Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 46

PERLEMBAGAAN

GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB YANG PERTAMA


NAMA

BAB 1 - NAMA

Pertubuhan ini dinamakan ‘PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA’ terdiri


daripada 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan atau nama ringkasnya “4B”

BAB YANG KEDUA


ALAMAT

BAB 2 - ALAMAT

Alamatnya ialah : No. 525, Jalan Persekutuan


Bukit Persekutuan
50480 Kuala Lumpur
dan Ibu Pejabatnya akan ditetapkan dari masa ke semasa di dalam Perhimpunan Agung
Tahunan dengan Persetujuan Pendaftar Pertubuhan.

BAB YANG KETIGA


COGAN KATA DAN SERUAN

BAB 3 - COGANKATA DAN SERUAN

3.1 Cogan Kata ialah “ BERSATU, BELAJAR, BEKERJA dan BERKHIDMAT “


3.2 Seruan ialah “ BERGERAK ”

1
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB YANG KEEMPAT


IKRAR

BAB 4 - IKRAR

IKRAR 4B ini ialah seperti berikut:-


Bahawa saya berikrar Bersatu untuk mempertahankan Kemerdekaan dan Kedaulatan
Negara, Belajar untuk memperolehi ilmu yang berguna, Bekerja untuk penghidupan
yang sempurna dan Berkhidmat untuk 4B, Ugama, Bangsa dan Negara.

BAB YANG KELIMA


LAMBANG DAN BENDERA

BAB 5 - LAMBANG DAN BENDERA


5.1 Lambang ialah Perisai Latar Belakang berwarna hijau dengan pecahan bintang
14 Negeri Malaysia berwarna putih serta perkataan ‘4B’ berwarna merah
ditengah-tengahnya dan dilengkapi oleh dua tangkai padi masak berwarna
kuning emas.
5.2. Bendera 4B ini ialah berwarna merah disebelah bawah dan putih disebelah atas
dengan lambing terletak di penjuru sebelah kiri meliputi satu perempat daripada
bendera

BAB YANG KEENAM


TUJUAN

BAB 6 - TUJUAN
Tujuan-tujuan 4B ialah :

6.1 Menyatu, menyusun dan mengembeling tenaga belia untuk mengambil peranan
positif dalam pembangunan Negara dan untuk menegakkan masyarakat yang
adil
6.2 Memberi pendidikan rohani dan jasmani

2
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

6.3 Melatih ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya demi kepentingan 4B,
Ugama, Bangsa dan Negara.
6.4 Menegakkan dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-
belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan.
6.5 Memaju dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan
masyarakat yang lebih makmur
6.6 Menaja dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulen yang berdasarkan
rasa tanggungjawab dan keihklasan.
6.7 Menggalakan ahli-ahli bergerak ke arah kehidupan yang sempurna yang
berasakan kehormatan diri dan sifat berdikari dan berdisiplin.
6.8 Berusaha untuk memelihara, memperkembangkan dan mempertahankan
keutuhan Bahasa Melayu dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan
Kebudayaan Melayu.
6.9 Bekerjasama dengan Kerajaan dan PertubuhanPErtubuhan sukarela yang
sehaluan dengan kehendak-kehendak, tujuan dan perjuangan 4B.
6.10 Memajukan sokongan kepada Kerajaan dan kepada badan-badan lain yang
sesuai.
6.11 Berusaha mempertahankan, menegak dan memperkembangkan agama Islam,
agama rasmi negara.

BAB YANG KETUJUH


KEAHLIAN

BAB 7 - KEAHLIAN
7.1 Ahli-ahli 4B adalah tiga jenis :-
(a) Ahli Muda
(b) Ahli Biasa
(c) Ahli Kehormat

3
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB YANG KELAPAN


SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI

BAB 8 - SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI


8.1 Seorang Ahli Muda hendaklah

(a) Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 12 tahun dan
tidak lebih daripada 15 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan

(b) Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan


menurut Perlembagaan dan dasar-dasar 4B.

(c) Tidak menjadi ahli sebarang Pertubuhan Belia yang lain

8.2 Seorang Ahli Biasa hendaklah

(a) Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun hingga 40 tahun pada 31


Disember tahun berkenaan melainkan seseorang itu masih lagi menjadi
Jawatankuasa atau dipilih

(b) tidak tertakluk kepada (a) Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ahli-Ahli
Jawatankuasa Negeri, Kawasan dan Cawangan yang dipilih dan yang
dilantik tidak ada had umur, dengan syarat ada kesinambungan
seseorang itu memegang jawatan disalah satu peringkat
(b) Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan
menurut Perlembagaan dan dasar-dasar 4B
(d) Tidak menjadi ahli atau memegang apa-apa jawatan sebarang
Pertubuhan Belia yang lain kecuali Pertubuhan beruniform.

8.3 Seorang Ahli Kehormat hendaklah

4
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(a) Orang-orang perseorangan yang dipilih oleh Jawatankuasa di semua


peringkat.
(b) Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan
menurut Perlembagaan dan dasar-dasar 4B
(c) Tidak menjadi ahli atau memegang jawatan sebarang Pertubuhan Belia
yang lain.

BAB YANG KESEMBILAN


PERMINTAAN MENJADI AHLI

BAB 9 - PERMINTAAN MENJADI AHLI


9.1 Seseorang yang berkehendakakan menjadi Ahli Biasa hendaklah menghantar
permintaan kepada Setiausaha Cawangan dimana ia berkehendakkan menjadi
ahli dengan menggunakan borang permintaan yang tertentu dan ia hanya
dibenarkan menjadi ahli dalam satu cawangan sahaja

9.2 Borang permintaan menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh yang meminta

9.3 Tertakluk kepada BAB 8, Majlis Kerja Tertinggi berhak mengadakan peraturan
yang tertentu dalam perkara permintaan hendak menjadi ahli

BAB YANG KESEPULUH


PENERIMAAN MENJADI AHLI

BAB 10 - PENERIMAAN MENJADI AHLI

10.1. Setiausaha Cawangan hendaklah membawa segala permintaan menjadi ahli


biasa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cawangan dengan seberapa
segera, ataupun dengan dipekelilingkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Kerja
Cawangan itu.

10.2. Jawatankuasa Kerja Cawangan hendaklah menimbangkan segala permintaan


menjadi ahli biasa dan memutuskan samada diterima atau ditolah ataupun
ditangguhkan timbangan sesuatu permintaan itu dengan tidak terpaksa memberi
apa-apa sebab atas keputusannya itu.

5
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

10.3. Seseorang yang permintaannya hendak menjadi ahli biasa yang telah ditolak
oleh Jawatankuasa Kerja cawangan bolehlah merayu kepada jawatankuasa Kerja
Kawasan.

10.4. Seseorang yang permintaannya hendak menjadi ahli biasa yang telah ditolak
oleh Jawatankuasa Kerja Kawasan bolehlah merayu kepada jawatankuasa Kerja
Negeri

10.5. Seseorang yang permintaannya hendak menjadi ahli biasa yang telah ditolak
oleh Jawatankuasa Kerja Negeri bolehlah merayu kepada Majlis Kerja Tertinggi
dan keputusan Majlis Kerja Tertinggi adalah muktamad.

10.6. Seseorang yang dipecat atau menarik diri daripada menjadi ahli tidak boleh
diterima kembali menjadi ahli melainkan terlebih dahulu mendapat kebenaran
yang bertulis daripada Majlis Kerja Tertinggi.

10.7. Tiap-tiap permohonan apabila telah diluluskan dan bayaran masuk dan yuran
bulanannya yang pertama telah dijelaskan maka nama pemohon hendaklah
didaftarkan oleh Setiausaha Cawangan, Kawasan dan Negeri dalam buku daftar
ahli sebagai seorang ahli.

BAB YANG KESEBELAS


TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

BAB 11 - TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI


11.1 Adalah menjadi kewajipan setiap ahli:
(a) Memegang teguh konsep 4B dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
(b) Mematuhi perintah-perintah dan disiplin 4B
(c) Memberitahu Setiausaha Persatuan segera apabila pindah atau bertukar
alamat
(d) Membayar yuran-yuran 4B dengan menepati waktu

6
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(e) Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam


kegiatan 4B.
(f) Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara
(g) Berkelakuan baik apabila menghadiri mesyuarat 4B, jika tidak ia akan
disuruh keluar oleh Pegawai yang bertanggungjawab dan menggunakan
harta benda 4B dengan baik dan cermat
(h) Tidak boleh menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling
4B melainkan jika surat keterangan atau nama surat pekeliling itu telah
diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Negeri atau Kebangsaan dan tidak
boleh mengumumkan sesuatu perkara 4B kepada orang yang bukan Ahli
atau kepada lain-lain Pertubuhan atau surat-surat khabar dengan tiada
kebenaran yang tersebut
(i) Menjaga rahsia-rahsia 4B
(j) Memelihara nama baik 4B
(k) Menghadiri mesyuarat-mesyuarat 4B melainkan dengan alasan yang
munasabah

(l) Berhak bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi


di dalam mesyuarat-mesyuarat 4B
(m) Berhak memilih dan dipilih untuk memegang jawatan dalam 4B
(n) Seseorang ahli tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa lebih daripada
sebuah Cawangan, Kawasan atau Negeri melainkan kebenaran Majlis
Kerja Tertinggi.

11.2. Ahli Muda

(a) Tidak boleh menjadi Ahli Jawatankuasa atau Perwakilan disemua


peringkat 4B

(b) Berhak bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi


didalam mesyuarat-mesyuarat 4B.

