Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENTADBIRAN

KEHAKIMAN DAN GUAMAN ISLAM

PPPK5443 - Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DI


MALAYSIA
PENGENALAN
3

 Undang-undang Islam atau undang-undang


jenayah Islam bukanlah perkara baharu
dalam sistem perundangan Malaysia.
Undang-undang berkenaan telah diamalkan
di negara ini sejak sebelum kedatangan
kuasa-kuasa Barat yang memerintah dan
menjajah Tanah Melayu lagi.

 Oleh itu, apabila berbicara tentang Islam,


ataupun mana-mana undang-undang Islam,
kita harus menyedari tentang kewujudan dan
pelaksanaannya sejak lama dahulu.
SEJARAH
5

 Agama Islam tiba di Tanah Melayu seawal abad ke-10 lagi.


Undang-undang Islam pula diperkenalkan di Melaka pada
abad ke-15.

 Batu Bersurat Terengganu yang mencatat beberapa hukuman


Islam, termasuk hukuman bagi kesalahan zina dan tuduhan
palsu (qazaf) dikatakan tiba lebih awal daripada itu, iaitu pada
tahun 1303.

“orang berbuat balacara lelaki perempuan setitik; Dewata Mulia


Raya jika merdeka bujang palu; seratus rotan. Jika mereka
merdeka beristeri; atau perempuan bersuami ditanam
hinggakan; Pinggang dikembalang dengan batu matikan”.

 Hukum Kanun Melaka yang mengandungi semua jenis


kesalahan jenayah Islam serta hukumannya merupakan bukti
yang jelas bahawa undang-undang jenayah Islam diguna
pakai sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
6

 Kelantan - undang-undang jenayah Islam telah digunakan


dengan sepenuhnya semasa pemerintahan Sultan
Muhammad II.

 Undang-undang jenayah tersebut mengalami perkembangan


semasa pemerintahan Sultan Mansur.

 Namun penggunannya mula berkurangan pada zaman


pemerintahan Sultan Muhammad IV terutama selepas
Perjanjian Anglo-Siam 1902.

 Walaupun ahli sejarah mempunyai fakta dan pendapat yang


berbeza tentang tarikh kedatangan undang-undang Islam ke
Tanah Melayu, namun tidak timbul pertikaian tentang hakikat
bahawa undang-undang jenayah Islam ialah undang-undang
yang diguna pakai.

 Hal ini dapat dilihat dalam pelbagai undang-undang jenayah


semasa pentadbiran British, terutamanya di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu.
 1885- British memperkenalkan enakmen Muhammadan
Must Pray in Mosque on Friday, atau Umat Muhammad
Mesti Solat di Masjid pada hari Jumaat di Negeri Perak.
Enakmen ini menetapkan hukuman terhadap orang Islam
yang tidak melaksanakan solat Jumaat di masjid.

 1894-pentadbiran British di Perak dan Selangor


memperkenalkan undang-undang jenayah zina.

 The Muhammadan Laws Enactment 1904 yang


diperkenalkan di seluruh Negeri Melayu Bersekutu.
Enakmen ini mengandungi kesalahan dan hukuman yang
melibatkan orang Islam.

 Selain itu, terdapat juga undang-undang lain yang


berkaitan undang-undang jenayah Islam dalam
pentadbiran British.
 Muslim Law Enactment 1904 (Pahang),
 Muslim Offences Order in Council 1938 (Negeri Sembilan),
 Muhammadan (Offences) Enactment 1939 (Perak),
Offences (by Muhammadans) Enactment 1935 (Johor),
 Administration of Muslim Law Enactment 1952 (Selangor),
 Council of Religion and Malay Custom and Kathis Courts
Enactment 1953 (Kelantan) dan
 Administration of Islamic Law Enactment 1955 (Terengganu),
dan Muslim Courts Enactment 1953 (Kedah).

