Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

● Asia Tenggara merupakan sebuah kawasan yang terletak di antara kawasan Barat
(India) dan kawasan Timur (China)
● Meliputi Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.
● Pengaruh fahaman agama yang terawal sampai ke Asia Tenggara adalah agama
Buddha yang telah dibawa oleh golongan mubaligh Buddha. Tokoh-tokoh ini
merupakan utusan Maharaja Asoka iaitu raja dari Dinasti Maurya (330-180sm)
● Seterusnya diikuti oleh pengaruh agama Hindu yang dibawa oleh golongan Vaisya
iaitu golongan pedagang dari India. Pengaruh ini disebabkan oleh kepesatan
kemajuan teknologi perkapalan dan hubungan perdagangan di antara India di Asia
Tenggara

Kedatangan islam di Filipina

● Sejarah awal Filipina adalah mengenai sejarah islam kerana agama islam
merupakan agama yang terawal mempengaruhi penduduk tempatan sehingga
tertubuhanya kerajaan-kerajaan di Filipina
● Melibatakan tiga wilayah penting iaitu Kepulauan Sulu, Maguindanao (Mindanao)
dan Manila di Pulau Luzon.

1)Sulu

● Islam yang paling awal mula bertapak di Filipina adalah di kawasan Sulu
● Di wilayah Sulu kedatangan Islam bermula pada abad ke-13 oleh tokoh-tokoh yang
dikenali sebagai Tuan Masha’ika (Syaikh) (Salasilah Sulu) dan Tuan Maqbalu
● Pada sekitar abad ke-14 terdapat penemuan penting iaitu penemuan batu nisan
Tuan Maqbalu yang bertarikh 710 h/1310 m di Bukit atau Bud Datu, Jolo. Penemuan
ini menjadi titik tolak kepada pertapakan Islam di Sulu.

2)Mindanao

● Dari segi istilah nama Pulau Mindano adalah perubahan bentuk daripada nama
“Manguindanao” yang membawa maksud kebanjiran daripada air (Lembah Pelangi)
hingga kelihatan menjadi seperti tasik
● Di wilayah Mindanao perkembangan islam bermula pada tahun 1460 hasil kegiatan
dua tokoh islam yang terkenal iaitu Syarif Awliya dan Syarif Maraja, namun sejarah
kesultanan bermula dengan ketibaan Syarif Muhammad Kabungsuan pada tahun
1515

3)Manila

● Manila merupakan ibu negara Filipina yang terletak di pulau terbesar di Filipina iaitu
Pulau Luzon
● Pada akhir abad ke-15 Manila dipanggil Selurong dan diperintah oleh Raja Matanda
dan kemudian diperintah oleh Raja Sulaiman pada tahun 1571.
Kedatangan islam di Brunei

● Sebelum kedatangan islam di Brunei terdapat kerajaan Poni iaitu kerajaan Brunei
sekarang
● Umumnya, kedatangan islam di Brunei bermula pada abad ke-16, kerana ianya
berdasarkan pernyataan bahawa raja Brunei telah memeluk islam sekitar tahun 1514
dan 1521 selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511.
● Namunpun begitu, penemuan-penemuan baru menunjukkan bahawa islam telah
masuk lebih awal,iaitu sejak abad ke-11 lagi, berdasarkan penemuan bukti batu
nisan puteri Sultan Abdul Majid bin Muhammad Syah bertarikh 1078 dan batu nisan
Tuan Pukung Chih Mu bertarikh 1264
● Turut juga dijumpai, inskripsi jawi yang tercatat nama Sulaiman bin Abdul Rahman
bin Abdullah Nurullah yang wafat 821/1418-9.

