Kertas Kerja Pembangunan Premis Sk2 2016

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN &

PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH 2016


SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK UNDANG ABDULLAH
_____________________________________________

KERTAS KERJA KOMPREHENSIF

PROGRAM PEMBANGUNAN

PREMIS SEKOLAH

TEMPOH PERMOHONAN PEMBANGUNAN:


TAHUN 2016 – TAHUN 2019

TEMPAT:
SEK. KEB. DATUK UNDANG ABDULLAH

JELEBU, NEGERI SEMBILAN

MEMOHON KELULUSAN:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KERTAS KERJA CADANGAN MEMBANGUNKAN PREMIS DI SEKOLAH
KEBANGSAAN DATUK UNDANG ABDULLAH

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah ini mendapat nama Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah pada 3
Jun 1967 iaitu bersempena dengan hari perasmian bangunan utama oleh Yang Amat Mulia
Dato’ Mendika Menteri Akhiruzzaman Dato’ Abu Bakar bin Maamor, Undang Luak Jelebu
yang ke -14. Datuk Undang Abdullah ialah Undang Luak Jelebu yang ke-12 dan beliau
adalah anak tempatan Kenaboi ini.

Sekarang bangunan utama sekolah ini ditumpangi oleh SJK(C) Cawangan Kampung
Baru Batu 31, Sungai Muntoh semenjak tahun 1970. Bangunan tambahan telah didirikan
dalam tahun 1982 dan telah diduduki pada awal tahun 1983.

Sebelum keadaan yang ada seperti hari ini, era persekolahan di Mukim Kenaboi ini
telah wujud sejak tahun 30-an dengan Datuk Undang Abdullah telah membina sendiri
bangunan berbentuk bangsal di perkarangan Balai Undang di Kampung Dusun Umbut.
Sebelum adanya sekolah di Dusun Umbut ini, ada di antara anak-anak Kenaboi ini
bersekolah di Kuala Klawang, Ulu Klawang, Ulu Langat dan Beranang. Ada juga yang
mengaji agama di sekolah-sekolah pondok.

Terletak 29 km dari pekan Kuala Klawang, kini Sekolah Kebangsaan Datuk Undang
Abdullah mempunyai 107 murid lelaki dan 87 murid perempuan, menjadikan jumlah
keseluruhan murid pada masa ini seramai 194 orang, dengan bilangan guru seramai 21
orang.

BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SK Datuk Undang Abdullah

Kod Sekolah/Gred : NBA 0011/ Gred B

Daerah : Kuala Klawang


Status : Sekolah Kerajaan

Bil. Guru : 21 orang

Bil. Staf Sokongan : 5 orang

Bil. Enrolmen Murid : 194 orang

Bilik Darjah Sedia ada: 6 buah

Kawasan : Luar Bandar

PENDAHULUAN

Sekolah merupakan tempat anak-anak mendapat pendidikan secara formal. Sekolah


yang baik seharusnya mampu menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan
pendidikan yang sempurna. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat membantu
mewujudkan keselesaan pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan juga guru.

Pada masa ini, Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah menghadapi masalah
kekurangan premis untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah dari setahun
ke setahun. Kelas PPKI, Kelas LiNUS, Makmal Sains, dan Prasekolah sangat diperlukan
buat masa ini untuk memastikan proses pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar.
Beberapa premis yang lain terpaksa berkongsi kerana ketiadaan tempat. Lebih buruk lagi
apabila sekolah terpaksa menggunakan Kuarters Guru Lama yang berbahaya dari segi
pendawaian elektrik, rangka bumbung yang rapuh dan dimamah anai-anai kerana ketiadaan
tempat. Keadaan ini menyebabkan persekitaran pembelajaran murid menjadi semakin tidak
kondusif. Persekitaran fizikal sekolah perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan dirancang
dengan teliti oleh pihak sekolah kerana persekitaran yang bersesuaian dapat
mempengaruhi suasana pembelajaran, penjanaan idea, nilai, sikap dan tingkah laku murid
di sekolah ini.

