Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Nurul Fariena binti Asli

Universiti Kebangsaan Malaysia


43600 Bangi
Selangor
Pengetua
SMK (LKTP) Kampung Awah
28030 Maran
Pahang 28 Mac 2023

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN DI SMK (LKTP) KAMPUNG AWAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Fariena binti Asli, yang merupakan pelajar
Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, sedang menjalankan kajian bertajuk
“Development and Validation of Primary Trait Writing Rubrics for Self-Assessment Activity Among
Form Four Students Using Many Facet Rasch Model”.

3. Untuk makluman tuan, pelajar-pelajar tingkatan lima di sekolah tuan seramai 30 orang yang
mendapat TP 1 dan TP 2 khususnya dalam ‘writing skill’ didapati memenuhi ciri-ciri peserta kajian
yang diperlukan. Para pelajar akan menulis satu esei dan mereka akan menggunakan rubrik yang
telah dibina oleh pengkaji untuk membuat penilaian kendiri terhadap esei mereka. Ini akan
membantu meningkatkan kemahiran menulis mereka.

4. Justeru, saya ingin memohon kebenaran untuk menjalankan kajian tersebut di sekolah tuan.
Bersama-sama permohonan ini, saya sertakan surat kebenaran menjalankan kajian daripada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM dan Jabatan Pendidikan Pahang
untuk rujukan tuan.

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh hubungi saya di talian 013-9902450
atau email p97677@siswa.ukm.edu.my. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan atas sokongan
dalam menjayakan penyelidikan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

Saya yang menjalankan Amanah, Disokong oleh,

(Nurul Fariena binti Asli)

You might also like