Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SULIT DARIHAL ANGGOTA

JUSTIFIKASI DISEBABKAN HANTAR BALIK UNIT


KEPUNYAAN 1164682 SARJAN MIKE HARRISSON ANAK BULIU

Rujuk:

A. KAWAT 5RRD (TAD).500-1/9/20 bertarikh 041723H Nov 23.

1. 1164682 SARJAN MIKE HARRISSON ANAK BULIU telah menceburkan diri dalam
perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia pada 26 Februari 2009 di dalam Kor Rejimen
Sempadan. Tarikh Tamat Perkhidmatan adalah pada 25 Februari 2027 iaitu perkhidmatan yang
ke 18 tahun. Jawatan yang disandang oleh PTT Kanan sekarang ialah Ketua Seksyen.

2. Sepertimana arahan yang telah ditetapkan seperti di Rujuk A, semua calon yang terlibat
dengan Lembaga Kenaikan Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LKP LLP) Kor Infantri Siri
6/2023 mulai 3 Nov hingga 8 Nov 23 di Batalion Ke 5 Rejimen Renjer DiRaja mestilah
mempunyai personaliti diri melibatkan penampilan dan keyakinan diri serta kemampuan
berkomunikasi sebagai seorang Pemimpin Rendah selain mempunyai Body Mass Index (BMI)
tidak melebihi 26.9.

3. PTT Kanan telah membuat pemeriksaan di 801 RSAT Kem Penrissen Kuching Sarawak
pada 26 Okt 23. Pada pemeriksaan tersebut, paras BMI PTT Kanan ialah 28.0 Namun begitu,
doktor telah memberi nasihat untuk menurunkan paras BMI ke 26.9. Hasil pemeriksaan BMI
yang dibuat oleh Sekretariat LKP di Batalion Kelima Rejimen Renjer DiRaja semasa PTT Kanan
melapor mendapati paras BMI PTT Kanan telah melebihi 26.9. Perkara ini telah menyebabkan
PTT Kanan tersebut tidak dapat meneruskan Lembaga Kenaikan Pangkat dan di Hantar Balik
Unit (HBU).

4. PTT Kanan telah diberikan teguran serta nasihat dan diletakkan dalam pemerhatian
selama 3 bulan bagi menurunkan paras BMI PTT Kanan seperti yang telah di tetapkan oleh
perkhidmatan.

5. Walaubagaimanapun, pasukan akur dengan kesilapan kerana menghantar calon yang


mempunyai paras BMI melebihi 26.9 untuk menghadiri LKP LLP. Pasukan akan lebih peka dan
teliti di masa akan datang agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

6. Sehubungan dengan itu, saya selaku Pegawai Memerintah pasukan memohon agar
justifikasi ini dipertimbangkan dan diterima oleh Yang Berbahagia Tuan.

Tarikh: Nov 2023 ..............................................................


ISMANIZAM BIN ISMAIL
Lt Kol
Tempat: Batalion Ke-10 Rejimen Sempadan Pegawai Memerintah
Kem Puncak Permai
Jalan Senggi-Poak Tondong
94000 BAU
Sarawak

SULIT DARIHAL ANGGOTA


SULIT DARIHAL ANGGOTA

JUSTIFIKASI DISEBABKAN HANTAR BALIK UNIT


KEPUNYAAN 1164489 SARJAN TERRENCE ANAK DIYU

Rujuk:

A. KAWAT 5RRD (TAD).500-1/9/20 bertarikh 041723H Nov 23.

1. 1164489 SARJAN TERRENCE ANAK DIYU telah menceburkan diri dalam


perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia pada 16 Oktober 2008 di dalam Kor Rejimen
Sempadan. Tarikh Tamat Perkhidmatan adalah pada 15 Oktober 2026 iaitu perkhidmatan yang
ke 18 tahun. Jawatan yang disandang sekarang ialah Ketua Seksyen.

2. Sepertimana arahan yang telah ditetapkan seperti di Rujuk A, semua calon yang terlibat
dengan Lembaga Kenaikan Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LKP LLP) Kor Infantri Siri
6/2023 mulai 3 Nov hingga 8 Nov 23 di Batalion Ke 5 Rejimen Renjer DiRaja mestilah
mempunyai personaliti diri melibatkan penampilan dan keyakinan diri serta kemampuan
berkomunikasi sebagai seorang Pemimpin Rendah selain mempunyai Body Mass Index (BMI)
tidak melebihi 26.9.

