Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 15
SEKOLAH MENENGAH CHUNG HUA (PSDN) KLANG Bahagian Menengah Tinggi Peperiksaan Tamatan (1) 2021 BAHASA MALAYSIA (SY02) Kertas 1 Tarikh : 11 Oktober 2021 Masa: 8:30 pagi 10:20 pagi (jam 50 minit) ARAHAN KEPADA CALON 1. Soalan peperiksaan ini mengandungi dua kertas : Kertas 1: ( 100%) Kertas 2: (100%) 2. Jawab Kertas I dalam masa | jam 50 minit sebagai peringkat pertama, kemudian serahkan kertas jawapan anda apabila sampai masanya, Selepas berehat 15 minit, jawablah Kertas 2 dalam masa I jam 50 minit bagi peringkat kedua 3. Talis tajuk karangan atau nombor soalan yang telah anda pilih sebelum anda mula mengarang, 4, Tulis jawaban anda dengan pen atau pen mata bulat yang berdakwat biru atau hitam, 5, Sebelum menjawab soalan, isikan angka giliran anda dalam jadual markah ( kad komputer ) dan hitamkan huruf / nombor yang berkenaan dengan pensel SB. Setclah selesai menjawab semua soalan, hitamkan nombor soalan yang telah anda pilih dalam ruang nombor soalan dan tandakan jumtah soalan vang telah dijawab, 6, Jadual markah ( kad komputer ) hendaklah dilampirkan di depan kertas jawaban anda dan ditkat bersama-sama benang yang disediakan, 7. Kertas 1 ini mengandungi dua halaman bercetak. Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu Nama Calon : 0) Kertas Kajang :2 Kelas 2 Disediakan oleh : Cikgu Sze ( S3AJ, S3AB Guru Subjek — : Cikgu Phan (S3ST, S3AF) Cikgu Thee (S3AP, S3AL) BAHAGIANA _ karangan (80%) Tulis sebuah karangan tentang salah satu daripada tajuk di bawah int. Panjangnya hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan, 1. Sebagai seorang pelajar yang ingin berjaya dalam Peperiksaan Bersama (UEC) terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi, Huraikan usaha-usaha yang harus anda lakukan untuk menghadapi cabaran tersebut supaya hasrat anda tercapai, 2. Anda berada di dalam sebuah bas ekspres mennju ke Pulau Pinang. Dalam perjalanan, bas yang anda naiki terlibat dalam suatu kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan. Gambarkan keadaan kemalangan tersebut. 3. Selaku pegawai Jabatan Alam Sekitar, anda telah diundang menghadiri aktiviti Hari Alam Sekitar di sebuah kampung. Anda juga diminta supaya menyampaikan ceramah tentang “Menjaga Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya 4, Kemuneulan penyakit yang dikenali sebagai virus COVID-19 telah menyebabkan seluruh masyarakat dunia menjadi panik dan takut. Fenomena ini juga telah membawa pelbagai kesan buruk. Bincangkan kesan-kesan buruk yang dibawa terhadap ekonomi dan sosial di negara kita, 5. Sebagai setiausaha Persatuan Penduduk Taman Ros, anda diminta menulis sepucuk surat untuk mengadu peniaga-peniaga pasar malam yang mengganggu suasana dan persekitaran kawasan kediaman anda. Persatuan Penduduk Taman Ros Ketua Polis Daerah Kampar Taman Ros, Tou Pejabat Polis Daerah Kampar, 31900 Kampar, 31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan Perak Darul Ridzuan, BAHAGIANB — PENTERJEMAHAN (20%) ‘Terjemahkan petikan Bahasa Cina di bawah kepada Bahasa Malaysia. SRNRESN , RAABHESAXERWTEE, SSR, RESAHRA, AMS RF TRERATRERSS, RAHRABARTRELN EA , MHPRRD OAL, cat TR, MRAM ANE , SREB ABH. Jawaban Penterjemahan A, 4SRMIBBERH , RACHMSSAXESMANER, BARR, ABANPA, SKS RA WDREROTRERSS, RAMRAGARPRALWEA , MLHRADAI. Ht WML, MRARRAWIE , BREDA. Apabila kita menerima mesej, kita haruslah tenang memikirkan kebolehpercayaan mesej, punca mesej, niat pengirim mesej, kesan buruk yang dibawa kalau mesej tersebut terus disebar luas dan sebagainya. Kecanggihan maklumat teknologi banyak mmbawa kemudahan kepada manusia tetapi juga banyak membawa keburukan, Oleh hal yang demikian, kalau sains dan teknologi disalahgunakan, risikonya amat ‘merisaukan, SEKOLAH MENENGAH CHUNG HUA (PSDN) KLANG Bahagian Menengah Tinggi Peperiksaan Tamatan (1 ) 2021 BAHASA MALAYSIA (Sy02) Kertas 2 ‘Tarikh + 9 September 2021 Masa: 8:00 pagi— 9:50 pagi (1 jam 50 minit) ARAHAN KEPADA CALON 1. Soalan peperiksaan ini mengandungi satu kertas Kertas 2: Ujian Kefahaman dan Kemahiran Bahasa ( 100% ) 2. