Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

KERTAS CADANGAN KEPADA

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

______________________________________
CADANGAN
PENYELENGGARAAN DAN NAIK TARAF GELANGGANG SUKAN
& PERMAINAN SERTA KEMUDAHAN RIADAH PELAJAR DI
KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH

JABATAN PENGURUSAN PELAJAR


KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

DILULUSKAN OLEH

PENGARAH
BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. KANDUNGAN 1

2. TUJUAN 2

3. LATAR BELAKANG 2

4. ASAS PERTIMBANGAN 3

5. PERINCIAN CADANGAN 4-9

6. IMPLIKASI KEWANGAN 10

7. IMPLIKASI OUTCOME 11

8. SYOR 11

9. ULASAN 11 - 15

10. LAMPIRAN 1 (GAMBAR SEMASA) 16 - 21

11. LAMPIRAN 2 (CADANGAN) 22 - 23

1
TUJUAN

1. Kertas ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan YBrs Pengarah


Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung cadangan
menyelenggara dan menaiktaraf kemudahan gelanggang sukan dan permainan
(Tenis, Bola Tampar, Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Keranjang, Bola Jaring,
Futsal, Petanque dan Gelanggang Badmintan di blok kediaman pelajar) untuk
kemudahan kebajikan dan keselamatan pelajar Kolej Matrikulasi Perlis.

LATAR BELAKANG

2. Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) kini mempunyai 1228 pelajar yang sedang mengikuti
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi 2023/2024.
Kapasiti KMP boleh memuatkan pelajar sehingga 1500 pelajar dalam satu-satu sesi
pengajian. Pembelajaran selama 1 sesi pengajian (2 semester) memerlukan semua
pelajar memberi tumpuan khusus terhadap pembelajaran akademik dan
kokurikulum di samping melaksanakan aktiviti riadah. Pihak kolej perlu menyediakan
perkhidmatan sokongan yang berkualiti kepada warga kolej terutamanya pelajar
bagi mencapai keberhasilan yang terbaik. Aspek kemudahan dan keperluan pelajar
adalah satu keutamaan yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Di Kolej
Matrikulasi Perlis terdapat 9 blok penginapan pelajar iaitu 6 blok pelajar perempuan
dan 3 blok kediaman pelajar lelaki.
Di Kolej Matrikulasi Perlis terdapat beberapa kemudahan gelanggang sukan dan
permainan antaranya gelanggang tenis, bola tampar, bola jaring, takraw, bola
sepak, bola keranjang dan sebagainya. Semua gelanggang permainan ini telah
kelihatan usang dan boleh memberi implikasi kecederaan serta risiko keselamatan
kepada pengguna jika tidak diselenggara dengan baik. Keadaan yang berterusan
ini menyebabkan minat, tumpuan pelajar dan warga kolej terhadap budaya
bersukan akan berkurangan.
Pihak kolej melalui Unit Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi
Perlis menerima banyak rungutan dan aduan berkaitan kecederaan pengguna akibat
melaksanakan aktiviti riadah di gelanggang terbabit. Sehubungan dengan itu,
cadangan penyelenggaraan dan menaiktaraf gelanggang sukan ini perlu diberi
perhatian serius oleh pihak Bahagian Matrikulasi KPM supaya isu ini dapat ditangani
dengan baik dan berkesan.

2
ASAS PERTIMBANGAN

3. Aktiviti sukan dan permainan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif,


kesedaran diri dan berdaya saing. Ia juga dapat meningkatkan tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah serta
pengukuhan interaksi sosial di samping penguasaan kemahiran pergerakan asas
dan kompleks
Dengan melaksanakan penyelenggaraan dan naiktaraf gelanggang sukan dan
permainan ini diharap dapat memberi faedah dan kebaikan kepada pelajar dan
warga kolej seperti berikut :

i. Menyediakan kemudahan sukan yang berkualiti dan selamat digunakan.

ii. Memastikan para pelajar selamat menggunakan kemudahan sukan yang


disediakan

iii. Mengelak dan mengurangkan kecederaan pelajar semasa melaksanakan


aktiviti sukan

iv. Memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas kokurikulum


dapat dilaksanakan dengan sempurna

v. Meningkatkan tahap kesihatan kepada pelajar.

vi. Menyediakan kemudahan riadah altenatif kepada pelajar sebagai usaha


mengurangkan tekanan belajar

vii. Menggalakkan pelajar dan warga kolej terlibat aktif dengan aktiviti sukan
dan permainan.

viii. peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan


sokongan.

ix. Salah satu usaha menyokong Dasar Kerajaan menyediakan infrastruktur


terkini bagi membangunkan Program Sukan Untuk Semua dan Program
Sukan Prestasi Tinggi.