11.3. Ahli Kehormat

Berhak bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dalam mesyuarat-


mesyuarat 4B.

7
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB YANG KEDUA BELAS


SUSUNAN DAN PENTADBIRAN 4B

BAB 12 - SUSUNAN DAN PENTADBIRAN 4B


12.1. Bentuk susunan Pentadbiran dan pembahagian kuasa adalah seperti berikut:
12.1.1. KEBANGSAAN - iaitu Perhimpunan Agung atau waktu
ketiadaannya, Majlis Kerja Tertinggi.
12.1.2. NEGERI - iaitu Mesyuarat Perwakilan Negeri atau waktu
ketiadaannya Jawatankuasa Kerja Negeri
12.1.3. KAWASAN - iaitu Mesyuarat Perwakilan Kawasan atau
waktu ketiadaanya Jawatankuasa Kerja
Kawasan
12.1.4. CAWANGAN - iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan
atau waktu ketiadaanya Jawatankuasa Kerja
Cawangan.

12.2. Majlis Kerja Tertinggi adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal
ehwal 4B dibawah di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung. dan
Majlis Kerja Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak
Perhimpunan Agung pada masa ketiadaanya, tetapi segala langkahnya
hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung.

BAB YANG KETIGA BELAS


PENGERUSI TETAP

BAB 13 - PENGERUSI TETAP


13.1 Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah dipilih tiga tahun
sekali di dalam Perhimpunan Agung, Mesyuarat Perwakilan Negeri dan Kawasan
dan Mesyuarat Agung Cawangan. Bagi Peringkat Negeri, Kawasan dan
Cawangan, Penegerusi dan Timbalan Penegrusi itu terdiri daripada ahli-ahli
dalam Cawangan, Kawasan dan Negeri berkenaan. Pemilihan Pengerusi tetap

8
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

dan Timbalan Pengerusi Tetap bolehlah dijalankan dengan undian sulit atau cara
mengangkat tangan mengikut persidangan.

13.2 Perhimpunan Agung di dalam persidangannya berkuasa memberhentikan


Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dengan persetujuan sekurang-
kurangnya dua pertiga (2/3) daripada bilangan ahli yang hadir dan berkuasa
memilih pengantinya.
13.3 Pengerusi Tetap yang dipilih di bawah peraturan 13.1. di atas ini hendaklah
menjadi Pengerusi Tetap dalam sebarang Persidangan melainkan jika Pengerusi
Tetap itu tidak hadir maka Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah mengambil
tempatnya ataupun bolehlah mereka bergilir-gilir mempengerusikan mesyuarat
yang sama dan sekiranya kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap
tidak hadir maka Setiausaha berkuasa menjalankan Persidangan itu sahaja dan
Pengerusi tidaklah hilang haknya unutk mengundi sebagai wakil Persidangan
13.4 Jika kedua-dua Penegrusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap berhenti
serentak maka Setiausaha hendaklah menjalankan Persidangan itu bagi memilih
Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap yang baru. Kedua-duanya akan
memegang jawatan itu selama tempoh yang ditetapkan dalm peraturan 13.1 di
atas. Jika salah seorang daripadanya berhenti maka Persidangan hendahlah
memilih pengantinya.

13.5 Pengerusi Persidangan boleh memutuskan sesuatu apabila undi terbahagi sama
banyak

BAB YANG KEEMPAT BELAS


PERHIMPUNAN AGUNG

BAB 14 - PERHIMPUNAN AGUNG


14.1 Perhimpunan Agung Tahunan akan diadakan pada tiap-tiap satu tahun tidak
lewat dari bulan Ogos, tetapi dengan kehendak Presiden bolehlah didahulukan
atau pun ditangguhkan kepada lain masa.
14.2 Perhimpuanan Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada :-
(a) Ahli Majlis Kerja Tertinggi.
(b) Wakil-wakil yang dilantik oleh 4B Negeri dalam tiap-tiap Mesyuarat
Agungnya. Tiap-tiap 4B Negeri berhak memilih 5 orang wakil bagi tiap-
tiap kawasan dalam Negerinya yang telah mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan. Perwakilan yang dipilih tidak boleh diganti.

9
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

14.3 Pemberitahu untuk Perhimpunan Agung, Agenda, Laporan dan Penyata Kira-kira
4B yang telah diaudit bagi tahun yang lalu hendaklah dihantar kepada
Setiausaha-Setiausaha 4B Negeri sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh
Persidangan. Segala usul-usul dan cadangan-cadangan hendaklah disampaikan
ke tangan Setiausaha Agung selewat-lewat 15 hari tarikh Persidangan.

14.4 Satu perdua (1/2) daripada jumlah bilangan Perwakilan yang sepatutnya hadir
adalah menjadi cukup koram.

14.5 Kiranya tidak cukup koram hendaklah ditangguhkan Persidangan itu kepada satu
masa yang ditetapkan oleh Majlis Kerja Tertinggi dan jika kemudian koram tidak
cukup juga, ahli-ahli yang hadir berkuasa menjalankan Persidangan tetapi tidak
berkuasa meminda Perlembagaan ini.

14.6 Perhimpunan Agung Tahunan akan menerima laporan-laporan daripada Majlis


Kerja Tertinggi, memutuskan sebarang perkara mengenai 4B, memilih Ahli-ahli
Majlis Kerja Tertinggi dan Juru Audit tiga tahun sekali.
14.7 Setiausaha Agung hendaklah menyampaikan satu salinan rangka Minit
Persidangan kepada semua Setiausaha-setiausaha 4B Negeri selepas
Perhimpunan Agung Tahunan dalam tempoh dua (2) bulan dan tarikh
Perhimpunan Agung Tahunan.

BAB YANG KELIMA BELAS


PERHIMPUNAN AGUNG LUAR BIASA

BAB 15 - PERHIMPUNAN AGUNG LUAR BIASA


15.1 Perhimpunan Agung Luar biasa diadakan:-
(a) Apabila difikirkan mustahak oleh Majlis Kerja Tertinggi; atau
(b) Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 6 buah 4B Negeri
setelah mengadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa dan mesti diadakan
dalam tempoh 21 hari selepas diterima permintaan tersebut Permintaan
tersebut hendaklah menyatakan sebab perlunya Perhimpunan Agung
Luar Biasa diadakan.
15.2 Pemberitahuan dan agenda Perhimpuanan Agung Luar Biasa hendaklah
disampaikan kepada Jawatankuasa Kerja 4B Negeri 15 hari sebelum tarikh
Persidangan Perkara yang ada dalam agenda sahaja yang boleh dibincangkan
dalam Persidangan

10
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

15.3 Peraturan BAB 14 ceraian 14.2 dan 14.3 adalah dipakai untuk menjalankan
Perhimpunan Agung Luar Biasa akan tetapi jika ditangguhkan mengikut ceraian
14.5 di atas koram tidak cukup maka Persidangan hendaklah dibatalkan.
15.4 Setiausaha Agung Kehormat hendaklah menyampaikan semua Setiausaha 4B
Negeri satu salinan rangka minit Perhimpunan Agung Luar Biasa dengan segera
selesai Persidangan itu.

BAB YANG KEENAM BELAS


MAJLIS KERJA TERTINGGI

BAB 16 - MAJLIS KERJA TERTINGGI


16.1. Majlis Kerja Tertinggi adalah mengandungi:

(a) Presiden
(b) Timbalan Presiden
(c) 3 Naib Presiden
(d) Naib Presiden Wanita
(e) Naib Presiden Remaja
(had umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan)
(f) Setiausaha Agung
(g) Penolong Setiausaha Agung
(h) Bendahari
(i) Ketua Penerangan
(j) Ahli-ahli Biasa Majlis Kerja Tertinggi
(i) Pengerusi tiap-tiap 4B Negeri. Jika Pengerusi memegang jawatan
Majlis Kerja Tertinggi maka akan diganti oleh Timbalannya.
(ii) 10 orang yang dipilih dalam Perhimpunan Agung
(iii) Tidak lebih dari 5 orang yang dilantik oleh Presiden

16.2. Presiden, Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden, Naib Presiden Wanita, dan 12 Ahli
Biasa Majlis Kerja Tertinggi hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap
tiga (3) tahun sekali
16.3. Majlis Kerja Tertinggi adalah badan yang menjalankan dasar pentadbiran dan
hal ehwal 4B dibawah perintah Perhimpunan Agung.