 Daripada aspek sejarah mahkamah pula, sebelum


kedatangan British, telah wujud jawatan kadi dan sistem
Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menggunakan
undang-undang jenayah Islam.

 Mahkamah rayuan tertinggi pula diketuai oleh sultan (raja).


Pada masa yang sama, mufti bertindak sebagai perunding
undang-undang kepada sultan.
 Semasa pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu,
raja-raja berperanan sebagai penjaga agama Islam
dan undang-undang Islam.

 Semasa pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu,


raja-raja berperanan sebagai penjaga agama Islam
dan undang-undang Islam.

 Fasal (6) Perjanjian Pangkor 1874 menyatakan bahawa


penasihat British di Negeri-negeri Melayu tidak akan
memberikan khidmat nasihat tentang perkara-perkara
yang berkaitan Islam dan adat istiadat Melayu.

 Perjanjian Anglo-Siam 1902 yang mempunyai


peruntukan yang sama dengan Perjanjian Pangkor
1874. Perjanjian tersebut mengandungi satu klausa yang
melarang penasihat Siam daripada campur tangan
dalam perkara-perkara berkaitan agama Islam dan
adat Melayu.
 Walau bagaimanapun, British dan Siam mengabaikan
Mahkamah Kadi yang menyebabkan kelemahan berlaku
dalam pentadbiran mahkamah tersebut. Mereka juga
memberikan bidang kuasa berkaitan hal ehwal suami
isteri dan beberapa kesalahan jenayah.

 Enakmen Mahkamah telah diperkenalkan pada tahun


1919. Enakmen ini menyusun struktur mahkamah menajdi
satu dengan meletakkan Mahkamah Kadi di bawah
Mahkamah Majistret Kelas Kedua. Rayuan untuk
menentang keputusan Mahkamah Kadi bergantung
pada Mahkamah Majistret. Enakmen itu juga telah
memperkenalkan Mahkamah Agung sebagai Mahkamah
Rayuan Tertinggi dan bukan lagi sultan.

 Seksyen 63 Enakmen ini menyatakan bahawa Mahkamah


Kadi hanya mempunyai bidang kuasa dalam perkara-
perkara yang berkaitan “agama Islam, perkahwinan dan
perceraian, dan dalam semua perkara lain yang dikawal
selia oleh undang-undang Islam”.
 Rayuan daripada Mahkamah Kadi akan dibawa
kepada Majlis Raja-Raja.

 Pada tahun 1948, Ordinan Mahkamah 1948 (No. 43,


1948) telah digubal oleh Majlis Perundangan
Persekutuan. Ordinan 1948 telah menimbulkan sedikit
masalah dengan berlakunya pengguguran
Mahkamah Kadi daripada sistem Mahkamah
Persekutuan dan akibatnya, dua sistem mahkamah
yang selari telah terbentuk, sebagaimana yang kita
warisi sehingga hari ini.

 Pada tahun 1948, Ordinan Mahkamah 1948 (No. 43,


1948) telah digubal oleh Majlis Perundangan
Persekutuan. Ordinan 1948 telah menimbulkan sedikit
masalah dengan berlakunya pengguguran
Mahkamah Kadi daripada sistem Mahkamah
Persekutuan dan akibatnya, dua sistem mahkamah
yang selari telah terbentuk, sebagaimana yang kita
warisi sehingga hari ini.
 Berasaskan fakta-fakta yang telah dikemukakan jelas
bahawa undang-undang Islam atau khususnya undang-
undang jenayah Islam, telah diguna pakai secara
meluas sebelum dan juga semasa campur tangan British
dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Kerajaan
British sebaliknya telah memperkenalkan undang-
undang jenayah Barat serta meminggirkan Mahkamah
Syariah daripada sistem mahkamah awam. Hal ini secara
tidak langsung telah menyebabkan bidang kuasa
Mahkamah Syariah menjadi terhad. Sebagaimana yang
dimaklumi umum, Islam berada di bawah bidang kuasa
sultan.