3
PERINCIAN CADANGAN

4. Jabatan Pengurusan Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis mencadangkan untuk


melaksanakan penyelenggaraan dan naik taraf gelanggang sukan seperti berikut;

Bil Gelanggang Perincian


1. Menaiktaraf 4 gelanggang tenis.
4.1 Tenis i. Kerja-kerja menyediakan tapak.
ii. Mengenalpasti dan menutup semua lopak-lopak air
dan keretakkan dalam gelanggang (berasaskan
piawaian yg ditetapkan oleh ITF)
iii. Memasang tiga (3) lapisan rubberise undercoat.
iv. Memasang dua (2) lapisan ITF certified rubberise
colorcoat
v. Memasang dua (2) lapisan ITF certified garisan putih
gelanggang tenis.
vi. Membina tembok latihan mengikut spesifikasi ITF.
vii. Melampirkan salinan ITF certificate kepada bahan
yang digunakan.
viii. Menaiktaraf laluan pejalan kaki di gelanggang tenis
ix. menyelenggara pagar jenis Chain Link termasuk
kerja-kerja mengecat tiang besi pagar 2500
x. Memberi tempoh warranty.

4
i. Menaiktaraf 4 Gelanggang Bola Tampar
ii. Garisan gelanggang yang pudar dan tidak jelas
4.2 Bola Tampar kesan hakisan dan takungan air.
iii. Cat semula gelanggang mengikut spesifikasi FIVB.
iv. Permukaan gelanggang yang tidak rata dan
menakung air garisan gelanggang yang telah
hilang.
v. Coating (touch up).
vi. Memasang satu (1) lapisan duracourt emulsion.
vii. Memasang dua (2) lapisan duracourt mastic.
viii. Memasang dua (2) lapisan duracourt
decoblue/green.
ix. Tiada pagar memisahkan antara gelanggang.
x. Membina penghadang (pagar) mudah alih tinggi
10’ x panjang 60’ merentasi gelanggang
xi. Tiang yang bengkok.
xii. Membekalkan 4 set tiang baharu dan
menyediakan lubang tiang.
xiii. Terdapat kerosakan pada pintu dan kerosakan
pagar.
xiv. Membekalkan 4 set pintu baharu.
xv. Pembaikan pagar yang rosak.

i. Menaik taraf dan membaik pulih 2 gelanggang


bola keranjang sedia ada serta gelanggang 2
4.3 Bola dalam 1 bagi Futsal dan bola jaring.
Keranjang ii. Menggantikan ring goal post dan target board yang
baharu.
iii. Mengecat semua tiang goal post yang sudah
berkarat dengan menggunakan cat yang sesuai
dan berkualiti tinggi.
iv. Mengecat gelanggang (penggunaan cat
gelanggang sukan yang sesuai & tinggi kualiti)
contoh: Elasta guard @ Epoxy Exterior first gred.
v. Mengecat keseluruhan tapak gelanggang dan baki
5
luar gelanggang.
vi. Menyediakan garisan baharu gelanggang bola
keranjang (lengkap dan mengikut spek yang
diiktiraf oleh FIBA & MABA) dan Futsal/ bola jaring.
vii. Menyediakan garisan baharu gelanggang 2 dalam
1 (futsal dan bola jaring) berbeza warna.
viii. Ukuran luar bagi futsal bewarna putih dan dan bola
jaring bewarna kuning.
ix. Memasang pagar di sekeliling gelanggang.
Ketinggian minimum 3 meter, panjang 63 meter
dan lebar 34 meter.

1. Menyelenggara 1 gelanggang sepak takraw di


4.4 Sepak kawasan Kompleks Sukan KMP
Takraw i. Ukuran tapak keseluruhan 23.4 meter x 16.1
meter.
ii. Mengecat gelanggang (penggunaan cat
gelanggang sukan yang sesuai & tinggi kualiti)
contoh: Elasta guard @ Epoxy Exterior first gred.
iii. Mengecat keseluruhan tapak gelanggang.
iv. Menyediakan garisan baharu gelanggang sepak
takraw (lengkap).
v. Memasang pagar di bahagian belakang
gelanggang (sebelah jalan raya). Ketinggian
minimum 5 meter dan lebar minimum 16 meter.
vi. Menyediakan 1 set tiang untuk jaring.
Menyediakan papan tanda peraturan penggunaan
gelanggang sepak takraw.