11
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

16.4. Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan


dan 7 orang Ahli Majlis Kerja Tertinggi adalah dilantik oleh Presiden dengan
persetujuan Majlis Kerja Tertinggi dan akan memegang jawatan selama tempoh
Majlis Tertinggi kecuali ia meminta berhenti atau diberhentikan
16.5. Satu perdua (1/2) daripada ahli-ahlinya hadir cukup koram

16.6. Jika Presiden, Timbalan Presiden dan ketiga-tiga Naibnya tidak hadir dalam
mesyuarat, maka ahli-ahlinya yang hadir bolehlah memilih salah seorang
daripadanya menjadi Pengerusi Mesyuarat

16.7. Panggilan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi akan diuruskan oleh Setiausaha
Agung atas arahan dan persetujuan Presiden

16.8. Apabila sesuatu perkara yang berkehendakkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi
dengan serta-merta dan tidak dapat diadakan Mesyuarat Tergempar, maka
bolehlah Setiausaha Agung dengan persetujuan Presiden mendapat keputuasan
dengan mengedarkan surat pekeliling kepada ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi dan
dicatatkan segala keputusan dalam minit mesyuarat

16.9. Seseorang yang akan dipilih menjadi Ahli Majlis Kerja tertinggi telah berkhidmat
dengan 4B ini dimana-mana peringkat sekurang-kurangnya 1 tahun

BAB YANG KETUJUH BELAS


KEWAJIPAN DAN KUASA MAJLIS KERJA TERTINGGI

BAB 17 - KEWAJIPAN DAN KUASA MAJLIS KERJA TERTINGGI


Kewajipan-kewajipan dan kuasa Majlis Kerja Tertinggi adalah seperti berikut:-
17.1 Berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil teetentu untuk menemaskan perjalanan
4B
17.2 Membentuk asas, dasar dan perancangan dalam perlaksanaan BAB 6 dalam
Perlembagaan ini
17.3 Mengikhtiarkan penubuhan 4B negeri dan meyesuaikan perjalannya mengikut
Perlembagaan, memperhatikan serta mengawal perjalanan 4B Ngeri-Negeri

17.4 Membentangkan kepada Perhimpunan Agung Tahuan satu laporan lengkap bagi
menerangkan prestasi serta penyata kewangan yang telah diperiksa dan
disahkan

12
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

17.5 Berkuasa menggantungkan Jawatankuasa 4B Negeri dan Kawasan, jika didapati


perjalanan sesuatu 4B Negeri dan Kawasan itu bertentangan dengan
Perlembagaan 4B
17.6 Menyelesaikan perselisihan yang berbangkit dikalangan semua peringkat 4B dan
memutuskan segala rayuan samada daripada ahli-ahli atau Ahli Jawatankuasa
setelah diminta oleh 4B Negeri-Negeri atau Kawasan.
17.7 Membuat peraturan-peraturan tetap berkenaan dengan penubuhan Persatuan,
tatatertib ahli-ahli mesyuarat dan Perhimpuanan Agung dan lain-lain yang
dikirkan perlu bagi melaksanakan tujuan-tujuan 4B dan lain-lain perkara yang
berkaitan dengan Perlembagaan 4B
17.8 Memutuskan rayuan-rayuan dan seseorang yang telah ditolak oelh jawatankuasa
Kerja Negeri atas permintaannya hendak menjadi ahli.
17.9 Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan atau
pertubuhan-pertubuhan lain atas hal-hal yang sesuai dengan Perlembagaan 4B
17.10 Memilih ahli-ahli bagi mewakili 4B di dalam sebarang kumpulan atau jemaah
majlis mesyuarat dan sebagainya
17.11 Memberhentikan seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi selain daripada Presiden
dengan persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 daripada tersebut tidak boleh
diganti
17.12 Memberi kebenaran bertulis kepada seseorang ahli yang telah dipecat atau
menarik diri daripada 4B untuk diterima balik
17.13 Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa jua langkah selain daripada perkara-
perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan 4B
17.14 Keputusan Majlis Kerja Tertinggi adalah muktamad jika tidak dibatalkan oleh
Perhimpunan Agung

BAB YANG KELAPAN BELAS


TUGAS AHLI-AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI

BAB 18 - TUGAS AHLI-AHLI MAJLIS KERJA TERTINGG


18.1 PRESIDEN
Presiden adalah bertanggungjawab:-

13
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(a) Memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Majlis


Kerja Tertinggi.
(b) Menjadi ketua 4B yang bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
4B seluruhnya
(c) Mengawassi segala pentadbiran dan perjalanan 4B

(d) Melantik dan menggugurkan Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha


Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan.
(e) Melantik dan menggugurkan 5 orang Ahli Biasa Majlis Kerja Tertinggi
(f) Menandatangani cek-cek bersama-sama dengan Bendahari Agung
Kehormat

(g) Mengumumkan sesuatu perkara 4B kepada orang bukan ahli atau kepada
lain-lain Pertubuhan atau mana-mana sebaran am
(h) Mewakili Majlis Kerja Etrtinggi dalam Lembaga Penasihat

18.2 TIMBALAN PRESIDEN


Timbalan Presiden adalah bertanggungjawab:-
(a) Memangku tugas-tugas Presiden Ketika Ketiadaan Presiden
(c) Mempengerusikan Mesyuarat Mejlis Kerja Etrtinggi semasa ketiadaan
Pesiden dan Timbalan Presiden

18.3 NAIB PRESIDEN


Naib Presiden adalah bertanggungjawab:-
(a) Membantu tugas Presiden
(b) Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertingi Semasa ketiadaan
Presiden dan Timbalan Presiden

18.4. SETIAUSAHA AGUNG


Setiausaha Agung adalah bertanggungjawab:

14
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(a) secara langsung kepada Presiden


(b) Melaporkan kepada Presiden sagala tindakan yang dijalankan berhubung
dengan pentadbiran Ibu Pejabat
(c) Mendapat persetujuan daripda Presiden berkenaan dengan pengambilan
pegawai-pegawai dan anggota-anggota Ibu Pejabat dan juga
pemberhentian mereka itu
(d) Mengurus panggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan persetujuan
Presiden serta menghadiri dam menulis minit mesyuarat tersebut
(e) Mengawal kerja-kerja kakitangan

(f) Atas surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lainnya


denagn teratur

(g) Menjadi Setiausaha kepada Majlis Lembaga Penasihat

(h) Menyimpan daftar ahli

18.5. PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG


(a) Membantu Setiausah Agung menjalakan tugasnya
(b) Memangku jawatan Setiausaha Agung dalam masa ketiadaannya

18.6. BENDAHARI
(a) Menerima dan membayar segala wang bagi pihak 4B
(b) Menyimpan buku kira-kira denagn teratur
(c) Menyediakan dan membentangkan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap
mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agung
(d) Menandatangani segala cek-cek bagi pihak 4B bersama-sama degan
Presiden

18.7. KETUA PENERANGAN


(a) Bertanggungjawab dan keupayaan dalam kegiatan penerangan dan
melaporkan kepada Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi
(b) Mentadbir Jabatan Penerangan di Ibu Pejabat dan menyusun kerja-kerja
Pegawai di dalam Jabatan itu

15
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

18.8. AHLI BIASA MAJLIS KERJA TERTINGGI


Bertanggungjawab membantu Majlis Kerja Tertinggi melaksanakan tugas yang
ditentukan

BAB YANG KESEMBILAN BELAS


SUSUNAN PENTADBIRAN 4B NEGERI

BAB 19 - SUSUNAN DAN PENTADBIRAN 4B NEGERI

19.1. 4B peringkat Negeri hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri


19.2. Penubuhan 4B peringkat Negeri hendaklah dengan persetujuan Majlis Kerja
Tertinggi
19.3. Pentadbiran 4B Negeri adalah di bawah kekuasaan dan arahan Mesyuarat
Perwakilan Tahunan tetapi Mesyuarat Perwakilan Tahunan itu sendiri tertakluk
di bawah Perlembagaan 4B
19.4. Jawatankuasa Kerja Negeri adalah menjadi badan yang menjalankan
pentadbiran hal ehwal 4B Negeri Perwakilan Tahunan dan perintah Mesyuarat
menjalankan sebarang langkah bagi pihak Mesyuarat Perwakilan Tahunan waktu
ketiadaanya, tetapi segala langkah-langkah ini hendaklah selaras dengan
Perlembagaan 4B dan dilaporkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan.

19.5. Tahun kewangan 4B Negeri ialah bermula dari 1 JANUARI dan berakhir pada
31 DISEMBER.

BAB YANG KEDUA PULUH


MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN 4B NEGERI

BAB 20 : MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN 4B NEGERI


20.1 Mesyuarat Perwakilan Tahunan 4B Negeri hendaklah diadakan tiap-tiap tahun
tidak lewat dari 30 JUN. Tetapi dengan kehendak Pengerusi 4B Negeri bolehlah

16
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

didahulukan atau ditangguhkan dengan syarat tidak lewat daripada tarikh


diadakan Perhimpunan Agung Kebangsaan
20.2 Mesyuarat Perwakilan Tahunan terdiri daripada:-
(a) Jawatankuasa Kerja Negeri

(b) Wakil-wakil Kawasan yang dilantik oleh Mesyuarat Perwakilan Tahunan


Kawasan mengikut kadar 2 orang wakil termasuk Pengerusinya bagi tiap-
tiap kawasan dan seorang wakil tambahan tiap-tiap 100 orang ahli biasa
dan tidak melebihi 10 orang wakil yang telah menjelaskan yurannya bagi
tahun itu

(c) Pengerusi Kawasan yang menjadi Jawatankuasa Kerja Negeri berhak


melantik wakilnya dikalangan ahli kawasannya.

(d) Ahli Jawatankuasa 4B Negeri tidak boleh dipilih menjadi wakil Kawasan
akan dengan sendirinya menjadi wakil Kawasan setelah Jawatankuasa
Negeri dibubarkan

(e) Wakil-wakil sahaja boleh mengundi di dalam Mesyuarat Perwakilan


Tahunan, Pengerusi Mesyuarat boleh memutuskan sesuatu apabila undi
terbahagi sama banyak

(f) Pemberitahu untuk Mesyuarat Perwakilan Tahunan, agenda, laporan dan


Penyata Kira-kira 4B yang telah diaudit bagi tahun yang lalu, hendaklah
dihantar kepada setiausaha-setiausaha 4B Kawasan sekurang-kurangnya
21 hari sebelum tarikh mesyuarat. Segala usul-usul dan cadangan
hendaklah disampaikan ke tangan Setiausaha Negeri selewat-lewatnya 15
hari tarikh mesyuarat.