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A: Rumusan (30%) Bahagian B: Kefahaman (40%) Bahagian C: Morfologi dan Sintaksis (30%) 3. Anda dikehendaki menjawab semua soalan. Mulakan setiap jawaban anda dengan helaian baharu. 4, Tulis jawaban anda dengan pen atau pen mata bulat yang berdakwat biru atau hitam. 5. Sebelum menjawab soalan, isikan angka giliran anda dalam jadual markah ( kad komputer ) dan hitamkan huruf / nombor yang berkenaan dengan pensel SB. Setelah selesai menjawab semua soalan, hitamkan nombor soalan, 6. Kertas 2 ini mengandungi lima halaman bercetak. Nama Calon : co) Kertas Kajang :3 Kelas: Disediakan oleh: Cikgu Sze (S3AB, S3AJ) Guru Subjek — : Cikgu Thee (S3AP, S3AL) Cikgu Phan (S3ST, S3AF ) Bahagian A: Rumusan (30%) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara~ cara mengatasi gejala buli dan punca-punca berlakunya gejala tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan, Secara ringkasnya, buli merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa. Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir daripada kawan-kawannya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini, Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain, Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan, Selain itu, ibu bapa yang Kurang memberikan belaian kasih sayang dan perhatian terhadap anak juga menjadi antara punca kes buli ini berlaku. Di samping itu, para pelajar yang masih berumur sctahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Baru-baru ini media melaporkan tiga kes, satu daripadanya menyebabkan kematian, Ketua Pengarah Pelajaran dalam kenyataannya menggesa guru lebih agresif dalam mengawal disiplin pelajar. Beliau juga mengingatkan bahawa semua guru ialah guru disiplin dan bertanggungjawab dalam membentuk akhlak pelajar. Masalah buli hanya boleh diselesaikan oleh pelajar sendiri, dengan bantuan kementerian dan guru. Suatu modul menggalakkan pelajar untuk menyertai kelab seperti Badan Dakwah dan Rohani (Badar) atau Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) dan seumpamanya harus diperkenalkan. Sementara hukuman lebih tegas boleh dipertimbangkan sebagai kacdah menangani buli. Selain itu, lengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Seterusnya, pelajar juga dilibatkan dengan gaya hidup positif di dalam dan di luar persckitaran sekolah. Dengan cara ini, mereka akan terdedah kepada kehidupan yang lebih Iuas dan ini dapat membantu mematangkan pelajar. Walaupun pelajar didedahkan kepada gaya hidup positif melalui aktiviti berstruktur sama ada kelab atau persatuan beruniform di sekolah, namun kelemahan yang ketara ialah aktiviti ini lebih berpusat kepada guru, bukannya kepada pelajar. Dalam keadaan ini, aktiviti tersebut banyak membantu pelajar menguasai skil-skil komunikasi sosial yang diperlukan, Akhir sekali, pengurusan isu buli ini haruslah dilihat dari perspektif yang betul dan dilakukan sepanjang masa. Pelajar yang terlibat tidak wajar dilihat sebagai gengster yang harus dijatuhkan hukuman bunuh. Seperti juga salah laku yang lain, sebarang hukuman yang hendak dilaksanakan kepada pembuli hendaklah dengan penuh kasih sayang dan bertujuan mendidik. Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen antibuli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedarkan para pelajar agar menjauhkan diri daripada gejala buli. Sekolah juga perlu sentiasa memastikan pengawasan di 2 setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberikan scbarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya, Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Penglibatan dalam persatuan akan mendedahkan pelajar dengan langkah pencegahan. Malahan, kita mengakui ilmu yang diperoleh mampu dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari_ yang berdepan dengan pelbagai cabaran. Pergantungan sepenuhnya dengan ilmu yang diperoleh di dalam kelas tidak lagi sesuai dalam zaman yang terdedah dengan pelbagai isu dan cabaran. BAHAGIAN B- KEFAHAMAN (40%) SOALAN I KEFAHAMAN PETIKAN BEBAS (20%) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soala-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Memang telah banyak perubahan yang berlaku sejak isterinya kembali ke alam baga sepuluh tahun dulu, Dia tidak lagi bertukang golok. Lagipun, usianya telah menegangkan saraf dan menyejatkan tenaganya. Genggamannya tidak lagi kejap, penglihatannya semakin kabur dan yang lebih daripada itu dia tidak mampu lagi berdiri lama-lama di depan genohor. Wajah kampungnya pun sudah banyak bertukar. Anak- anak muda semakin berkurang. Kata Adan, mereka lebih betah bekerja di kilang-kilang di bandar. Kerjanya mudah, gajinya terjamin, dan mereka tidak perlu berjemur di tengah panas. Tidak lama lagi, jeritan jentolak yang mengusik hulu sungai dan gegaran mesin pembancuh simen yang membingitkan telinga akan lenyap pula. Jambatan yang menyeberangi sungai itu sudah siap. Sayup-sayup Tuk Muda terdengar akan bunyi enjin bot tambang digonggong angin petang. Dia tak tahu sama ada bot tambang itu nanti terlantar di tebing sungai atau terus beroperasi. Dia menelah, bot itu akhirnya akan terlantar seperti dirinya juga sckarang. “Mercka tidak mengerti... Adan pun tidak mengerti,” desis hati Tuk Muda apabila terkenang akan detik yang telah mengasingkan dirinya daripada orang-orang kampung. Secara mendadak sekali mereka menuduhnya membantah pembinaan jambatan kerana kepentingan peribadi. Yang lebih memilukannya Tuk Empat menyelarnya sebagai penentang pembangunan. “Aku bukannya menolak pembangunan. Tetapi, carilah tapak yang lain. Mengapa tanah aku yang tak seluas mana ini diusik?” “Tanah Tuk Muda lebih sesuai...tapaknya cangkat.” 3 “Aku bukannya ada dusun yang lain, Lagipun dusun ini sangat bererti bagiku...” “Semua dusun sama saja, Dengan wang pampasan itu nanti, Tuk Muda beli sajalah dusun yang lebih dekat dengan rumah Tuk Muda,” pujuk Tuk Empat. “Aku tak peduli, Aku tak benarkan tanah aku itu disukat. Kalau mereka sukat juga, aku parang mereka!” Apabila Tuk Muda benar-benar menunaikan ancamannya seluruh kampung gempar. Mujur juga iparnya yang kebetulan ada di dusun cepat-cepat menyclesaikan perbalahan itu. “Kalau ya pun, ini bukan jalan keluarnya, Abang Ngah,” Adan cuba memadamkan bara api yang sedang marak di dada Tuk Muda, Selepas itu,Tuk muda tidak dapat mengingat apa-apa lagi. Yang dialaminya kemudian sedikit demi sedikit orang-orang kampung mula memulaukannya. Berbagai-bagai cemuhan dan gelaran yang diberikan kepadanya Tuk Muda sudah nyanyuk! Tuk Muda sudah gila! Tuk Muda tidak menghiraukan cemuhan-cemuhan itu. Jauh di sudut hatinya dia merasakan bahawa jurang yang memisahkannya dengan anak-anak muda serta kebanyakan orang kampung terlalu jauh. Apakah kesalahannya sehingga dia dihukum begitu? Dosanya hanyalah kerana dia ingin menyatakan pendapatnya tentang pembinaan jambatan itu. Baginya jambatan tersebut akan mempercepat pelarian anak muda ke bandar. Siapakah yang akan mengetam padi di bendang? Siapakah yang akan menoreh getah di kebun? Dering loceng basikal Adan menyambar kenangan Tuk Muda. (a) Terang maksud rangkaian kata-kata di bawah ini mengikut penggunaannya dalam petikan. 