Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

CTU552

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR

TAJUK PROJEK:
IMPAK SEKOLAH VERNAKULAR TERHADAP
MASYARAKAT DAN PERPADUAN NASIONAL

PROGRAM 1. IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) PENGURUSAN


PEMBINAAN
2. IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) UKUR BANGUNAN
SEMESTER 1
KELAS NAP2461A
AHLI KUMPULAN 1. MOHAMAD FAIZUL AZMI BIN ABD GHANI (2022447984)
2. SITI HERDIANTY BINTI SUHAIMI (2022211042)
3. MOHD NAZRUL SHAMIM BIN SHAMSUDDIN (2022222152)

PENSYARAH USTAZ MOHD HAFIZ BIN ABDUL WAHAB

1
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1 BAB 1
• PENDAHULUAN 3-7
• LATAR BELAKANG KAJIAN
• PERMASALAHAN KAJIAN
• OBJEKTIF KAJIAN
• PERSOALAN KAJIAN
• KEPENTINGAN KAJIAN
• KERANGKA KAJIAN
• PENUTUP
2 BAB 2 8 - 16
• PENDAHULUAN
• LITERATUR KAJIAN
• PENUTUP
3 BAB 3 17 - 19
• PENDAHULUAN
• METODOLOGI KAJIAN
• PENUTUP
4 BAB 4 20 - 30
• PENDAHULUAN
• DAPATAN KAJIAN
• PENUTUP
5 BAB 5 31 -32
• KESIMPULAN KAJIAN & CADANGAN

2
BAB - SATU

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia semasa zaman pemerintahan British lagi (sebelum


kemerdekaan) telah mengamalkan sistem pendidikan vernakular yang berpaksikan pada
kaum masing-masing serta bahan pendidikan yang banyak bersumberkan pada rujukan
negara serta bangsa masing-masing. Sistem pendidikan yang wujud pada masa
pemerintahan British mempunyai empat sistem persekolahan utama iaitu sekolah vernakular
Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Selepas
zaman kemerdekaan, sistem pendidikan ini telah ditukar kepada sistem yang telah dirangka
oleh Penyata Razak. Maka, lahirlah sistem sekolah kebangsaan yang menggabungkan
semua bangsa di Malaysia namun masih dimonopoli oleh pelajar Melayu serta penubuhan
sekolah vernakular Cina dan India yang dimonopoli oleh bangsa masing-masing dan juga
menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Timbul isu yang telah dikemukakan oleh para pemimpin dan sesetengah pihak yang memberi
cadangan untuk menutup sekolah vernakular dan memasukkan semua pelajar ke dalam satu
sekolah serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Isu ini telah mendapat reaksi yang berbeza daripada
pelbagai pihak, khususnya kepada kaum yang terlibat serta seluruh rakyat Malaysia amnya.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Secara umumnya, sekolah vernakular adalah sekolah-sekolah persendirian yang


menggunakan bahasa utama sesuatu bangsa selain daripada bahasa Malaysia sebagai
bahasa urusan rasmi pentadbiran dan sebagai bahasa pengantar untuk pengajaran dan
pembelajaran (Anuar Ahmad, 2020).

Dalam konteks yang lebih mendalam pula, boleh dianggap bahawa sekolah vernakular adalah
sekolah yang ditubuhkan oleh sesuatu bangsa untuk bangsanya sendiri dengan tujuan yang
pelbagai.

Oleh itu, impak daripada sekolah yang sedemikian secara tidak langsung amatlah besar
terhadap masyarakat secara amnya dan perpaduan nasional secara khasnya.

3
PERMASALAHAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2020,
kemasukan pelajar melayu ke sekolah vernakular cina pada tahun 2020 adalah 15.33 peratus
dan ini adalah lebih tinggi dengan peningkatan sebanyak 6.18 peratus berbanding tahun 2010.
Bagi pelajar daripada kaum India dan kaum lain juga menunjukkan peningkatan iaitu daripada
1.67 peratus kepada 2.75 peratus dan 1.02 peratus kepada 1.67 peratus untuk tempoh masa
yang sama.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, ianya menunjukkan sekolah vernakular semakin diterima
ramai pada masa ini. Walaubagaimanapun, hendaklah difahami bahawa sekolah vernakular
secara tidak langsung telak mencipta jurang antara kaum kerana kurangnya asimilasi antara
pelajar pelajar sekolah aliran vernakular dengan bangsa lain.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan, agar kita dapat mencapai objektif perpaduan nasional sesama kaum
walaupun berada didalam kalangan masyarakat yang mengamalkan etnik dan mempunyai
kepercayaan serta pandangan agama yang berbeza.

Disamping itu, bertepatan dengan dasar pendidikan negara ini sendiri yang perlu dicapai
untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan lagi perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik. Perkara ini juga boleh
dilihat dengan berpandukan Penyata Razak 56 & Rahman Talib 60 iaitu mentafsirkan sebagai
pernyatuan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja dalam
bidang ekonomi.

PERSOALAN KAJIAN

Seperti yang sedia maklum, sesuatu perkara itu pasti ada kesan yang tersendiri sama ada
positif atau sebaliknya. Persoalan kepada dapatan kajian ini adalah bagaimanakah cara yang
terbaik sebagai Rakyat Malaysia pada masa kini membendung impak positif dan negatif
terhadap sekolah vernakular terhadap masyarat.

Sebagai rakyat yang menetap di negara yang berbilang kaum, apakah sekolah vernakular ini
memberi impak yang baik atau buruk kepada sesebuah masyarakat? Dipihak manakah kesan
ini lebih banyak kelihatan? Adakah masih relavan atau perlu penambahbaikan di sebilangan
bahagian? Maka dengan ini, kita semua lihat apakah impak tersebut supaya dapat bersama-
sama menggalas satu sifat perpaduan yang baik agar dapat hidup bermasyarakat dan
bersatu-padu.

4
KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini akan memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat untuk membantu
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi di sekolah-sekolah vernakular yang ditubuhkan.
Kajian ini juga secara tidak langsung dapat membuka minda masyarakat dan ahli politik dalam
menangani isu perpecahan kaum yang semakin meruncingkan.

Hal ini diburukkan lagi apabila segelintir warganegara tidak boleh bertutur bahasa Melayu
dengan baik ketika berurusan dalam sektor kerajaan sehingga terpaksa meminta bantuan
orang lain. Malangnya, golongan ini tetap mengaku mereka rakyat Malaysia. Mengambil
contoh Indonesia, semua rakyatnya fasih berbahasa Indonesia, walaupun pelbagai etnik dan
kaum, termasuk Cina. Mengapa hal seperti ini tidak terjadi di negara ini yang juga berbilang
kaum?

Pentingnya kajian ini adalah untuk mencari punca dan permasalahan yang boleh memberi
kesan kepada masyarakat dan perpaduan nasional .

