Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Bab 3 : Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran

Konsep Dalam Teori Pengeluaran

Firma
1. Firma adalah satu unit pengeluaran yang menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki untuk
menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan.
Contoh: TOYOTA ialah firma yang menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan
kereta VIOS, YARIS.
Industri
1. Industri merupakan gabungan firma-firma yang menjalankan aktiviti-aktiviti pengeluaran jenis
barang dan perkhidmatan yang sama.
Contoh: industri kereta meliputi semua firma yang terlibat dalam pengeluaran kereta serta
komponen-kompenennya.
Pengeluaran
Pengeluaran ialah suatu proses menukarkan semua input pengeluaran seperti modal, tanah, buruh dan
usahawan kepada output.

Fungsi Pengeluaran
1. Fungsi pengeluaran menunjukkan hubungan antara jumlah input dan jumlah keluaran (jumlah
output maksimum yang dapat dihasilkan oleh pelbagai kombinasi input tetap dengan input
berubah dalam jangka masa pendek pada satu tingkat teknologi tertentu).
2. Q = f (T, B , M , U)
di mana Q = kuantiti keluaran/output
T = Tanah M = Modal
B = Buruh U = Usahawan

3. Fungsi pengeluaran dapat menentukan kombinasi input pengeluaran yang paling cekap untuk
menghasilkan tingkat keluaran tertentu.

Input
1. Input / faktor-faktor pengeluaran / sumber-sumber ekonomi
- tanah, buruh, modal dan usahawan.

2. Dalam proses pengeluaran, input dbahagikan kepada


(a) Input tetap
- Input tidak berubah mengikut tingkat keluaran
- tidak boleh diubah dalam jangka proses pengeluaran yang pendek.
- wujud walaupun keluaran sifar.
- hanya wujud dalam jangka masa pendek.
Contoh: buruh mahir, saiz kilang, tanah, mesin

(b) Input berubah


- input berubah mengikut tingkat keluaran
- input yang boleh diubah dalam jangka proses pengeluaran yang pendek.
- jika keluaran sifar , input berubah juga adalah sifar.
- wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Contoh: buruh tidak mahir, bahan-bahan mentah.

Jangka masa pengeluaran dalam konteks ekonomi bukan berdasarkan kepada bilangan tahun
tertentu, tetapi merujuk kepada keupayaan sesebuah firma mengubah kuantiti input dalam proses
pengeluaran.

Jangka Masa Pendek


1. Terdapat input tetap dan input berubah.
2. Jangka masa di mana input tetap tidak dapat ditambah. Pertambahan tingkat keluaran terhad
dan hanya boleh ditambah dengan menambahkan input berubah.
3. Tidak berlaku keluar masuk firma ke dalam industri.
1
Jangka Masa Panjang
1. Hanya terdapat input berubah sahaja.
2. Jangka masa di mana firma dapat mengubah semua input pengeluaran yang diperlukan untuk
menyeleraskan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran.
3. Firma-firma boleh masuk dan keluar dari sesuatu industri dengan mudah bergantung kepada
permintaan pasaran.
4. Perancangan ditetapkan oleh firma.

Fungsi Pengeluaran Satu Input Berubah


1. Q = f (T, B)
di mana Q = kuantiti keluaran
T = input tetap
B = input berubah

2. Dalam jangka masa pendek, sebarang perubahan dalam keluaran dipengaruhi oleh input
berubah sahaja, ini kerana input tetap tidak dapat berubah dalam jangka pendek.

3. Sebelum mengkaji teori ini, terdapat beberapa andaian:


a.Tingkat teknologi tidak berubah
b.Pengeluar hanya menggunakan satu faktor tetap iaitu mesin dan satu faktor berubah iaitu
buruh.( pengeluaran dalam jangka pendek )
c. Faktor berubah adalah bersifat homogen. Ini bererti buruh mempunyai daya pengeluaran,
kecekapan, dan kemahiran yang sama.