4% (i) kembali ke alam baga (ii) bara api (b) Jawab soalan-soalan yang berikut dengan berdasarkan petikan. (1) Apakah yang menyebabkan Tuk Muda tidak bertukang golok lagi? (4%) 4 (2) Mengapakah semakin banyak anak muda yang berhijrah ke bandar? (4%) (3) Jelaskan akibat daripada pembinaan jambatan di kampung itu pada pandangan Tuk Muda. (4%) (4) Katakanlah anda Adan. Bagaimanakah caranya anda hendak menjernihkan hubungan antara Tuk Muda dengan orang kampung? (4%) SOALAN2 KEFAHAMAN PROSA MODEN (20%) Baca sajak di bawah dengan ieliti, kemudian jawab soala-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Bangkitlah ‘Anak-anak yang sedang Jena bangkitlah matahari sudah tinggi di puncak gunung. Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit? Bangkitlah jangan sesal nanti madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan dan perut belantara menjadi ladang. Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau terus nangis tanpa air mata? Kalau tidak bangkitlah matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan! 5 REJAB Fl. Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka . Terangkan maksud perkataan di bawah ini berdasarkan penggunaannya dalam sajak di atas. (4%) (a) lena (b) menjamah Rv . Nyatakan suasana pagi yang digambarkan oleh penyajak. (4%) . Mengapakah penyajak menyeru anak-anak muda yang sedang Ieka cepat bangun? (4%) S . Apakah maksud yang hendak disampaikan melalui baris pertama, kedua dan ketiga dalam rangkap keempat sajak “Bangkitlah”? (4%) Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? . Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda pada zaman ini malas berusaha’? BahagianC —Morfologi Dan Sintaksis (30%) SOALAN 1 MEMBINA AYAT (10%) Bina satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan dan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,serta menggunakan kata-kata tersebut sebagai peribahasa atau kata nama khas. 1. lauk-pauk 2. bengkang-bengkok 3. mundar-mandir 4. compang-camping 5. serta-merta SOALAN2 — PELBAGAI JENIS AYAT (10%) WeUne Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang. . Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama . Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. . Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak. . Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan. . Rumah yang telah usang itu roboh akibat angin kencang. SOALAN3 — ANALISIS AYAT (10%) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda perlu menyalin ayat itu semula. Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Bahasa Malaysia dalam tempoh yang telah guru mereka tetapkan. . Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan, . Sudah lama kami tidak menjumpainya kerana dia telah memindah ke lain tempat. . Selain daripada guru, guru besar- guru besar di daerah itu turut menghadiri_majlis itu. . Wanita suku Batak itu menjinjing sebuah bakul di atas kepalanya sambil mendokong anaknya. Jawaban Peperiksaan Tamatan 1 2021 Bahagian A: Rumusan (30%) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang eara~ cara mengatasi gejala buli dan punca-punca berlakunya gejala tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pendahuluan: Petikan ini membincangkan usaha-usaha mengatasi gejala buli dan punca-punea berlakunya gejala tersebut. Asi-isi tersurat: 1. Menggesa guru lebih agresif dalam mengawal disiplin pelajar. 