Justeru, kertas kerja ini dihasilkan bertujuan untuk memohon pembangunan premis
di Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah, Titi Jelebu Negeri Sembilan.
RASIONAL DAN OBJEKTIF

Cadangan membangunkan premis di Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah


ini dibuat berdasarkan pertimbangan berikut :-

a) Menyediakan murid dalam suasana / persekitaran pembelajaran yang selesa,


kondusif dan memberansangkan.
b) Menarik minat murid untuk belajar dan memperkembangkan potensi murid ke tahap
optimum.
c) Mengelakkan berlakunya kesesakan dari segi penyimpanan bahan / alatan
pembelajaran di sekolah.

TARIKH PERMOHONAN PEMBANGUNAN

Tahun 2016 - 2019


JAWATANKUASA PROGRAM

PENGARAH PROGRAM
En. Mohd Yusri bin Mohd Za’ali
Guru Besar Sek. Keb. Datuk Undang Abdullah

PEN. PENGARAH PROGRAM


En. Shahrudin b Mat Sah
GPK Akademik

PEN. PENGARAH PROGRAM II


En. Mohd Amin b Mohd Afandi
GPK Hal Ehwal Murid

En. Sabri b Saat


GPK Kokurikulum

SETIAUSAHA
En. Mohd Hafiz b Daman Huri

AJK TUGAS KHAS


Pn. Liza binti Asri
En. Afindi bin Nasir
En. Rosdi b Mohamed
BUTIRAN PEMBANGUNAN DIPERLUKAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN JUSTIFIKASI KEPERLUAN TINDAKAN
A:  Kelas PPKI  5 Pelajar OKU  SEGERA
KRITIKAL / (Program  1 bakal pelajar OKU
KEPERLUAN Pendidikan Khas Tahun 1 Sesi 2017
MENDESAK Integrasi)
 Premis mengguna pakai  SEGERA
 Kelas LINUS Kuarters Guru Lama
yang berbahaya dari segi
pendawaian elektrik,
rangka bumbung yang
rapuh dimamah anai-
anai.

 TIADA kerana dijadikan  SEGERA


 Bilik Gerakan & Kelas Murid Tahun 1
Mesyuarat Guru
 TIADA kerana dijadikan  SEGERA
 Makmal Sains Kelas Tahun 5

 SEGERA
 TIADA RUANG kerana
 Makmal Kemahiran Peralatan Makmal Sains
Hidup / RBT ditumpang letak di
Makmal KH/ RBT.

 SEGERA
 Enrolmen murid Tahun 1
 Dua Kelas Tahun 1
semakin bertambah
setiap tahun. Majoriti
pertambahan enrolmen
dari kaum Orang Asli.
 Mengurangkan kadar
 SEGERA
buta huruf, ketidak
 Prasekolah
penguasaan asas
Literasi & Numerasi dan
penguasaan 3M

 Dewan Sekolah semasa


 SEGERA
telah dijadikan Kelas
 Dewan Sekolah
Tahun 5.
 Mengganggu P&P Tahun
5 yang dijalankan apabila
pihak sekolah perlu
menggunakan Dewan.
B:  Surau  Surau semakin uzur  Surau /
KEPERLUAN  Murid Islam semakin Bangunan
JANGKA bertambah Baru untuk
PANJANG  Sistem Audio yang lemah Surau
Sekolah

 Murid sekolah saban


 Gelanggang tahun mewakili Sukan  Gelanggang
Serbaguna Sepak Takraw & Sukan Serbaguna
Badminton Peringkat dibangunka
Negeri n

 Aktiviti luar /
 Pentas Baru
 Pentas Dataran persembahan murid
dibangunka
Perhimpunan dapat dijalankan dengan
n
kondusif
 Majlis rasmi peringkat
sekolah / daerah /
negeri / komuniti
setempat secara besar-
besaran sering
dijalankan
 Pihak SKDUA sering
berkolaborasi untuk
acara Antarabangsa
a) Kenaboi River
Challenge
b) Kenaboi International
Marathon

 Aktiviti luar /
persembahan murid
dapat dijalankan dengan  Dewan
 Dewan Terbuka di kondusif Terbuka
Tapak  Majlis rasmi peringkat dibangunka
Perhimpunan sekolah / daerah / n
negeri / komuniti
setempat secara besar-
besaran sering
dijalankan
BAHAGIAN A :
KRITIKAL / KEPERLUAN
MENDESAK
PEMBANGUNAN : KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI )
atas sebab seperti butiran :
a) 5 orang murid OKU Tahun Semasa yang telah berdaftar dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas / bakal
menerima Elaun MBK
b) 1 murid OKU akan mendaftar di Tahun 1 Sesi Tahun 2017 yang akan
meningkatkan enrolmen murid MBK
c) Enrolmen Murid MBK semakin bertambah saban tahun.