Konsep Jumlah Keluaran, Keluaran Purata dan Keluaran Sut

Fungsi pengeluaran satu input berubah (buruh) dapat ditunjukkan dalam jadual berikut:
Jumlah keluaran padi dengan jumlah buruh yang berbeza

Bilangan Buruh Jumlah Keluaran Keluaran Purata Keluaran Sut


TP (kg) AP(kg) MP(kg)
0 0 - -
1 60
2 140
3 210
4 260
5 300
6 300
7 280
8 240

Jumlah Keluaran (TP)


Jumlah keluaran ialah jumlah output yang dapat dihasilkan oleh sejumlah kuantiti input tertentu.

Keluaran Purata (AP)


Keluaran purata ialah jumlah keluaran yang dihasilkan oleh setiap unit input berubah.

Keluaran Purata = Jumlah keluaran


Jumlah input berubah
Keluaran Sut (MP)
Keluaran sut ialah tambahan jumlah keluaran akibat tambahan satu unit input berubah.

Keluaran Sut = Perubahan jumlah keluaran


Perubahan jumlah input berubah

2
Hubungan antara Jumlah Keluaran, Keluaran sut, dan Keluaran Purata

Jumlah Hubungan TP dengan MP


Keluaran 1. TP ↑ dengan kadar yang
bertambah, MP ↑
2. TP ↑ dengan kadar yang
perlahan, MP ↓
3. TP maksimum, MP = 0
4. TP ↓ , MP negatif.

kuantiti buruh

Keluaran Purata / Hubungan MP dengan AP


Keluaran Sut 1. AP ↑ MP > AP
2. AP maksimum, MP = AP
3. AP ↓ , AP > MP

kuantiti buruh

Tiga Peringkat Pengeluaran

Keluk keluaran boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat I, II dan III.
Peringkat I wujud apabila keluaran purata ( AP ) sedang menaik, iaitu daripada___ hingga ___orang
buruh.
Dalam peringkat I ini, jumlah keluaran ( TP ) meningkat,iaitu pada mulanya dengan kadar yang
meningkat dan kemudian dengan kadar yang menurun. Keluaran sut meningkat hingga mencapai
tingkat yang maksimum pada buruh yang ke- ____, dan kemudian menurun apabila hukum pulangan
berkurangan berlaku.Pada masa yang sama, keluaran purata sedang meningkat dan mencapai tingkat
yang maksimum pada buruh yang ke-____.

Peringkat II adalah peringkat keluaran yang menggunakan ____ hingga ____ orang buruh.Dalam
peringkat II ini, keluaran purata menurun, tetapi jumlah keluaran ( TP ) masih meningkat sehingga ia
mencapai tingkat yang maksimum pada buruh yang ke- ____, pada masa yang sama, keluaran sut
adalah positif tetapi menurun sehingga ia mencapai nilai kosong apabila ia mencapai penggunaan
buruh yang ke- ____. Oleh itu, dalam peringkat II ini, tambahan input berubah ( buruh ) akan terus
meningkatkan jumlah keluaran ( TP ) tetapi dengan kadar yang lebih perlahan berbanding dengan
peringkat I.

Peringkat III berlaku apabila penggunaan buruh melebihi ____ orang. Dalam peringkat III ini, jumlah
keluaran ( TP ) menurun apabila semakin banyak input berubah ( buruh ) digunakan, keluaran sut
( MP ) adalah negatif dan keluaran purata ( AP ) pula akan terus merosot.
Firma akan mengeluarkan keluarannya di peringkat ____.Namun, kita tidak dapat menentukan dengan
tetap di titik manakah firma akan mengeluarkan outputnya. Ia bergantung kepada harga padi dan kos
buruh.

3
Hukum Pulangan Berkurangan
1. Hukum ini menyatakan apabila input-input berubah (buruh) ditambah secara terus-menerus ke
atas satu input tetap (mesin) tambahan keluaran akan semakin meningkat (A ke B) sehingga
sesuatu tingkat keluaran. Selepas itu, tambahan keluaran akan semakin menurun (B ke C)
kemudian menjadi negatif (C ke D).