2. Semua guru adalah guru disiplin dan bertanggungjawab membentuk akhlak pelajar. 3. Suatu modul untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai kelab. 4. Melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. 5. Pelajar dilibatkan dengan gaya hidup positif di dalam dan di lar persekitaran sekolah. 6. Ceramah atau kempen seperti kempen antibuli diadakan secara berterusan. 7. Guru-guru sentiasa memastikan pengawasan di setiap pelosok sekolah diketatkan. [si-isi tersirat (Punca-punca): 1. Pelajar kurang didikan agama daripada ibu bapa. 2. Kawasan persekitaran sekolah yang membosankan pelajar. 3. Pengaruh rakan sebaya dan sikap ingin mencuba. 4, Tekanan emosi yang dihadapi oleh pelajar akibat daripada masalah kekeluargaan. Kesimpulan: Kesimpulannya, semua pihak mesti berganding bahu mengatasi gejala buli agar melahirkan generasi yang dapat menjulang nama negara. ** agar dapat membentuk satu masyarakat yang berdisiplin ** Contoh Jawaban Rumusan Rumusan membincangkan kaedah-kaedah mengatasi gejala buli dan punca-punca berlakunya gejala tersebut. Antara caranya mengatasi gejala buli ialah semua guru merupakan guru disiplin dan bertanggungjawab membentuk akhlak pelajar. Selain itu, penggalakan pelajar untuk menyertai kelab harus diperkenalkan, Pihak sekolah patutlah melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Pelajar juga haruslah dilibatkan dengan gaya hidup positif di dalam dan di luar sekolah. Seterusnya, ceramah atau kempen antibuli boleh diadakan di setiap sekolah. Akhirnya pihak sekolah perlu sentiasa memastikan pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah diperketat. Antara punca berlakunya gejala tersebut ialah kawasan persekitaran sekolah yang membosankan pelajar. Punca seterusnya ialah pelajar menghadapi tekanan emosi akibat masalah kekeluargaan. Kesimpulannya, semua pihak mesti berganding bahu mengatasi gejala buli agar dapat membentuk satu masyarakat yang berdisiplin . (122 patah perkataan BAHAGIAN B- KEFAHAMAN (40%) SOALAN 1 KEFAHAMAN PETIKAN BEBAS (20%) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soala-soalan yang berikumya dengan menggunakan ayat anda sendiri (1) Terangkan maksud rangkaian kata-kata di bawah ini mengikut penggunaannya dalam petikan, 4% (i) Kembali ke alam baga = meninggal dunia (ii) bara api = kemarahan (2) Apakah yang menyebabkan Tuk Muda tidak bertukang golok lagi? (4%) -- urat-urat sarafnya sudah tegang -- tenaganya semakin berkurang/lemah tangannya tidak mampu lagi menggenggam dengan kejap penglihatannya semakin kabur -- tidak mampu berdiri lama di depan genohor (3) Mengapakah semakin banyak anak muda yang berhijrah ke bandar? 4% -- tertarik untuk bekerja di kilang kerana gajinya terjamin ~- bekerja di kilang lebih mudah ~- tidak perlu berjemur di tengah panas (4) Jelaskan akibat daripada pembinaan jambatan di kampung itu pada pandangan Tuk Muda, 4% ~~ perkhidmatan bot tambang terpaksa dihentikan kerana tiada penumpang -- anak-anak muda lebih mudah pergi atau berhijrah ke bandar -- wujud kekurangan tenaga pekerja di sawah padi dan ladang getah (5) Katakanlah anda Adan. Bagaimanakah caranya anda hendak menjernihkan hubungan antara Tuk Muda dengan orang kampung? 