atau malathion.

Copyright © 2018 Bayu Farm.


iii. Nama Perosak : Ulat Pengorek Buah (Heliothis armigera spp)

Bahagian diserang : Daun dan buah

Peringkat pokok diserang: Peringkat berbuah

Simptom : Daun dan buah berlubang-lubang

Kawalan : Sembur dengan racun serangga chlorpyrifos jika lebih


daripada 5% buah diserang.

iv. Nama Perosak : Lalat Buah (Bactocera)

Bahagian diserang : Buah

Peringkat pokok diserang: Peringkat berbuah

Simptom : Terdapat lorong-lorong kecil di dalam buah dan buah


gugur.

Kawalan :
♦ Sembur dengan racun serangga chlorpyrifos apabila pokok mula
berbuah
♦ Sembur “protein bait” yang dicampur dengan racun perosak ke
bahagian daun sebanyak 10 ml/pk, setiap selang 10 pokok.

Copyright © 2018 Bayu Farm.


v. Nama Perosak : Hamama Merah (Tetranychus spp)

Bahagian diserang : Daun dan bunga

Peringkat pokok diserang: Pokok matang

Simptom : Daun berkerekot, bunga gugur dan pokok terbantut.

Kawalan : Sembur dengan racun serangga amitraz, dicofol,malathion


atau prothlofos.

Penyakit yang biasa menyerang pokok cili adalah seperti :-

i. Penyakit : Antraknos buah


Penyebab : Colletotrichum capsici (Kulat)

Copyright © 2018 Bayu Farm.


Bahagian diserang : Buah
Cara merebak : Biji benih, angina

Simptom : Bintik-bintik lekok dan berpusar, berwarna keperangan


terdapat di kulit buah, lekok-lekok ini akan membesar, menjadi
kehitaman dan akhirnya buah busuk dan gugur.

Kawalan : Bagi pencegahan penyakit


♦ Rawat biji benih dengan racun kulat seperti captan (3 g/1000 g biji
benih)
♦ Musnahkan buah yang diserang

Copyright © 2018 Bayu Farm.


♦ Sembur racun kulat seperti mancozeb 0.1% b.a. jika perlu.

ii. Penyakit : Bintik daun


Penyebab : Cercospora capsici (kulat)

Bahagian diserang : Daun dan tangkai daun


Cara merebak : Angin
Simptom : Terdapat bintik-bintik kecil bulat
bewarna perang pada daun.

Copyright © 2018 Bayu Farm.


Kawalan :
♦ Musnahkan bahagian yang diserang penyakit
♦ Sembur dengan racun kulat benomyl jika perlu
♦ Amalkan tanaman bergilir dengan sayuran lain.

iii. Penyakit : Hawar Pucuk


Penyebab : Choanephora cucurbitarum (kulat)

Bahagian diserang : Pucuk


Cara merebak : Angin
Simptom :
♦ Terdapat spora-spora hitam pada pucuk yang berpenyakit
♦ Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam
Kawalan :
♦ Rawat biji benih dengan racun thiram (3g/1000g biji benih)
♦ Musnahkan buah yang diserang

iv. Penyakit : Reput Pangkal


Penyebab : Sclerotium rolfsi
Bahagian diserang : Pankal pokok
Cara merebak : Tanah
Simptom :
♦ Daun layu

Copyright © 2018 Bayu Farm.


♦ Terdapat maisilia putih dan skelerotia seperti biji sawi di pangkal
pokok
♦ Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput

Kawalan : Cabut dan bakar pokok yang diserang

v. Penyakit : Lecuh anak benih


Penyebab : Pythium sp, Rhizoctonia sp (kulat)
Bahagian diserang : Batang anak benih
Cara merebak : Tanah dan air
Simptom : Di pangkal anak benih kelihatan
seakan-akan lecuh. Serangan yang
teruk menyebabkan anak benih
tumbang.
Kawalan : ♦ Rawat biji benih dengan racun kulat
seperti captan 3 g/1000 g biji benih
♦ Tentukan siraman air tidak
berlebihan. Pastikan tapak semaian
mempunyai saliran yang baik.
♦ Jika terdapat serangan, siram tapak
semaian dengan thiram.

vi. Penyakit : Layu bakteria


Penyebab : Pseudomonas solanacearum

Bahagian diserang : Daun dan batang


Cara merebak : Tanah, air dan sentuhan akar
Simptom : ♦ Daun layu dan kuning
Copyright © 2018 Bayu Farm.
♦ Empulur berwarna perang kehitaman
dan berair. Jika akar atau batang
dipotong dan direndam dalam air,
ianya mengeluarkan cecair jaluran
putih
♦ Akhirnya pokok layu dan mati
Kawalan : ♦ Cabut dan bakar pokok berpenyakit
♦ Tentukan saliran yang baik di
kawasan kebun
♦ Gilirkan tanaman yang berlainan
daripada faili Solanaceae.

vii Penyakit : Mozek daun


Penyebab : Virus mozek
Bahagian diserang : Semua bahagian pokok
Cara merebak : Biji benih, kutu daun sebagai pembawa
penyakit.
Simptom : ♦ Daun berbintik-bintik dan berkerekot,
Urat daun membengkak.
♦ Pokok bantut dan kurang berbuah
♦ Buah menjadi kecil dan berubah
bentuk
Kawalan : ♦ Cabut dan bakar pokok-pokok yang
berpenyakit
♦ Elak daripada menggunakan biji
benih dari pokok berpenyakit.
♦ Jaga kebersihan kawasan dan
amalkan tanaman giliran.
♦ Kawal kutu daun dan kutu trips
dengan menyembur racun serangga
seperti chlorpyrifos. Kawal rumpai
yang menjadi perumahnya.
Penyemburan racun hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum
mengutip hasil berpandukan tempoh dilarang mengutip hasil (TDMH)
racun
yang diguna.

viii. Penyakit : Layu Sclerotium

Copyright © 2018 Bayu Farm.