2.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE BRUNEI

2.1 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI TANAH ARAB

● Pengaruh Islam yang masuk ke Brunei berkemungkinan di bawa masuk oleh


para pedagang Arab yang berdagang di sana sekitar Abad ke-7 Masihi
berdasarkan penulisan Thomas W. Arnold (The Preaching of Islam)
● Kemasukan Islam ke Asia Tenggara termasuk Brunei dipercayai disebarkan
oleh pedagang Arab dalam karya A History of Southeast Asia (D.G.E Hall).
● Buktinya, peristiwa pengislaman Samudera Pasai oleh seorang saudagar
dan ulama dari Mekkah (Syeikh Ismail) yang dikatakan telah menjadi titik
tolak kepada penyebaran Islam di Rantau Alam Melayu.
● Kerajaan Islam di Brunei mengamalkan ajaran Sunni (Ahl as-Sunnah wa
al-Jamaah)

2.2 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI BARAT

● Kebanyakan para sarjana Barat menyatakan bahawa pengislaman di Brunei


berkait rapat dengan perisiwa kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada
Abad ke-16 (1511).
● Buktinya, terdapat dalam karya “Brunei Rediscover A Survey of Early Times”
(Robert Nicholl) yang menyatakan Sultan Brunei yang pertama (Awang Alak
Betatar/ Sultan Muhammad Shah) - dilantik pada penghujung tahun 1514
atau 1515.
● Hal ini disokong melalui Salahsilah Raja-raja Brunei - pengislaman Awang
Alak Betatar telah berlangsung di Istana Kerajaan Johor.
● Pandangan Nicholl ini disangkal oleh Antonio Pigafetta - tarikh yang
dinyatakan oleh Nicholl tidak tepat kerana sebuah kerajaan yang kukuh tidak
mampu terbentuk dalam tempoh masa yang singkat (1514-1521).
● Kerajaan Brunei ketika ini sangat bertamadun (adat-istiadat, sistem tulisan
dan juru tulis)
● Hal ini disokong oleh beberapa sarjana seperti Ismail Hamid, Prof V.T King
dan David Keake Jr.
2.3 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA

● Berdasarkan catatan China, kerajaan Brunei telah mempunyai Sultan yang


digelar “Maha-Mosa” atau “Ma” pada tahun 1371.
● Sebutan Maha-Mosa ini dipercayai merupakan sebutan pelat cina bagi nama
masyarakat Islam yang merujuk kepada perkataan “Mahmud Shah” (Pelliot).
● Perkara ini disokong oleh S.Cammann dan Pehin OKAD Dato (Dr.) Haji
Mohd. Jamil Al-Sufri ( Muhammad Shah)
● Pandangan ini dapat diterima pakai kerana masyarakat Cina Muslim
menggunakan perkataan “Ma” sebagai singkatan “Muhammad”.
● Catatan Dinasti Sung “Song Shi” telah mencatatkan tiga utusan (Abu Ali,
Si Nu, Kadi Kassim) telah dihantar oleh Sultan Brunei untuk menghadap
Maharaja China pada 977 Masihi dengan membawa sepucuk surat serta
barang persembahan seperti 100 kulit kura-kura, 6 batang gading gajah,
kapur barus, 5 keping gaharu dll.
● Maharaja China turut menghantar utusan ke Brunei diwakili oleh Pu
Lu-Hsieh.
● Karya Islam comes to Malaysia yang ditulis oleh S.Q Fatimi menjelaskan
bahawa Islam sememangnya disebarkan melalui aktiviti perdagangan ke
Rantau Asia Tenggara sehingga Brunei oleh pedagang dari China.

* Penggunaan Sumber China oleh Para Sarjana menjelaskan Islam telah


datang lebih awal ke Brunei berbanding pandangan Barat.

2.4 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI SUMBER TEMPATAN

● Syed Naquib Al-Attas menyatakan Islam telah dibawa masuk oleh pedagang
dari Demak sekitar abad ke-9 sehingga 15 Masihi. Hal ini disokong oleh Dr
Ismail Hamid dalam karya “Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu”
● Buktinya penemuan batu nisan di Bandar Sri Begawan yang mempunyai
ukiran tulisan jawi dan bertarikh 1048M. Batu nisan merupakan milik puteri
Sultan Abdul Majid Ibn Muhammad Shah iaitu Makhdarah atau Puteri
Rogayah.