5
KERANGKA KAJIAN

6
PENUTUP

Berdasarkan maklumat yang diterangkan di atas, bolehlah disimpulkan bahawa sekolah


vernakular mempunyai impak yang pelbagai terhadap masyarakat dan perpaduan nasional
sama ada secara positif ataupun negatif.

Walaupun kelihatan seperti impak negatif adalah melebihi daripada impak positif tetapi tidak
dapat dinafikan bahawa impak positif juga memainkan peranan penting dalam membentuk
sahsiah dan menjadi insan yang berguna kepada sesebuah masyarakat secara amnya dan
kepada negara secara khasnya.

Tujuan kajian ini dijalankan bukan sahaja untuk membandingkan antara impak positif dan juga
negatif tetapi lebih terarah kepada mencari penyelesaian dan kesepakatan dalam menjadikan
silibus pembelajaran selaras dengan sistem pendidikan di Malaysia agar kita dapat mencapai
dasar pendidikan yang utuh, perpaduan kaum dan membina insan yang seimbang dalam
memberi sumbangan kepada negara.

7
BAB – DUA

PENDAHULUAN
Pendidikan memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memupuk perpaduan etnik di
Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem pendidikan di negara
ini telah dirangka dan digubal untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu, mempunyai
semangat nasionalisme yang tinggi serta dapat menyumbang terhadap pembangunan negara.
Dengan kata lain, sebagai sebuah negara terdiri daripada pelbagai etnik, bidang pendidikan
menjadi antara platform utama untuk membentuk generasi yang saling memahami dan
bertolak ansur. Bidang pendidikan juga menjadi satu saluran yang berpengaruh dan berkesan
dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Oleh itu, bagi
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni, sistem pendidikan yang dilaksanakan di
peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi dikehendaki menanamkan sifat-
sifat murni yang dapat membentuk sahsiah generasi yang bersatu padu.

LITERATUR KAJIAN

Malaysia bukan saja dikenali dengan keunikan masyarakatnya yang berbilang etnik seperti
Melayu, Cina, India, etnik bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain tetapi juga kaya dengan
warisan tradisi pelbagai etnik tersebut. Walaupun jelas setiap etnik ini mempunyai amalan
budaya, adat resam, kepercayaan agama dan bahasa masing-masing tetapi mereka dapat
hidup bersama dalam suasana harmoni. Situasi ini membuktikan bahawa kepelbagaian etnik
dan perbezaan budaya bukanlah penghalang bagi masyarakat majmuk di negara ini untuk
hidup dalam suasana aman damai. Namun, keharmonian hubungan antara etnik yang dapat
dikecapi pada hari ini bukanlah perkara mudah untuk dicapai tetapi dibentuk melalui pelbagai
usaha, kerjasama dan tolak ansur daripada semua pihak. Semangat patriotisme, cintakan
negara dan perpaduan antara etnik diterapkan melalui pelbagai agensi dan program sama
ada yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Patriotisme
merangkumi konotasi etika yang mempunyai kesalinghubungan dengan nilai moral
masyarakat serta digarap bagi mendukung semangat nasionalisme dan perpaduan budaya
bangsa (Irma Wani, Othman, 2019). Antara saluran penting untuk menyemai benih perpaduan
ini adalah melalui sistem pendidikan.

Sehingga kini, sistem pendidikan vernakular berorientasikan etnik yang wujud sejak sebelum
negara mencapai kemerdekaan lagi terus dikekalkan. Namun, memandangkan sistem
pendidikan sedemikian lebih berorientasikan etnik masing-masing menyebabkan ia dilihat
sebagai menggalakkan pemisahan kanak-kanak daripada komuniti etnik yang berbeza.
Situasi ini dilihat bukan saja menyukarkan matlamat kerajaan untuk mewujudkan perpaduan

8
dalam masyarakat tetapi juga memberi cabaran dalam sistem pendidikan. Oleh itu, artikel ini
difokuskan untuk membincangkan tentang apakah pengaruh bidang pendidikan dan apakah
cabaran yang dihadapi dalam mewujudkan satu sistem pendidikan yang berfungsi sebagai
agen penyatuan masyarakat di negara ini.

Pengaruh Pendidikan Dalam Kepelbagaian Etnik Sebelum dan Selepas Merdeka


Pendidikan merupakan satu saluran yang berpengaruh dan berkesan dalam usaha memupuk
perpaduan masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan oleh
kerajaan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dapat membentuk masyarakat yang
bersatu padu. Peranan sistem pendidikan dalam mewujudkan hubungan etnik yang harmoni
ini dapat lihat melalui dasar dan jawatankuasa mengkaji aspek pendidikan yang ditubuhkan
oleh kerajaan kolonial British sebelum merdeka dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
selepas merdeka. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, kerajaan British di Tanah Melayu
menumpukan usaha untuk mengubah dasar pendidikan yang menumpukan ke arah
penyatuan komuniti etnik berbeza (Shamsul Amri, 2012:200). Dengan itu timbullah
Rancangan Cheeseman 1946 yang menekankan 3 aspek utama seperti berikut:

i. Pendidikan rendah percuma melalui bahasa ibunda.


ii. Bahasa Inggeris diajar kepada semua pelajar pada peringkat rendah dan pelajar
yang berkebolehan akan meneruskan pengajian ke peringkat menengah yang
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
iii. Peluang pendidikan yang sama turut diberikan kepada kanak-kanak perempuan
(Alis Puteh, 2015:81).

Bagaimanapun dasar Cheeseman telah diperdebatkan dari sudut penggunaan bahasa


pengantar, yuran, jenis latihan, perguruan dan jangka masa dasar tersebut dapat
dilaksanakan. Di samping itu, komuniti Cina juga membangkitkan isu berkenaan peluang
untuk memasuki sekolahsekolah Inggeris. Bagaimanapun, dasar ini tidak dapat dilaksanakan
kerana kekurangan guru bahasa Inggeris dan tiada kuasa untuk melaksanakan dasar tersebut
(Alis Puteh, 2015:81).

Kemudian kerajaan British mengarahkan Alexander Carr-Saunders untuk mengetuai satu


jawatankuasa bagi merangka pendidikan tahap universiti di Tanah Melayu (Alis Puteh,
2015:81). Pada bulan Mei 1948, laporan jawatankuasa Carr-Saunders diterbitkan dengan
cadangan satu universiti dibentuk dengan menggabungkan Raffles College dan King Edward
VII Medical College pada bulan Oktober 1948 (Alis Puteh, 2015:81). Walau bagaimanapun,
orang Melayu khususnya lulusan daripada sekolah Melayu menolak cadangan tersebut dan
mengesa kerajaan British memperbaiki pendidikan rendah Melayu terlebih dahulu. Manakala
bagi golongan orang Melayu lulusan sekolah Inggeris pula mereka mempersetujui cadangan

9
berkenaan yang dilihat dapat menyediakan orang Melayu dalam bidang pentadbiran
(Shamsul Amri, 2012:201). Sementara itu, bagi komuniti Cina dan India pula kedua-duanya
mengusulkan supaya bahasa dan budaya mereka tetap dipertahan dan dilindungi daripada
terhakis.