Sebelum mengkaji teori ini, terdapat beberapa andaian:


a.Tingkat teknologi tidak berubah
b.Pengeluar hanya menggunakan satu faktor tetap iaitu mesin dan satu faktor berubah iaitu
buruh.( pengeluaran dalam jangka pendek )
c. Faktor berubah adalah bersifat homogen. Ini bererti buruh mempunyai daya pengeluaran,
kecekapan, dan kemahiran yang sama.

Keluaran sut

A
C kuantiti
2 6 buruh

Pulangan Pulangan Pulangan


sut Sut Sut
bertambah berkurangan negatif D (MP)

2. Pulangan sut berkurangan


Semakin banyak input berubah ditambahkan, nisbah input tetap kepada input berubah semakin
menurun dan penggunaan input berubah semakin tidak cekap. ( Keupayaan pengeluaran mesin
yang merupakan input tetap mempunyai hadnya).
3. hukum pulangan berkurangan adalah bermula pada buruh selepas 2 unit dan berakhir pada
buruh ke-6 unit
4. Hukum pulangan berkurangan bukan menggambarkan suatu proses pengeluaran yang kurang
cekap kerana jumlah keluaran masih meningkat.

Kos Pengeluaran Jangka Pendek


1. Kos pengeluaran ialah segala perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh pengeluar yang
menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

2. Kos pengeluaran terdiri daripada kos eksplisit dan kos implisit.

3. Kos eksplisit
(a) kos eksplisit merupakan perbelanjaan sebenar (pembayaran tunai) firma atas faktor-
faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran.
(b) bayaran untuk kegunaan input pengeluaran yang dimiliki oleh orang lain.
(c) faktor-faktor pengeluaran yang bukan dimiliki oleh firma tersebut.
(d) contoh: upah buruh, kos bahan mentah, bunga atas pinjaman bank, bil elektrik dan
air.

4. Kos implisit
(a) kos implisit merupakan bayaran atas penggunaan faktor-faktor pengeluaran yang
dimiliki oleh pengusaha sendiri dalam proses pengeluaran sesuatu barang.
(b) kos implisit merupakan sejenis kos lepas.
(c) contoh: gaji kepada pengusaha sendiri jika dia bekerja di tempat lain.
bayaran sewa kedai pengusaha jika kedai itu disewakan kepada orang lain.
4
Contoh Pengiraan:
Seorang guru telah meletak jawatannya yang diberi gaji sebanyak RM3000 sebulan untuk
memulakan perniagaan. Dia menggunakan simpanannya di bank sebanyak RM20,000 sebagai
modal. Kadar bunga yang dibayar oleh bank adalah 10% setahun.
Jumlah perbelanjaan pinjaman bulanannya ialah
Gaji pekerja RM500
Kadar bayaran RM50
Sewa kedai RM200
Lain-lain RM50

Berdasarkan maklumat di atas, hitung:


(a) kos eksplisit
(b) kos implisit

5. Perbezaan antara Kos Perakaunan dengan Kos Ekonomi


Kos ekonomi terdiri daripada kos eksplisit dan kos implisit
Kos ekonomi = kos eksplisit + kos implisit
Kos perakaunan hanya terdiri daripada kos eksplisit
Kos perakaunan = kos eksplisit

Dalam jangka masa pendek, terdapat input tetap dan input berubah. Maka, kos pengeluaran jangka
pendek terdiri daripada kos tetap dan kos berubah.