*Percanggahan antara para sarjana tempatan mengenai tarikh


kemangkatan Makhdarah dengan tarikh pengislaman Sultan Muhammad
Shah.

2.5 PERKEMBANGAN ISLAM DI BRUNEI


2.5.1 POLITIK
PENTADBIRAN BERASASKAN SYARIAT ISLAM

● Kemasukan Islam telah membawa perubahan dalam sistem


pentadbiran Brunei terutama dari segi penggunaan kata gelaran
pemerintah Raja (Sanskrit) kepada Sultan (Arab).
● Konsep ketaatan yang tidak logik telah dimansuhkan lalu digantikan
kepada konsep sultan haruslah bersikap adil dan tidak menzalimi
rakyat serta segala titah sultan harus ditaati oleh rakyat selagi mana
tidak melanggar hukum syarak.
● Kegemilangan Pentadbiran Brunei dilihat semasa pentadbiran Sultan
Syarif Ali kerana baginda mempunyai pengalaman dalam pentadbiran
Islam semasa menjadi Amir/Syarif di Mekah.
● Buktinya, baginda telah menegakkan syiar Islam, berpegang teguh
kepada ajaran Sunni, membina masjid dll.

2.5. 2 PERUNDANGAN

HUKUM KANUN BRUNEI

● Hukum Kanun Brunei merupakan manuskrip tertua yang mengandungi 47


Fasal dan 29 Fasal daripadanya melibatkan undang-undang Islam (Simpanan
Orang Kaya Digadong Seri Lela)
● Hukum Kanun Brunei mempunyai banyak persamaan dengan Hukum Kanun
Melaka kerana Islam telah muncul lebih awal dalam pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka.
● Hukum Kanun Brunei merupakan sumber rujukan dalam pelaksanaan
hukuman serta hal ehwal pentadbiran.
● Misalnya, Fasal 5, Fasal 8 dan Fasal 41 telah memperuntukan hukuman
terhadap jenayah membunuh yang berbeza :
○ a) Fasal 5 : Pembunuhan yang dilakukan oleh orang Islam ke atas
orang Islam.
○ b) Fasal 8 : Pembunuhan yang dilakukan oleh hamba kepada orang
yang merdeka.
○ c) Fasal 41 : Pembunuhan orang kafir ke atas orang kafir.

* Qisas (Bunuh dibalas Bunuh) + Tidak dikenakan kepada orang yang


tidak sengaja membunuh orang lain.

2.5. 3 PENULISAN

TULISAN JAWI

● Pengenalan tulisan jawi turut diperkenalkan selain ilmu akidah dan syariah
ekoran penggunaan Al-Quran sebagai sumber rujukan hukum Islam.
● Melalui penggunaan tulisan jawi masyarakat lebih mudah mempelajari
Al-Quran serta menerjemah kitab-kitab Arab.
● Bukti penggunaan tulisan jawi telah wujud sejak Abad ke - 16 dan ke - 17
melalui penghasilan karya “Silsilah Raja-Raja Brunei”, “Hukum Kanun
Brunei” dan “Syair Awang Semaun”
● Penggunaan tulisan jawi sangat penting ketika urusan rasmi seperti
menghantar surat diplomasi (Sepanyol - Brunei) semasa pemerintahan
Sultan Saiful Rijal. Namun tulisan jawi turut dicap pada matawang.
● Penemuan batu nisan Sharif Ali serta Sharif Hud membuktikan kedatangan
Islam telah membawa perubahan dalam sistem penulisan Brunei kerana
tulisan jawi yang diukir pada batu nisan ini telah wujud lebih awal.