Tindakan kerajaan British dalam menjadikan pendidikan sebagai agen penyatuan antara
kaum di Tanah Melayu kemudiaannya dapat dilihat melalui penubuhan Jawatankuasa Antara
Kaum pada bulan Januari 1949 (Alis Puteh, 2015:82-83). Matlamat penubuhannya adalah
untuk memupuk kerjasama dalam masyarakat majmuk. Berikut adalah kaedah yang
dicadangkan untuk mencapai perpaduan tersebut:

i. Pengajaran subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah rendah.


ii. Penubuhan sekolah kebangsaan bagi menyatukan etnik yang berbeza dengan
penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
iii. Bahasa ibunda etnik lain boleh diajar (Fennell, 1968).

Namun demikian, perpaduan yang dihasratkan itu tidak mudah untuk dicapai kerana setiap
komuniti etnik yang berlainan berusaha kuat untuk mempertahankan dan mengekalkan sistem
pendidikan masing-masing.

Seterusnya pada tahun 1951, kerajaan membentuk pula Jawatankuasa Laporan Barnes yang
dipengerusikan oleh L.J. Barnes dari University Oxford. Di bawah jawatankuasa ini kerajaan
British turut melantik 9 wakil Melayu dan 5 orang Inggeris (Alis Puteh, 2015:85). Matlamat
penubuhannya adalah untuk memperbaiki bentuk pendidikan orang Melayu (Shamsul Amri,
2012:202). Dalam laporan tersebut dicadangkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. Ideanya untuk menekankan
penggunaan dwibahasa di sekolah untuk mewujudkan perpaduan antara etnik. Oleh itu,
dicadangkan juga supaya sekolah vernakular dimansuhkan dan digantikan dengan sistem
sekolah kebangsaan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar (Shamsul Amri, 2012:202). Bagaimanapun, laporan ini tidak
mendapat sokongan orang bukan Melayu khususnya etnik Cina. Komuniti bukan Melayu
mengkritik laporan Barnes sebagai satu dokumen bersifat Anglo-Malay dan melihat sistem
sekolah kebangsaan dan penghapusan sekolah vernakular Cina sebagai satu langkah
mengugat kedudukan bahasa dan budaya tradisi mereka (Alis Puteh, 2015:85).

Rentetan itu, pada tahun yang sama juga lahirlah Laporan Fenn-Wu untuk mengkaji sistem
pendidikan Cina di Tanah Melayu. Jawatankuasa laporan tersebut dipengerusikan oleh
William P. Fenn yang merupakan seorang ahli Lembaga Amanah Sekolah Tinggi Cina dan
Wu Teh Yao merupakan seorang pakar daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

10
Laporan jawatan kuasa Fenn-Wu mencadangkan sistem pendidikan trilingual (Alis Puteh,
2015:91). Terdapat 3 usul utama yang dicadangkan iaitu:

i. Mempertahankan kedudukan sekolah Cina dan mendesak kerajaan memberikan


bantuan kewangan.
ii. Mempertahankan kedudukan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa besar didunia
menjadi faktor sekolah vernakular tidak boleh dihapuskan.
iii. Menggesa sekolah Cina tidak memfokus bentuk, kaedah dan sukatan pendidikan dari
China kerana mereka telahpun mendiami Tanah Melayu. (Shamsul Amri, 2012:203).

Laporan ini memberikan gambaran yang jelas terhadap kesukaran kerajaan untuk menjadikan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan. Keadaan ini disebabkan tindakan orang bukan Melayu yang masih begitu kuat
mempertahankan bahasa masing-masing.

Oleh itu, sebagai usaha untuk memperluaskan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan
murid-murid dari pelbagai kaum, Penyata Razak yang menjadi Ordinan Pelajaran 1957
selepas negara mendapat kemerdekaan telah mengesyorkan agar semua sekolah
menggunakan sukatan pelajaran yang sama termasuklah sekolah Cina dan sekolah Tamil.
Bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu pula dijadikan bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan kebangsaan. Sementara itu, sebahagian besar daripada mata pelajaran
utama seperti sejarah, geografi dan sastera akan ditumpukan kepada hal-ehwal Tanah
Melayu. Berhubung perkara tersebut, Penyata Razak telah menjelaskan pendiriannya
sebagaimana yang terkandung dalam perenggan 12 penyata tersebut yang berbunyi:

“Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak
menyatukan budak-budak dari semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar yang besar walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan
serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur” (Mastika, November
1960:6).

Apabila Perikatan berjaya memenangi pilihan raya 1959, satu Jawatankuasa Kaji Semula
dibentuk dan hasilnya lahirlah Laporan Rahman Talib 1960 yang menjadi asas Akta Pelajaran
1961 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Pada asasnya, Laporan Rahman Talib ini bersetuju
dengan Penyata Razak justeru itu hanya terdapat beberapa syor tambahan dilakukan.
Menyentuh perihal bahasa Kebangsaan, Laporan Rahman Talib mengemukakan syor untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah dan universiti.
Hal ini dapat dilihat berdasarkan pernyataan yang berbunyi:

11
“The educational policy of the Federation… is to establish a national system of education
which will satisfy the needs of the nation and promote its cultural, social, economic and political
development… and for the progressive development of an educational system in which the
national language is the main medium of instruction” (Federation of Malaya, The Education
Act, 1961)

Selain itu, antara isi kandungan yang terdapat dalam Laporan Rahman Talib ialah semua
peperiksaan rasmi di peringkat sekolah dijalankan dalam bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris. Antara syor-syor yang melibatkan kedudukan dan peranan bahasa
Melayu dalam Akta Pelajaran 1961 (Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, 1992:101) ialah:

i) Pelajaran rendah dalam bahasa kebangsaan dimajukan dengan mengadakan


pelajaran menerusi bahasa kebangsaan di sekolah yang dahulunya sekolah
rendah kerajaan dengan syarat ada guru yang sesuai dan semua sekolah rendah
bantuan akan diubah menjadi sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis
kebangsaan dengan mengadakan guru yang mendapat latihan yang sesuai.
ii) Bantuan separuh kerajaan kepada sekolah menengah Cina dimansuhkan mulai
Januari 1960. Sekolah ini bagaimanapun boleh menerima bantuan penuh
sekiranya bahasa pengantar pengajaran diubah kepada bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris dan sekolah tersebut menyediakan murid-muridnya untuk
Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran atau Sijil Persekutuan Tanah Melayu atau Sijil
Seberang Laut.
iii) Semua peperiksaan awam ini di sekolah menengah diadakan dalam salah satu
bahasa rasmi sahaja. Ini bererti bahawa Peperiksaan Menengah Rendah III
Kerajaan atau Peperiksaan Meningkat ke Sekolah Menengah Cina yang mula
diadakan sejak tahun 1947, dan Peperiksaan Menengah Atas III Kerajaan atau
Peperiksaan Sijil Berhenti Sekolah Menegah Cina yang mula diadakan pada tahun
1951, dimansuhkan.
iv) Langkah hendaklah diambil untuk menambah bilangan guru terlatih yang layak
mengajar dalam bahasa Melayu.
v) Langkah yang lebih lanjut lagi hendaklah diambil untuk mengukuhkan kedudukan
bahasa kebangsaan dalam sistem pelajaran (Raja Mukhtaruddin, 1992:101-102).

