Temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim

DSAI : Kita mesyuarat jemaah menteri tadi kita bincang soal gerakan terakhir sebelum
kita bentang kajian separuh penggal perancangan Malaysia ke dua belas. Yang
merupakan satu anjakan daripada pendekatan lama. Mudah-mudahan boleh terus
menjana kehidupan ekonomi lebih baik. Juga saya ke ASEAN dan berjumpa dengan
Perdana Menteri China, Jepun dan Presiden Korea, Perdana Menteri India dan Naib
Presiden Amerika Syarikat, Perdana Menteri Australia dan Kanada dan dia nampak
perhatian kepada Malaysia alhamdulillah begitu baik. Saya harap mendapat dukungan
mereka supaya tingkatkan pelaburan di Malaysia

Wartawan : Pasal politik boleh Datuk Seri? Ohh.. Datuk Seri mengenai dakwaan Ketua
Penerangan PN yang berkata Datuk Seri melupakan Hasrat yang dulu untuk
bersekongkol dengan UMNO

DSAI : Kita dengan UMNO, adalah UMNO di antara yang patuh kepada usul Yang
Dipertua Agong dan Raja-Raja Melayu untuk stabilkan politik dan tubuh dalam Kerajaan
Perpaduan untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara yang tidak ketentuan setelah
beberapa tahun dan terbukti dengan penerimaan dalam negara dan luar negara. Tapi
kita berdepan dengan beberapa kelemahan umpamanya kes terbaru lepaskan
sebahagian ya daripada pendakwaan pertuduhan tapi siasatan (audio tidak jelas)… dan
SPRM telah sebut. Cuma kita harus berlaku adil sebaik sahaja ramai tokoh-tokoh
terlepas. Itu tak jadi isu. Bila Datuk Seri Zahid lepas, itu saya tidak, bukan keputusan
saya. Saya dimaklum tentunya oleh Peguam Negara kerana kes ni profil tinggi. Jadi
mereka nak tomah-tomah lah tapi saya bercakap di sini untuk menjelaskan bahawa
tidak ada arahan Peguam Negara masa itu ya, Tan Sri Idrus dia terlibat dalam
meneruskan pendakwaan. Kemudian dia baca dokumen bocor yang ditulis oleh
Jabatan Peguam Negara yang menyatakan tidak bersetuju dengan pendakwaan. Dia
juga lihat beberapa fakta baru dua ratus halaman yang dikemukakan. (Audio tidak
jelas)… Tentunya saya sebagai Perdana Menteri tahu kesan dan tuduh dilemparkan.
Saya terpaksa tanya panjang kenapa begitu , kenapa sekarang. Jadi kalau ikut tanya
saya, kalau saya ada kuasa, saya nak tangguh. Sebab apa? Saya nak lepaskan dulu
semua pilihan raya ni. Kemudian, Peguam Negara jalankanlah. Tetapi Peguam Negara
tidak bersetuju. Peguam Negara kata tarikh awal mahkamah ialah empat hari bulan.
Dan lima hari bulan dan hari akhir beliau. Jadi beliau menjalankan tanggungjawabnya.
Dia tak mahu lepaskan tanggungjawab yang dia uruskan hmm kepada yang lain. Jadi
saya tidak boleh menghalang dan saya juga baca banyak kenyataan-kenyataan
sebahagiannya benar, sebahagiannya iaitu melahirkan rasa kesaksian, minta
penjelasan lanjut. Saya juga minta penjelasan lanjut daripada peguam negara tentunya.
Kan? Lepas tu saya tak salahkan mana-mana rakyat yang inginkan penjelasan lanjut.
Tetapi kalau kita baca sebelas perkara yang kemudian dibentangkan di mahkamah di
hadapan hakim dan hakim berpuas hati orang kata salahkan hakim atau nak bebankan
hakim. Tak ada. Ini proses dia begitu rupa. Jadi itu saja yang saya boleh saya sebut
dalam kes ini saya tidak fikir adil.

