Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Kajian Kes

Sejarah
NAMA : ANAS FAHMIE BIN MANJA
KELAS : 5AL-RAZI
GURU : PUAN SITI HANISAH BINTI IBRAHIM
TAJUK : BANGUNAN PARLIMEN
Jadual Kerja
Bil. Tarikh Perkara
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran sejarah iaitu
1 4.7.2023
Cikgu Hanisah

Membuat perbincangan dengan guru dan rakan-rakan


2 4.7.2023
berkaitan tajuk yang diterima

3 5.7.2023 Mencari bahan dan menetapkan tajuk

Mendapatkan bahan berkaitan pernyataan masalah yang telah


4 5.7.2023
dipilih

5 23.7.2023 Menyediakan jadual kerja dan menyiapkan proses awal


Jadual Kerja
Bil. Tarikh Perkara

Membuat pelaporan tugasan dan melengkapkan kajian


6 23.7.2023
kes

7 23.7.2023 Menyusun hasil kerja dan melengkapkan kajian kes

8 24.7.2023 Menghantar laporan yang lengkap kepada guru


PERNYATAAN MASALAH
Bangunan Parlimen mempunyai
sejarahnya yang tersendiri sebagai
lambang Demokrasi Berparlimen serta
simbol perpaduan Kerajaan Persekutuan
Malaysia.Bincangkan
Objektif Kajian
1 Menjelaskan sejarah
penubuhan bangunan
Parlimen

2 Menghuraikan fungsi dan


peranan Parlimen

3 Ciri-ciri yang perlu ada untuk


menjadi ahli parlimen
Kaedah Kajian
Dalam usaha menyiapkan kajian sejarah ini, saya telah menggunakan tiga kaedah iaitu
melayari internet, kaedah audio visual dan penyelidikan perpustakaan

Selain itu, saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat.Saya telah
melayari sesawang berikut iaitu:-
https://www.parlimen.gov.my/bangunan-parlimen-malaysia.html

Seterusnya,saya juga telah melayari audio visual berikut :-


https://youtu.be/XW9A8Di4W20 iaitu peranan ahli parlimen.

Kaedah terakhir yang saya jalankan ialah penyelidikan perpustakaan untuk


mendapatkan maklumat tambahan yang lain.Buku yang telah saya kaji ialah ‘PARLIMEN
MALAYSIA’ yang dikarang oleh Iza Kasmiza Kasmijan.Diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan
Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia pada tahun 2019.
Pelaporan
Bangunan Parlimen mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebagai lambang
Demokrasi Berparlimen serta simbol perpaduan Kerajaan Persekutuan
Malaysia.