3.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE FILIPINA

3.1 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE SULU


3.1.1 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE SULU YANG DIBAWA OLEH TUAN MASHA’
IKA

● Tanda kedatangan Islam ke Sulu adalah mengenai maklumat kehadiran


seorang muslim yang bernama Tuan Masha’ ika ke satu tempat yang
dipanggil maimbung.
● Beliau dikatakan tiba di Sulu sekitar abad ke-13 dan ia jelas tercatat dalam
“The Sulu Genealogy”
● Pada waktu itu, masyarakat Sulu masih belum menganut agama Islam dan
belum tergolong dalam Al-Sunnah Wal-Jamaah, malah mereka masih
menyembah berhala dan animisme
● Salasilah Sulu tidak menyatakan dengan jelas bahawa Tuan Masha’ika
seorang Islam, tetapi dengan mengukur nama-nama yang dikatakan sebagai
anaknya, iaitu Tuan Hakim, Aisha dan cucu-cucunya, pasti beliau seorang
muslim.
● Malah, dalam sejarah Sulu juga mengatakan bahawa beliau seorang “begot
Maumin” yang membawa makna penganut. Lebih-lebih lagi perkataan “Tuan”
dalam bahasa Sulu dikaitkan dengan orang Islam.
● Disebabkan kelebihan beliau, dia telah diterima dan dihargai oleh masyarakat
setempat, bahkan kemudian dinikahkan dengan puteri Raja Sipad.
● Saleeby berpendapat perkahwinan antara Tuan Masha’ika dengan puteri
Raja Sipad telah membawa satu pengenalan dinasti yang baharu dan
menggantikan yang lama, maka dengan itu wujudlah sebuah keluarga Islam
di Sulu.
● Secara umumnya, teori ini menjelaskan bahawa wujud petempatan islam
melalui perkahwinan dengan keturunan golongan pemerintah.

3.1.2 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE SULU YANG DIBAWA OLEH KARIM


AL-MAKHDUM
● Dalam Salasilah Sulu, sejarah kedatangan Islam di Filipina turut dibawa oleh
Karim al-Makhdum.
● Ia tidak dinyatakan bahawa kedatangan Karim adalah orang yang pertama
menyebarkan dan memperkenalkan Islam tetapi kedatangan beliau dianggap
sebagai penyebaran Islam secara lebih intensif.
● Semasa beliau tiba di Buansa, beliau telah didatangi orang pelbagai tempat
dan bersama-sama membina sebuah masjid.
● Bagi mengukuhkan kedudukan Islam di Buansa, beliau telah
memperislamkan beberapa orang sehingga dipanggil “Tuan Syarif Aulia”
yang bermakna mubaligh atau pengajar.
● Pelbagai legenda mengenai kepribadian Karim seperti berjalan di atas
permukaan air, bercakap dengan kertas, terbang di udara dan
menyelamatkan orang mati lemas.
● Riwayat ini sungguhpun bersifat kudus , membayangkan bahawa beliau
adalah pendokong sufi dan sepertimana diketahui hebatnya kuasa magis
adalah sifat sufi terutamanya di Bengal.

3.1.3 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE SULU YANG DIBAWA OLEH RAJA


BAGUINDA
● Sepuluh tahun kemudian, maka muncul seorang bangswan dan pendakwah
dari Minangkabau bernama Raja Baguinda bersama pengikutnya.
● Walaupun pada awalnya berlaku peperangan antara Raja Baguinda dengan
bangsawan Tagimaha dan Karim tetapi kemudian mereka bekerjasama untuk
memajukan Islam di Buansa sehingga Raja Baguinda diangkat sebagai
pemimpin Buansa.
● Berlaku beberapa peristiwa dimana semasa beliau sampai di Buansa,
terdapat ketua Buansa cuba untuk menenggelamkan perahunya dan
menghanyut ke laut, tetapi setelah mereka tahu bahawa Raja Baguinda
seorang Muslim, lalu mereka menghormati dan menerima kedatangannya
dengan baik.
● Oleh itu, berlaku beberapa rundingan antara Raja Baguinda dengan
penduduk Buansa dan tidak lama kemudian, Raja Baguinda telah berkahwin
dengan anak pemimpin tempatan di Buansa. Perkahwinan dan kehadiran
beliau telah menguatkan lagi martabat Islam di Sulu.
● “Baguinda” adalah suatu gelaran Minangkabau untuk putera raja. Di Sulu, ia
digunakan sebagai pemerintah sama ada beliau sudah bergelar Raja ketika
sampai atau menggunakan gelaran selepas ketibaan beliau.
● Bagaimanapun, beliau dikenali kerana gelaran beliau yang mempunyai kuasa
dalam politik di Buansa.
● Ketibaan dan penetapan beliau di Sulu menambahkan kekuatan kesedaran
keislaman di Sulu.

