Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PANDUAN TUGASAN

GC 6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEM 1 SESI 2023/2024


PANDUAN TUGASAN KUMPULAN & INDIVIDU

TUGASAN KUMPULAN
(Markah: pembentangan 20% & laporan penulisan 40 %)
Setiap kumpulan 3-4 orang pelajar

Perkara berikut perlu diberi perhatian dalam setiap tugasan kumpulan:


● Tajuk isu perlu ada kaitan dengan mana-mana dasar pendidikan.

● Pelajar perlu berbincang dan mendapat persetujuan daripada pensyarah/tutor

● Isu perlu terkini dan sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh kursus ditawarkan. Sila rujuk
pernyataan dasar, buku, jurnal, kertas seminar atau prosiding terkini.

Penulisan (40%):

1.0 Pengenalan
- Jelaskan konsep/definisi/teori/model berkaitan topik yang dipilih
2.0 Dasar yang berkaitan serta tindakan/inisiatif/usaha yang telah dilaksanakan oleh KPM
3.0 Isu /jurang berdasarkan tinjauan literatur. (Jurang praktikal/teoretikal/metodologikal)
4.0 Isu berdasarkan tinjauan (baseline study) di sekolah. Isu mungkin menyentuh aspek-aspek
berikut:

-murid
-guru
-infrastruktur/kemudahan
-peruntukan
-pengurusan/kepimpinan
-ibu bapa
-Lain-lain (nyatakan)

5.0 Implikasi dan cadangan/strategi penyelesaian (perlu berdasarkan isu yang dibincangkan)
6.0 Cadangan kajian akan datang
7.0 Rumusan/Kesimpulan

Rujukan
Senaraikan sekurang-kurangnya 10 rujukan dan mestilah sekurang-kurangnya 10 tahun terkini.

Nota:
⮚ Tugasan kumpulan adalah terdiri daripada 3-4 orang pelajar

⮚ Perlu melaksanakan tinjauan di sekolah (baseline study) – fokus adalah untuk mengenal pasti
isu semata-mata atau masalah dalam pelaksanaan sesuatu dasar di tempat/di institusi yang
dikaji.
⮚ Kaedah kutip data ialah melalui temu bual dalam talian atau lawatan atau pemerhatian di
lokasi yang bersesuaian/boleh diakses oleh pelajar sendiri.
⮚ Pelajar tidak perlu memohon secara rasmi kepada institusi berkaitan.

⮚ Hujahan dan rumusan perlu kritis dan kritikal.

⮚ Penulisan menggunakan gaya UKM

Pembentangan (20%) – Bersama Tutor masing-masing:


● Pembentangan perlu dilaksanakan secara profesional, tidak emosi, tidak berunsurkan kepartian
dan perkauman.
● Pembentangan dan penulisan perlu dilaksanakan secara ilmiah (berdasarkan fakta, ada sumber
rujukan terkini/sokongan).
● Penulisan laporan menggunakan Font: Times New Roman, saiz 12, berselang 1.5.

● Penulisan +- 30 m/s (Tidak termasuk rujukan dan lampiran).

● Tugasan dihantar kepada pensyarah/tutor masing-masing selewat-lewatnya 2 minggu selepas


tarikh pembentangan atau berdasarkan perbincangan dengan tutor (sebarang kelewatan perlu
dibincangkan dengan pensyarah/tutor masing-masing).

Contoh tajuk:

1. Akta Pendidikan wajib dan Keciciran Murid


2. Kualiti guru
3. KBAT
4. Pembelajaran Abad 21
5. Aspirasi Murid
6. Aspirasi Sistem Pendidikan
7. Pemupukan nilai & disiplin pelajar: Peranan sekolah, masyarakat/PIBG dan undang-undang.
8. Pendidikan untuk semua
9. Pendidikan STEM
10. Pendidikan VTEK
11. Perpaduan melalui Pendidikan
12. Integriti dalam Pendidikan
13. Pentaksiran
TUGASAN INDIVIDU

Penulisan (40%)

● Pilih satu isu terkini menyentuh bidang anda daripada artikel penyelidikan/kertas

konsep dalam jurnal (Sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh kursus ditawarkan).

● Perlu membuat pembacaan/rujukan (tinjauan literatur) yang luas.

FORMAT PENULISAN
1.0 Pengenalan Topik

● Konsep/definisi/teori/model

2.0 Dasar-dasar yang berkaitan

● Kepentingan (kpm/jpn/ppd/sekolah/teori) ada link dengan implikasi

3.0 Isu dan cabaran - daripada artikel jurnal/tesis/baseline study tidak wajib)
3.1 Isu dan Cabaran Berkaitan Guru
3.2 Isu dan Cabaran Berkaitan Murid
3.3 Isu dan Cabaran Berkaitan Pengurusan Sekolah/Pentadbir
3.4 Isu dan Cabaran Infrastruktur
3.5 Isu dan Cabaran lain (ibu bapa/masyarakat dll)

4.0 Implikasi/Strategi/Cadangan untuk Menangani Isu (Berdasarkan Literatur)


4.1 Implikasi Dasar
4.2 Implikasi Teori/Model (jika berkaitan)
4.3 Implikasi Latihan (jika berkaitan)
4.4 Implikasi Amalan (Pentadbir/Guru/Murid)

5.0 Cadangan Kajian Lanjutan

6.0 Kesimpulan

Rujukan
Senaraikan sekurang-kurangnya 10 rujukan dan mestilah sekurang-kurangnya 10 tahun terkini

Nota:

● Font: Times New Roman, saiz 12, berselang 1.5.

● Keseluruhan penulisan +-30 halaman (Tidak termasuk Rujukan dan lampiran).

● Sila hantar penulisan tugasan selewat-lewatnya selepas 2 minggu kelas berakhir

(sebarang kelewatan perlu dibincangkan).


1. Tajuk tugasan perlu berkaitan dengan dasar dan mendapat persetujuan pensyarah.
2. Penulisan hendaklah mengikut gaya UKM

Contoh tajuk:

● Kualiti Guru

● Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

● Pembelajaran Abad 21 (communication, collaborative, creativity, critical thinking)


● Nilai dan Disiplin Pelajar: Peranan Sekolah, Masyarakat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru

serta Undang-Undang

● Pendidikan untuk Semua (Education for All)

● Pendidikan STEM dan TVET

● Perpaduan dan Integriti dalam Pendidikan

● Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid

● Keciciran Murid

● Lain-lain isu terkini dalam bidang masing-masing

DR. BITY SALWANA ALIAS


PENYELARAS KURSUS GC 6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

You might also like