4% -- memujuk Tuk Muda supaya meminta maaf kerana pernah mengamuk dahulu -- meminta Tuk Muda supaya menjelaskan bahawa dia bukan menentang pembangunan tetapi sekadar mempertahankan tanah dusun yang sangat disayanginya SOALAN2 KEFAHAMAN PROSA MODEN (20%) Baca sajak di bawah dengan ieliti, kemudian jawab soala-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Terangkan maksud perkataan di bawah ini berdasarkan penggunaannya dalam sajak di atas. (4%) (a) lena = nyenyak (b) menjamah = menyentuh ol Nyatakan suasana pagi yang digambarkan oleh penyajak. (4%) - Pagi itu cerah - Banyak burung berterbangan di udara - Pokok-pokok berdaun rendang dan berwarna hijau » Mengapakah penyajak menyeru anak-anak muda yang sedang eka cepat bangun? (4%) Penyajak menyeru anak-anak muda yang sedang Ieka cepat bangun supaya mereka tidak menyesal nanti apabila hasil kekayaan negara yang dinikmati kini berkurangan atau dirampas oleh orang lain kerana pembangunan yang semakin pesat akan dimonopoli akan oleh orang lain 4, Apakah maksud yang hendak disampaikan melalui baris pertama, kedua dan ketiga dalam rangkap keempat sajak “Bangkitlah”? (4%) Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? Penyajak hendak mengingatkan anak-anak muda bahawa masa depan mereka mungkin akan terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan apabila hasil kekayaan negara dirampas oleh orang lain. wo . Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda pada zaman ini malas berusaha? (4%) - Mereka dididik dengan kemewahan dan kesenangan - Sebarang permintaan mereka mudah diperoleh dan ditunaikan oleh ibu bapa sehingga mereka tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya - Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak menyebabkan anak-anak mereka mudah leka - Banyak dipengaruhi oleh media massa yang lebih mementingkan keseronokan dan hiburan Bahagian C — Morfologi Dan Sintaksis (30%) SOALAN I Bina Ayat (10%) SOALAN2 PELBAGAIJENIS AYAT (10%) Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang. . Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama, Berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama kami. v . Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. Merempuh masuk ke dalam dewan penonton-penonton. » .. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak keropok lekor . & . Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan, Dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan negeri-negeri di Pantai Timur, 5. Rumah yang telah usang itu roboh akibat angin kencang. Roboh akibat angin kencang rumah yang telah usang itu, SOALAN3 — ANALISIS AYAT (10%) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda perlu menyalin ayat itu semula. 1. Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Bahasa Malaysia dalam tempoh yang telah guru mereka tetapkan. Para pelajar perlu menyiapkan kerja kursus Bahasa Malaysia dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru mereka. 2. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan, Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankan, 3. Sudah lama kami tidak menjumpainya kerana dia telah memindah ke lain tempat. Sudah lama kami tidak menjumpainya kerana dia telah berpindah ke tempat lain. 4, Selain daripada guru, guru besar- guru besar di daerah itu turut menghadiri- majlis itu. Selain guru, guru-guru besar di daerah itu turut menghadiri: majlis itu. 5. Wanita suku Batak itu menjinjing sebuah bakul di atas kepalanya sambil mendokong anaknya, Wanita suku Batak itu menjunjung sebuah bakul di atas kepalanya sambil mendukung anaknya. Bahagian A: Rumusan (30%) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara- cara mengatasi gejala buli dan punca-punca berlakunya gejala tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Secara ringkasnya, buli merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa. Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli

You might also like