3.1.4 TEORI KEDATANG ISLAM KE SULU YANG DIBAWA OLEH SAYID ABU
BAKAR
● Selanjutnya, datang pula seorang Arab mubaligh yang bernama Syed Abu
Bakar yang menetap berturut-turut di Palembang, Brunei dan akhirnya
sampai di Buansa.
● Dikisahkab bahawa beliau telah berkahwin dengan paramisuli, iaitu puteri
Raja Baguinda dan kerana keahlianya beliau telah diangkat menjadi sultan
Sulu dengan gelaran Sultan Sharif.
● Beliau merupakan pemerintah yang telah berjaya memperkenalkan beberapa
institusi politik keislaman dan bertanggungjawab dalam memperkukuhkan
kedudukan Islam di Buansa tetapi bukanlah beliau yang mula memperkukuh
islam di pulau itu.
● Beliau juga bertanggungjawab mengislamkan penduduk di bahagian
pendalaman pulau Sulu itu dan mengembangkan Islam di kawasan lain
seperti kawasan Bukit Beranum dan kawasan pantai. Malah dalam masa
yang sama turut mengajar mereka bacaan al-quran.
● Salasilah Sulu mengatakan bahawa beliau telah dijadikan sultan. Ini
menunjukkan bahawa penduduk Buansa atau pemimpi mereka sudah
memeluk Islam sehingga ke peringkat mereka bersedia menerima suatu
institusi politik keislaman.

3.2 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE MINDANAO


3.2.1 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE MINDANAO YANG DIBAWA OLEH SYARIF
MUHAMMAD KABUNGSUWAN
● Kedatangan Syarif Muhammad Kabungsuwan pada tahun 1515 di Mindanao
membawa kepada permulaan sejarah kesultanan dan kerja-kerja
pengislaman
● Proses pengislaman yang berlaku di kawasan-kawasan ini adalah melalui
ikatan-ikatan politik dan beberapa perkahwinan yang dilakukan oleh
Kabungsawan selepas beliau berjaya mengukuhkan dirinya sebagai
pemerintah di situ.
● Beliau merupakan anak seorang Arab, iaitu Syarif Ali Zain al-Abidin yang
berkahwin dengan puteri Raja Johor, sedangkan beliau sendiri setibanya di
Mindanao telah berkahwin dengan Tonina iaitu puteri Raja Cotabato.
● Semasa menjadi pemerintah Syarif Kabungsuwan telah memperkenalkan
pemerintahan dan peraturan hukum iaitu Manguindanao Code Of Law atau
Luwaran yang didasarkan berdasarkan Mihaj dan Fathu-i-Qareeb,
Taqreebu-i–Intifa dan Mir-atu-Thullab. (sama dengan Mazhab Syafi’’i dan
Sunni)
● Setelah itu islam mula disebarkan ke Pulau Lanao dan bahagian utara
Zamboanga serta daerah yang lain.
● Beliau terus mengembangkan agama islam di kawasan tersebut dan
mendapat sambutan daripada penduduk yang sangat menggalakkan dan
beliau juga telah mendirikan kerajaan islam di pulau tersebut yang diberi
nama Cotabatu (Kota Batu) sebagai ibu negeri.

3.2.2 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE MINDANAO YANG DIBAWA OLEH


PENGEMBANG AGAMA DARI BRUNEI
● Seterusnya selama beberapa tahun lamanya orang-orang Brunei
mengekalkan hubungan perdagangan dengan Maguindanao pengembangan
islam di kawasan ini semakin meluas
● Ini ditambah dengan penduduk Brunei yang duduk dibawah pemerintahan
islam yang lama memperkuatkan lagi institusi-institusi islam di sini.
● Pengembang-pengembang agama ini juga dari Brunei dan Ternate yang
sesetengahnya datang dari Mekah. Mereka ini telah mendirikan petempatan
dan membangunkan masjid dan ada budak-budak di kawasan ini yang
dikhatankan. Tambahan pula, wujudnya sekolah ysng bertujuan untuk
mengajar mereka tentang Al-Quran.