(g) Satu pertiga (1/3) daripada jumlah bilangan Perwakialn yang sepatutnya
hadir adalah menjadi cukup koram

(h) Kiranya tidak cukup korum hendaklah ditangguhkan mesyuarat itu kepada
satu masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Negeri dan jika
kemudiannya korum tidak cukup juga, ahli-ahli yang hadir berkuasa
meminda Perlembagaan ini.

(i) Pembentangan Laporan-laporan daripada Jawatankuasa Kerja Negeri


memutuskan sebarang perkara mengenai 4B Negeri, memilih ahli-ahli
Jawatankuasa Kerja Negeri, Juru audit serta membincang dan
memutuskan perkara-perkara yang terkandung dalam agenda

17
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(j) Setiausaha Negeri hendaklah menyampaikan satu salinan rangka minit


mesyuarat kepada semua Setiausaha-setiausaha 4B Kawsan dan
Setiausaha Agung Kehormat selepas Mesyuarat Perwakilan Tahunan
Negeri dengan Segera.

20.3 Tugas-tugas Mesyuarat Perwakilan Negeri:-


(a) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja

(b) Memilih wakil-wakil Negeri ke Perhimpunan Agung. Wakil-wakil yang


dipilih diluar daripada Perwakilan Negeri atau sebarang pertukaran
selepas itu tidak sah

(c) Membincangkan dasar-dasar 4B untuk dikemukakan dalam perhimpunan


Agung

(d) Mencadangakan calon-calon untuk bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi

(e) Mencadangkan calon-calon untuk bertanding Pengerusi Tetap dan


Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-kira

(f) Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang
Pemeriksa Kira-kira

(g) Membentangkan Laporan Kewangan Tahunan Yang telah diaudit dan


laporan lain daripada Jawatankuasa Kerja Negeri dan memutuskan
sebarang perkara mengenai 4B Negeri

(h) Membincangkan dan memutuskan perkara-perkara yang terkandung


dalam Perlembagaan

(i) Bagi ahli-ahli yang hendak memegang jawatan Negeri hendaklah


mendapat sekurang-kurangnya 2 pencalonan

BAB YANG KEDUA PULUH SATU


MESYUARAT PERWAKILAN LUAR BIASA 4B NEGERI

18
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB 21 - MESYUARAT PERWAKILAN LUAR BIASA 4B NEGERI


21.1 Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa 4B Negeri akan diadakan:-
(i) Dengan permintaan yang bertulis oleh sekurang-kurangnya (2/3)
daripada jumlah Ahli Jawatankuasa Kerja 4B Negeri di semua peringkat
usia; atau
(ii) Dengan permintaan yang bertulis oleh sekurang-kurangnya ½ jumlah
Kawasan bagi Negeri berkenaan yang telah mengadakan Mesyuarat
Perwakilan Tahunan Luar Biasa
21.2 Pemberitahu agenda Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa hendaklah disampaikan
kepada Jawatankuasa 4B kawasan 15 hari sebelum tarikh mesyuarat itu. Perkara
yang ada dalam agenda sahaja yang boleh dibincangkan dalam Mesyuarat
Perwakilan

21.3 BAB 20 ceraian 20.2 (g) dan (h) adalah dipakai untuk menjalankan Mesyuarat
Pewakilan Tahunan Luar Buasa akan tetapi jika ditangguhkan mengikut ceraian
(h) di atas koram tidak juga cukup maka mesyuarat hendaklah dibatalkan
21.4 Setiausaha Negeri hendaklah menyampaikan kepada Setiausaha 4B Kawasan
satu salinan rangka minit mesyuarat Perwakilan Luar Biasa dengan segera
selesai mesyuarat itu.

BAB YANG KEDUA PULUH DUA


JAWATANKUASA KERJA NEGERI

BAB 22 - JAWATANKUASA KERJA NEGERI


22.1 Jawatankuasa Kerja 4B Negeri adalah badan yang menjalankan dasar,
pentadbiran dan hal ehwal 4B Negeri di bawah perintah Mesyuarat Perwakilan
Tahunan

22.2 Jawatankuasa Kerja Negeri adalah mengandungi:-

(a) Pengerusi
(b) Timbalan Pengerusi
(c) 2 Naib Pengerusi
(d) Naib Pengerusi Wanita
(e) Naib Pengerusi Remaja
(had umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan)
(f) Setiausaha

19
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(g) Penolong Setiausaha


(h) Bendahari
(i) Ketua Penerangan
(j) Ahli-ahli Biasa Jawatankuasa Negeri yang Terdiri daripada:-
(i) Pengerusi Kawasan. Jika Pengerusi memegang Jawatan sebagai
Ahli Jawatankuasa Kerja maka akan diganti oleh Timbalannya
(ii) 7 orang yang dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan
(iii) Tidal lebih daripada 5 orang yang dilantik oleh Pengerusi
22.3 Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Negeri akan memegang jawatan selama 3 tahun
22.4 Setiausaha dan Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan 3 orang
Ahli Jawatankuasa dilantik oleh Pengerusi Negeri selama Jawawatankuasa Kerja
kecuali ia minta berhenti atau diberhentikan
22.5 Jawatankuas Kerja Negeri hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua
bulan sekali

22.6 Satu pertiga (1/3) daripada ahli-ahlinya hadir cukup koram

22.7 Jika Pengerusi, Timbalan dan Naib-Naib Pengerusi tidak hadir dalam mesyuarat
maka Ahli-ahli Jawatankuasa yang hadir bolehlah memilih salah seorang
daripada mereka menjadi Penegerusi mesyuarat
22.8 Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri diuruskan oelh Setiausaha atas
arahan dan persetujuan Pengerusi atau permintaan bertulis sekurang-kurangnya
satu perdua daripada bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa
22.9 Apabila sesuatu perkara yang berkehendakan keputusan Jawatankuasa Kerja
Negeri dengan serta merta dan tidak diadakan mesyuarat, maka bolehlah
Setiausaha dengan persetujuan Pengerusi mendapatkan keputusan dengan
surat pekeliling kepada Ahli-ahli Jawatankuasa dan dicatatkan segala keputusan
dalam minit Mesyuarat yang berikut
22.10 Seseorang yang akan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Negeri hendaklah
telah menjadi ahli sekurang-kurangnya selama satu tahun

20
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB YANG KEDUA PULUH TIGA


KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA 4B NEGERI

BAB 23 - KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA 4B NEGERI


Kewajipan-kewajipan dan kuasa Jawatankuasa Kerja 4B Negeri adalah seperti berikut:-
23.1 Berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil untuk mengemaskan perjalanan 4B
Negeri
23.2 Membentuk asas, dasar dan rancangan dalam perlaksanaan BAB 6 dalam
Perlembagaan 4B
23.3 Mengiktiraf penubuhan 4B Kawasan dan menyesuaikan perjalanannya mengikut
Perlembagaan memerhati serta mengawal perjalanan 4B Kawasan
23.4 Membentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan satu laporan lengkap
bagi menerangkan perjalanan 4B Negeri termasuk maju mundur, kekuatan dan
kelemahan serta Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan
23.5 Jawatankuasa Kerja 4B Negeri berkuasa mengantungkan keahlian 4B Kawasan
23.6 Menyeesaikan perselisihan yang berbangkit di kalangan Persatuan dan
memutuskan segala rayuan samada daripada ahli-ahli atau Ahli Jawatankuasa
setelah diminta oleh 4B Kawasan
23.7 Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan atau
pertubuhan-pertubuhan lain atas hal-hal yang sesuai dengan Perlembagaan 4B
23.8 Memilih ahli-ahli bagi mewakili 4B di dalam sebarang kumpulan atau jemaah
atau Majlis Mesyuarat dan sebagainya

23.9 Mengadakan Mesyuarat Perwakilan 4B Kawasan atau Cawangan

BAB YANG KESUA PULUH EMPAT


TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA 4B NEGERI

BAB 24 : TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA 4B NEGERI


Tugas-tugas Pegawai-pegawai Jawatankuasa Kerja 4B Negeri adalah seperti berikut:-
24.1 PENGERUSI

21
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(a) Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri


(b) Menandatangani cek-cek 4B Negeri bersama sama dengan Bendahari
(c) Mengawasi segala pentadbiran dan perjalanan 4B Negeri
(d) Melantik dan mengugurkan Setiausaha dan Penolong Setiausaha,
Bendahari, Ketua Penerangan dan 3 orang Ahli Biasa Jawatankuasa
Negeri
(e) Mewakili Jawatankuasa 4B Negeri dalam Lembaga Penasihat

24.2 TIMBALAN PENGERUSI


(a) Akan memangku tugas Pengerusi dalam masa ketiadaannya

24.3 NAIB PENGERUSI

(a) Memangku tugas-tugas Pengerusi dalam masa ketiadaan Pengerusi dan


Timbalan Pengerusi
(b) Mempengerusikan Mesyuarat Perwakilan Jawatankuasa Kerja Negeri
apabila Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir

24.4. SETIAUSAHA

Setiausaha adalah bertanggungjawab:-

(a) Secara langsung kepada Pengerusi


(b) Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan yang dijalankan
berhubung dengan pentadbiran pejabat
(c) Mendapat persetujuan daripada Pengerusi berkenaan dengan
pengambilan Pegawai dan anggota-anggota pejabat dan juga atas
perberhentian mereka itu
(d) Menguruskan panggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan
persetujuan Pengerusi serta menghadiri dan menulis Minit Mesyuarat
tersebut
(e) Mengawasi kerja-kerja kakitangan
(f) Atas surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lain
dengan teratur.
(g) Sebagai Setiausaha kepada Majlis Lembaga Penasihat

22
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(h) Menyimpan daftar ahli


(i) Mengadakan pejabat yang mana hendaklah ditempatkan di pusat
pentadbiran Negeri atau di mana-mana yang ditentukan oleh Ahli
Jaawatankuasa Kerja 4B Negeri, dan melaporkan kepada Setiausaha
Agung alamat pejabat tersebut

24.5. PENOLONG SETIAUSAHA


(a) Penolong Setiausaha adalah bertanggungjawab membantu setiausaha
menjalankan tugas-tugasnya
(b) Memangku jawatan Setiausaha semasa ketiadaanya

24.6. BENDAHARI
(a) Bertanggungjawab menerima dan membayar segala wang bagi pihak 4B
Negeri
(b) Menyimpan buku kira-kira dengan teratur
(c) Menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa
Kerja Negeri dan Mesyuarat Perwakilan Tahunan.
(d) Menandatangani segala cek-cek bagi pihak 4B Negeri bersama-sama
dengan Pengerusi

24.7. KETUA PENERANGAN


(a) Menjalankan tugas Penerangan di Peringkat Negeri
(b) Malaporkan kepada Pengerusi tugas-tugas tersebut

24.8. AHLI-AHLI BIASA JAWATANKUASA NEGERI


Bertanggungjawab melaksanakan tugas yang ditentukan

23
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB YANG KEDUA PULUH LIMA


SUSUNAN DAN PENTADBIRAN 4B KAWASAN

BAB 25 - SUSUNAN DAN PENTADBIRAN 4B KAWASAN

25.1 4B Kawasan hendaklah ditubuhkan di setiap Kawasan Pilihan Raya Dewan


Undangan Rakyat

25.2 Tahun Kewangan 4B Kawasan ialah bermula daripada 1 JANUARI dan berakhir
pada 31 DISEMBER

25.3 Penubuhan 4B Kawasan hendaklah dengan persetujuan dan diiktiraf oleh Majlis
Kerja Tertinggi

25.4 Setiap Kawasan dan Jajahan dan Kawasan Kecil hendaklah mengandungi
sekurang-kurangnya 5 Cawangan 4B

BAB YANG KEDUA PULUH ENAM


MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN 4B KAWASAN

BAB 26 – MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN 4B KAWASAN

26.1. Mesyuarat Perwakilan Tahunan 4B Kawasan hendaklah diadakan pada tiap-tiap


tahun tidak lewat dari 20 April, tetapi dengan kehendak Pengerusi 4B Kawasan
bolehlah didahulukan atau ditangguhkan dengan syarat tidak lewat daripada
tarikh diadakan Mesyuarat Perwakilan Negeri.

26.2. Mesyuarat Perwakilan Tahunan 4B Kawasan terdiri daripada:

24
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(a) Jawatankuasa Kerja Kawasan

(b) Wakil-wakil Cawangan yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan


Cawangan mengikut kadar 2 orang termasuk ketua Cawangan bagi 30
orang ahli biasa cawangan yang pertama dan seorang wakil tambahan
bagi tiap-tiap ahli biasa selebihnya dan tidak melebihi 10 orang wakil bagi
sesuatu cawangan yang telah menjelaskan yurannya.

(c) Ketua Cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan berhak
melantik gantinya dikalangan ahli-ahli cawangannya.

26.3. Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan tidak boleh dipilih menjadi wakil
cawangan akan dengan sendirinya menjadi wakil cawangan masing-masing
setelah Jawatankuasa Kerja Kawasan dibubarkan

26.4. Wakil-wakil sahaja boleh mengundi. Pengerusi mesyuarat boleh memutuskan


sesuatu apabila undi terbahagi sama banyak.

26.5. Pemberutahu Mesyuarat Perwakilan Tahunan, Agenda, Laporan dan Penyata


Kira-kira 4B Kawasan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu hendaklah dihantar
kepada Setiausaha Cawangan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh
mesyuarat perwakilan tahunan itu diadakan, segala usul-usul dan cadangan-
cadangan hendaklah sampai ke tangan Setiausaha 4B Kawasan selewat-
lewatnya 7 hari sebelum mesyuarat perwakilan tahunan diadakan.

26.6. Satu perdua (1/2) dari jumlah wakil-wakil cawangan yang sepatutnya hadir
adalah cukup koram.

26.7. Kiranya tidak cukup koram hendaklah ditangguhkan Mesyuarat Perwakilan


Tahunan itu kepada satu masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja
Kawasan dan jika kemudian koram tidak juga cukup, wakil-wakil yang hadir
berkuasa menjalankan mesyuarat tersebut.

26.8. Membentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan laporan-laporan


daripada Jawatankuasa Kerja Kawasan memutuskan sebarang perkara
mengenai 4B Kawasan, melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan Juru Audit serta
membincangkan dan memutuskan perkara-perkara lain yang terkandung dalam
agenda.

25
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

26.9. Setiausaha 4B Kawasan hendaklah menyampaikan satu salinan rangka minit


Mesyuarat Perwakilan Tahunan kepada setiausaha-setiausaha cawangan dan
setiausaha negeri selepas mesyuarat perwakilan tahunan dengan kadar segera.

BAB YANG KEDUA PULUH TUJUH


TUGAS-TUGAS MESYUARAT PERWAKILAN KAWASAN

BAB 27 – TUGAS-TUGAS MESYUARAT PERWAKILAN KAWASAN

27.1 Memilih Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan


27.2 Memilih wakil-wakil Kawasan ke Mesyuarat Perwakilan Negeri. Wakil-wakil yang
dipilih diluar Mesyuarat Perwakilan Kawasan atau sebarang pertukaran selepas
itu tidak sah
27.3 Membincangkan dasar-dasar 4B untuk dikemukakan dalam Mesyuarat
Perwakilan Negeri
27.4 Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Negeri
27.5 Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-
kira
27.6 Mencadangkan calon-calon yang bertanding untuk menjadi Pengerusi Tetap,
Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 Pemeriksa Kira-kira peringkat Negeri
27.7 Bagi Ahli-ahli yang hendak memegang Jawatankuasa Kerja Kawasan hendaklah
mendapat sekurang-kurangnya 2 pencalonan

26
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB YANG KEDUA PULUH LAPAN


MESYUARAT PERWAKILAN LUAR BIASA 4B KAWASAN

BAB 28 - MESYUARAT PERWAKILAN LUAR BIASA 4B KAWASAN

28.1 Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa 4B Kawasan yang sama seperti Mesyuarat
Perwakilan Tahunan 4B Kawasan bolehlah diadakan pada bila-bila masa
mengikut satu dari syarat-syarat berikut:

(a) Dengan permintaan bertulis 2/3 Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan


menyatakan sebab perlunya Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa diadakan

(b) Dengan permintaan bertulis dari sekurang-kurangnya 5 cawangan


menyatakan sebab perlunya Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa diadakan

(c) Dengan permintaan bertulis dari sekurang-kurangnya 2/3 daripada


jumlah Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan

28.2 Pemberitahu agenda Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa Kawasan hendaklah


dihantarkan kepada Setiausaha Cawangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja
Kawasan 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara yang ada dalam agenda
sahaja yang boleh dibincangkan dalam mesyuarat

28.3 BAB 26 ceraian 26.6 dan 26.7 dipakai dan jika tidak cukup korum juga setelah
ditangguhkan mesyuarat itu dibawah BAB 26 pecahan 26.7 maka mesyuarat ini
hendaklah dibatalkan

28.4 Satu salinan rangka minit Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa Kawasan hendaklah
disampaikan kepada Setiausaha Cawangan dan Setiausaha Negeri dengan
segera setelah selesai mesyuarat

BAB YANG KEDUA PULUH SEMBILAN


JAWATANKUASA KERJA KAWASAN

BAB 29 - JAWATANKUASA KERJA KAWASAN

29.1 Jawatankuasa Kerja Kawasan adalah badan yang menjalankan pentadbiran


Kawasan di bawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Perwakilan Kawasan dan
tertakluk kepada Perlembagaan 4B.

29.2 Jawatankuasa Kerja Kawasan Mengandungi:-


(a) Pengerusi

27
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(b) Timbalan Pengerusi


(c) Naib Pengerusi Wanita
(d) Ketua Pengerusi Remaja
(had umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan)

(e) Setiausaha
(f) Penolong Setiausaha
(g) Bendahari
(h) Ketua Penerangan

(i) Ahli-ahli Biasa Jawatankuasa Kerja Kawasan yang terdiri daripada


(i) Tidak lebih dari 10 orang ahli yang dipilih oleh Mesyuarat

(ii) Tidak melebihi daripada 5 orang ahli yang dilantik oleh Pengerusi
Kawasan
29.3 Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan 5 orang ahli
Jawatankuasa Kerja hendaklah dilantik oleh Pengerusi Kawasan selama 3 tahun
melainkan ia minta berhenti atau diberhentikan
29.4 Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan akan memegang jawatan selama 3 tahun
29.5 Satu pertiga (1/3) Ahli Jawatankuasanya hadir adalah cukup korum
29.6 Jika Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Naib Pengerusi tidak hadir dalam
mesyuarat, maka ahli-ahli Jawatankuasa yang hadir bolehlah memilih salah
seorang daripada mereka menjadi Pengerusi Mesyuarat
29.7 Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kawasan akan diuruskan oleh
Setiausaha atas arahan dan persetujuan Pengerusi atau permintaan bertulis
sekurang-kurangnya satu perdua daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja
Kawasan

29.8 Apabila sesuatu perkara yang berkehendakan keputusan Jawatankuasa Kerja


Kawasan dengan serta merta dan tidak dapat diadakan mesyuarat, maka
mendaptkan keputusan dengan surat pekeliling kepada Ahli-ahli Jawatankuasa
dan dicatatkan segala keputusan dalam minit mesyuarat yang berikut.