 Oleh yang demikian, undang-undang Islam dan juga


undang-undang jenayah Islam tertakluk pada bidang
kuasa sultan. Kesannya ialah pihak British hanya
memberikan sedikit perhatian terhadapnya kerana
mereka menganggap hal ehwal Islam berada di bawah
bidang kuasa dan tugas sultan untuk menjagany
UNDANG-UNDANG SYARIAH
DI BAWAH PERLEMBAGAAN
14

 Selepas kemerdekaan, Malaysia dikenali sebagai Kerajaan


Persekutuan yang berperlembagaan yang terdiri daripada
negeri-negeri yang bersetuju untuk membentuk
Persekutuan.

 Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang


tertinggi negara. Dalam konteks sebuah negara
Persekutuan, Perlembagaan boleh dianggap sebagai
perjanjian antara Persekutuan dengan negeri.

 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan pengasingan


kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan dengan
Kerajaan Negeri.
 Perkara 74. Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri.

(1) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-


undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara
lain, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-
apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan
atau Senarai Bersama (iaitu Senarai Pertama atau Ketiga yang
dinyatakan dalam Jadual Kesembilan).
(2) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-
undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara
lain, Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-
undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu
dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan
dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama.

 Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan


pembahagian kuasa:

 i. Senarai Persekutuan
 Ii. Senarai Bersama
 Iii. Senarai Negeri
16

 Pembahagian kuasa ini meletakkan perkara-perkara yang


berkaitan Islam di bawah bidang kuasa negeri. Secara tidak
langsung, pembahagian kuasa ini memperlihatkan pemberian
kuasa autonomi kepada negeri untuk menguruskan hal-hal
berkaitan Islam.

 Kesan daripada itu juga, hanya Badan Perundangan Negeri yang


mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang berkenaan
dengan Islam, termasuklah juga undang-undang jenayah Islam.

 Contoh - Kes Mamat bin Daud lwn PP. Beliau telah dituduh di
bawah seksen 298A K.K iaitu melakukan perbuatan yang
mengancam perpaduan di antara mereka berugama islam iaitu
dengan menjadi bilal, khatib tanpa surat lantikan dari pihak
agama Islam Trengganu. Parlimen tidak boleh meluluskan seksen
298A K.K kerana hal agama islam adalah di bawah bidang kuasa
kerajaan negeri sebagaimana Artikel 73, 74 dan senarai II Jadual
kesembilan Perlembagaan.

 Keputusan : Seksen 298A K.K adalah tidak sah dan bertentangan


dengan perlembagaan artikel 74. Undang-undang yang
berkaitan Islam hanya boleh digubal oleh Badan Perundangan
Negeri dan Parlimen tidak boleh menggubal undang-undang
berkaitan Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
UNDANG-UNDANG
JENAYAH SYARIAH
18

 Struktur perlembagaan memberikan kuasa kepada


Parlimen untuk mewujudkan kesalahan berkaitan
perkara-perkara di bawah Senarai Persekutuan,
manakala Badan Perundangan Negeri mempunyai
kuasa untuk mewujudkan kesalahan berkaitan
perkara-perkara di bawah Senarai Negeri atau
Senarai Bersama.

 Kuasa Perundangan Negeri meliputi perkara-perkara


berkenaan hukum syarak dan hal-hal peribadi
(personal) serta undang-undang keluarga bagi orang
Islam. Hal ini termasuk juga kuasa negeri-negeri dalam
menggubal hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang
dilakukan oleh orang Islam kecuali perkara-perkara
yang terkandung dalam Senarai Persekutuan.

 Selain itu, Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa


terhadap orang Islam dan hanya tertakluk pada
bidang kuasa terhadap orang Islam. Ia hanya
tertakluk pada bidang kuasa yang diberikan oleh
Undang-undang Persekutuan.
19

 Peruntukan-peruntukan ini merupakan bahagian paling


penting dalam peruntukan Perlembagaan berkaitan
kedudukan undang-undang jenayah Islam.