3.3 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE MANILA


3.3.1 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE MANILA YANG DIBAWA OLEH KELUARGA
PEMERINTAH MANILA DAN MUBALIGH DARI BORNEO
● Teori kedatangan islam ke Manila bermula apabila wujudnya hubungan
peribadi antara pemerintah Manila dengan pemerintah Brunei
● Keluarga pemerintaha Manila ini mempunyai pertalian persaudaraan dengan
Sultan Borneo, bahkan dikatakan bahawa pemerintah Manila ini berasal dari
Borneo
● Proses pengislaman di Manila ini bermula apabila sebahagian besar
penduduk tempatan memberi perhatian kepada kebiasaan orang islam iaitu
bersunat dan tidak memakan babi.
● Selain itu juga, sesetengan masyarakat Manila yang pergi ke Borneo
terdedah dengan ajaran-ajaran Al-Quran, namun masih mengikut ajaran
lama.
● Keluarga pemerintah Borneo ini juga mendirikan petempatan mereka di
sekitar kuala sungai Pasig kerana kawasan tersebut merupakan kawasan
yang strategik dan mereka dapat mengawap barang dagangan yang keluar
masuk dari dan ke kawasan Tasik Laguna. Keadaan ini membawa kepada
pendedahan masyarakat Manila kepada orang-orang Borneo yang mengamal
ajaran islam, tidak kira dari pelbagai peringkat beza.
● Tambahan pula, walaupun Manila sudah ditawan oleh Sepanyol , namun
masih ada tanda-tanda adanya penempatan yang sama di Minoro yang
dikuasai oleh pemimpin islam
● Selain itu juga, mubaligh dari Borneo juga melakukan pelbagai usaha untuk
mengembangkan ajaran islam, Ini dibuktikan adanya usaha mubaligh Boreno
mengembangkan agama islam di lain-lain bahagian di Luzon seperti di
Balayan.
● Ini dibuktikan oleh rahib Mubaligh disekitar tahun 1580 apabila beliau
terpaksa mengajar di sana dalam usaha menetang kecenderungan islam.
● Buktinya orang-orang Borneo telah mengajarakan islam dan orang-orang
yang diislamkan menunjukkan minat yang mendalam terhadap islam
sehingga ada di antara mereka yang ingin pergi ke Mekah untuk menunaikan
haji.

4.0 PERKEMBANGAN ISLAM KE FILIPINA


● Islam masuk ke wilayah Filipina Selatan terutamanya di Kepulauan Sulu dan
Mindanao dan terus berkembang di wilayah lain seperti Tawi, Basilan, Jolo, dan
sebagainya pada tahun 1380 M
● Perkembangan Islam telah membawa perubahan yang besar ke kawasan Filipina
Selatan terutamanya dengan kewujudan kerajaan besar dengan sistem biasa yang
terdapat dalam kerajaan Islam pada abad ke 14 dan 15. Malah, ia turut memberi
kepada sistem politik, ekonomi, sosial, perhubungan luar dan keagamaan yang lebih
baik berdasarkan agama Islam
● Ia juga memberi perubahan dalam kemajuan ilmu pengetahuan dengan terdapat
sistem pendidikan islam seperti institusi pendidikan, masjid, kitab dan para ulama.
● Sistem politik- Kesultanan Sulu mempunyai institusi politik yang paling kuat dan
berpusat yang dipengaruhi oleh institusi politik negara Islam yang paling tua. Ciri
struktur formal Sulu dijejaki hingga ke Brunei berbanding dengan Mindanao hanya ke
Ternate.
● Pemimpin yang diiktiraf di kawasan Sulu terdiri daripada Datu, Tuan, Syaikh dan
Orang Kaya.
● Kemajuan Ilmu pengetahuan- Sultan Syarif Al-Hasyim (Sultan pertama) mengasas
beberapa buah sekolah (madrasah) bagi kanak-kanak untuk mempelajari al-Quran
● Di kalangan golongan ulama terdiri iman, hakim, dan qadi. Mereka ini menjadi
rujukan mengenai hal-hal berkaitan ibadah, perkahwinan, zakat, fitrah dan dasar.
● Perhubungan luar- perkembangan islam juga telah mewujudkan hubungan
perdagangan dengan negara lain seperti China, Thailan, Jawa dan Melaka sambil
menyebarkan agama Islam.