2. Cadangan Penyelesaian Jangka Pendek ialah di Kuarters Guru Lama:

Cadangan Jangka Pendek: Kelas PPKI diwujudkan di ruang Kuarters Guru Lama
3. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang:
a) Dibangunkan Bangunan Baru dan diwujudkan ruang untuk Kelas PPKI.

Cadangan Bangunan Baru yang diperlukan untuk menempatkan Kelas PPKI


PEMBANGUNAN : KELAS LINUS

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Kelas Pemulihan LINUS yang kondusif di premis
yang sewajarnya iaitu mengikut spesifikasi yang selamat kerana :
a) Enrolmen Murid Pemulihan semakin bertambah saban tahun.
b) Kuarters Guru Lama yang dijadikan Kelas Pemulihan Linus tidak lagi selamat
kerana rangka bumbung sudah dimamah anai-anai, pendawaian yang sudah
melebihi 30 tahun dan lantai runtuh akibat tanah mendap.

Rangka bumbung sudah dimamah anai-anai


Pendawaian melebihi 30 tahun

Lantai runtuh akibat tanah mendap


Kelas Pemulihan LINUS yang diwujudkan di dalam Kuarters Lama

1. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang :


a) Memohon bangunan baru supaya dapat diadakan Kelas LINUS

Cadangan Bangunan Baru yang diperlukan untuk mewujudkan Kelas LINUS


PEMBANGUNAN : BILIK GERAKAN & BILIK MESYUARAT

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Bilik Gerakan / Bilik Mesyuarat SKDUA untuk
kegunaan seperti di bawah :
a) Digunakan untuk kegunaan Mesyuarat Guru, Mesyuarat Akademik, Mesyuarat
HEM & Mesyuarat Kokurikulum
b) Digunakan sebagai Bilik untuk Kedatangan Pelawat & Pemantauan
c) Bilik Mesyuarat ini diberi laluan kepada Kelas Tahun 1 Sementara yang
beroperasi berikutan kekurangan kelas di sekolah ini.

Murid Tahun 1 belajar dalam Bilik Mesyuarat yang tidak kondusif


Tahun 1 tidak dapat belajar dalam kelas seperti di sekolah lain sebaliknya belajar
dalam Bilik Mesyuarat

2. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang :


b) Memohon bangunan baru supaya dapat diadakan Bilik Mesyuarat / Bilik Gerakan

Cadangan Bangunan Baru yang diperlukan untuk menempatkan Bilik Mesyuarat Guru
PEMBANGUNAN : MAKMAL SAINS

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Makmal Sains yang kondusif di premis yang
sewajarnya iaitu mengikut spesifikasi yang selamat kerana :
a) Makmal Sains semasa telah dijadikan Kelas Tahun 6.
b) Makmal Sains digabung di Bilik Kemahiran Hidup / RBT dan ruang menjadi
sangat sempit.
c) Blok Bangunan Bilik Kemahiran Hidup tersebut sebenarnya turut mempunyai 3
lagi ruang kelas tetapi telah dipinjam oleh SJK(C) Sungai Muntoh untuk
menjalankan kelas. Ini menjadikan pihak sekolah semakin tiada kelas untuk
beroperasi.

Keadaan dalam Bilik Kemahiran Hidup tidak kondusif dan sempit. Ruang terhad
kerana perlu diletakkan barang-barang Makmal Sains
2. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang: Bangunan Kelas Baru untuk Makmal
Sains

Cadangan Bangunan Baru untuk menempatkan Makmal Sains


PEMBANGUNAN : BILIK KEMAHIRAN HIDUP / RBT

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Bilik Kemahiran Hidup / RBT yang kondusif di
ruang bangunan yang sewajarnya iaitu mengikut spesifikasi yang selamat kerana :
a) Bilik Kemahiran Hidup / RBT terpaksa berkongsi dengan Makmal Sains di ruang
yang sangat sempit.
b) Blok Bangunan Bilik Kemahiran Hidup tersebut sebenarnya turut mempunyai 3
lagi ruang kelas tetapi telah dipinjam oleh SJK(C) Sungai Muntoh untuk
menjalankan kelas. Ini menjadikan pihak sekolah semakin tiada kelas untuk
beroperasi.

