BM TAHUN 3 LATEST Print

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Nama Pelajar : ……………………………………………….

Tahun : …………………

BAHASA MELAYU TAHUN 3

PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR 2022/2023

Bahagian A

[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 5 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat bagi setiap soalan.

1. Tiya. Iman dan Farah pergi ke hospital. _________________ melawat Aakif yang
sedang sakit.
A. Aku
B. Saya
C. Kami
D. Mereka

2. Encik Izwan membeli _______________________ tanah setelah 15 tahun bekerja.


A. sebijji
B. sebuah
C. sebidang
D. sepotong

3. Jari telunjuk Hafizah terluka ___________________ terkena pisau semasa menyiang


ikan.
A. untuk
B. kerana
C. supaya
D. bahawa

4. Sebelum bergerak ke kantin, murid-murid Tahun 1 diarahkan beratur mengikut kelas


______________________ .
A. tiap-tiap
B. siapa-siapa
C. mana-mana
D. masing-masing

5. __________________ , cantiknya baju cikgu !


A. Wah
B. Hai
C. Eh
D. Ya

6. Soalan 6 berdasarkan gaambar di bawah.

Faqeeh berasa sangat ___________ kerana dapat menjuarai kejohanan olahraga


sekolahnya.
A. suka
B. sayu
C. sayang
D. gembira

Soalan 7 hingga 10.


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Antara projek pertanian desa yang diberikan keutamaan oleh kerajaan ialah penternakan
puyuh dan ayam, projek kolam ikan air tawar dan ikan sangkar, menanam sayur serta buah-
buahan, membuat dan membungkus makanan ringan, dan sebagainya. Penduduk Kampung
Mesra tidak ketinggalan menyahut seruan murni kerajaan tersebut. Mereka telah menjalankan
projek ikan air tawar di dalam kolam secara sistem kelompok. Sebelum itu, mereka menggali
tanah-tanah terbiar. Di samping itu, usaha mereka mendapat galakan daripada pengurus tanah
rancangan di situ juga.
Kegiatan tersebut dapat dijalankan dengan jayanya kerana penduduk kampung itu
bekerja seperti aur dengan tebing, di samping memperoleh sokongan padu daripada pengurus
tanah rancangan dan wakil rakyat tempat mereka. Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang turut
membantu dan memberikan nasihat, selain membimbing mereka tentang cara-cara
mengendalikan projek tersebut. Setiap kelompok terdiri daripada lima keluarga dengan tiga
buah kolam ternakan.
Ikan-ikan di situ ialah lampan jawa, kap, tongsan, haruan, patin, tilapia dan pelbagai
lagi. Sejak projek itu dijalankan, penduduk telah beberapa kali menuai hasil mereka. Mereka
meraih keuntungan antara RM500 hingga RM900 sebulan bagi setiap jualan. Hasil tersebut
kemudiannya dibahagikan sama rata dan ditabungkan sebagai modal pusingan. Mereka tidak
menghadapi masalah pasaran kerana pihak Lembaga Pertubuhan Peladang sedia membelinya
malahan permintaan dari kawasan setempat juga amat menggalakkan. Kegigihan dan
kesabaran mereka membuahkan hasil dan seterusnya meringankan perbelanjaan harian,
termasuk kos pendidikan anakanak.

7. Berapa buah keluargakah yang menyertai setiap kelompok projek ternakan ikan
tersebut?

A Dua
B Lima
C Lima ratus
D Sembilan ratus
8. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh penduduk sebelum menternak ikan air tawar?

A Menggali tanah-tanah terbiar.


B Menternak ayam dan puyuh.
C Menanam sayur dan buah-buahan.
D Membuat dan membungkus makanan ringan.

9. Tujuan utama mereka menyertai projek itu adalah untuk ...

A mengisi masa lapang.


B menyahut seruan kerajaan.
C meningkatkan pendapatan.
D memupuk kerjasama dan permuafakatan.

10. Semua yang berikut ialah sebab kejayaan peserta program kecuali ...

A modal yang mencukupi.


B mendapat bimbingan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang.
C mendapat galakan daripada pengurus rancangan.
D memperoleh bantuan kewangan daripada kerajaan.

You might also like