5.KESIMPULAN
● Kesimpulannya jelaslah bahawa kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara telah
membawa kepada perubahan yang besar terutamanya kepada aspek kehidupan
masyarakat
● Di Filipina proses penyebaran islam berlaku dalam beberapa cara iaitu
perdagangan, perkahwinan dan politik. Sebelum kedatangan Sepanyol yang
membawa kepada penyebaran ajaran agama kristian dan memaksa penduduk
menganut agama tersebut, agama islam sudah semakin meluas kerana sudah
diterima oleh orang-orang Mindanao, Sulu dan Manila serta sepanjang pesisir pantai
kepulauan Filipina. Proses Kristinisasi oleh Sepanyol telah menjadi titik tolak kepada
perjuangan bagi menegakkan syiar islam di bumi Filipina.
● Di Brunei pula usaha pengembangan islam telah dilakukan oleh para pedagang yang
datang dari kawasan China, Arab dan India. Usaha ini juga didorong oleh galakkan
Sultan Brunei itu sendiri
● Jelaslah bahawa pengaruh perkembangan agama islam ini telah membawa kepada
perubahan besar dari aspek pentadbiran, budaya, pendidikan dan ekonomi di Filipina
dan Brunei.

6. RUJUKAN

K.S. Nathan and Mohammad Hashim Kamali, “Islam in Southeast Asia: Political, Social and
Strategic Challenges for the 21st Century”, Institute of Southeast Asian Studies, Singapore,
2005

Haneefa Shahrom dan Farrah Wahida Mustafar, ‘’Sejarah Ketamadunan Islam di Brunei”,
Journal Sejarah, Vol.2.2021:34-42

Saifullah Mohd Sawi dan Samsu Adabi Mamat, “Sejarah dan Tamadun Islam di Asia
Tenggara”, Karisma Publications Sdn. Bhd, Shah Alam, 2009

Hasaruddin, “Perkembangan Sosial Islam di Filipina”, Jurnal Pendidikan Sosial dan Budaya,
Vol.1. No.1.2019

Mahayudin Hj. Yahya, “Teori Kedatangan Islam dan Penyebaran Mazhab Shafi’I serta
Pelaksanaan Sistem Pendidikan Islam di Negara Brunei Darussalam: Masalah dan
Cabaran”, UNISSA Press, Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam, 2017
Pengiran Dr. Haji Mohammad Pengiran Haji Abd Rahman, “Islam di Brunei Darussalam”,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam, 1992,
S.Q.Fatimi, “Islam Comes to Malaysia”, Institute of Sociological Research, Singapore, 1963

Robert Nicholl, “Brunei Rediscover: A Survey of Early Times”, Journal of Southeast Asian
Studies, Vol. 14 No.1, Mac 1983

Yura Halim dan Jamil Omar, “Sejarah Berunai”, Brunei, 1958

Syed Naquib Al-Attas, “Preliminary Statement on A General Theory of The Islamization of


The Malay-Indonesian Archipelago”, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1969

Dr.Ismail Hamid, “Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu”, Heinemann Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur, 1986

Majul, Caesar Adib, “Islam di Filipina”, Terj. Shamsudin Jaapar, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1988,

Abdul Rahman Hj. Abdullah “Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara”, Pustaka Haji Abdul
Majid, Kuala Lumpur, 2006.

Awang Abdul Aziz Awang Juned “Islam di Burnei”, Jabatan Pusat Sejarah, Brunei
Darulssalam, 1992.

You might also like