Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

KAJIAN KES

SEJARAH
TINGKATAN 5,SOALAN 1
CIKGU PUAN SITI HANISAH BT IBRAHIM
ADNI RAYYAN BINTI ZAINUZZAMAN
KANDUNGAN
1 2 3
Jadual Pernyataan Objektif
Kerja Masalah Kajian

4 5 6

Kaedah Laporan Sumber


Kajian Kajian Rujukan
bil Tarikh Perkara

1 04.07.2023 Menerima taklimat daripada Cg Hanisah

2 04.07.2023 Mencari bahan dan memilih tajuk

3 05.07.2023 Membuat rujukan awal

4 06.07.2023 Memilih kaedah kajian yang digunakan

5 20.07.2023 Menulis objjektif dan kaedah kajian


bil Tarikh Perkara

6 21.07.2023 Menulis pernyataan masalah pertama

7 21.07.2023 Menulis pernyataan masalah kedua dan ketiga

8 22.07.2023 Menyiapkan laporan

9 23.07.2023 Menyiapkan kajian kes

10 23.07.2023 Menghantar Kajian Kes


KAEDAH KAJIAN
Berdasarkan kajian kes ini, saya telah menggunakan 3 kaedah iaitu kaedah melayari internet, kaedah
audio visual dan kaedah penyelidikan perpustakaan atas talian.

Saya menggunakan kaedah melayari internet untuk mendapat bahan seperti di laman sesawang
berikut:
https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/penjalanan-pilihan-raya/umum
https://educalingo.com/ms/dic-ms/pilihan-raya
https://demokrasiberparlimen.weebly.com/kronologi.html

Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah visual di https://www.youtube.com/watch?


v=IF9xGSXisyg&ab_channel=FINASMalaysia

Kemudian, saya juga telah menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan atas talian di
http://journalarticle.ukm.my/7845/1/7a.paper-junaidi.pdf
PERNYATAAN MASALAH
Pilihan raya merupakan salah satu daripada ciri negara
yang mengamalkan demokrasi. Bincangkan.

OBJEKTIF KAJIAN
Melalui tajuk Kajian Kes Sejarah ini, saya dapat
mengetahui definisi pilihan raya . Selain itu, saya juga
dapat membincangkan kronologi perubahan sistem
pilihan raya pada tahun 1951 sehingga 1955. Akhir sekali,
saya juga dapat mengetahui cara untuk memastikan
pilihan raya dilaksanakan dengan adil dan telus.
PELAPORAN
Pilihan raya merupakan salah satu daripada ciri negara yang mengamalkan demokrasi.
Disediakan oleh: ADNI RAYYAN BINTI ZAINUZZAMAN (2023)
Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang
memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan
Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini
bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang
berkenaan. Sebagai ganti Malayan Union, British telah menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948
dan membuat langkah-langkah ke arah berkerajaan sendiri seperti yang dikehendaki oleh UMNO. Sebelum Pilihan
Raya Umum Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan, beberapa pilihan raya Majlis Bandaran dan Tempatan
telah dilangsungkan.

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk
mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk
memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Terdapat
dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh
dikategorikan kepada dua iaitu perwakilan berkadar atau sistem majoriti. Sistem pilihan raya mementingkan
pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding.
Pemenang menjadi tumpuan kerana akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-
undang. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada tahun 1951, Sistem Ahli (Member System) yang menjadi perintis kepada sistem kerajaan berkabinet atau Jemaah
Menteri seperti yang ada pada hari ini diperkenalkan oleh Sir Henry Gurney (Pesuruhjaya Tinggi British). Sistem Ahli
bermaksud sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu. Anggotanya
terdiri daripada beberapa orang dari Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Antara ciri-ciri Sistem Ahli ialah Ahli bertaraf
"Menteri" dan bertanggungjawab menjaga portfolio yang kandungi jabatan dan agensi kerajaan. Selain itu, Ahli
bertanggungjawab mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatannya dan dibentang dalam Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP). Kepentingan Sistem Ahli ini adalah menyediakan asas penting untuk latih orang tempatan ke arah
berkerajaan sendiri.