Dengan itu jelaslah bahawa kedua-dua dokumen tersebut telah memainkan peranan penting
dalam pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang begitu menekankan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan.

12
Pada hari ini, sistem pendidikan di peringkat rendah yang dibiayai oleh pihak kerajaan
terbahagi kepada 2 jenis iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa ibunda
iaitu bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar. Secara umumnya kurikulum di
kedua-dua jenis sekolah ini adalah sama walaupun sukatan pelajaran ada sedikit perbezaan
(Shamsul Amri, 2012:205) .Walaupun terdapat 2 jenis aliran sistem pendidikan namun ia tidak
memisahkan kanak-kanak daripada komuniti berlainan. Sebaliknya, kepelbagaian ini dilihat
sebagai peluang yang memberi pilihan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka
ke sekolah yang menjadi pilihan. Pada masa kini, sekolah aliran kebangsaan turut membuka
kelas bahasa Cina atau Tamil kepada pelajar yang majoriti Melayu. Sementara itu, peluang
untuk mempelajari bahasa asing dan pendedahan kepada persekitaran yang pelbagai etnik
akan mewujudkan sikap terbuka dan saling hormat menghormati (Shamsul Amri, 2012:205-
206).

Peranan kerajaan terhadap pemupukan perpaduan komuniti pelbagai etnik melalui sistem
pendidikan juga dapat dilihat melalui pendidikan menengah. Pada kebiasaanya, selepas
tamat pendidikan sekolah rendah, pelajar akan meneruskan pendidikan mereka di peringkat
sekolah menengah. Kebanyakannya memilih untuk melanjutkan pelajaran di sekolah
menengah kebangsaan kerajaan. Bagi pelajar dari sekolah rendah jenis kebangsaan, mereka
akan ditempatkan dalam kelas peralihan selama setahun bagi membolehkan mereka
mendapat kefahaman dan penguasaan yang bahasa Melayu yang baik (Shamsul Amri,
2012:207). Apa yang penting adalah di peringkat sekolah menengah, bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa pengantar tetapi hak untuk meneruskan pembelajaran dalam
bahasa ibunda dibenarkan sekiranya memenuhi syarat (Shamsul Amri, 2012:207).

Situasi tolak ansur juga dapat dilihat melalui pelaksanaan kelas moral bagi pelajar bukan
beragama Islam sementara pelajar Melayu mengikuti pendidikan Islam. Hal ini penting untuk
memupuk ikatan kesepaduan yang kukuh dan menanamkan sikap tolak ansur dalam
kalangan komuniti pelbagai etnik di negara ini. Kerajaan juga bertindak membuka kuota
memasuki Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara bagi pelajar bukan
Melayu (Shamsul Amri, 2012:208). Keadaan ini dilihat akan memberikan pelajar yang
berlainan etnik untuk bergaul, berinteraksi dan memahami budaya etnik yang berbeza.
Kemudian, setelah menamatkan pendidikan di peringkat sekolah menengah, pelajar
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada di Tingkatan 6, martikulasi ataupun
diploma.

13
Usaha kerajaan untuk menerapkan semangat nasionalisme dan perpaduan melalui
pendidikan diteruskan di peringkat universiti. Pelajar yang berkelayakan akan melanjutkan
pelajaran di institusi pengajian tinggi. Institusi pengajian tinggi di negara ini terbahagi kepada
2 iaitu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)
(Shamsul Amri, 2012:210). Kemasukan pelajar ke IPTA berasaskan meritokrasi
membolehkan pelajar daripada pelbagai latar belakang bersaing secara sihat. Pelajar yang
datang daripada pelbagai jenis aliran pendidikan dari seluruh negara akan tinggal dalam
kampus yang sama selama berapa tahun. Situasi ini memberi banyak peluang kepada
mahasiswa untuk belajar hidup berkongsi, bergaul dan berinteraksi antara etnik berbeza.
Kerjasama antara mereka akan terjalin melalui aktiviti seperti menyiapkan tugasan
berkumpulan, kokurikulum dan berpersatuan (Shamsul Amri, 2012:211). Oleh itu jelaslah
bahawa walaupun terdapat pelbagai aliran pendidikan yang diikuti semasa peringkat sekolah
rendah dan menengah tetapi di alam varsiti perkongsian akan mewujudkan perpaduan yang
kukuh dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik ini.

IMPAK SEKOLAH VERNAKULAR TERHADAP PERPADUAN NASIONAL (PERPADUAN


ANTARA KAUM)
Pendidikan merupakan salah satu alat penting untuk membentuk keperibadian bangsa.
Namun sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai sistem pendidikan yang pelbagai
aliran sudah tentulah wujudnya cabaran dalam usaha untuk mewujudkan hubungan etnik
yang harmoni. Semasa di bawah pentadbiran kolonial British, dasar pendidikannya telah
menyebabkan pemisahan antara etnik. Situasi ini telah meninggalkan kesan terhadap
perpaduan masyakarat pelbagai etnik kerana setiap etnik mempunyai sistem pendidikan
mengikut acuan etnik masing-masing. Selain itu, sistem pendidikan yang berorientasikan
negara asal masing-masing juga telah menyukarkan sifat taat setia kepada Tanah Melayu
diwujudkan dalam kalangan masyarakat bukan Melayu. Kesannya, selepas mencapai
kemerdekaan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berhadapan tanggungjawab yang besar
untuk mengatasi pelbagai cabaran. Antara cabaran pengekalan pelbagai aliran pendidikan
mengikut komuniti etnik masing-masing adalah untuk mengadakan satu pendidikan
berteraskan satu bahasa kerana kewujudan perasaan bimbang akan kehilangan identiti,
bahasa serta budaya etnik masing-masing.