Patogen : Sclerotium rolfsii
Penyakit ini menyerang bahagian akar dan batang cili. Ia merebak melalui
tanah. Pada peringkat awal, pangkal batang yang diserang akan kelihatan
bewarna putih; ini disebabkan oleh kehadiran miselium (kulat yang
membentuk jaluran bebenang). Keadaan ini akan berlarutan sehingga
pangkal dan akar yang diserang bertukar warna menjadi hitam dan kemudian
terus reput. Penyakit ini boleh dikawal dengan membakar pokok yang
diserang dengan secepat mungkin. Ia mungkin merupakan cara kawalan
yang paling ekonomik dan perlu dikesan dari peringkat awal.

ix. Penyakit : Lecur anak benih


Patogen : Pythium sp.
Penyakit ini menyerang batang anak benih cili. Ia merebak melalui air
dan penggunaan tanah semaian yang pernah terdedah kepada penyakit
ini. Anak benih yang diserang akan kelihatan melecuh pada pangkal
batang. Bahagian yang diserang akan berair serta lecur. Setelah
serangan menjadi teruk anak benih ini akan tumbang. Untuk
mengelakkan masalah ini, biji benih perlu dirawat dengan racun kulat
yang sesuai terlebih dahulu. Sebelum benih ditanam, tapak semaian
perlu disiram dengan racun kulat yang sama.

Copyright © 2018 Bayu Farm.


x. Penyakit : Kulapuk berdebu
Patogen : Leveillula taurica
Penyakit ini disebabkan oleh kulat yang menyerang bahagian daun. Daun
yang diserang akan diselaputi oleh debu putih yang merupakan kulat. Ia
menyebabkan daun bertukar warna menjadi perang secara perlahan dan
kemudian kering. Penyakit ini bagaimanapun jarang berlaku dan tidak begitu
mengancam tanaman cili. Ia lebih kerap berlaku semasa musim hujan dan
boleh dikawal dengan racun kulat yang sesuai.

Copyright © 2018 Bayu Farm.


Musuh-musuh tanaman cili:
-ulat ratus
-kutu daun/afid
-kutu trip
-hama merah
-hama kuning
-lelompat daun
-pelombong daun
-lalat putih
-ulat pengorek buah
-lalat buah
-ulat pangkas

Serangga
malathion,cypermethrin,deltamethrin, dll
hama,kutu daun,lelompat daun, rama2 putih,ulat ratus- pegasus,
sembur atas dan bawah daun sebab seranggan ni bertelur dan bersarang di
bawah daun.

kulat
anthracnose, hawar pucuk,,bintik daun.
-mancozeb, amistar,topsin M,antracol dll.
-cara penggunaan kena ikut arahan label.
-selepas 2-3 kali semburan kena tukar racun lain sebab takut serangga atau
kulat jadi rintang.

Copyright © 2018 Bayu Farm.


KAWALAN SERANGAN DAN PENYAKIT
Penyakit Kawalan
Bintik daun……Sembur racun kulat Benomyl
Antraknos buah…… Sembur racun kulat seperti mancozeb
Kutu daun…… Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos atau Imidachloprid
Hamama merah…… Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Kerekot daun dan mozek daun
(a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh itu kawal kutu daun adalah
penting.
(b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.
Layu bacteria…….Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok
yang
berpenyakit. Tentukan saliran yang elok.

Racun Kulat
1)Topsin M - Ancom Crop Care - Kelas 4 - Antraknos (tahan 14 hari)
2)Dithane M45 - Dow Agrosciences - Kelas 4 - Bintik Daun, Hawar, Reput Akar,
Reput Buah (tahan 14 har)i
3)Thiram 80 - Ancom Crop Care - Kelas 2 - Bintik Daun (tahan 14 hari)
4)Daconil 2787 - Agricultural Chemicals - Kelas 4 - Hawar Alternaria (tahan 7
hari)
5)Antracol 70 WP - Bayer Cropscience - Kelas 3 - Hawar Alternaria, Hawar
Phytophthora, Antraknos (tahan 14 hari)

Copyright © 2018 Bayu Farm.


Racun Serangga
1)Padan - Agricultural Chemicals - Kelas 3 - Ulat Ratus, Bena Perang
(tahan 7 hari)
2)Decis 250 - Bayer Cropscience - Kelas 3 - Pengorek Buah (tahan 3 hari)
3)Pegasus 250 SC - Syngenta - Kelas 2 - Kutu Trip, Hamama (tahan 28 hari)
4)Selecron 500 EC - Syngenta - Kelas 2 - Ulat Ratus, Pengorek Batang
(tahan 14 hari).

Copyright © 2018 Bayu Farm.

You might also like