Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN NIK DAUD

KM35 JALAN TANAH MERAH-JELI


17700 AYER LANAS
Telefon: 09-9468673
KELANTAN
Faks: 09-946767
E-Mel: teachersknd@gmail.com

Ruj. Kami :SKND :


Tarikh : 16 Mac 2020
Kepada,

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah,
Jalan Hospital,
17500 Tanah Merah, Kelantan.

Tuan,

LAPORAN ANCAMAN KESELAMATAN GURU BESAR SK NIK DAUD.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Laporan pertama iaitu Laporan ancaman keselamatan kepada Guru


Besar (En.Rafie bin Abdullah) daripada Pengusaha Kantin Sekolah(En.Azman bin
Latiff). Sila rujuk Laporan daripada Tuan Guru Besar sepertimana yang dikepilkan.

3. Laporan Kedua iaitu berlaku pada 04 Mac 2020, jam lebih kurang
9.15 pagi. Pengusaha Kantin sekolah telah menghalang kenderaan Tuan Guru Besar
dengan meletakkan kenderaan miliknya di belakang kereta Guru Besar , di mana
ketika itu kereta Guru Besar berada dalam ‘parkir’( garaj Guru Besar). Selepas
kejadian ini berlaku, pengusaha kantin telah memaklumkan kepada saya melalui
telefon yang bernombor 012-9597227 dengan menyatakan bahawa dia(pengusaha
kantin sekolah) telah meletakkan kenderaannya dibelakang kereta Guru Besar.
Dengan harapan Cek RMTS dapat ditandatangani pada hari itu juga. Setelah itu, saya
telah memaklumkan kepada Tuan Guru Besar bahawa keretanya telah dihalang oleh
pengusaha kantin. Tuan Guru besar telah memberitahu kepada saya supaya segera
menelefon kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah untuk menyelesaikan
masalah ini. Saya terus Menelefon kepada Tuan Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Tanah Merah Iaitu En.Razali Bin Kasim. Lebih kurang setengah jam
kemudian, Tuan Timbalan dan rombongannya(En.Mohd Rusli b Mohamed-TPPD dan
En.Nazir bin Azim-sic +) sampai di sekolah. Pihak polis daripada Balai Polis Bukit
Bunga iaitu seramai 3 orang telah juga sampai ke sekolah. Pihak PPDTM dan pihak
Polis telah berjumpa Tuan Guru Besar di dalam bilik Guru Besar. Maka, perbincangan
telah berlaku antara pihak polis ,pihak PPDTM dan Guru Besar. Isunya adalah
menyelesaikan tandatangan cek RMTS bagi bulan Februari. Ketika perbincangan
berlaku, Pengusaha Kantin sekolah telah mengalihkan kenderaannya dibelakang
kereta Guru Besar. Hampir setengah jam perbincangan berlaku, Guru Besar telah
bersetuju menandatangani cek tersebut tetapi dengan satu syarat bahawa dia (Guru
Besar) akan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Bunga bagi menjamin
keselamatannya dan meminta Tuan Timbalan PPDTM menyerahkan cek tersebut
kepada pengusaha kantin sekolah. Cek tersebut telah diserahkan sendiri oleh Tuan
Timbalan PPDTM (En.Razali bin Kasim) kepada pengusaha kantin di kantin sekolah.
4. Sekian sahaja laporan saya untuk tindakan Tuan seterusnya.

Yang Menjalankan Perintah,

AMRAN BIN JAAFAR


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SK NIK DAUD,
17700 AYER LANAS, KELANTAN.

You might also like