Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

KOMPONEN UTAMA SISTEM

KERAJAAN MALAYSIA

BADAN PENTADBIRAN
Firdaus & Daniel
S1K3T6
Pengenalan
Badan pentadbiran atau badan eksekutif ialah badan pemerintah
yang melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan
Persekutuan. Badan eksekutif peringkat Kerajaan Persekutuan
ialah Jemaah Menteri manakala
badan eksekutif peringkat Kerajaan Negeri ialah Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri
perdana menteri
Perlantikan oleh Yang di-Pertuan
Agong.
Dipilih daripada kalangan ahli Dewan
Rakyat yang mendapat sokongan
majoriti ahli Dewan Rakyat.
Merupakan ketua jemaah menteri.
keahlian
Diketuai perdana menteri
Dianggotai Menteri-menteri

peranan dan Tugas


Menggubal dan membentuk dasar
KaBinet utama negara.
Memutuskan pendirian kerajaan.
Melicinkan pentadbiran kerajaan pusat.

jumlah kabinet semasa


28 ahli Jemaah Menteri
27 Timbalan Menteri
Kementerian
Kementerian ialah agensi tertinggi dalam
jentera pentadbiran Persekutuan. Bilangan
kementerian bergantung kepada keadaan
dan pandangan Perdana Menteri.
Kementerian diketuai oleh seorang menteri
dengan dibantu oleh Timbalan Menteri dan
Setiausaha Parlimen.
Setiap kementerian bertanggungjawab
menggubal dasar-dasar kerajaan,
merancang dan menyelaraskan dasar
tersebut
Menteri
Dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat
atau Dewan Negara
Seorang menteri boleh mengetuai lebih dari satu
kementerian.
Menteri yang mengganggotai kementerian
bertanggungjawab menjalankan tugas mengikut
perlembagaan.
Contoh menteri di
malaysia

Tuan Anthony Puan Fadhlina Dr. Zaliha


Loke Sidek Mustafa
Menteri Menteri Pendidikan Menteri Kesihatan
Pengangkutan
isu semasa
Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek mempunyai kuasa untuk menggubal
dan mengubah hal- hal dan perkara berkaitan kementerian beliau.
Sebagai contoh, beliau telah memansuhkan majlis dan pertandingan yang
tidak berkaitan dengan skop pendidikan.
Perkara ini dilakukan oleh beliau bagi menjamin kebajikan guru-guru di
Malaysia.
Majlis dan pertandingan yang tidak berkaitan dilihat memberi beban
kepada guru dan murid.
Oleh itu,melalui langkah pemansuhan ini, tekanan yang diberikan kepada
guru dan murid di sekolah mampu dikurangkan .
Kos perbelanjaan kementerian juga mampu dikurangkan.
Suasana pembelajaran akan lebih berfokus dan teratur.
kesimpulan
Sistem pentadbiran negara yang telus dan
teratur amat penting dalam memastikan
kesejahteraan dan kemakmuran negara
tercapai. Oleh itu,setiap pemimpin haruslah
berganding bahu bagi memajukan dan
menjaga kebajikan masyarakat dalam negara
kita tanpa mengira umur,agama dan bangsa.

You might also like