Disediakan oleh : Anas Fahmie Bin Manja

Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang diadakan pada 11 September 1959 di
Dewan Tunku Abdul Rahman merupakan sejarah penting tanah air kerana buat julung kalinya Parlimen
Persekutuan telah bersidang dengan ahli-ahlinya. Persidangan Parlimen tersebut telah dirasmikan
oleh SPB Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Dewan
persidangan tersebut, sekarang ini dikenali sebagai Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia
(MATIC). Dewan ini terletak di Jalan Ampang dan dibina pada tahun 1935. Pada asalnya dewan ini
merupakan Kediaman En. Eu Tong Sen, seorang pelombong dan pengusaha ladang getah yang kaya
dan terkenal di Kuala Lumpur. Ia telah diubahsuai dan ditokok tambah oleh tukang-tukang
atau “master builders” yang diupah khas untuk menjadikan kediaman tersebut sebagai dewan
persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat
Pada 16 September 1963, Persidangan Pertama Parlimen Malaysia telah diadakan di Bangunan
Parlimen Malaysia yang terletak di kawasan Taman Tasik Perdana, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Pembinaan bangunan ini dibuat apabila tercetusnya idea dan pandangan dari Perdana
Menteri Malaysia Pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk mendirikan sebuah
bangunan khusus sebagai Bangunan Parlimen Malaysia.
Ekoran daripada itu, pada tahun 1959, satu kawasan yang berkeluasan 16.2 hektar berhampiran
Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak yang sesuai bagi pembinaan bangunan
tersebut. Kawasan tersebut dipilih kerana lokasinya yang strategik iaitu terletak di atas sebuah
bukit dan berhampiran dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Pada 31 Ogos 1962, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni
Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan untuk meletakkan batu asas bagi membina
Bangunan Parlimen Malaysia di kawasan tersebut. Kerja-kerja pembinaan mula dilaksanakan
setelah upacara meletakkan batu asas. Kemuncak bukit mula diratakan pada paras 61 meter dari
aras laut pada bulan September 1962. Kerja-kerja pembinaan Bangunan Parlimen yang terdiri dari
satu blok tiga tingkat dan satu blok menara 17 tingkat telah mengambil masa hampir setahun.
Manakala bagi melengkapkan sistem infra ke Bangunan Parlimen Malaysia, satu jambatan telah
dibina untuk menghubungkan Bukit Parlimen dengan Pusat Bandaraya. Pada masa itu, kos
keseluruhan pembinaan Bangunan Parlimen adalah sebanyak RM 18 juta. Bangunan Parlimen ini
telah dirasmikan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum
Syed Hassan Jamalullail pada 2 November 1963.
Fungsi Parlimen
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang
yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan,
membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan,
meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga
menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional. Berperan
sebagai wakil rakyat bagi kawasan mereka. Ahli parlimen juga boleh memegang jawatan Menteri
dalam kerajaan dan menjadi jurucakap untuk pembangkang. Tugas lain termasuklah ambil
bahagian di dalam perbahasan dan proses mengundi bagi menggubal undang-undang dan perkara
lain. Ahli parlimen juga membantu rakyat dalam pelbagai cara melalui pertanyaan peribadi bagi
pihak rakyat. Ahli parlimen biasanya menyokong parti mereka. Mereka berperanan sebagai wakil
untuk sebahagian kawasan mereka.
Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan dengan lebih
berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil
"Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" kepada ahli Parlimen. Setiap Dewan mempunyai kuasa untuk
mengawal selia tatacaranya sendiri, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing yang
mana kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah; dan setiap Dewan boleh
mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau menghina (contempt) di dalam
Dewan tersebut. Secara amnya, ahli Dewan menikmati imuniti daripada prosiding sivil dan jenayah
terhadap perkara yang dibahaskan dan yang dibuat di dalam sesi Parlimen.
Ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi ahli parlimen ialah mempunyai integriti, berakhlak, bersih yakni
tidak terpalit dengan skandal, kontroversi mahupun konflik tertentu. Individu yang berintegriti ini
penting supaya menjadi pemimpin yang akan dihormati oleh ahli parti, pengundi dan juga lawannya
sendiri. Selain itu,mampu menyampaikan visi dan misi yang mudah difahami dan mampu berinteraksi
dengan pelbagai lapisan masyarakat. Seterusnya, boleh mendengar rintihan rakyat dan menyelesaikan
aduan terutama daripada pengundi baharu dan generasi muda. Kebolehan ini dapat memberi keyakinan
kepada rakyat bahawa wakil rakyat yang bakal dipilih ini mampu membawa isu dan aduan mereka ke
peringkat atasan untuk diselesaikan. Akhir sekali, berpengetahuan luas dalam pelbagai isu dan
mempunyai tahap pendidikan tinggi.

Kesimpulannya, melalui kajian kes Sejarah ini saya dapat mengetahui tentang pelbagai informasi
berkaitan sejarah Bangunan Parlimen. Hasilnya saya dapat simpulkan bahawa bangunan parlimen amat
penting sebagai lambang Demokrasi Berparlimen. Hal ini kerana system demokrasi berparlimen dapat
melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih. Rakyat
mempunyai hak bersuara,berpolitik dan berpersatuan.Dengan ini, kita dapat membina kerajaan yang
lebih efisien dan stabil. Melalui kajian kes sejarah ini juga, saya dapat memahami beberapa nilai-nilai
murni. Antara nilai murni yang dapat saya pelajar ialah kita hendaklah bekerjasama untuk
meningkatkan kerja. Bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Selain itu, kita
hendaklah mengekalkan perpaduan dalam negara. Harapan saya terhadap masyarakat adalah agar
bijak dalam memilih seseorang pemimpin untuk mempertahankan negara kita kekal aman dan
sejahtera pada masa kini dan masa akan datang.
Sumber Rujukan

Melayari Internet
❖ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1025145/pru15-lima-ciri-
penting-pilih-wakil-rakyat
❖ https://www.parlimen.gov.my/fungsi.html?uweb=web&
❖ https://www.parlimen.gov.my/bangunan-parlimen-
malaysia.html?id=7&view=238&album=0&uweb=

Audio Visual
❖ https://youtu.be/XW9A8Di4W20
❖ https://youtu.be/bS0LUpsfiy8

Penyelidikan Perpustakaan
❖ Buku berjudul ‘PARLIMEN MALAYSIA’ yang dikarang oleh Iza Kasmiza
Kasmijan.Diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan
Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2019.
❖ https://online.anyflip.com/kdisn/cyio/mobile/
Lampiran
Lampiran

Seri Paduka Baginda Yang di- Batu Asas yang dibentuk khas dengan permukaanya
Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed diperbuat daripada batu marmar, seberat 385kg (850 lb)
Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed bersaiz dua kaki lebar dan lima kaki tinggi, mengandungi
Hassan Jamalullail telah berkenan salinan penyata rasmi perbahasan pertama Dewan Rakyat
untuk meletakkan batu asas. 1958, akhbar, sedikit mata wang Malaysia dan sedikit bijih
timah, getah dan padi sebagai simbol
Lampiran
Lampiran

You might also like