 Dengan membaca bersama peruntukan-peruntukan ini,


kita dapat merumuskan beberapa perkara iaitu:

 Pertama, kuasa dan bidang kuasa berkaitan undang-


undang Islam negeri-negeri adalah terjamin.

 Kedua, undang-undang peribadi dan undang-undang


keluarga terletak di bawah bidang kuasa negeri dan
seterusnya dilaksanakan di Mahkamah Syariah.

 Ketiga, Badan Perundangan Negeri diberikan kuasa untuk


menggubal kesalahan jenayah dan hukumannya mengikut
ajaran atau perintah Islam.
 Keempat, Badan Perundangan Negeri juga diberikan
kuasa untuk mewujudkan Mahkamah Syariah bagi
mengendalikan semua perkara berkaitan agama Islam.

 Kelima, Badan Perundangan Negeri juga tidak boleh


menggubal kesalahan dan hukuman bagi perkara-perkara
yang disenaraikan di bawah Senarai Persekutuan. Perlu
dinyatakan di sini bahawa undang-undang negeri
berhubung dengan kesalahan dan hukuman Islam hanya
terpakai atas orang Islam.

 Keenam, Parlimen diberikan kuasa menggubal peruntukan


berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam
perkara-perkara berkaitan dengan kesalahan. Mahkamah
Syariah juga hanya mempunyai bidang kuasa atas
kesalahan setakat yang diberikan oleh undang-undang
Persekutuan sahaja.
21

 Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan


berkaitan perkara tersebut menyebut:

 Kecuali bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum
Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut
agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubung dengan pewarisan,
berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas
kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan,penjagaan, alang,pecah milik
dan amanah bukan khairat;Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah
khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan
orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah,
khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam
Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang
seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk
orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh
orang yang menganut agama Islam terhadapperintah agama itu, kecuali
berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;
keanggotaan, susunan dan Prosedur Mahkamah Syariah, yang hendaklah
mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam
dan hanya berkenaan dengan perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang
kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh
undang-undang persekutuan; mengawal perkembangan doktrin dan
kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan
perkara di kalangan orang yang menganut agama Islam;penentuan perkara
mengenai hukum dan doktrin Syarakdan adat Melayu.
22

 Butiran 1, senarai negeri juga telah memperuntukkan


bidangkuasa terhadap kesalahan-kesalahan jenayah
di Mahkamah Syariah.

 Ini bererti, Dewan Undangan negeri mempunyai


kompetensi untuk menggubal undang-undang
terhadap kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang
diletakkan dibawah bidangkuasa negeri.

 Perkara ini mengakibatkan bidang kuasa jenayah


Badan Perundangan Negeri dan seterusnya bidang
kuasa Mahkamah Syariah terjejas. Hal ini disebabkan
jika Badan Perundangan Negeri mahu mewujudkan
suatu kesalahan jenayah untuk dibicarakan di
Mahkamah Syariah, undang-undang itu mestilah
mematuhi jenis dan had hukuman yang dibenarkan
oleh undang-undang Persekutuan atau akta yang
berkaitan.
23

 Keadaan ini tidak selari dengan semangat


pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan
dengan Negeri yang mengiktiraf kuasa kepada
Kerajaan Negeri berkaitan hal ehwal Islam secara
umumnya dan udang-undang jenayah Islam
khususnya Negeri-negeri harus diberikan kuasa
autonomi dalam menentukan jenis dan takat
hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah
Syariah.

 Pada masa kini, kita mempunyai akta yang


mewujudkan had tertentu berkaitan bidang kuasa
jenayah bagi Badan Perundangan Negeri dan
seterusnya Mahkamah Syariah. Akta yang
dimaksudkan ialah Akta Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
AKTA MAHKAMAH
SYARIAH (BIDANGKUASA
JENAYAH)
25

 Sebelum ini Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965


dikenali sebagai Muslim Courts (Criminnal Jurisdiction) Act atau Akta
Mahkamah Muslim (Bidang Kuasa Jenayah).

