Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LINGKUNGAN,

PETI SURAT 346,


89800 BEAUFORT.

MINIT CURAI TAKLIMAT PDPR PKP 3.0 (BIL 2/2021) BERSAMA GURU BESAR

PERKARA : Taklimat PdPR PKP 3.0 SK Lingkungan

TARIKH : 02 Julai 2021 (Jumaat), 2:00 PM

TEMPAT : Lokasi kediaman masing-masing. (GoogleMeet)

LINK GM : https://meet.google.com/ywv-hipj-dib

ANJURAN : Unit Kurikulum

PENGERUSI : Puan Maimunah Hj Bidin (Guru Besar)

BAHAN EDARAN : Jadual dan Modus Operandi Terkini Peperiksaan (Cikgu Zahara)
Slaid Program 3A (Cikgu Rukayah)

KEHADIRAN:

1. Puan Maimunah Hj Bidin (Guru Besar SK. Lingkungan - Pengerusi)


2. Ustaz Mohammad Najib bin Abdul Said (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Puan Rukayah binti Nuar @Anuar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. Encik R.Nazrie bin Ramli (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Encik Izwan bin Daud
6. Puan Nainih binti Abdullah
7. Puan Zaharah binti Dzulkifli
8. Puan Siti Fajilah binti Mohd Yusup
9. Encik Mohd Nor Hizwan bin Malik
10. Ustazah Jumaidah Said
11. Puan Kamariah Yaakub
12. Ustazah Karnih Amin
13. Puan Martini @Aisyah Marthen
14. Puan Julia Jaafar
15. Puan Zaharah Hj Ahmad

URUSETIA

16. Puan Nur Siti Zahara binti Abu Bakar (Pencatat)


17. Puan Noorasikin Asri (Penjaga Masa)
CATATAN MINIT :

PERBINCANGAN

BACAAN DOA

✓ Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mohammad Najib Abdul Said.

PERUTUSAN GURU BESAR

✓ Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana hadir pada hari ini dan ada
peningkatan dari aspek pengurusan masa semasa menghadiri taklimat hari ini.

✓ Guru Besar mengucapkan tahniah sekali lagi kerana walaupun dalam suasana PdPR dan
kadangkala masalah talian, namun guru-guru tetap bersemangat untuk mengajar dan mempelbagai
kaedah pengajaran.

✓ Syabas kepada guru-guru yang terlibat dengan mesyuarat secara maya di peringkat PPD. Nanti
boleh dikongsikan dengan rakan guru lain untuk makluman bersama dan untuk mengelak sebarang
ketirisan maklumat penting.

✓ Tahniah kepada semua guru yang sudah menyelesaikan tugas masing-masing dengan jayanya
walaupun kekangan untuk bersemuka dengan yang lain. Contohnya unit peperiksaan, penyelaras
SPLKPM, penyelaras Delima, penataran bilik air, pengisian PBD, dan juga aktiviti 3A.

✓ Segala perbincangan perlulah diminitkan untuk menjadi punca kuasa. Simpan salinan di dalam fail
untuk rujukan akan datang.

✓ Berkenaan dengan vaksin, mana-mana guru/AKP yang sudah menerima vaksin perlu
melaporkannya kepada PK Pentadbiran dari masa ke masa untuk dikemaskini di e-operasi.

✓ Teruskan menyelesaikan tugas mengikut bidang tugas masing-masing. Sekiranya ada kesulitan atau
masalah, berbincang dengan rakan guru atau pentadbir untuk sama-sama memikir jalan
penyelesaikan yang sesuai.

✓ Sentiasa jaga nama baik sekolah dan saling membantu dan beri kerjasama yang baik kepada rakan
sekerja. Perlu ada rasa tanggungjawab untuk setiap bidang tugas yang digalas.

✓ Guru Besar juga memberi ingatan supaya sentiasa peka terhadap info-info yang dikongsi dalam
WhatApps Rasmi sekolah kerana sebarang arahan yang dikeluarkan adalah tanggungjawab untuk
kita laksanakan sebagai penjawat awam.