3. PTT Kanan telah membuat pemeriksaan di 801 RSAT Kem Penrissen Kuching Sarawak
pada 26 Okt 23. Pada pemeriksaan tersebut, paras BMI PTT Kanan ialah 29.7. Namun begitu,
doktor telah memberi nasihat untuk menurunkan paras BMI ke 26.9. hasil pemeriksaan BMI
yang dibuat oleh Sekretariat LKP di Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja semasa PTT Kanan
melapor mendapati paras BMI PTT Kanan telah melebihi 26.9. Perkara ini telah menyebabkan
PTT Kanan tersebut tidak dapat meneruskan lembaga Kenaikan Pangkat dan di Hantar Balik
Unit (HBU).

4. PTT Kanan telah diberikan teguran serta nasihat dan diletakkan dalam pemerhatian
selama 3 bulan bagi menurunkan paras BMI PTT Kanan seperti yang telah di tetapkan oleh
perkhidmatan.

5. Walaubagaimanapun, pasukan akur dengan kesilapan kerana menghantar calon yang


mempunyai BMI melebihi 26.9 untuk menghadiri LKP LLP. Pasukan akan lebih peka dan teliti
di masa akan datang agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

6. Sehubungan dengan itu, saya selaku Pegawai Memerintah pasukan memohon agar
justifikasi ini dipertimbangkan dan diterima oleh Yang Berbahagia Tuan.

Tarikh: Nov 2023 ..............................................................


ISMANIZAM BIN ISMAIL
Lt Kol
Tempat: Batalion Ke-10 Rejimen Sempadan Pegawai Memerintah
Kem Puncak Permai
Jalan Senggi-Poak Tondong
94000 BAU
Sarawak

SULIT DARIHAL ANGGOTA


SULIT DARIHAL ANGGOTA

JUSTIFIKASI DISEBABKAN HANTAR BALIK UNIT


KEPUNYAAN 6107805 STAF SARJAN REYNOLDS ANAK GORENG

Rujuk:

A. KAWAT 5RRD (TAD).500-1/9/20 bertarikh 041723H Nov 23.

1. 6107805 STAF SARJAN REYNOLDS ANAK GORENG telah menceburkan diri


dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia pada 01 Mei 2000 sebagai anggota Kerahan
Sepenuh Masa. PTT Kanan telah diserap ke Angkatan Tetap pada 12 Januari 2008 di dalam Kor
Rejimen Sempadan. Tarikh Tamat Perkhidmatan adalah pada 31 April 2026 iaitu perkhidmatan
yang ke 26 tahun. Jawatan yang disandang sekarang ialah Pemangku Kompeni Sarjan Mejar.

2. Untuk maklumat tuan, PTT Kanan telah menghadiri Lembaga Kenaikan Pangkat Siri
6/2023 mulai 3 Nov hingga 8 Nov 23 di Batalion Ke 5 Rejimen Renjer Diraja. Namun beliau
telah Hantar Balik Unit (HBU) pada 4 Nov 23 atas sebab gagal Ujian Kecergasan Asas (UKA).
Justifikasi dan sebab-sebab PTT Kanan HBU adalah seperti berikut:

a. PTT Kanan tersebut telah diuji Ujian Kecergasan Asas (UKA) dalam ujian
tersebut, namun gagal melepasi masa yang ditetapkan dalam syarat-syarat UKA.

b. PTT Kanan tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan diri di dalam


perkhidmatan.

3. Untuk maklumat Yang Berbahagia Tuan, pasukan telah mengambil langkah sewajarnya
dari segi persiapan PTT Kanan sebelum menghadiri LKP. Walaubagaimanapun kegagalan PTT
Kanan untuk lulus Ujian Kecergasan Asas (UKA) tersebut adalah disebabkan sikap sambil lewa
PTT Kanan itu sendiri.

4. Walaubagaimanapun, pasukan akan memastikan perkara ini tidak berulang lagi dan calon
LKP akan datang adalah memenuhi kriteria serta syarat-syarat LKP serta tidak mempunyai
masalah kesihatan.

5. Sehubungan dengan itu, saya selaku Pegawai Memerintah pasukan memohon agar
justifikasi ini dipertimbangkan dan diterima oleh Yang Berbahagia Tuan.

Tarikh: Nov 2023 ..............................................................


ISMANIZAM BIN ISMAIL
Lt Kol
Tempat: Batalion Ke-10 Rejimen Sempadan Pegawai Memerintah
Kem Puncak Permai
Jalan Senggi-Poak Tondong
94000 BAU
Sarawak

SULIT DARIHAL ANGGOTA

You might also like