Kita jatuhkan hukuman kerana kita tak suka atau suka dengan orang politik yang
sepertimana saya tegaskan saya semua kes berbeda tetapi banyak kes yang terlepas
sama ada sebelum perbicaraan atau selepas perbicaraan ya itu saja yang yang harus
kita tahu tapi bersabar dan baca. Jangan kita dengar tohmahan orang-orang politik ni
kadang-kadang dia ikut sedap kata aja. Dia tahu. Ya dia jadi saya syorkan baca
ketetapan daripada Peguam Negara di mahkamah. Di hadapan hakim dan mengapa
hakim kemudian merasa bersetuju dengan aa usul. Ada yang mengatakan hakim tidak
ada pilihan tak benar. Badan kehakiman (audio tidak jelas)… walaupun dia juga akan
tertakluk kepada kertas pendakwaan. Tapi dia masih ada dikatakan wewenang atau
distraction, budi bicara. Saya bukan bawa pandangan ni sebagai peguam negara tetapi
dan saya pun juga elak kerana (audio tidak jelas)… ini kerana kerajaan Anwar, dah
tinggalkan reformasi. Tak betul. Dan sepertimana yang saya sebut berulang kali boleh
boleh semak dengan Peguam Negara yang dulu dan sekarang. Boleh semak dengan
Ketua Hakim Negara. Dalam kes apa yang saya campur. Tapi bila kena kepada tokoh
yang tertentu, dia jadi isu. Jadi saya nak nasihatkan rakyat umumnya berhak bertanya.
Berhak ambil tahu. Dan jawapannya dan membaca kenyataan sepenuhnya. Tetapi
janganlah memukul ada kalangan fitnah. Jangan umpamanya ooh ini ada arahan.
Perdana Menteri ini dan sebagainyalah ya tak payahlah kita.

Wartawan : Muda ada mengugut untuk keluar untuk menarik balik sokonganlah
berkenaan kes DNAA Zahid…

DSAI : Saya baca pandangan tapi tapi begini maknanya kalau ugut maknanya saya tak
setuju tarik balik. Itu bukan bidang saya. Ada tahu dia bagi tahu kalau kamu tarik balik
pendakwaan kepada Zahid kami tak sokong kamu. Kalau kamu jadi maknanya saya
mesti dakwa dan mesti (audio tidak jelas). Saya nak jawab. Yang dakwa itu yang siasat
itu kerja SPRM dan polis. Yang dakwa itu kerja peguam negara yang putuskan itu
hakim. Mengapa saya kata saya faham dan mengerti sedikit sebanyak keresahan.
Kerana kita warisi sistem yang sedemikian bahawa orang politik rakus zalim
menggunakan kuasa untuk mendera orang. Saya lalui proses itu. Sekarang saya
Perdana Menteri saya tidak sanggup gunakan kuasa begitu rupa. Ya saya tanya, saya
minta penjelasan. Tapi oleh kerana orang itu biasa dengan sistem begini puluhan tahun.
Jadi dia rasa beginilah nanti caranya. Siapa jadi perdana menteri, dia akan tangkap
musuh dia, dia akan dera. Jadi itu saya tak mahu nafi ini memang perjalanan yang
lama tetapi peguam negara ketua hakim ha menteri agama ada di sini. Dalam jemaah
menteri kita tak pernah bangkitkan perkara ini. Dan saya yang penting ketua SPRM,
ketua hakim. Peguam Negara. Tanya mereka. Saya ketua, ini dah berapa, sembilan
bulan saya perdana menteri. Ketua hakim yang sama. Belum pernah betul ada
pertemuan bincang bab akademik. Tapi saya tidak campur. Ooh tak percaya. Itu soal
lainlah. Kerana pengalaman dia. Ha itu pengalaman kamu. Tapi keadaan berubah.
Manusia lain yang jaga. Ha ini yang saya sebut, panjang sikitlah ya

Wartawan : (Audio tidak jelas)


DSAI : Ya thank you. You see we have make the decision much earlier. Soon after
assuming office of premiership and the convenient the first few cabinet meetings we
made that decision. Then I think last the few month there is people, presented to aa
ensure that they cabinet is agreable with this policy of separation. Because that would
aa strengthen the role of AG and the solicitor general. This is on going. Aa we have not
even refered it to the select committee and you will cost a lot of money. Aa fair if you
has to be done. It is will be done. Aa but please don't suggest that this has not being aa
and decided this government have decided but you can’t bulldoze in a few weeks need
to have aaa two third majority the affect this reform.

Wartawan : Macam mana gesaan AMK pula untuk mengadakan siding khas untuk
menjelaskan isu tersebut?

DSAI : Tak apa ada pandangan anak muda kita kena santunilah. Mana boleh kes
mahkamah ni nak pergi runding di parlimen dia kena faham apa yang disebut
pembahagian kuasa ya kalau parlimen bukan mahkamah. dia boleh tanya soalan dan
kita akan cuba jawab ya kerana Peguam Negara bukan ahli parlimen dan bukan
menteri. Jadi kita harus ada ruang untuk mana-mana ahli parlimen bertanya. Tetapi
jangan jadikan parlimen itu sidang mahkamah.

Wartawan : Azmin Ali said reformasi had now become reformati. So what’s your
comment on this?

DSAI : Ya, dia bermula dengan dia lah. Bermula dengan dia yang mematikan reformasi.
Yang lain masih kekal alhamdulillah.

You might also like