TAKLIMAT PROGRAM 3A (PUAN RUKAYAH HJ ANUAR)

✓ Program 3A ini sudah dimulakan pada tahun 2019 lagi.

✓ Tujuan program ini adalah untuk memastikan emosi guru-guru dan penjawat awam sentiasa dijaga
sesuai dengan situasi pandemik sekarang.

✓ Pada tahun 2021, program ini semakin diketengahkan untuk memberi kesedaran tentang
kepentingan kesihatan emosi penjawat awam.
✓ Pelaksanaan di peringkat sekolah ialah pada April-November.

✓ Disampaikan dalam bentuk perkongsian selama 10-15 minit. Sebarang bentuk nota akan dikongsi
dalam WhatApps Rasmi sekolah.

✓ Guru Besar meminta Puan Rukayah untuk mewujudkan AJK dan sentiasa kemaskini fail program ini.

KUTIPAN DATA KEHADIRAN MURID PDPR 3.0 (USTAZ MOHD NAJIB ABDUL SAID)

✓ Tahniah kerana semua guru sentiasa memberikan komitmen yang baik sepanjang PdPR. Guru
melaksanakan PdPR mengikut jadual yang telah ditetapkan.

✓ Kutipan data daripada guru kelas:

KELAS RUMUSAN KEHADIRAN


PRASEKOLAH Selalunya mencapai 100%
TAHUN 1 Selalunya mencapai 100%
Murid yang jarang mengikuti PdPR:
TAHUN 2 -Adawiyah dan Hidawi
Murid yang jarang mengikuti PdPR:
TAHUN 3 -Fasihahne
Murid yang jarang mengikuti PdPR:
TAHUN 4
-Faziannie dan Aleeya
Murid yang jarang mengikuti PdPR:
TAHUN 5
-Arna Natasha
Murid yang jarang mengikuti PdPR:
TAHUN 6
-Azwan dan Irfan

✓ Semua guru kelas telah mengambil pelbagai alternatif seperti menghubungi ibu bapa murid dengan
kerap. Antara kekangan yang dihadapi ialah masalah talian dan ibu bapa bekerja.

✓ Guru Besar mengucapkan tahniah kerana semua guru kelas cakna akan murid-murid dan teruskan
usaha yang semampunya.

✓ PK Pentadbiran meminta semua guru kelas untuk melaporkan kehadiran keseluruhan setiap hari
selewat-lewatnya sebelum pukul 5 petang untuk laporan PdPR harian.

✓ Guru kelas juga diminta untuk memberi ingatan kepada ibu bapa untuk mengambil gambar sebagai
bukti dokumentasi aktiviti PdPR yang dijalankan secara harian di dalam Telegram kelas masing-
masing.

✓ Guru Besar memaklumkan sebarang perubahan waktu dalam jadual PdPR akan berkuatkuasa
selepas cuti penggal iaitu 26 Julai 2021. Subjek KOKUM akan dimasukkan semula namun
dilaksanakan pada waktu petang.

✓ PdPR juga akan bermula pada pukul 8:00 pagi bermula 26 Julai 2021 untuk memastikan kehadiran
murid pada awal pagi lebih baik.

-
TAKLIMAT MODUS OPERANDI TERKINI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021 (Cikgu Zahara)

✓ Berdasarkan surat rujukan terbaharu daripada JPN, peperiksaan pertengahan dalam bentuk ujian
bertulis perlu dilaksanakan ikut kesesuaian dan keperluan semasa. Rujukan Surat:
JPNSBH.SPb.600-10/2/21 (17).

✓ Tarikh penetapan ujian bertulis yang baharu ialah 5-8 Julai dan hanya melibatkan subjek teras
sahaja. Kaedah yang digunakan ialah pandu lalu.

✓ Tarikh penghantaran analisis peperiksaan pertengahan tahun perlu dihantar sebelum atau selewat-
lewatnya 31 Julai 2021 di peringkat JPN.

