Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LINDUNGAN

Jalan PJS 10/11,


46150,Petaling Jaya, Tel : 03-56316826
Faks : 03-56316843
Selangor Darul Ehsan Email: bba8281@btpnsel.edu.my

Ruj.Kami: SKKL.100-2/3/8 (1 )
Tarikh:11/12/2023

Kepada
Bahagian Perhubungan Awam
Balai Polis Sungai Way
Jalan SS 9a/1, Sungai Way
Free Trade Industrial Zone, 47300
Petaling Jaya, Selangor.
u.p : Pegawai Perhubungan Sekolah
(KPL Junaidi bin Awang)
(KPL Stevenson Sutin @ Sylvester)

Tuan,

JEMPUTAN KE PERASMIAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK & VAPE 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin menjemput tuan merasmikan sempena
“Program Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape”. Program ini satu usaha untuk pencegahan
menangani salah laku displin berkaitan rokok & vape dalam kalangan murid sekolah

3. Maklumat tentang program tersebut adalah seperti berikut.

Tarikh : 13 Disember 2023 (Rabu)


Masa : 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
Tempat : Dataran Wawasan, SK Kampung Lindungan

4. Semoga dengan kehadiran tuan akan memantapkan lagi displin di sekolah ini. Kehadiran dan
kerjasama dari pihak dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, harap maklum.

‟MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(NORLAILA BINTI JAMALUDIN)


Guru Besar
SK Kampung Lindungan

“Murid Disayangi, Sahsiah Disantuni, Akademik Didahului ”

You might also like