Barangan Makmal Sains bercampur dengan Barangan Bilik KH : Kurang Kondusif


Ruang yang Sangat Terhad menyukarkan Penyimpanan alatan

2. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang: Bangunan Kelas Baru untuk Bilik


Kemahiran Hidup / RBT

Cadangan Bangunan Baru untuk menempatkan Bilik Kemahiran Hidup / RBT


PEMBANGUNAN : DUA BILIK KELAS TAHUN 1

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Dua Kelas Tahun 1 yang kondusif di ruang
bangunan yang sewajarnya iaitu mengikut spesifikasi yang selamat kerana :
a) Enrolmen murid Tahun 1 semakin meningkat saban tahun (LAMPIRAN)
b) Jangkaan Enrolmen murid Tahun 1 yang diperoleh daripada 4 Tadika Kemas
setempat menunjukkan data bakal murid Tahun 1 adalah semakin ramai
(LAMPIRAN).
2. Cadangan Penyelesaian Jangka Pendek : Cabin Class yang kondusif, mempunyai
meja murid & kerusi murid & mempunyai penghawa dingin.

Contoh Cabin Class yang diperlukan

3. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang: Bangunan Kelas Baru untuk Dua Kelas
Tahun 1

Contoh Bangunan Baru untuk ditempatkan Dua Buah Kelas Tahun 1


PEMBANGUNAN : PRASEKOLAH

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Prasekolah yang kondusif di bangunan yang


sewajarnya iaitu mengikut spesifikasi yang selamat kerana :
a) Mahu murid mempunyai pengalaman datang ke sekolah dari peringkat awal
kanak-kanak.
b) Mahu meningkatkan kesedaran kehadiran ke sekolah sejak dari peringkat awal
kanak-kanak terutamanya dari kalangan Kaum Orang Asli dengan menyediakan
bantuan,program & aktiviti menarik di peringkat prasekolah lagi.
c) Guru dapat menyelia potensi murid-murid sejak peringkat prasekolah untuk
memperkemaskan perancangan sekolah kerana kecemerlangan murid
prasekolah akan mempengaruhi kecemerlangan murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

2. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang: Bangunan Kelas Baru untuk Prasekolah

Cadangan Bangunan Baru untuk ditempatkan Bilik Prasekolah


PEMBANGUNAN : DEWAN SKDUA

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Dewan Sekolah yang kondusif di bangunan yang
sewajarnya iaitu mengikut spesifikasi yang selamat kerana :
a) Dewan SKDUA diperlukan untuk menjalankan majlis rasmi, program rasmi &
aktiviti peringkat sekolah / daerah/ negeri/ komuniti/ niversity.
b) Dewan sedia ada telah dijadikan sebuah kelas untuk murid Tahun 5 kerana
masalah kekurangan kelas di sekolah ini.
c) Terdapat 3 lagi kelas telah dipinjam oleh SJK© Sungai Muntoh, Titi yang
beroperasi di Mukim Sungai Muntoh, Titi untuk mengadakan kelas mengajar
murid seramai 7 orang.

2. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang: Bangunan Baru untuk Dewan SKDUA

Cadangan Bangunan Baru untuk ditempatkan Dewan SKDUA


BAHAGIAN B :
KEPERLUAN JANGKA
PANJANG
PEMBANGUNAN : SURAU

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Surau yang kondusif di bangunan yang


sewajarnya iaitu mengikut spesifikasi yang selamat kerana :
a) Surau sedia ada semakin uzur dan tidak kondusif untuk pengajaran &
pembelajaran
b) Surau diperlukan untuk menjalankan majlis rasmi, program rasmi & aktiviti
peringkat sekolah / daerah/ negeri/ komuniti/ universiti.
c) Surau sering digunakan oleh murid Kelas Agama Petang, Kelas J-Qaf, Kelas
Pendidikan Islam dan Kelas Tasmiq tetapi pengajaran dijalankan dalam keadaan
yang kurang selesa.

Surau SKDUA semasa


2. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang:
a) Surau lama yang dibina dengan papan diganti dengan surau baru yang lebih
selesa.