✓ Satu pelaporan pemarkahan telah dikongsikan dalam Google Drive untuk diisi oleh semua guru dan
laporan ini akan dihantar kepada PPD. Pautan:
https://drive.google.com/file/d/1tmXLshz2WNUx3WzkJ6geEnUpU2BuPUNd/view?usp=sharing

✓ Setiausaha peperiksaan telah berkongsi jadual dan cara pelaksanaan peperiksaan yang akan
digunapakai oleh pihak sekolah. Rujukan surat: SKLGW/XBA6031/600/5/2/5(04).

✓ Semua dokumen ini telah dimuat turut di dalam WhatApps dan Telegram Rasmi untuk rujukan
semua guru.

✓ Dari masa ke masa, sebarang makluman berkaitan peperiksaan pertengahan tahun akan
dimaklumkan dalam WhatApps atau Telegram Rasmi sekolah.

LAPORAN PENGISIAN DELIMA (Cikgu Mohd Nor Hizwan)

✓ Cara login masuk dan username setiap murid telah disebarluas kepada ibu bapa untuk panduan dan
rujukan dalam WhatApps PIBG sekolah.

✓ Antara kekangan untuk login masuk yang dihadapi oleh murid-murid ialah masalah talian yang tidak
stabil.

✓ Dari masa ke masa, guru penyelaras akan sentiasa mengingatkan murid-murid untuk rajin melawati
sesawang Delima.

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH (Cikgu Izwan)

✓ Perkembangan terkini untuk kajian tindakan telah mencapai 60% siap. Tahniah diucapkan kepada
guru subjek Matematik iaitu Cikgu R.Nazrie Ramli kerana telah berusaha dengan baik.

✓ Sedikit kekangan yang dihadapi semasa kutipan data responden ialah kerana guru dan murid tidak
boleh bersemuka.

✓ Semua guru akan berusaha yang terbaik untuk menyiapkan kajian tindakan ini mengikut bidang
tugas masing-masing.

✓ Guru Besar meminta bidang tugas guru-guru dikemaskini mengikut kesesuaian agar kajian tindakan
yang dibina berkualiti.
HAL-HAL LAIN

✓ Puan Zaharah Ahmad diminta untuk mengemaskini penggunaaan fail baharu dan akronim untuk
rujukan surat perlu diperluas kepada semua guru dan AKP.

✓ Puan Martini telah membentangkan laporan kewangan semasa kepada semua ahli mesyuarat. Puan
Martini juga meminta agar semua guru mengemaskini HRMIS dan data dalam e-operasi contohnya
maklumat keluarga, tarikh perkhidmatan dan maklumat penting yang lain.

✓ Sebarang urusan peribadi semasa waktu bekerja perlu dimaklumkan kepada Guru Besar dan perlu
mengisi borang permohonan.

✓ Hasil dapatan mesyuarat Penyelaras Pemulihan, Puan Kamariah memaklumkan bahawa kehadiran
murid pemulihan telah diisi mengikut jadual.

✓ Puan Karnih memaklumkan bahawa guru-guru boleh mengajak murid-murid untuk mengikuti
sebarang pertandingan PPDA. Beliau juga memaklumkan bahawa Tasmik perlu dimasukkan dalam
jadual PdPR.

✓ Puan Nainih memaklumkan data ralat infrastruktur telah dikemaskini.

Secara keseluruhannya, tahniah atas komitmen yang diberikan oleh guru. Teruskan kecemerlangan demi
anak didik.

Disediakan oleh:

……………………………………….
(NUR SITI ZAHARA HJ ABU BAKAR)
Setiausaha PdPR,
SK Lingkungan.
Tarikh: 02 Julai 2021 (4:00 pm)

Disemak oleh:

....................................................
(MOHAMMAD NAJIB ABDUL SAID)
PK Pentadbiran,
SK Lingkungan.

Disahkan oleh,

................................................
(MAIMUNAH HJ BIDIN)
Guru Besar,
SK Lingkungan.

You might also like