Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja,

apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila


menyebut hal-ehwal berkenaan raja.

Bahasa Istana Bahasa Biasa


Almarhum Allahyarham
ampun kurnia maaf
anugerah beri; hadiah
baginda dia (raja menyapa rakyat)
beradu tidur
berangkat berlepas; bertolak
bercemar duli berjalan; pergi ke
berkenan sudi; suka akan
berputera beranak; bersalin
bersabda berkata
bersiram mandi
bertitah berkata
beta saya (raja)
daulat bahagia
gering sakit
hari keputeraan hari jadi
hulu kepala
iram-iram payung
kaus kasut
kurnia beri; hadiah
mahkota topi
makam kubur
mangkat mati; meninggal dunia
menghadap menjumpai
murka marah
patik saya (rakyat menghadap raja)
Peraduan / beradu tempat tidur / tidur
permaisuri isteri
putera anak lelaki
puteri anak perempuan
santap makan
semayam duduk; tinggal
sembah memberi salam
singgahsana kerusi
titah kata; perintah
1) Perkataan: berkenan Maksud: bersetuju
Ayat: Baginda telah berkenan untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang
yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Bera esok.

2) Perkataan: berangkat Maksud: pergi


Ayat: Sultan negeri Pahang akan berangkat ke Tanah Suci esok.

3) Perkataan: bertitah Maksud: berkata


Ayat: Dalam majlis itu, baginda bertitah bahawa semua pihak harus saling-
menghormati supaya perpaduan rakyat terus terpelihara.

4) Perkataan: bersiram Maksud: mandi


Ayat: Tuan Puteri sedang bersiram dengan inang pengasuh di Taman Kayangan.

5) Perkataan: bersemayam Maksud: tinggal


Ayat: Baginda akan bersemayam di Istana Kayangan mulai tahun 2012.

6) Perkataan: beradu Maksud: tidur


Ayat: “Beta ingin beradu sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan
kepada pegawai istana baginda.

7) Perkataan: murka Maksud: marah


Ayat: Raja akan murka sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya

8)Perkataan: derhaka Maksud: tidak setia, tidakhormat,


langgar perintah
Ayat: “Rakyat yang derhaka kepada raja dan menjadi pembelot negara akan
dilucutkan kerakyatannya,” kata Cikgu Ali kepada pelajarnya.

9)Perkataan: darjat Maksud: taraf


Ayat: Sikap tolong-menolong sesama manusia tidak mengira pangkat dan darjat
seseorang perlu menjadi amalan rakyat Malaysia.
10)Perkataan: gering Maksud: sakit
Ayat: Baginda selalu sahaja gering kerana cuaca yang tidak menentu .

11)Perkataan: bersantap Maksud: makan


Ayat: “Baginda sedang santap bersama-sama Bendahara dan Temenggung di balai
rong,”sembah Laksamana kepada Syahbandar.

12)Perkataan: tulah Maksud: kecelakaan, kesusahan


Ayat: Rakyat yang menderhaka kepada raja dipercayai akan ditimpa tulah.
Contoh Bahasa Istana yang popular lain ;
✓ Mangkat ( meninggal )
✓ Makam ( kubur )
✓ Kaus ( kasut )
✓ Peraduan ( tempat tidur )
✓ Titah
✓ Menghadap ( berjumpa )
✓ Daulat
✓ Berputera ( bersalin )
✓ Ampun kurnia ( maaf )
✓ Anugerah ( beri )

You might also like