Cadangan Surau Baru: Lebih selesa dan kondusif


b) Surau dibina dalam ruang Bangunan Baru

Cadangan Bangunan Baru untuk ditempatkan Surau di Ruang/Bilik yang sesuai


PEMBANGUNAN : GELANGGANG SERBAGUNA

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Gelanggang Serbaguna diwujudkan kerana :


a) Murid SKDUA sentiasa memenangi kejohanan Peringkat Daerah dan mewakili
Kejohanan Sepak Takraw & Badminton Peringkat Negeri setiap tahun tetapi tiada
gelanggang yang tetap untuk latihan rapi sehingga guru terpaksa membina
gelanggang sementara yang tidak kukuh di padang sekolah.
b) Pihak sekolah tidak mahu bakat murid disia-siakan disebabkan tidak latihan rapi
akibat ketiadaan gelanggang badminton dan sepak takraw.
c) Terdapat ramai murid di sekolah ini yang mempunyai bakat-bakat sukan kerana
majoriti murid adalah murid Orang Asli yang mempunyai stamina yang tinggi
tetapi ketiadaan gelanggang serbaguna membantutkan pihak sekolah mencungkil
potensi murid ke tahap maksimum.

2. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang:


a) Gelanggang Serbaguna

Cadangan Gelanggang Serbaguna dibina di Dataran Perhimpunan SKDUA


Cadangan Gelanggang Serbaguna dibina di Dataran Perhimpunan SKDUA

b) Gelanggang Serbaguna dicadangkan dibina di antara bangunan.

Cadangan Bangunan Baru untuk ditempatkan Gelanggang Serbaguna di Aras Bawah


Bangunan / Di Dewan Terbuka Antara Bangunan
PEMBANGUNAN : PENTAS DATARAN PERHIMPUNAN

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Pentas di Dataran Perhimpunan dilebarkan


kerana :
a) Pentas sedia ada hanya berukuran 10 kaki x 10 kaki terlalu kecil untuk
menampung sebarang aktiviti atau program yang dijalankan di ruang terbuka.
b) Jika terlalu ramai murid berdiri di atas Pentas sedia ada yang kecil, murid berisiko
untuk jatuh dan ini berbahaya kepada murid.

Gambar Semasa Pentas di Dataran Perhimpunan


2. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang:
a) Pentas Baru berukuran 30 kaki x 10 kaki.

Cadangan Pentas Baru Berukuran 30 kaki x 10 kaki.


PEMBANGUNAN : PENTAS TERBUKA DI DATARAN PERHIMPUNAN

1. Pihak sekolah sangat memerlukan Dewan Terbuka di Dataran Perhimpunan


diwujudkan kerana :
a) Memberi kemudahan kepada pihak sekolah menjalankan aktiviti luar bilik darjah
dengan suasana selamat dan kondusif.
b) Dapat menjalankan aktiviti sukan dan program-program rasmi walaupun cuaca
tidak mengizinkan.

2. Cadangan Penyelesaian Jangka Panjang:


a) Dewan Terbuka di Dataran Perhimpunan

Contoh Dewan Terbuka yang dibina bersama Gelanggang Serbaguna


Cadangan Dewan Terbuka seperti yang terdapat di sekolah lain
b) Dewan Terbuka di Bangunan Baru yang dipohon

Cadangan Dewan Terbuka di Bangunan Baru


KESIMPULAN

Berdasarkan permasalahan di atas, dimohon agar cadangan untuk membangunkan


premis di Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah ini, mendapat perhatian yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Pihak sekolah benar-benar berharap program ini akan
berjaya dalam mencapai semua objektif yang disasarkan.

Seribu penghargaan diucapkan kepada semua pihak / individu yang terlibat dalam
menjayakan program yang bermanfaat ini, kerana menyumbang usaha dalam memastikan
kejayaan program ini. Oleh itu, usaha yang berterusan ini harus disokong sepenuhnya oleh
semua pihak bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih cemerlang dan
kondusif di sekolah.

Disediakan oleh,

......................................

En. Mohd Hafiz b Daman Huri


Setiausaha,
Jawatankuasa Pembangunan & Penambahbaikan Sekolah,
SK Datuk Undang Abdullah

Disahkan oleh,

......................................

EN. MOHD YUSRI BIN MOHD ZA’ALI


Guru Besar,
Sek. Keb. Datuk Undang Abdullah (SKDUA),
Kg Chennah, Titi Jelebu N.Sembilan

You might also like