BAB YANG KETIGA PULUH


KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA KAWASAN

28
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB 30 - KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA KAWASAN


Kewajipan dan kuasa jawatankuasa Kerja Kawasan adalah seperti berikut:
30.1 Berkuasa melantik Jawatankuasa Kerja Kawasan untuk mengemaskan
perjalanan 4B Kawasan
30.2 Membentuk asas, dasar dan rancangan dalam melaksanakan BAB 6
Perlembagaan 4B
30.3 Berikhtiar menolong menubuhkan Cawangan 4B dan menyesuaikan perjalannya
mengikut Perlembagaan 4B dan memerhati serta mengawal perjalanan
Cawangan yang ada di dalam Kawasan itu.
30.4 Membentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan satu laporan lengkap
bagi menerangkan perjalanan 4B Kawasan termasuk maju mundurnya, kekuatan
dan kelemahan serta Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh
Juru Audit Dalam
30.5 Akan memberikan nasihat kepada mana-mana Cawangan dalam Kawasan ini,
yang berbangkit perselisihan faham dikalangan ahli-ahli Biasa ataupun
Jawatankuasa Kerja Cawangan itu.
30.6 Menimbang dan memutuskan segala rayuan dan permohonan daripada
Persatuan yang telah dimajukan kepada Setiausaha Kehormat 4B Kawasan
30.7 Segala rayuan dan permohonan daripada ahli yang telah dimajukan kepada
Setiausaha 4B Kawasan hendaklah diangkat kepada Majlis Kerja Tertinggi untuk
diputuskan

BAB YANG KETIGA PULUH SATU


TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA KAWASAN

BAB 31 - TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA KAWASAN

31.1 PENGERUSI
(a) Melantik dan mengugurkan Setiausaha dan Penolong Setiausaha,
Bendahari, Ketua Pengerangan dan 5 orang Ahli Jawatankuasa
(b) Bertanggungjawab ke atas semua pegawai-pegawai dan Ahli-ahli
Jawatankuasa Kerja Kawasan
(c) Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kawasan

29
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(d) Menandatangani cek-cek 4B Kawasan bersama-sama dengan Bendahari

31.2 TIMBALAN PENGERUSI


(a) Membantu Pengerusi menjalankan tugas-tugasnya

(b) Memangku tugas-tugas Pengerusi dalam masa ketiadaannya

31.3. SETIAUSAHA
Setiausaha adalah bertanggungjawab:-
(a) Secara langsung kepada Pengerusi

(b) Atas surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lain


dengan teratur

(c) Menguruskan penggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan


persetujuan Pengerusi serta menghadiri dan menulis Minit Mesyuarat
tersebut
(c) Menyimpan daftar Ahli
(d) Mendapatkan persetujuan daripada Pengerusi berkenaan dengan
pengambilan Pegawai-pegawai dan juga atas perberhentian mereka itu
(e) Mengawasi kerja-kerja kakitangan
(f) Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Penasihat
(g) Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan yang dijalankan
berhubung dengan pentadbiran Kawsan

(h) Mengadakan pejabat mana hendaklah ditempatkan di pusat pentadbiran


Kawasan atau mana-mana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja
Kawasan dan melaporkan kepada Setiausaha Negeri alamat pejabat
tersebut.

31.4. PENOLONG SETIUASAHA


(a) Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugasnya.

(b) Memmangku jawatan Setiausaha semasa ketiadaannya

31.5. BENDAHARI

30
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(a) Bertanggungjawab menerima dan membayar segala wang bagi pihak 4B


Cawangan
(b) Menyimpan buku kira-kira dengan baik dan teratur
(c) Menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa
dan Mesyuarat Perwakilan

(d) Menandatangani segala cek-cek bagi pihak bersama dengan Pengerusi

31.6. KETUA PENERANGAN

(a) Menjalankan tugas-tugas penerangan di peringkat Kawasan

(b) Melaporkan kepada Kawasan tentang tugas-tugas tersebut

31.7. AHLI-AHLI BIASA JAWATANKUASA KERJA


Bertanggungjawab membnatu Jawatankuasa Kerja Kawasan melaksanakan
tugas yang ditentukan

BAB YANG KETIGA PULUH DUA


SUSUNAN PENTADBIRAN CAWANGAN 4B

BAB 32 - SUSUNANA PENTADBIRAN CAWANGAN 4B


32.1 Sebuah Cawangan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 30 Ahli Biasa.
32.2 Cawangan boleh ditubuhkan dengan kelulusan Majlis Kerja Tertinggi
32.3 Penubuhan Cawangan adalah dikelolakan oleh 4B Kawasan yang berkenaan
32.4 Perjalanan Cawangan adalah dibawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Agung
Cawangan dan tertakluk kepada Perlembagaan 4B
32.5 Tahun Kewangan 4B Cawangan ialah bermula darpada 1hb Januari dan berakhir
pada 31hb.Disember

31
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB YANG KETIGA PULUH TIGA


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN 4B

BAB 33 - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN 4B


33.1 Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan 4B hendaklah diadakan tiap-tiap tahun
tidak lewat daripada 31 Mac. Tetapi dengan kehendak Ketua bolehlah
didahulukan atau ditangguhkan dengan syarat tidak lewat daripada tarikh
diadakan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Kawasan
33.2 Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan terdiri dari semua Ahli-ahli Biasa
Cawangan 4B
33.3 Pemberitahu untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan, Agenda, Laporan dan
Penyata Kira-kira Cawangan yang telah di audit bagi tahun yang lalu kepada
semua ahli-ahli Cawangan sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh
mesyuarat. Segala usul-usul disampaikan ke tangan Setiausaha Cawangan
Selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh mesyuarat

33.4 Stu pertiga (1/3) daripada Ahli-ahli Biasa Cawangan adalah cukup korum

33.5 Kiranya tidak cukup korum hendaklah ditangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan
Cawangan itu kepada satu masa yang akan ditetapkan oleh Jawantankuasa
Cawangan dan jika kemudiannya korum tidak juga cukup, maka ahli-ahli yang
hadir berkuasa menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan tetapi tidak berkuasa
membuat keputusan mengenai rancangan-rancangan untuk Cawangan.

BAB YANG KETIGA PULUH EMPAT


TUGAS-TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN 4B

BAB 34 - TUGAS-TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN 4B

34.1 Membincangkan dasar 4B untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Tahunan


Kawasan

34.2 Mengkaji kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Cawangan

34.3 Mengadakan rancangan-rancangan kerja untuk faedah ahli

34.4 Memilih Ahli Jawatankuasa Kerja Cawangan

32
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

34.5 Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-
kira

34.6 Memilih wakil-wakil Cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Kawasan. Wakil-wakil


yang dipilih di luar Mesyuarat Agung Cawangan atau sebarang pertukaran
selepas itu tidak sah

34.7 Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja


Kawasan

34.8 Bagi ahli-ahli yang hendak memegang Jawatankuasa Kerja Kawasan hendaklah
mendapatkan sekurang-kurangnya 2 pencalonan

BAB YANG KETIGA PULUH LIMA


MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA CAWANGAN 4B

BAB 35 - MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA CAWANGAN 4B

35.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan 4B bolehlah diadakan dengan salah satu
syarat yang berikut:

(a) Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kerja Cawangan

(b) Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua dari


Ahli-ahli Cawangan dan mesti diadakan dalam tempoh 7 hari selepas
diterima permintaan tersebut. Permintaan tersebut hendaklah
menyatakan sebab perlunya Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan

(c) Dengan kehendak Ketua Cawangan

(d) Dengan kehendak Jawatankuasa Kerja Kawasan


BAB YANG KETIHA PULUH ENAM
JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN

BAB 36 - JAWATAN KUASA KERJA CAWANGAN 4B

36.1 Jawatankuasa Kerja Cawangan adalah badan yang menjalankan pentadbiran


Cawangan di bawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Agung Tahunan
Cawangan dan tertakhluk kepada Perlembagaan 4B

36.2 Jawatankuasa Kerja Cawangan mengandungi:-

33
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(a) Ketua
(b) Naib Ketua
(c) Naib Ketua Wanita
(d) Naib Ketua Remaja
( had umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan)
(e) Setiausaha
(f) Penolong Setiausaha
(g) Bendahari
(i) Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa yeng terdiri daripada:-
(i) Tidak lebih dari 7 orang ahli yang dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan
Tahunan Cawangan
(ii) Tidak lebih dari 3 oarang ahli yang dilantik oleh Ketua Cawangan
dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Cawangan
36.3 Setiausaha, Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah dilantik oleh Ketua
Cawangan dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Cawangan
36.4 Ketua, Naib Ketua dan Bendahari hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung
Tahunan Cawangan