Perbezaan antara Kos tetap dengan kos berubah

Kos tetap
- Perbelanjaan yang dilakukan oleh firma ke atas penggunaan input tetap.
- bayaran kepada pemilik input tetap
- hanya wujud dalam jangka pendek
- kos tetap tidak berubah walaupun keluaran berubah
- kos tetap mesti ditanggung oleh firma walaupun tingkat keluaran sifar. Pada keluaran
sifar, kos berubah tidak perlu ditanggung, maka jumlah kos adalah sama dengan jumlah kos
tetap.
contoh: bayaran sewa mesin dan bangunan

Kos berubah
- Perbelanjaan yang dilakukan oleh firma ke atas penggunaan input berubah.
- bayaran kepada pemilik input berubah
- wujud dalam jangka pendek dan jangka panjang
- kos berubah sentiasa berubah secara langsung mengikut tingkat keluaran. Jika jumlah
keluaran meningkat, maka jumlah kos berubah turut meningkat dan sebaliknya.
- kos berubah tidak perlu ditanggung apabila keluaran sifar
contoh: kos buruh, bayaran bahan mentah

Latihan
Terangkan perbezaan antara Kos Purata dengan Kos Sut

5
Kos pengeluaran jangka pendek meliputi kos tetap, kos berubah, jumlah kos, kos purata, kos tetap
purata, kos berubah purata, kos sut.

Jumlah Juml. Kos Juml Kos Jumlah Kos tetap Kos Kos Kos
Keluaran Tetap Berubah Kos Purata Berubah Purata Sut
(unit) (RM) (RM) (RM) (RM) Purata(RM) (RM) (RM)
Q TFC TVC TC AFC AVC AC MC
TC-TVC TC-TFC TFC+TVC TFC TVC TC ∆TC
Q Q Q ∆Q
0 20 0 - - - -
1 20 17
2 20 24
3 20 29
4 20 31
5 20 34
6 20 43
7 20 65
8 20 88
9 20 113

Kos

TC, TVC, TFC

0 keluaran

Kos

MC, AC, AVC, AFC

0 keluaran

1. AC = AFC + AVC dan AFC selalu positif, jadi AC selalu melebihi AVC.
2. Semakin tinggi keluaran, semakin rapat jarak antara AC dan AVC, ini adalah sebab semakin
tinggi keluaran, semakin rendah AFC.

Hubungan Antara Kos Purata, Kos Berubah Purata dan Kos Sut
Hubungan Antara Kos Purata (AC) dengan Kos Sut(MC)
1. Apabila AC minimum, MC sama dengan AC.
2. Apabila AC sedang turun, MC lebih rendah daripada AC
3. Apabila AC meningkat, MC lebih tinggi daripada AC.

Hubungan AntaraKos Berubah Purata (AVC)dan Kos Sut(MC)

6
Hubungan antara jumlah Kos tetap ( TFC), Jumlah Kos Berubah ( TVC ), dan Jumlah kos (TC)

Latihan
1. Huraikan konsep-konsep berikut:
i. kos tetap
ii. kos berubah
iii. jumlah kos
iv. kos sut
v. kos purata
vi. kos tetap purata
vii. kos berubah purata

- Definisi
- Formula
- Graf dan penerangan ringkas

Hubungan antara Keluk keluaran dengan Keluk Kos

Keluaran purata
Keluaran sut

AP
MP

0 L1 L2 kuantiti buruh

Kos berubah purata


Kos sut
MC
AVC

x
0
Q1 Q2 Kuantiti keluaran
7
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Terangkan mengapa keluk kos purata jangka pendek berbentuk ‘U’


Kos

0 Q keluaran
Keluk kos purata jangka pendek berbentuk ‘U’ kerana hukum pulangan berkurangan.
Hukum ini menyatakan apabila input-input berubah ditambah secara terus-menerus ke atas satu
input tetap tambahan keluaran akan semakin meningkat sehingga sesuatu tingkat keluaran. Selepas
itu, tambahan keluaran akan semakin menurun kemudian menjadi negatif.
Berdasarkan rajah di atas, pada tingkat keluaran kurang daripada OQ,tambahan input berubah
dapat meningkatkan jumlah keluaran,iaitu keluaran sut input berubah adalah positif. Maka, kos seunit
keluaran semakin berkurangan.
Pada tingkat keluaran Q, kos purata mencapai tingkat minimum kerana keluaran mencapai tahap
maksimum dan keluaran sut input berubah adalah kosong.
Selepas keluaran Q, jumlah keluaran menurun dan keluaran sut input berubah adalah
negatif.Dengan ini, kos purata semakin meningkat.
Maka keluk kos purata jangka pendek adalah berbentuk ‘U’.