Bahasa dan pendidikan merupakan dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan telah
meluluskan Perkara 152 (1) menjadi undang-undang untuk menguatkuasakan bahawa
bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan bagi Persekutuan (Tun Mohamed Suffian bin
Hashim, 1987:441). Dalam Perkara 152 (1) disebut dengan jelas bahawa bahasa kebangsaan

14
adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu, seperti yang diperuntukkan oleh parlimen
dengan peruntukan bahawa:

a) tidak akan ada seorang pun yang akan dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal
rasmi) atau mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain dan
b) tidak ada sebarang peruntukan dalam perkara ini yang boleh mengganggu hak
kerajaan Persekutuan atau sebarang kerajaan Negeri untuk memelihara dan
memperkembangkan penggunaan dan pengkajian bahasa komuniti lain (Malaysia,
Perlembagaan Persekutuan (Terjemahan), 1972:171-172).

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menekankan pengunaan bahasa Melayu


sebagai bahasa Kebangsaan atau bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan
kebangsaan bertujuan untuk melahirkan identiti kebangsaan. Konotasi Bahasa Jiwa Bangsa
yang diuar-uarkan merupakan serampang dua mata bagi mempertingkatkan kemahiran
berbahasa sebagai skil universal dalam improvasi keyakinan dan keterampilan diri, sekaligus
memartabatkan bahasa ibunda menjadi milik mutlak sesuatu bangsa (Irma Wani, Othman
2019c). Namun, antara cabaran yang wujud dalam menjadikan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan adalah kerana wujudnya pelbagai bahasa
daripada komuniti etnik berlainan. Ini menjadi penghalang untuk mewujudkan perpaduan.
Bertititolak dari perspektif tersebut, kesalinghubungan personaliti optimistik yang diterapkan
ke dalam diri generasi muda melalui sistem pendidikan mampu menjadi penentu adaptasi
sosio budaya selaras dengan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan (Irma Wani,
Othman 2019c).

Cabaran lain adalah kekangan mewujudkan integrasi nasional. Berdasarkan beberapa kajian
didapati bahawa pelajar Cina yang mengikuti sekolah kebangsaan dan berpendidikan Inggeris
lebih mudah bergaul dengan pelajar Melayu berbanding pelajar dari sekolah jenis kebangsaan
(Shamsul Amri, 2012:211). Dengan kata lain, pelajar etnik Cina yang mendapat pendidikan
Inggeris kurang identiti kecinaannya dan lebih mudah bergaul dengan etnik lain sekaligus
memudahkan integrasi nasional dibentuk. (Shamsul Amri, 2012:213-214). Sementara itu,
pelajar Cina yang mendapat pendidikan di sekolah Cina pula adalah sebaliknya. Walau
bagaimanapun, majoriti etnik Cina yang diwakili oleh Dong Jiao Zong menyatakan bahawa
sekolah vernakular tidak mengakibatkan berlakunya polarisasi antara etnik malah
meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa (Shamsul Amri, 2012:211).

15
PENUTUP
Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa sistem pendidikan merupakan satu
saluran untuk membolehkan perpaduan dicapai dalam masyarakat yang pelbagai di negara
ini. Pendidikan berperanan penting dalam proses mewujudkan komuniti pelbagai etnik yang
bersatu padu. Pendidikan menjadi antara platform utama dalam usaha kerajaan untuk
melaksanakan pelbagai dasar pendidikan yang dapat memenuhi keperluan semua etnik.
Malaysia sebuah negara yang unik kerana masih mengunapakai sistem pendidikan
kebangsaan di samping meneruskan sistem pendidikan vernakular. Kedua-dua aliran
pendidikan dilihat berkembang seiring bukan sahaja dapat memenuhi citarasa rakyat
terhadap pendidikan tetapi juga melengkapi generasi muda dengan pelbagai ilmu
pengetahuan terutamanya kemahiran dan penguasaan pelbagai bahasa lain. Namun
demikian, cabaran yang wujud tidak boleh diabaikan oleh kerajaan yang menggalas tugas
penting untuk merangka dasar pendidikan yang lebih baik mengelakkan berlaku konflik etnik
seterusnya dapat memupuk hubungan etnik yang harmoni.

16
BAB – TIGA

PENDAHULUAN

Metodologi kajian merupakan penyelidikan kaedah dan teknih sebuah kajian dan ia
diwujudkan bagi tujuan membantu para pengkaji memahami dengan lebih luas dan terperinci
tentang pengaplikasian kaedah membuat huraian tentang proses kajian. Dengan erti kata lain,
metodologi ini juga merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan
menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian
dan ia menerangkan cara susatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan tenik
tertentu digunakan.

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin dan ia
juga adalah satu kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Dalam pada
itu, ia juga bermaksud ilmu tentang kaedah atau disiplin yang digunakan semasa melakukan
kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu serta merujuk kepada kaedah yang paling
sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif dan efisien bagi
menjawab permasalahan kajian.

Bagi mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat, kajian telah dijalankan menggunakan dua
metodologi yang berlainan iaitu kajian perpustakaan dan juga kajian lapangan.

METODOLOGI KAJIAN

Menurut Ahmad Rushdi, (2010) secara amnya, kajian seumpama ini mencantumkan dan
mengabungkan dua jenis asas penyelidikan untuk menghasilkan hasil kajian yang lebih
berkualiti. Asas-asas penyelidikan yang dimaksudkan tersebut ialah kajian kepustakaan
(library research) dan kajian di lapangan (field research). Penggabungan daripada kedua-
kedua jenis penyelidikan ini amat sesuai dengan penyelidikan zaman sekarang yang
mementingkan kedua-dua unsur tersebut.

1. KAJIAN PERPUSTAKAAN
Menurut Gay L.R. (1996), kaedah pengumpulan maklumat melalui kajian
perpustakaan ataupun bole dikenali sebagai ‘Library Research’ merupkan kaedah
yang biasa dan seringkali digunakan oleh para pengkaji bagi mendapatkan data,
maklumat, informasi serta bukti kajian daripada kajian-kajian lepas yang pernah dan
telah dijalankan.

17
Dalam definisi yang lain, menurut Roth (1986), kajian kepustakaan adalah usaha yang
dilakukan oleh pemerhati atau peneliti ataupun pengkaji untuk menghimpun segala
informasi ataupun maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan permasalahan
atau topik yang akan atau sedang diteliti. Informasi yang diperkatakan di sini dapat
diperolehi daripada buku-buku ilmiah, hasil penyelidikan orang lain, laporan penelitian,
ensiklopedia, fakta-fakta, buku tahunan dan sumber-sumber bertulis ataupun sumber
elektronik. Teori-teori yang mendasari masalah dalam bidang yang akan atau ingin
diteliti dapat ditemukan dengan melakukan kajian perpustakaan.