36.5 Satu pertiga (1/3) daripada Ahli-ahli Biasa hadir adalah cukup korum

36.6 Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Cawangan akan jawatan selama 3 tahun

BAB YANG KETIGA PULUH TUJUH


KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN

BAB 37 - KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN


Kewajipan dan Kuasa Jawatankuasa Kerja Cawanagn adalah seperti berikut:-
37.1 Berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil untuk mengemaskan perjalanan
Cawangan

34
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

37.2 Melaksanankan dasar dan rancangan 4B


37.3 Menyesuaikan perjalanannya mengikut Perlembagaan 4B dan memerhati serta
mengawal Perjalanan Cawangan
37.4 Memebentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan satu laporan lengkap
bagi menerangkan perjalanan Cawangan termasuk maju mundurnya, kekuatan
dan kelemahan serta Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh
Juru Audit Dalam
37.5 Berkuasa mengantungkan keahlian seorang ahli Cawangan itu

BAB YANG KETIGA PILUH LAPAN


TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN

BAB 38 - TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN

38.1 KETUA
(a) Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kerja Kawasan dan Negeri atas
kesempurnaan Cawangan

(b) Bertanggungjawab atas semua Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Cawangan

(c) Menandatangani cek-cek Persatuan bersama-sama Bendahari

(d) Mempengerusikan semua Mesyuarat Cawangan

38.2 NAIB KETUA

(a) Membantu Ketua menjalankan tugas-tugasnya


(b) Memangku tugas-tugas Ketua dalam masa ketiadaannya

38.3 NAIB KETUA WANITA


Bertanggungjawab kepada Jawatankuas Kerja Cawangan dalam semua urusan
dan kegiatan-kegiatan ahli-ahli wanita di peringkat Cawangan.

38.4. NAIB KETUA REMAJA

35
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(a) Membantu tugas-tugas Ketua

(b) Bertanggungjawab kepada program-program belia

38.5. SETIAUSAHA
Setiausaha adalah bertanggungjawab:-
(a) Secara langsung kepada ketua
(b) Melaporkan kepada Ketua segala tindakan yang dijalankan berhubung
dengan pejabat
(c) Mendapat persetujuan daripada Ketua berkenaan dengan pengambilan
pegawai-pegawi dan anggota-anggota pejabat dan juga atas
perberhentian mereka

(d) Menguruskan panggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan


persetujuan Ketua serta menghadiri dan menulis minit mesyuarat tersebut
(e) Mengawasi kerja-kerja kakitangan
(f) Atas surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lain dengan
teratur

(h) Menyimpan daftar ahli


(i) Mengadakan pejabat yang mana hendaklah ditemoatkan di mana-mana
yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja 4B Cawangan dan melaporkan
kepada Setiausaha Kawasan alamat tersebut.

38.6. PENOLONG SETIAUSAHA


(a) Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugasnya
(b) Memangku jawatan Setiausaha semua ketiadaannya

38.7. BENDAHARI

(a) Bertanggungjawab menerima dan membayar segala wang bagi pihak


Cawangan

36
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

(b) Menyimpan buku kira-kira dengan baik dan teratur


(c) Menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa
Kerja dan Mesyuarat Perwakilan
(d) Menandatangani segala cek-cek bagi pihak Cawangan bersama-sama
dengan Ketua

38.8. KETUA PENERANGAN


(a) Menjalankan tugas-tugas penerangan di peringkat Cawanga
(b) Melaporkan kepada Cawangan tentang tugas-tugas tersebut

38.9. AHLI-AHLI JAWATANKUASA BIASA


Bertanggungjawab membantu Jawatankuasa Kerja 4B Cawangan melaksanakan
tugas yang ditentukan.

BAB YANG KETIGA PULUH SEMBILAN


PEMEGANG AMANAH DAN HARTA BENDA

BAB 39 - PEMEGANG AMANAH DAN HARTA BENDA


39.1. Tertakluk kepada BAB 39.3, 4B peringkat Kebangsaan, Negeri, Kawasan dan
Cawangan bolehlah memiliki tanah, banggunan dan lain-lain harta benda serta
bolehlah membeli, meminjam, mencagarkan dan memindah milik harta benda
dengan jalan yang sah. Semua tanah, bangunan dan lain-lain harta benda
kecuali wang dalam bank bolehlah diamanahkan kepada Badan Pemegang
Amanah.

39.2. Pemegang-pemegang Amanah hendaklah terdiri daripada :-


(a) Presiden / Pengerusi / Ketua
(b) Setiausaha Agung / Setiausaha Negeri, Kawasan dan Cawangan
(c) Bendahari Agung / Bendahari Negeri, Kawasan dan Cawangan

39.3. Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan
tanah, bangunan dan lain-lain harta benda itu
39.4. Negeri adalah berhak atas tanah bangunan dan lain-lain harta benda sesebuah
Cawangan atau Kawasan yang dibubarkan

37
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

39.5. Kebangsaan adalah berhak atas tanah, bangunan dan lain-lain harta benda 4B
Negeri yang dibubarkan
39.6. Jawatankuasa sesebuah Negeri, Kawasan dan Cawangan berkuasa membuat
peraturan-peraturan yang selaras dengan Perlembagaan dengan harta benda
masing-masing

BAB YANG KEEMPAT PULUH


LEMBAGA PENASIHAT

BAB 40 - LEMBAGA PENASIHAT


40.1 Semua peringkat 4B mampunyai Lembaga Penasihat masing-masing yang
dilantik oelh Jawatankuasa peringkat masing-masing
40.2 Lembaga Penasihat hendaklah menasihatkan 4B mengenai segala perkara yang
dirujukkan kepadanya
40.3 Ahli-ahli Lembaga Penasihat hendaklah berkhidmat selama 2 tahun
40.4 Setiausaha Agung, Setiausaha Negeri, Kawasan dan Cawangan adalah menjadi
Setiausaha kepada Lembaga Penasihat peringkat masing-masing
40.5 Lembaga Penasihat 4B adalah mengandungi Presiden / Pengerusi / Ketua 4B
dan tidak lebih dari sepuluh (10) orang
40.6 Mesyuarat Lembaga Penasihat tidak memerlukan korum.

BAB YANG KEEMPAT PULUH SATU


DISIPLIN 4B

BAB 41 : DISIPLIN 4B

41.1 Tindakan dispilin boleh diambil di atas ahli yang melanggar tanggungjawab yang
terkandung dalam BAB 11 Perlembagaan ini
41.2 Jawatankuasa di peringkat Kebangsaan, Negeri, Kawasan dan Cawangan
bolehlah melaporkan ahli-ahli yang didapati melanggar disiplin 4B kepada
Jawatankuasa Disiplin 4B Kebangsaan untuk tindakan yang sewajarnya

38
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

41.3 Ahli-ahli 4B yang melanggar disiplin 4B boleh:


(a) Diberi amaran
(b) Digantung hak-haknya di dalam 4B
(c) Dipecat

41.4 Seseorang ahli yang tidak puas hati dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin 4B
Negeri bolehlah merayu kepada Jawatankuasa Disipilin 4B Kebangsaan dan
keputusan Jawatankuasa Disiplin 4B Kebangsaan adalah muktamad

41.5 Majlis Kerja Kerja Tertinggi berhak mengadakan peraturan-peraturan dengan


disiplin dalam 4B

BAB YANG KEEMPAT PULUH DUA


KAD PENGENALAN AHLI

BAB 42 – KAD PENGENALAN AHLI

42.1. Tiap-tiap seorang hendaklah mempunyai sekeping kad pengenalan


42.2. Kad-kad pengenalan ahli itu hanyalah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung

42.3. Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat peraturan berkenaan dengan


sebarang perkara yang berkaitan dengan kad pengenalan ahli itu

BAB YANG KEEMPAT PULUH TIGA


PUNCA PENDAPATAN

BAB 43 – PUNCA PENDAPATAN

43.1. Kewangan 4B adalah diperolehi daripada


(a) Yuran

(b) Derma-derma

(c) Ikhtiar-ikhtiar lain yang dipersetujukan oleh Majlis Kerja Tertinggi, Negeri,
Kawasan dan Cawangan

39
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

43.2. Tahun Kewangan 4B Kebangsaan ialaha 1 JANUARI hingga 31 DISEMBER

43.3. Setiausaha Cawangan, Kawasan dan Negeri hendaklah menghantarkan kepada


Setiausaha Agung, Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Imbangan Kira-kira
bagi tahun kewangan yang diperiksa dan disahkan

BAB YANG KEEMPAT PULUH EMPAT


YURAN 4B

BAB 44 – YURAN 4B
44.1. Yuran Ahli Biasa adalah seperti yang berikut:-
(a) Bayaran Masuk RM 1.00
(b) Yuran Tahunan RM 1.00

44.2 Yuran Ahli Muda adalah adalah seperti berikur:

(a) Bayaran masuk RM 0.50

(b) Yuran Tahunan RM 0.50

44.3. Ahli Kehormat tidak dikenakan yuran masuk atau yuran yuran tahunan
44.4. Semua yuran tahunan hendaklah dijelaskan tiap-tiap tahun
44.5. Seseorang ahli yang tertunggak yuranya untuk 6 bulan akan terhenti menjadi
ahli dan akan hilang segala haknya dalam 4B dan namanya akan dipotong dari
daftar ahli.