Kos Pengeluaran Jangka Panjang


1. Semua faktor adalah faktor berubah iaitu faktor tetap tidak wujud.
2. Jangka masa panjang juga dikenali sebagai jangka masa perancangan dan berupaya
menentukan saiz loji meminimumkan kos pengeluaran bagi sesuatu tingkat keluaran tertentu.

Penerbitan Keluk Kos Purata Jangka Panjang


1. Keluk kos purata jangka panjang (LAC) juga dikenali sebagai keluk perancangan.
2. Keluk yang menunjukkan kos pengeluaran yang paling minimum pada pelbagai tingkat
keluaran dalam jangka panjang.
3. Setiap satu keluk kos purata jangka pendek (SAC) mewakili satu skala pengeluaran.
4. Untuk setiap tingkat keluaran, firma akan memilih saiz loji yang mempunyai kos purata (SAC)
yang paling rendah.

8
5.
Andaian: firma mempunyai 3 saiz loji yang diwakili oleh SAC, SAC2 dan SAC3.
Kos

SAC SAC2 SAC3

kuantiti keluaran

Q1 Q2 Q3 Q4

(a) Pada tingkat keluaran Q1 , __________ digunakan kerana _______________________


______________________________________________________________________
(b) Pada tingkat keluaran Q2 , _________________________________________________
_______________________________________________________________________
(c) Pada tingkat keluaran Q3 , _________________________________________________
_______________________________________________________________________
(d) Pada tingkat keluaran Q4 , _________________________________________________
_______________________________________________________________________

 keluk LAC diperoleh dengan menyambung ____________________________________ .


kerana memberikan kos pengeluaran minimum pada pelbagai tingkat output.

6. Apabila semua saiz loji disusun, maka terbentuklah LAC yang licin dan berbentuk ‘U’.

Kos

LAC

SAC

0 keluaran

→ LAC tidak menyentuh semua SAC pada titik minimumnya.


→ Hanya ______ sentuh dengan LAC pada titik minimumnya iaitu pada keluaran Q

* Kos pengeluaran jangka panjang ialah kos pengeluaran yang perlu ditanggung apabila firma
menggunakan input berubah dalam kombinasi yang paling cekap.

Ekonomi Bidangan dan Tak Ekonomi Bidangan

Ekonomi bidangan dalaman ialah faedah-faedah yang dinikmati oleh sebuah firma yang
menyebabkan kos purata jangka panjang menurun apabila output firma sendiri bertambah.

Tak ekonomi bidangan dalaman ialah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh sebuah firma yang
menyebabkan kos purata jangka panjang meningkat apabila output firma sendiri bertambah.

9
Ekonomi bidangan luaran ialah faedah-faedah yang dinikmati oleh sesebuah firma hasil daripada
perkembangan industri secara keseluruhan. Ekonomi bidangan luaran menerangkan pada output yang
sama, kos seunit firma akan berkurangan.Kesan ekonomi bidangan luaran digambarkan oleh
peralihan keluk kos purata jangka panjang ke bawah.

Tak ekonomi bidangan luaran ialah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh sesebuah firma akibat
daripada perkembangan industri secara keseluruhan. Tak ekonomi bidangan luaran menerangkan
pada output yang sama, kos seunit firma akan meningkat. Kesan Tak ekonomi bidangan luaran
digambarkan oleh peralihan keluk kos purata jangka panjang ke atas.