Seterusnya, pada tahun 1952, Raja-raja Melayu telah mengurniakan sebuah Cokmar kepada Majlis Perundangan
Persekutuan. Cokmar telah mempertingkatkan lagi status Majlis Perundangan Persekutuan kerana Cokmar merupakan satu
lambang keagungan, kehormatan sinonim dengan kebesaran sistem demokrasi berparlimen. Cokmar itu akan
dipersembahkan oleh wakil Raja-raja Melayu di upacara pembukaan persidangan Majlis Perundangan yang dirasmikan oleh
Pesuruhjaya Tinggi, Sir Gerald Templer. Selain itu, Pilihan Raya Municipal ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur pada 16
Februari 1952 adalah sangat penting dalam konteks politik tanah air kerana banyak parti-parti yang berpengaruh seperti
UMNO, MCA dan IMP mengambil bahagian di dalamnya. Pilihan raya ini menjadi medan ujian pertama kepada parti-parti
politik di Tanah Melayu untuk menguji pengaruh masing-masing.
Kemudian, pada tahun 1953, Pesuruhjaya Tinggi British berhenti mempengerusikan Majlis Perundangan Persekutuan dan
digantikan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Mahmud Mat sebagai tanda penghargaan sumbangan yang dicurahkan beliau
kepada Tanah Melayu. Secara tidak langsung, Datuk Seri Mahmud Mat menjadi speaker pertama bagi Majlis Perundangan
Persekutuan.

Pada tahun 1955, Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
dibubarkan untuk membolehkan Kerajaan mengadakan pilihan raya umum buat pertama kalinya bagi memilih ahli-ahli untuk
mewakili wakyat di Majlis Perundangan Persekutuan. Pilihan raya umum pada Julai 1955 membolehkan Persekutuan Tanah Melayu
membentuk kerajaan sementara sebelum mendapat kemerdekaan penuh daripada pihak British. Segala urusan berhubung pilihan
raya umum yang pertama ini dikelola dan ditadbirkan oleh Ketua Setiausaha Kerajaan melalui pegawai utamanya iaitu T.E Smith
yang dilantik menjadi Penyelia Pilihan Raya.Di Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan, gabungan UMNO, MCA dan MIC berjaya
memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang telah dipertandingkan. YTM Tunku Abdul Rahman Putra dilantik sebagai Ketua
Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan beliau membentuk Kabinet atau Jemaah Menteri Pertama Tanah Melayu. Ahli Majlis
Perundangan Persekutuan bertambah kepada 98 orang iaitu 52 orang yang dipilih melalui pilihan raya umum (menggantikan 50
orang ahli tidak rasmi), 35 orang ahli yang dilantik mewakili kepentingan kepentingan tertentu, dan 11 orang lagi terdiri daripada
Menteri Besar dan wakil-wakil negeri. Ini ialah satu tanda kemajuan yang besar dalam perkembangan sistem demokrasi
berpalimen tanah air.

Sebagai warganegara Malaysia, cara-cara untuk memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil dan telus adalah kerajaan
perlulah menggubal beberapa undang-undang dan peraturan untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya.
Antaranya seperti Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran
Pemilih) 2002 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
Melalui kajian kes ini, saya dapat mengetahui pelbagai informasi tentang pilihan raya di Malaysia seperti definisi
dan kronologinya. Mengambil tahu tentang pilihan raya adalah amat penting kerana kita perlu mengetahui usaha-
usaha yang telah dilaksanakan oleh pemerintah-pemerintah sebelum ini demi kemerdekaan Malaysia yang bebas dari
penjajah. Selain itu, kronologi yang telah dilaporkan juga dapat menambahkan ilmu tentang kronologi Pilihan raya 1951-
1955 yang telah menjadi contoh untuk pilihan raya-pilihan raya seterusnya. Antara nilai murni yang saya dapat
daripada pilihan raya 1951-1955 ialah kita perlulah bersatu padu demi mengekalkan perpaduan antara kaum dan
masyarakat agar negara Malaysia kekal harmoni dan bebas daripada penjajah asing. Tuntasnya, pengetahuan tentang
kronologi Pilihan Raya adalah amat penting kerana kronologi dapat memberitahu usaha-usaha yang telah dilaksanakan
agar Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat.
SUMBER RUJUKAN
Kaedah melayari internet:
1 https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/penjalanan-pilihan-raya/umum
https://educalingo.com/ms/dic-ms/pilihan-raya
https://demokrasiberparlimen.weebly.com/kronologi.html

2 Kaedah audio visual:


https://www.youtube.com/watch?v=IF9xGSXisyg&ab_channel=FINASMalaysia

Kaedah lawatan ke laman web perpustakaan:


3
http://journalarticle.ukm.my/7845/1/7a.paper-junaidi.pdf
LAMPIRAN

You might also like