Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tongak kepimpipinan memberi impak yang ketara dalam mengukuhkan

hubungan etnik di Malaysia.

Awal filem ini mengambarkan keadaan semasa pasukan bola sepak tanah air kita

pada ketika itu dibawah pengurus pasukan baru iatu Encik Harry Mountain. Ketua

pasukan tanah air saudara Chow menunjukan ketidakpuasan beliau dengan

pengurus baru ini dan beliau ingkar semua arahan pengurus dan memberi arahan

baru mengikut kehendak beliau. Akibatnya kesemua perlawanan persahabatan pra

Olimpik, Malaysia telah tewas dengan ketara. Hanya selepas ketua pasukan Chow

menerima pengurus pasukan itu dan dengan panduan pengurus and ketua pasukan

yang selari, akhirnya membuahkan hasil. Malaysia semula kembali beraksi seakan

sebuah unit and secara lansung mula kembali ke rentak memenangi perlawanan.

ini merupakan satu contoh yang terbaik, bagi menunjukan tompok kepimpinan

memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan satu hubungan etnik yang

kukuh di Negara kita. Jika setiap keputusan di pucuk kepimpinan diambil berat

sebelah ke arah satu golongan masyarakat, maka setengah pihak akan terasa

tertindas. Keadaan ini dalam jangka masa panjang akan memudaratkan hubungan

sesama etnik.

Dalam situasi yang lain walaupun kita mempunyai pemimpin yang arif dan

berjiwa rakyat, tetapi sekiranya rakyat tidak mempunyai kepercayaan pada beliau,

maka kita selaku satu unit atau Negara tidak akan berfungsi. Oleh itu selaku

masyarakat yang prihatin adalah tangungjawap kita untuk ketepikan kepentingan diri

sendiri and memberi kepercayan sepenuhnya pada pemimpin kita. Dan pada Umum

kita mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran

rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.


Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah

digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya

dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum,

persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu

tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran

Malaysia. Tambah pula, kecekapan pentadbiran malysia menjadi contoh Negara

Negara luar dalam menangani konflik disana adalah tidak dapat dipertikaikan.

Semua ini tercapai hanya kerana kepercayan kita pada perlembagan kita

yang amat adil dan telus. Semoga keadaan ini berkekalan walaupun setengah pihak

mengkritik pemimpin kita dengan melemparkan hasutan-hasutan yang palsu untuk

kepentingan diri dan politik mereka. Kita sebagai rakyat Malaysia harus arif dalam

membezakan antara yang palsu dan sebenar.


Bersatu kita teguh Bercerai kita roboh

Filem Ola Bola ini merupakan satu contoh yang terbaik jika kita hendak

mengaitkan peribahasa melayu yang berbunyi “Bersatu kita teguh, Bercerai kita

roboh”. Ia berkait rapat dengan perpaduan antara kaum di Negara kita, yang menjadi

punca utama kestabilan dan kejayaan negara kita

Dalam filem ini kita dapat lihat satu konflik antara dua penyerang dalam pasukan

kebangsaan kita, dimana saudara Ali tidak begitu senang dengan pemain baru yang

dipilih oleh pengurus iatu saudara Eric untuk berganding dengan beliau di bahagian

serangan. Oleh itu Ali tidak menghantar bola kepada Eric dalam beberapa

permainan dan ini mengakibatkan beberapa peluang di bazirkan langsung

mengakibatkan kekalahan pada pasukan negara.

Terdapat juga satu adegan dimana, pasukan tanah air ketinggalan dua

berbalas satu sewaktu bertemu dengan Korea Selatan pada separuh masa pertama.

Situasi ini berlaku kerana setengah pemain telah hilang semangat untuk bermain

selepas mengetahui bahawa Malaysia telah memboikot sukan olimipik tahun itu dan

walaupun Malaysia menang ke dalam perlawanan itu, tetap mereka tidak akan ke

sukan olimpik di Russia tahun itu. Walaupun hanya beberapa pemain tidak memberi

persembahan sepenuhnya, seluruh pasukan itu tidak dapat mempamirkan satu

permainan yang baik dan ketingalan pada masa itu. Hanya selepas motivasi

daripada ketua dan pemain pemain lain mereka yang berputus asa telah kembali

bersemangat dan mempamerkan satu aksi yang bersejarah sehinga hari ini apabila

skuad kebangsaan Berjaya menundukan pasukan Korea Selatan itu pada separuh

masa kedua.
Apa yang berlaku di filem ini boleh diambil sebagai satu pedoman dalam

hidup kita. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, adalah satu kata-kata yang

amat benar. kita harus bersatu tanpa mengira agama dan status demi kepentingan

tanahair kita ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan

politik. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan

struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan

secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan

pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat

melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencekupi

arena global.semua ini berlandaskan persepaduan kaum yang kita ada sekarang.

Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia yang

aman. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di

mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang

mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang

lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng

Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding

dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta.

Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang

telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian,

Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik

sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh

seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang

menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat

mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,


Sebuah Impian yang sama mampu meyatukan semua golongan etnik
sesebuah Negara

Satu mesej yang menarik perhatian kami dalam filem ini adalah apabila

pengurus pasukan Malaysia Encik Harry Mountain memberitahu pasukan beliau di

bilik persalinan “when we are following a common goal anything is possible, and for

that sake of matter we will put aside all our grudges, problems and self-interest and

put our goal on top of everything” yang bermaksud, apabila kita mempunyai satu

impian selaku satu pasukan, kita akan dapat menepikan segala ketidakpuasan,

masalah dan kepentingan diri untuk mencapai impian kita.

Adegan Ini membuatkan saya terfikir bahawa ini adalah satu mesej yang

amat penting untuk memastikan hubungan etnik di Malaysia terpelihara dan ini

merupakan satu rahsia disebalik kejayaan kita selama ini. Mengapa, kerana selama

ini selaku satu masyarakat bertangungjawap, kita hanya mempunyai satu impian,

kita hanya mahu satu Negara yang aman and makmur untuk didiami dan walau apa

pun situasi Negara yang penting, kita tetap tidak bertindak membuta tuli dan berfikir

secara rasional. Kita Berjaya meletakan impian kita di atas semua kehendak kita

demi tanahair yang kita junjung bersama.

Sekarang apa yang kita harus lakukan ialah, impian yang kita pelihara sejak

kita merdeka ini kekal diserat didalam jiwa kita dan adalah setiap tangungjawap

rakyat Malaysia untuk mendukungnya sebaik yang mungkin pada tatkala semasa isu

perkauman giat dimainkan oleh setengah pihak untuk kepentingan mereka.

Kita yang mempunyai impian yang sama akan pasti membuat satu keputusan

yang sama selaku peribahasa melayu yang berbunyi “Bulat air kerana pembetung,

bulat manusia kerana muafakat”.

You might also like