Ekonomi Bidangan dan Tak Ekonomi Bidangan

Kos

0 Q keluaran

Ekonomi Bidangan Luaran dan Tak Ekonomi Bidangan Luaran

Kos kos

keluaran keluaran

Faktor-faktor Yang Mewujudkan Ekonomi Bidangan Dalaman

1. Ekonomi Pengkhususan
- apabila firma mengeluarkan output secara besar-besaran, firma dapat mengadakan
pembahagian dan pengkhususan kerja
- pengkhususan kerja dapat meningkatkan daya pengeluaran buruh dan kemahiran pekerja.
- kos purata semakin menurun apabila tingkat output bertambah.

2. Ekonomi Pengurusan
- kepakaran pengurus dalam pelbagai bidang melicinkan operasi dan pentadbiran firma.
- kos purata menurun apabila tingkat output berkembang, kerana menggunakan bilangan
pengurus yang sama dapat menjalankan kerja pentadbiran pengeluaran yang semakin
banyak.

3. Ekonomi Kewangan
10
- Biasanya firma-firma besar dapat pinjaman yang lebih banyak dengan kadar bunga yang
lebih rendah dan tempoh pembayaran balik yang lebih panjang.
- firma besar juga dapat mengumpulkan modal daripada orang ramai melalui penerbitan
saham dan penjualan debentur untuk mengembangkan operasinya.

4. Ekonomi pemasaran.
- firma yang menghasilkan output secara besar-besaran akan membeli bahan mentah secara
pukal dengan harga yang lebih murah
- jualan boleh bertambah melalui pelbagai strategi pemasaran seperti pengiklanan,apabila
output meningkat, kos purata semakin menurun.

5. Ekonomi Teknik
- firma berkembang mampu menggunakan mesin dan peralatan secara ekonomi berbanding
dengan firma kecil. Dengan pengeluaran tingkat output yang besar, mesin-mesin akan
digunakan dengan kapasiti sepenuhnya tanpa pembaziran.
- Firma besar mampu membeli mesin-mesin moden yang akan meningkatkan daya
pengeluaran dan menjimatkan kos.

Faktor-faktor Yang Mewujudkan Tak Ekonomi Bidangan Dalaman

1. Tak ekonomi pengkhususan


- Dengan melakunya sesuatu pekerjaan yang sama secara berulang-ulang akan menjemukan
pekerja, setiap pekerja hanya melakukan sebahagian kecil kerja dalam menghasilkan
sesuatu keluaran. Ini akan menyebabkan kekurangan kepuasan kerja dan membosankan
pekerja.
- Hal ini menyebabkan prestasi pekerja terjejas dan merugikan firma.

2. Tak ekonomi pengurusan


- Apabila firma terus berkembang sehingga mencapai satu tahap yang terlalu besar, ini akan
merumitkan hal-hal pengurusan dan pentadbiran. Seorang pengurus tidak lagi berupaya
mengawal sejumlah kakitangan yang terlalu ramai.
- Kawalan firma semakin tidak cekap, ini menjejaskan kualiti keluaran yang akhirnya akan
meningkatkan kos pengeluaran.

3. Tak ekonomi teknikal


- Peralatan kilang akan mengalami kerosakan atau kehausan apabila terus digunakan untuk
menghasilkan tingkat keluaran yang banyak.
- Kos pengeluaran meningkat apabila perbelanjaan pembaikan dan perbelanjaan pembelian
peralatan baru demi menggantikan yang rosak. Maka, peningkatan tingkat keluaran turut
menaikkan jumlah kos pengeluaran firma.

Faktor-faktor Yang Mewujudkan Ekonomi Biangan Luaran


1. Ekonomi penempatan
2. Ekonomi teknologi maklumat
3. Ekonomi buruh
4. Ekonomi integrasi

Faktor-faktor Yang Mewujudkan Tak Ekonomi Bidangan Luaran


1. Kekurangan faktor-faktor pengeluaran
2. Masalah sosial

11

You might also like