Tujuan kajian perpustakaan ini dijalankan adalah untuk mencari informasi atau
maklumat yang revelan dan bersesuaian dengan permasalahan yang diteliti tentang
mana-mana aspek dari suatu masalah yang pernah diteliti bagi menghindari para
peneliti dan pengkaji daripada melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama
berulang kali yang mungkin telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Kajian ini juga
bertujuan untuk memberikan dan membuat serta menyimpulkan huraian yang empirik
dan teoritik berkaitan dengan faktor dan pembolehubah tentang permerhatian yang
mungkin timbul atau wujud daripada masalah-masalah yang ingin diteliti.

2. KAJIAN LAPANGAN (SOAL SELIDIK)


Kaedah soal selidik merupakan satu medium dimana beberapa siri soalan akan
disediakan bagi mengekstrak maklumat tertentu dari sekumpulan orang. Cara ini
membolehkan maklumat dan data dikumpulkan untuk tabulasi, klasifikasi, penerangan
dan analisis dalam kajian atau penyelidikan.

Dalam pengertian yang lain, soal selidik dapat digunakan sebagai instrument
pengumpulan data, atau sebagai salat penilaian di lingkungan pengkajian. Ianya
membolehkan kita mengukur pilihan, tingkah laku atau arah aliran jika berasakan cara
tinjuan yang terperinci dan khusus.

Soal selidik boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Antaranya, secara bersemuka
dengan cara menemu bual di mana soalan-soalan diajukan secara terus kepada orang
yang ditemu ramah secara lisan, menggunakan kertas dan pensil di mana soalan -
soalan harus dibaca dan dijawab secara langsung oleh orang yang ditemu ramah dan
akhir sekali dengan cara menggunakan komputer melalui atas talian di mana soalan
– soalan dikemukakan dalam format digital.

18
Untuk mendapatkan hasil tinjauan yang mampan, soal selidik yang dilakukan adalah
berdasarkan cara soalan tertutup dimana responden harus memilih jawapan dari
sekumpulan pilihan.

PENUTUP
Berdasarkan metodologi kajian yang akan dilakukan dan telah dirancang, diharap
ianya akan memberikan maklumat yang jelas dan terperinci untuk permasalahan
terhadap kajian yang akan dijalankan.

19
BAB EMPAT
PENDAHULUAN
Dalam meniti arus kemodenan ini, masyarakat Malaysia semakin jelas tentang kepentingan
perpaduan antara kaum yang berbilang bangsa dan agama. Tindakan tersebut banyak
memberi impak yang harmoni didalam kalangan kita. Oleh itu, tujuan kajian kami ialah ingin
menilai apakah sekolah vernakular memberi impak terhadap masyarakat dan perpaduan
kaum di Malaysia.

Kajian telah dijalankan secara soal selidik melalui ‘Google Form’ tentang soalan- soalan yang
berkaitan dengan perpaduan dalam pelbagai aspek, jantina, umur, agama bangsa , tahap
pendidikan dan aliran sekolah . Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui
perspepsi masyarakat tentang impak sekolah vernakular terhadap masyarakat dan
perpaduan kaum di Malaysia. Oleh yang demikian, seramai 52 responden telah menjawab
kajian selidik ini bermula 26 Disember 2022 sehingga 29 Disember 2022. Melalui jawapan
daripada setiap responden dapat membantu untuk melengkapkan kajian bertulis ini.

Data yang diperolehi hasil dari borang soal selidik telah pun dikumpulkan dan di terjemahkan
dalam bentuk jadual dan carta untuk memudahkan pemahaman dalam kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

Soal Selidik

JANTINA

24 Lelaki
28 Perempuan

Rajah 1 : Jantina Responden


( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)

Kajian ini telah dijalankan ke atas 52 orang responden yang mengambil bahagian dalam
kajian ini iaitu seramai 28 orang lelaki dan 24 orang perempuan.

20
UMUR

7
15
16 - 25
26 - 35
36 - 45
46 - 55

29

Rajah 2 : Umur Responden


( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)

Kajian dijalankan untuk golongan yang berusia 16 tahun ke atas kerana mereka lebih
memahami tentang perpaduan kaum dan pergaulan antara kaum. Hasil daripada kajian
majoriti responden berusia dalam lingkungan 26-35 tahun manakala responden 16-25 tahun
antara yang kedua tertinggi yang menjawab kajian soal selidik ini.

BANGSA

1
12
Bidayuh
Bugis
Cina
Melayu

48

Rajah 3 : Bangsa Responden


( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)

Bersumber daripada hasil kajian yang dijalankan rata-rata adalah berbangsa Melayu iaitu
seramai 48 responden dan 2 responden dari bangsa Cina. Manakala terdapat 1 responden
dari bangsa Bidayuh dan Bugis.

21
AGAMA

1 2

Buddha
Islam
Kristian

49

Rajah 4 : Agama Responden


( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)

Sebagaimana kajian selidik dilakukan, majoriti responden beragama Islam , 2 responden


beragama Buddha dan 1 responden beragama Kristian.

22
Kajian Soalan

Soalan 1 . A nda bersekolah dimana?

1 5
Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC)
Sekolah Kebangsaan (SK)

Sekolah Persendirian
Agama
46

Rajah 5 : Soalan 1
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan, kebanyakan daripada responden bersekolah di
Sekolah Kebangsaan iaitu seramai 46 responden . Manakala 5 responden bersekolah di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 1 responden di Sekolah Persendirian Agama.
Ini menunjukkan ada dikalangan bangsa melayu bersekolah di sekolah jenis kebangsaan juga
dan tidak tertumpu pada 1 kaum sahaja di Sekolah Jenis Kebangsan .

Soalan 2. Adakah anda menghadapi masalah


untuk berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan
semasa bersekolah / bergaul dengan pelajar dari
sekolah vernakular?

8
Kurang setuju
17
5 Sangat setuju
Setuju
Tidak pasti

14 Tidak setuju
8

Rajah 6 : Soalan 2
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Berdasarkan carta diatas sejumlah 25 respoden tidak setuju dan kurang setuju yang mereka
menghadapi masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan semasa bersekolah
atau bergaul dengan pelajar dari sekolah vernakular . Manakala 19 responden bersetuju yang
mereka mempunyai masalah dalam berkomunikasi dan bergaul . Ini mungkin disebabkan
mereka hanya bergaul dikalangan kaum yang sama.

23
Soalan 3. Pada pendapat anda, adakah pelajar
sekolah vernakular lebih cenderung bergaul
sesama mereka sahaja?

3 4

10 Kurang setuju
11
Sangat setuju
Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju
24

Rajah 7 : Soalan 3
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Berdasarkan kajian yang dilakukan majoriti respoden bersetuju yang pelajar sekolah
vernakular hanya bergaul sesama mereka sahaja. Ini dapat dilihat apabila mereka hanya
menggunakan bahasa ibunda mereka bila berkomunikasi biarpun ada juga bangsa lain
dikalangan mereka. Ada juga responden tidak bersetuju dengan soalan ini mungkin
disebabkan mereka telah terdedah bergaul dengan pelbagai bangsa sejak dari kecil.