 Akta ini terbahagi kepada tiga bahagian – 1. mukadimah yang


menyatakan fungsinya, iaitu untuk “memberi bidang kuasa ke atas
Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang
Negeri bagi tujuan berurusan dengan kesalahan di bawah undang-
undang Islam”.

 Hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah mengikut


Akta 1965, sebagaimana yang ditetapkan pada mulanya ialah enam
bulan penjara atau denda RM1000 atau kedua-duanya sekali.

 Pada tahun 1984, Akta Mahkamah Muslim (Bidang Kuasa Jenayah)


(Pindaan) 1984 (Akta A612) telah diperkenalkan. Hasil pindaan ini,
bidang kuasa berkaitan hukuman di Mahkamah Syariah telah
ditingkatkan kepada hukuman maksimum tiga tahun penjara atau
denda RM5000 atau enam kali sebatan atau gabungan mana-mana
hukuman itu.
26

 1988 - Akta 1965 telah disemak semula dan diubah


namanya kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

 Penggubalan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa


Jenayah) 1965 bertujuan memastikan keseragaman
hukuman di Mahkamah Syariah.

 Namun pada hakikatnya akta ini telah mengambil


kuasa autonomi negeri-negeri berkenaan dengan
undang-undang jenayah Islam.

 Perlembagaan Persekutuan bukanlah penghalang


utama dalam pelaksanaan hukuman Islam di
Mahkamah Syariah negeri-negeri, namun halangan itu
didapati dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) 1965.
Kesimpulan
27

 Perlembagaan Persekutuan jelas mengiktiraf undang-undang


jenayah Islam dan ini dapat dilihat ada sistem perundangan
negara.

 Kuasa yang khusus diberikan kepada Badan Perundangan


Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah Islam.

 Bidang kuasa Kerajaan Negeri terhadap kesalahan-


kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah
sangat luas.

 Akan tetapi, aplikasinya terhad disebabkan kuasa am yang


berkaitan undang-undang jenayah tertakluk pada Parlimen.
Parlimen diberikan kuasa untuk memberikan bidang kuasa
berkaitan kesalahan kepada Badan Perundangan Negeri.

 Bidang kuasa negeri-negeri berkaitan hukuman Islam


menjadi lebih terhad dengan kewujudan Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
AKTA
/ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH
SYARIAH
29

 Kesalahan-kesalahan jenayah yang diperuntukkan dalam


enakmen-enakmen berkenaan adalah terlalu sedikit dan amat
terhad termasuk peruntukan hukumannya.

 Hukuman yang diperuntukkan hanyalah merangkumi TAKZIR iaitu


penjara, denda atau sebatan.

 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995;


 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997;
 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985;
 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997;
 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014;
 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991;
 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992;
 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013;
 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996;
 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 (Perak);
 Enakmen Jenayah dalam Syarak 1991 (Perlis);
 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 (Sabah);
 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 (Sarawak); dan
 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001
KLASIFIKASI KESALAHAN JENAYAH
SYARIAH
31

 Pengklasifikasian kesalahan jenayah syariah ini dapat


diringkaskan seperti berikut:

 i) Kesalahan yang berhubung dengan akidah;


 ii) Kesalahan berhubungan dengan kesucian agama
Islam dan institusinya;
 iii) Kesalahan berhubung dengan rukun Islam, arak,
judi dan kesusilaan;
 iv) Kesalahan seksual;
 v) Kesalahan berhubung dengan kesejahteraan orang
lain;
 vi) Kesalahan Pelbagai;
AKTA
/ENAKMEN KELUARGA ISLAM
33

 Pengklasifikasian kesalahan jenayah syariah ini dapat


diringkaskan seperti berikut:

 i) Penalti berhubung dengan akad nikah dan


pendaftaran perkahwinan; dan
 ii) Penalti am

You might also like