44.6. Seseorang yang terhenti dari menjadi ahli kerana tunggak yuran bolehlah
memohon semula menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini dengan syarat
pemohon menjelaskan segala tunggakan yuran
44.7. Yuran yang dimaksudkan dalam Pasal 45.1 adalah dikira mengikut tahun
kewangan

40
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB YANG KEEMPAT PULUH LIMA


CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG 4B

BAB 45 - CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG 4B


45.1. Segala kewangan 4B bolehlah dibelanjakan untuk perkara-perkara yang berikut:-
(a) Bayaran dan perbelanjaan pentadbiran yang dipersetujukan oelh Majlis
Kerja Tertinggi, Negeri, Kawsan dan Cawangan
(b) Bayaran mencetak, menerbit dan mengedar sebarang surat berita, majalah
dan lain-lain penerbitan yang diterbitkan oleh 4B untuk melaksanakan dan
menjayakan tujuan-tujuannya
(c) Bayaran gaji, imbuhan dan perbelanjaan kepada pegawi-pegawai 4B
(d) Bayaran yuran-yuran yang sah yang telah dipersetujukan dalam Mesyuarat
Agung
(e) Menyewa, membeli atau mendirikan rumah / banggunan untuk urusan 4B
(f) Membiayai segala rancangan-rancangan yang selaras dengan tujuan-
tujuan 4B.

45.2. Semua kewangan yang lebih daripada jumlah yang dibenarkan dimasukkan ke
dalam bank yang diluluskan oleh Majlis Kerja Tertinggi, Negeri, Kawasan dan
Cawangan tidak lewat dan 7 hari adanya kelebihan itu.

45.3. Bendahari desemua peringkat 4B hendaklah memegang wang tunai


sebagaimana berikut:-
(a) 4B Kebangsaan RM 1,000.00
(b) 4B Negeri RM 500.00
(c) 4B Kawasan RM 300.00
(d) 4B Cawangan RM 100.00
dan tidak boleh membelanjakan dari yang dinyatakan di atas pada suatu masa
tanpa kebenaran Jawatankuasa mereka

41
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

45.4. Ahli-ahli Jawatnkuasa dan Ahli-ahli 4B boleh memeriksa buku-buku kewangan


dan daftar ahli pada bila-bila masa yang munasabah dengan syarat membuat
permintaan terlebih dahulu
45.5. Semua harta 4B akan dimiliki atas nama Pemegang Amanah bersama-sama
Kewangan 4B yang tidak dikehendaki untuk urusan pentadbiran dan kegiatan
boleh digunakan untuk menanam modal dalam Jaminan Amanah (trustee
Securities) dengan syarat Jawatankuasa berkuasa itu digunakan untuk menanam
modal dalam sebarang jaminan yang dipersetujui. Wang yang dipermodalkan itu
hendaklah dipermodalkan lagi atas nama Pemegang Amanah dan mereka itu
akan memegang bagi pihak 4B

45.6. Yuran yang ditetapkan menurut 44.1 di atas dalam BAB 44 bolehlah dibahagikan
dan diuntukkan sebanyak yang dipersetujukan oleh Majlis Kerja Tertinggi bagi
penggunaan Negeri, Kawasan dan Cawangan
45.7. Tiap-tiap ahli hendaklah membayar kepada Pejabat Setiausaha Agung suatu
bayaran yuran pada tiap-tiap tahun sebanyak yang ditetapkan oleh Majlis Kerja
Tertinggi dan satu masa ke satu masa
45.8. Jika sesuatu ahli tiada menjelaskan yuran tahunannya dengan tiada sebab yang
munasabab maka tidaklah ia diktirafkan menjadi ahli
45.9. Tahun yuran yang dimaksudkan dalam BAB 44 seraian 44.1 dan 44.2 adalah
dikira mengikut tahun kewangan
45.10. 4B Kebangsaan adalah berhak di atas semua wang tunai di tangan ataupun wang
simpanan dalam Bank dalam mana-mana Badan Kewangan bagi sesebuah 4B
Negeri yang telah dibubarkan.
45.11. Jawatankuasa 4B Negeri adalah berhak di atas semua wang tunai di tangan
ataupun wang simpanan dalam Bank dalam mana-mana Badan Kewangan bagi
sesebuah Kawasan atau Cawangan yang telah dibubarkan.
45.12. Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan
4B bagi semua peringkat.

BAB YANG KEEMPAT PULUH ENAM


JURU AUDIT DALAM

BAB 46 - JURU AUDIT DALAM


46.1 4B peringkat Kebangsaan, Negeri, Kawsan dan Cawanagn hendaklah melantik 2
orang Juru Audit Dalam yang bukan terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa

42
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

untuk memeriksa kira-kira masing-masing pada penghujung tiap-tiap bulan


dan mengemukakan laporan mereka kepada Jawatankuasa
46.2 Kedua-dua Juru Audit Dalam hendaklah membuat audit bersama-sama ke atas
kira-kira dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan yang diedarkan oleh
Bendahari pada peringkat masing-masing
46.3 Juru Audit Dalam berhak melihat dan memeriksa resit-resit, baucer-baucer dan
lain-lain surat keterangan yang perlu untuk menyempurnakan tugas-tugas
mereka

46.4 Majlis Kerja Tertinggi berkuasa pada bila-bila masa menjalankan pemeriksaan
kira-kira wang dan harta 4B Negeri, Kawasan dan Cawangan. Kawasan berkuasa
memeriksa kira-kira wang dan harta Cawangan.
46.5 Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan yang berkenaan
dengan kira-kira itu.

BAB YANG KEEMPAT PULUH TUJUH


JURU AUDIT LUAR

BAB 47 - JURU AUDIT LUAR


47.1 Mesyuarat Perwakilan Tahunan hendaklah melantik sebuah Syarikat Juru Audit
yang diakui oleh Kerajaan untuk memeriksa kira-kira wang dan harta 4B

BAB YANG KEEMPAT PULUH LAPAN


PERATURAN MESYUARAT

BAB 48 - PERATURAN MESYUARAT


48.1 Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat peraturan mesyuarat dengan syarat
tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan 4B
48.2 Peraturan mesyuarat 4B adalah disifatkan sebahagian daripada Perlembagaan
ini dan mempunyai kuatkuasa sedemikian itu, setelah mendapat kelulusan oleh
Pendaftar Pertubuhan.
48.3 Aturan peraturan mesyuarat 4B bolehlah dipinda atau dimansuhkan dengan satu
ketetapan menurut kelebihan undi

43
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

48.4 Peraturan mesyuarat 4B hendaklah dipakai untuk mesyuarat-mesyuarat 4B di


semua peringkat

BAB YANG KEEMPAT PULUH SEMBILAN


MEMINDA PERLEMBAGAAN

BAB 49 - MEMINDA PERLEMBAGAAN


49.1 Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh dipinda atau
dimansuhkan dengan ketetapan yang dipersetujukan oleh tidak kurang daripada
2/3 wakil-wakil yang hadir dalam Perhimpunan Agung dan hendaklah dikemukan
kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dari tarikh keputusan
meminda Perlembagaan itu untuk mendapat kebenarannya
49.2 Satu ketetapan hendak meminda atau memansuhkan Perlembagaan ini hedaklah
dihantarkan kepada Setiausaha mengikut syarat di dalam peraturan mesyuarat
4B
49.3 Setiap pindaan akan berjalan kuatkuasanya mulai tarikh pindaan itu diluluskan
oleh Pendaftar Pertubuhan

BAB YANG KELIMA PULUH


KUASA SEMENTARA MENGELOLA 4B

BAB 50 - KUASA SEMENTARA MENGELOLAKAN 4B


50.1 Perlembagaan ini berjalan kuatkuasanya daripada tarikh yang diluluskan oleh
kerajaan akan tetapi diperbuat oleh 4B terlebih dahulu daripada Perlembagaan
ini adalah sahnya sekali, walaupun perbuatan dan perkerjaan itu tidak sesuai
atau tidak mengikut kehendak Perlembagaan

50.2 Maka dengan lulusnya Perlembagaan ini, mansuhlah Perlembagaan terdahulu


dari ini dengan pindaan-pindaan atasnya.

44
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

BAB YANG KELIMA PULUH SATU


PUNGUTAN SUARA

BAB 51 - PUNGUTAN SUARA


51.1 Dengan tidak tertakluk kepada sebarang BAB di atas dalam Perlembagaan ini,
maka Majlis Kerja Tertinggi berkuasa mendapatkan sesuatu keputusan dengan
cara Pungutan Suara (Referendum)

BAB YANG KELIMA PULUH DUA


PEMBUBARAN

BAB 52 – PEMBUBARAN
52.1 Jika 4B dibubarkan maka segala hutang dan tanggungan yang dibuat bagi pihak
4B hendaklah diselesaikan dengan penuh dan baki wang dan harta benda yang
tinggal akan dibahagikan menurut keputusan yang ditetapkan oleh mesyuarat
Pembubaran

BAB YANG KELIMA PULUH TIGA


TAFSIRAN

BAB 53 – TAFSIRAN
Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran Perlembagaan ini atau
peraturan mesyuarat 4B yang dibuat di bawah kuatkuasanya maka tafsiran yang
diberikan oleh Majlis Kerja Tertinggi adalah muktamad, jika tidak dipinda atau
dibatalkan oleh Perhimpunan Agung

45
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

46
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

You might also like