Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Contoh Soalan PKSK

Bahagian A: (Soalan SQ, EQ dan SSQ)

1. Soalan: Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa?


Jawapan: Minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai
2. Soalan: Kalau rindu ibu bapa apa perlu buat?
Jawapan: Telefon, tulis surat, hantar mesej
3. Soalan: Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda?
Jawapan: Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda.
4. Soalan: Anda melihat seseorang kerap bersin, apakah tindakan yang perlu anda
buat?Jawapan: Jauhkan diri dan pakai pelitup hidung dan mulut
5. Soalan: Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda?
Jawapan: Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada
kita
6. Soalan: Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
Jawapan: Memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru displin
7. Soalan: Apakah tindakan jika dibuli kawan
Jawapan: Membuat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa
8. Soalan: Apakahtindakan jika rakan facebook ajak temujanji
Jawapan: Menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa
9. Soalan: Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa?
Jawapan: Ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing.
Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising
10. Soalan: Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda
Jawapan: Nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa

Bahagian B: (Soalan IQ dan Pengetahuan AM)

1. Soalan: Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8?


Jawapan: YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin
2. Soalan: Apakah nama ibu negara Malaysia
Jawapan: Kuala Lumpur
3. Soalan: Apakah tema Hari Kebangsaan 2020?
Jawapan: Malaysia Prihatin
4. Soalan: Siapakah pengasas facebook
Jawapan: Mark Zuckerberg
5. Soalan: Adat perpatih negeri mana
Jawapan: Negeri Sembilan
6. Soalan: Kereta wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz
adalah produk keluaran?
Jawapan: Proton
7. Soalan: Wau dari negeri mana?
Jawapan: Kelantan
8. Soalan: Wabak Covid 19 mula dikesan di mana?
Jawapan: Negara China
9. Soalan: Bilakah Tarikh penubuhan Malaysia
Jawapan: 16 September 1963
10. Soalan: Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas
Jawapan: Neil Amstrong
11. Soalan: Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu?
Jawapan: Tasik Kenyir
12. Soalan: Siapa pencipta jalur gemilang
Jawapan: Allahyarham Mohamed bin Hamzah
13. Soalan: Labu sayong asal dari negeri mana?
Jawapan: Perak
14. Soalan: Namakan bapa pemodenan Malaysia
Jawapan: Dr. Mahathir Mohamad
15. Soalan: Apakah aktiviti yang terlibat dalam Le Tour De Langkawi
Jawapan: Sukan berbasikal
16. Soalan: Siapakah pengasas Apple?
Jawapan: Steve Jobs
17. Soalan: Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra?
Jawapan: video masakan
18. Soalan: Huraikan tentang fotosintesis
Jawapan: Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil,
karbon dioksida dan cahaya matahari.
19. Soalan: Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang
Jawapan: Negeri Melaka
20. Soalan: Gelaran buat jaguh lumba basikal negara
Jawapan: The rocket pocketman
21. Soalan: Nama pemain bolasepak Spanyol
Jawapan: Nacho, Sergio Ramos
22. Soalan: Kaum terbesar di Sabah?
Jawapan: Kaum Kadazan dusun
23. Soalan: Pulau Pangkor terletak di mana?
Jawapan: Perak
24. Soalan: Nama Bendera Malaysia?
Jawapan: Jalur Gemilang

Bahagian B: Penyelasaian Masalah


Bagi soalan Bahagian B Penyelasaian Masalah, ianya diramalkan akan mengikut
silibus Tahao 2 iaitu Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6 bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains.
Calon disarankan membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut sebagai
persiapan sebelum mengambil penilaian PKSK

Bahagian C: Artikulasi Penulisan


Untuk makluman, bagi soalan Artikulasi Penulisan PKSK ianya adalah ujian
penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Para calon dinasihatkan membuat
latihan penulisan Bahasa Melayu sebagaimana persediaan untuk peperiksaan UPSR.
Antara topik yang diramalkan boleh menjadi tajuk dalam ujian Artikulasi Penulisan
PKSK adalah:
1. Apakah wabak COVID-19 dan bagaimana cara untuk menghindari wabak
tersebut?
2. Ceritakan pengalaman ataupun aktiviti semasa pelaksanan PKP (Perintah
Kawalan Pergerakan)
3. Apakah tindakan atau langkah yang perlu anda lakukan apabila melawat sesebuah
tempat dalam tempoh PKP Pemulihan ini?
4. Ceritakan pengalaman anda belajar secara dalam talian sepanjang tempoh pkp
dijalankan dimana sekolah ditutup.
5. Adakah anda selesa dengan norma baharu COVID-19 dan bagaiman anda
menyesuaikan diri dengan norma tersebut?

You might also like