Soalan 4. Adakah kewujudan sekolah vernakular


lebih banyak memberikan impak negatif daripada
positif pada perpaduan kaum di malaysia?

8 5
Kurang setuju
Sangat setuju
13
Setuju
14 Tidak pasti
Tidak setuju
12

Rajah 8 : Soalan 4
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Data yang didapati diatas menunjukkan sebanyak 25 orang responden bersetuju yang
sekolah vernakular memberi banyak impak negatif dari positif pada perpaduan kaum di
Malaysia. Ini menunjukkan yang kewujudan sekolah vernakular kurang disenangi dalam
masyarakat kerana akan ada perbandingan dari setiap aspek pendidikan dan komunikasi .
kerana ada kalangan pelajar sekolah vernakular tidak mampu berbahasa kebangsaan.

24
Soalan 5. pada pendapat anda, adakah sistem
sekolah vernakular menjejaskan perpaduan
kaum?

5
9
Kurang setuju
9
Sangat setuju

9 Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju
20

Rajah 9 : Soalan 5
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Berdasarkan carta diatas majoriti respoden bersetuju yang sistem sekolah vernakular boleh
menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Jika dilihat pada dewasa ini banyak kes-kes yang
melibatkan isu perkauman di Malaysia yang menyebabkan perpecahan dalam perpaduan
kaum di Malaysia.

Soalan 6. Adakah anda bersetuju jika diwujudkan


sekolah satu aliran sahaja supaya pelajar lebih
mudah untuk bergaul dengan pelbagai kaum?

4 2
6 Kurang setuju
Sangat setuju
Setuju
23
Tidak pasti
17 Tidak setuju

Rajah 10 : Soalan 6
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Merujuk kepada data yang diperolehi , sebanyak 40 responden bersetuju supaya diwujudkan
hanya satu sekolah aliran sahaja supaya pergaulan antara pelbagai kaum lebih erat. Jika
perkara ini dapat dilaksanakan banyak impak positif yang akan kita semua perolehi. Kita boleh
mengambil contoh negara jiran kita iaitu Indonesia yang memperkasakan bahasa kebangsaan
mereka dengan hanya mewujudkan sekolah satu aliran sahaja dan kesemua pelajar tanpa
mengira bangsa lancar berinteraksi dalam bahasa kebangsaan mereka.

25
Soalan 7. Sebagai seorang ibu bapa, adakah
anda akan mendaftar anak di sekolah
vernakular?

16
Tidak
Ya

36

Rajah 11 : Soalan 7
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Berdasarkan dapatan data diatas, majoriti responden tidak akan menghantar anak mereka
di sekolah vernakular . Ini mungkin disebabkan isu perkauman yang semakin meningkat di
negara kita dan juga kebimbangan anak mereka akan ditindas di sekolah vernakular. Hal
yang sama di alami oleh ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah
kebangsaan kerana bimbang perkara yang sama berlaku

Soalan 8. Adakah sekolah vernakular akan


mencipta jurang perpaduan kepada pelajar?

5 5
Kurang setuju
9 Sangat setuju
12
Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju

21

Rajah 12 : Soalan 8
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Berdasarkan carta diatas , sebanyak 33 responden bersetuju yang sekolah vernakular
memang mencipta jurang perpaduan di kalangan pelajar. Kita dapat melihat yang di sekolah
kebangsaan lebih tertumpu pada kaum Melayu manakala Sekolah Jenis Kebangsaan pula
lebih tertumpu pada kaum Cina dan India sahaja. Jadi disini kita dapat simpulkan kan memang
ada jurang perpaduan antara pelajar kerana mereka tidak bergaul dengan kaum lain

26
Soalan 9. Sekolah vernakular adalah satu
kelebihan kepada setiap pelajar sekolah?

8
13 Kurang setuju
Sangat setuju
Setuju
4 Tidak pasti
16
Tidak setuju

11

Rajah 13 : Soalan 9
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Sebanyak 21 responden tidak bersetuju yang sekolah vernakular akan memberikan kelebihan
kepada pelajar sekolah manakala 15 responden lagi bersetuju yang sekolah vernakular akan
memberikan kelebihan pada pelajar sekolah. Tetapi tidak dinafikan pelajar yang menguasai 3
bahasa pertuturan memang mempunyai kelebihan kerana kita dapat melihat sekarang
kebanyakan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh bangsa Cina memang mengutamakan mereka
yang boleh berbahasa Cina.

Soalan 10. Sekolah vernakular mempunyai


silibus pembelajaran yang lebih bagus
berbanding sekolah kebangsaan?

7 6
Kurang setuju
3
Sangat setuju
5
Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju
31

Rajah 14 : Soalan 10
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Berdasarkan kajian yang dilakukan majoriti 31 responden tidak pasti samaada Sekolah
Vernakular mempunyai silibus pembelajaran yang lebih bagus berbanding Sekolah
Kebangsaan kerana mereka tidak pernah bersekolah di Sekolah Vernakular. Tetapi bagi
mereka yang pernah bersekolah di dua-dua aliran sekolah tersebut pasti akan mengetahui
apa perbezaan dan kelebihan yang ada di Sekolah Vernakular.

27
Soalan 11. Adakah anda bersetuju jika anak anda
dapat menguasai bahasa ketiga?

Tidak
Ya

51

Rajah 15 : Soalan 11
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Berdasarkan carta di atas, hampir kesemua bersetuju untuk anak mereka menguasai bahasa
ketiga. Disini dapat kita lihat yang bahasa ketiga sangat penting pada zaman sekarang. Yang
menjadi persoalannya, kenapa mereka ingin anak mereka mendalami bahasa ketiga tetapi
tidak mahu menghantar anak mereka ke Sekolah Vernakular? . Salah satu sebab utama
adalah isu perkauman yang semakin meningkat sekarang. Hal ini tidak akan berlaku jika
hanya satu aliran sekolah sahaja yang ada. Ini akan memberikan pilihan pada pelajar untuk
mempelajari bahasa ketiga apa yang ingin dikuasaai.

Soalan 12. Adakah sekolah vernakular


memainkan peranan yang penting didalam
sesebuah institusi?

6 7
Kurang setuju
3
Sangat setuju
Setuju
12 Tidak pasti
24 Tidak setuju

Rajah 16 : Soalan 12
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Kebanyakan responden yang menjawab borang soal selidik ini tidak pasti samada Sekolah
Vernakular memainkan peranan yang penting didalam sesebuah institusi atau tidak. Ini
kerana Sekolah Vernakular merupakan sekolah yang tidak menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa rasmi pentadbiran . Ini tidak dapat dijelaskan dengan tepat
bagaimana Sekolah Vernakular memainkan peranan penting dalam sesebuah institusi.