2. Menyelenggara 1 gelanggang sepak takraw di


tengah ruang kediaman pelajar lelaki blok C1
i. Mengecat gelanggang sepak takraw blok C1
(penggunaan cat gelanggang sukan yang sesuai &
tinggi kualiti) contoh: Elasta guard @ Epoxy
Exterior first gred.
6
ii. Mengecat keseluruhan tapak gelanggang.
iii. Menyediakan garisan baharu gelanggang sepak
takraw (lengkap).
iv. Ukuran gelanggang seperti rajah di sebelah.
v. Menyediakan 1 set tiang untuk jaring.
vi. Menyediakan papan tanda peraturan penggunaan
gelanggang sepak takraw C1.
vii. Meletak pasir/tanah disekeliling gelanggang.

1. Menyelenggara dan naik taraf 1 gelanggang


badminton Blok kediaman pelajar perempuan A1
4.5 Badminton i. Mengecat permukaan gelanggang (penggunaan
cat gelanggang sukan yang sesuai & tinggi kualiti)
contoh: Elasta guard @ Epoxy Exterior first gred.
ii. Mengecat keseluruhan tapak gelanggang.
iii. Menyediakan garisan baharu gelanggang
badminton (lengkap).
iv. Ukuran gelanggang seperti rajah di sebelah.
v. Menyediakan 1 set tiang untuk jaring.
vi. Menyediakan papan tanda peraturan penggunaan
gelanggang badminton blok A1.
vii. Meletak pasir/tanah disekeliling gelanggang.

2. Menyelenggara dan naik taraf 1 gelanggang


badminton Blok kediaman pelajar perempuan B3
i. Mengecat gelanggang badminton Blok B3
(penggunaan cat gelanggang sukan yang sesuai
& tinggi kualiti) contoh: Elasta guard @ Epoxy
Exterior first gred.
ii. Mengecat keseluruhan tapak gelanggang dan
sediakan garisan baharu set tiang gelanggang
badminton (lengkap).
iii. Menyediakan papan tanda peraturan penggunaan
gelanggang badminton blok B3.
iv. Meletak pasir/tanah di sekeliling gelanggang
7
1. Menyelenggara dan naik taraf 1 gelanggang bola
4.6 Bola Jaring jaring (hardcourt) di Komplek Sukan KMP.
i. Ukuran sedia ada gelanggang ialah 36m x 20m.
ii. Mengecat permukaan gelanggang (penggunaan
cat gelanggang sukan yang sesuai & tinggi kualiti)
contoh: Elasta guard @ Epoxy Exterior first gred.
iii. Mengecat keseluruhan tapak gelanggang.
iv. Menyediakan garisan baharu gelanggang
(lengkap).

1. Pembinaan bumbung penonton dan pemain:


4.7 Petanque i. 22 meter panjang x 5 meter lebar x 4 meter tinggi
(bahagian hadapan gelanggang berkembar
dengan pagar KMP).
ii. 20 meter panjang x 6 meter lebar dan 4 meter
tinggi (bahagian sisi gelanggang untuk ruangan
penonton).
2. Pembinaan kerusi batu sepanjang sisi kiri
gelanggang.
i. Binaan kerusi batu 3 tingkat berukuran 14 meter
panjang x 6 kaki lebar x 4.5 kaki tinggi.
3. Naik taraf score board di gelanggang petanque

1. Menyelenggara dan naik taraf 1 padang bola


4.8 Padang sepak di Kompleks Sukan KMP
Bola Sepak i. Melaksanakan rataan semula permukaan padang
bola sepak
ii. Mengantikan 1 Set Tiang gol bola sepak
iii. Menyediakan 1 set tiang gol yang mudah alih
iv. Melaksanakan pembajaan semula rumput
v. Membina tempat duduk penonton di tepi padang
bola sepak – bertingkat dan simen sepanjang 60
meter panjang x 6 kaki lebar x 4.5 kaki tinggi.
vi. Menyediakan tempat duduk pemain simpanan

8
vii. Menyediakan binaan tapak simen acara lompat
jauh & lontar peluru/cakera
4.9 Outdoor Gym 1. Menyediakan 1 tapak riadah pelajar keluasan
500-600 meter persegi yang memiliki peralatan
kecergasan dan riadah (outdoor gym)
i. 4 set Air Walker
ii. 4 set Double Lat Pulldown
iii. 4 set Double Leg Press
iv. 4 Double Torso Swing Station
v. 2 set workout equipment

9
IMPLIKASI KEWANGAN

3 Anggran harga (RM) seperti berikut.

Anggaran Kos
Bil Perkara
(RM)

1. 4 Gelanggang Tenis RM 260, 500.00

4 Gelanggang Bola Tampar RM 220, 800.00


2.

2 Gelanggang Bola Keranjang RM 150, 400.00


3.

1 Gelanggang Futsal RM 50, 800.00


4.