28
Soalan 13. Adakah sekolah vernakular banyak
menyumbangkan dana kepada kerajaan dari segi
sektor sosioekonomi?

5 6

Kurang setuju
8
Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju

33

Rajah 17 : Soalan 13
( Sumber : Tinjaun Google Form, 2022)
Berdasarkan carta diatas majoriti responden tidak pasti samada sekolah vernakular
memberikan sumbangan dana kepada kerajaan dari segi sektor sosioekonomi di Malaysia.
Sepertimana yang kita semua tahu sekolah vernakular ini dibiayai oleh persendirian dan
syarikat swasta Jadi disini tidak dapat disimpulkan dengan jelas bagaimana sekolah
vernakular dapat menyumbang dari segi sosioekonomi .

PENUTUP
Kesimpulannya, proses penyatuan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah bermula
semenjak zaman sebelum merdeka, namun agak sukar untuk direalisasikan. Penyatuan
dalam bidang ini akan tercapai sekiranya setiap komuniti etnik memahami sejarah asal di
Tanah Melayu dan perkembangan pendidikan di negara ini. Oleh yang demikian, setiap
pelusuk masyarakat perlulah menjadi warganegara yang prihatin dalam menangani isu ini.
Sebarang perbincangan perlulah diadakan bagi mengelakkan salah faham yang boleh
membawa kepada isu perpaduan yang lebih besar.

Nilai yang paling penting untuk menangani isu kepincangan hubungan kaum dan agama ini
ialah empati. Berbeza dengan toleransi, di mana perbezaan dihormati tetapi tidak perlu
difahami, empati memaksa kita untuk cuba menyelami cara fikir dan kehidupan orang yang
berbeza daripada kita. Perasaan empati meletakkan diri kita dalam tempat dan situasi orang
yang berbeza kaum dan agama supaya kita boleh membayangkan kenapa perbezaan itu
wujud dan sekaligus membuka jalan untuk mencari nilai-nilai persamaan yang merentas
perbezaan ini. Misalnya, seseorang yang berasal daripada kaum atau agama majoriti boleh
berempati dengan seseorang daripada kaum atau agama minoriti dan juga sebaliknya, di

29
mana tujuan utamanya adalah untuk mencari titik persamaan yang dikongsi bersama. Dalam
erti kata lain, mengenal perbezaan untuk mengeratkan hubungan, bukan memecah-belahkan.

Dalam konteks sistem pendidikan kebangsaan, bagaimana kita boleh menerapkan dan
meningkatkan nilai empati di kalangan anak murid? Pertama, kementerian boleh
memperkenalkan subjek Perbandingan Agama di sekolah untuk mendedahkan pelajar
kepada fahaman-fahaman agama yang berlainan daripada apa yang mereka anuti. Subjek
Perbandingan Agama ini perlu berteraskan nilai-nilai inklusif, sejagat, dan empati. Kedua,
kementerian perlu mewajibkan program-program ekstrakurikular seperti melawat tempat-
tempat ibadah agama, kawasan penempatan kaum (ethnic enclaves) dan juga menjemput
tokoh-tokoh kaum dan agama datang ke sekolah untuk memberi ceramah dan berinteraksi
dengan pelajar. Ketiga, kementerian boleh membuat program pertukaran pelajar antara
sekolah kebangsaan, sekolah vernakular, dan sekolah agama seperti yang selalu dianjurkan
di universiti. Terakhir dan yang paling penting ialah budaya dan karakter sekolah kebangsaan
perlu diubah daripada orientasi Melayu-Islam kepada orientasi kemanusiaan yang setara dan
saksama.

30
BAB LIMA

KESIMPULAN KAJIAN & CADANGAN

Setelah melakukan kajian yang merangkumi semua aspek, iaitu kajian secara literatur, kajian
perpustakaan dan juga kaji selidik, impak sekolah vernakular terhadap masyarakat dan
perpaduan kaum telah dapat disimpulkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah vernakular mempunyai kebaikan dan kelebihan yang
tersendiri tetapi ianya juga berpotensi untuk menjadi salah satu punca kepada perpecahan
kaum dan pengasingan budaya yang secara tidak langsung memberi impak negatif terhadap
masyarakat dan perpaduan nasional. Ini tidak dibantu oleh fakta bahawasanya sekolah
vernakular telah mengajar anak yang masih kecil tentang perbezaan bahasa, dan budaya
sesuatu bangsa tanpa dapat untuk mereka berasimilasi bersama untuk mengenali satu sama
lain yang boleh menyebabkan berlakunya prejudis dan ketidaksefahaman.

Maka dapatlah disimpulkan disini bahawa sekolah vernakular adalah secara tidak langsung
memberi impak terhadap masyarakat dan perpaduan nasional.

Dicadangkan disini bahawa sistem sekolah vernakular seharusnya digabungkan di bawah


satu sistem pendidikan kebangsaan di mana dengan itu, murid – murid dapat berasimilasi dan
memahami sesuatu bangsa dengan lebih mendalam untuk mengelakkan perbezaan dan tidak
mencipta jurang antara mereka. Untuk jangka masa pendek, iainya kelihatan seperti satu
cabaran yang mustahil untuk dilakukan tetapi dengan perancangan jangka masa panjang dan
juga kerjasama dari semua pihak terlibat, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk
dilakukan.

Untuk mencapai perpaduan masyarakat dan nasional, jika langkah proaktif tidak diambil
bermula dari sekarang, ianya akan terlambat dan menjadi satu barah dalam membentuk
identiti masyarakat dinegara ini yang berbilang kaum. Sebagai manusia yang dijadikan Allah
S.W.T dalam pelbagai kaum, agama dan budaya di muka bumi ini, kita dianjurkan supaya
menyantuni perbezaan berdasarkan firman “Wahai manusia! Sesungguhnya, kami telah
menciptakan kami daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemuadian kami
menjaidkan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu aling mengenali.
Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.
Allah maha mngetahui lagi maha teliti.’ (Suruah Al-Hujat, Ayat 13). Berdasarkan ayat di atas,
tidak dinafikan bahawa manusia sememangnya diciptakan berbangsa-bangsa dan bersuku-
suku tetapi ianya adalah terpulang kepada kita sebagai makhluk yang dikurniakan akal fikiran
untuk merencanakan cara bagaiaman untuk saling memahami dan menerima satu sama lain.

31
Salah satunya adalah dengan melalui sistem pendidikan kerana ianya merupakan suatu
medium terawal di mana manusia saling mengenal antara satu sama lain semenjak masih
kecil.

32

You might also like