1 Gelanggang Bola Jaring RM 50, 800.00


5.

4 Gelanggang Petanque
6. RM 30, 800.00

2 Gelanggang Sepak Takraw


7. RM 40, 800.00

2 Gelanggang Badminton
8. RM 40, 800.00

1 Padang Bola Sepak


9. RM 70, 800.00

Penyediaan Kemudahan Riadah Outdoor


10. Gym RM 75, 900.00

Jumlah keseluruhan RM 992, 400.00

10
IMPLIKASI OUTCOME

4 Penyediaan kemudahan sukan dan permainan yang selamat dan selasa serta berkualiti
adalah suatu keperluan kepada pelajar. Mewujudkan persekitaran Colleges of
Distinction kepada pelajar adalah amat perlu bagi memperlihatkan kehidupan kampus
yang kondusif dan dapat meningkatkan semangat belajar. Melaksanakan aktiviti secara
berpasukan dapat membina jati diri pelajar yang hebat di samping memupuk nilai-nilai
murni dan pembinaan adab yang baik. Semua elemen yang terlibat perlu diteliti dan
diberi sokongan untuk mencapai matlamat tersebut. Dengan tersedianya kemudahan
asas, kemudahan sokongan dan fasiliti yang selamat dan berkualiti dapat
meningkatkan lagi keyakinan dan kepercayaan pelajar, ibubapa dan warga kolej
terhadap pengurusan kebajikan mereka di Kolej Matrikulasi Perlis.

SYOR

5 Cadangan ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan perhatian daripada


pihak tuan bagi menyediakan peruntukan kewangan mencukupi serta disegerakan
untuk dilaksanakan. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan, kami dahulukan
dengan ucapan jutaan terima kasih.

6 ULASAN PEMOHON/ PENYEDIA

Adalah diharapkan permohonan ini mendapat kelulusan dan pertimbangan


sewajarnya.

___________________________________________________

NAMA PEMOHON : MOHD BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH


JAWATAN : KETUA JABATAN PENGURUSAN PELAJAR
TARIKH :

11
PENYELENGGARAAN DAN NAIK TARAF GELANGGANG SUKAN & PERMAINAN SERTA
KEMUDAHAN RIADAH PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

ULASAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

DISOKONG

TIDAK DISOKONG

KHAIRINA BINTI SUBARI

Tarikh:

12
PENYELENGGARAAN DAN NAIK TARAF GELANGGANG SUKAN & PERMAINAN SERTA
KEMUDAHAN RIADAH PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

ULASAN TIMBALAN PENGARAH


SEKTOR PEMBANGUNAN PELAJAR

DISOKONG

TIDAK DISOKONG

SHAHRIN BIN OSMAN


Tarikh:

13
PENYELENGGARAAN DAN NAIK TARAF GELANGGANG SUKAN & PERMAINAN SERTA
KEMUDAHAN RIADAH PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

ULASAN TIMBALAN PENGARAH


SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN

DISOKONG

TIDAK DISOKONG

NOR ASNIDAR BINTI AZIZ

Tarikh:

14
PENYELENGGARAAN DAN NAIK TARAF GELANGGANG SUKAN & PERMAINAN SERTA
KEMUDAHAN RIADAH PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

ULASAN YBrs. PENGARAH

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

KEPUTUSAN LAIN

__________________________________________________________

TN. HJ. MOHD KASSIM BIN HAJI JAAFAR

Tarikh:

15
LAMPIRAN 1

KEADAAN SEMASA 4 GELANGGANG TENIS


YANG PERLU DISELENGGARA DAN DINAIK TARAF

16
KEADAAN SEMASA 4 GELANGGANG BOLA TAMPAR
YANG PERLU DISELENGGARA DAN DINAIK TARAF

17
KEADAAN SEMASA 2 GELANGGANG BOLA KERANJANG DAN 1 GELANGGANG
FUTSAL YANG PERLU DISELENGGARA DAN DINAIK TARAF

18
KEADAAN SEMASA 1 GELANGGANG BOLA JARING
YANG PERLU DISELENGGARA SEGERA

19
KEADAAN SEMASA 2 GELANGGANG BADMINTON DAN 2 GELANGGANG SEPAK
TAKRAW YANG BERADA DI DALAM KAWASAN BLOK KEDIAMAN

20
KEADAAN SEMASA PADANG BOLA SEPAK DAN ASTAKA DI KOMPLEK SUKAN
KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

21
LAMPIRAN 2

CADANGAN TAMBAHAN KEMUDAHAN OUTDOOR GYM


DI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
(Gambar Contoh)

22
Binaan tempat simpanan pemain

Binaan lompat jauh

23

You might also like