Kertas Kerja Program Khidmat Komuniti

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

TARIKH
8 JANUARI 2024

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GELUGOR

ANJURAN
KUMPULAN PELAJAR 1 DIPLOMA
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS MPU 2412 KHIDMAT KOMUNITI
KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

TEMA
KHIDMAT KOMUNITI DALAM SUASANA NORMA BAHARU
KERTAS KERJA PROGRAM KOMUNITI “KHIDMAT KOMUNITI DALAM
SUASANA NORMA BAHARU” ANJURAN KUMPULAN PELAJAR 1
DIPLOMA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK KURSUS MPU 2412
KHIDMAT KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG.

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dirangka adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan dari
pihakyang berkenaan bagi memohon untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti Khidmat
Komuniti yang akan dijalankan pada 8 JANUARI 2024 di SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI GELUGOR.

2.0 PENGENALAN

2.1 Kumpulan pelajar 1 Diploma Kolej Vokasional Batu Lanchang, dibentuk


untuk melaksanakan kursus MPU 2412 bagi memenuhi jam kredit kursus
disamping membentuk tanggungjawab sosial serta meningkatkan
pengetahuan dalam pembangunan insaniah.
2.2 Program ini akan mendedahkan pelajar 1 Diploma Kolej Vokasional Batu
Lanchang tentang tanggungjawab diri terhadap komuniti sekeliling, memberi
pendedahan untuk mereka belajar bersosial dengan komuniti serta memberi peluang
kepada pelajar 1 Diploma Kolej Vokasional Batu Lanchang untuk
melakukan kerja sukarelawan. Melalui program ini juga, pelajar yang
terlibat mampu untuk menanam sikap penyayang. Kami memilih Sekolah
Kebangsaan Sungai Gelugor kerana bertepatan dengan situasi semasa iaitu
Gotong-Royong Sekolah Bersama PIBG Peringkat Negeri Pulau Pinang.
2.3 Semangat kerjasama dalam pasukan juga dapat dipupuk melalui program ini
dengan adanya tenaga kerja setiap peserta dalam melaksanakan aktiviti khidmat
komuniti yang telah diaturkan. Semangat ini merupakan elemen penting
bagi melahirkan pelajar kolej vokasional yang mempunyai jati diri serta
mampu melahirkan sifat tanggungjawab dalam setiap diri pelajar kolej vokasional
kerana setiap ahli akan bekerjasama untuk merealisasikan program ini
3.0 OBJEKTIF PROJEK
Selepas mengikuti projek ini, peserta dapat;
3.1 Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta
mendekatkan diri dengan masyarakat.
3.2. Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan
yang positif.
3.3. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan
secara peranan secara aktif dalam kumpulan.
3.4 Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu
sesama masyarakat serta berganding bahu.

4.0. MAKLUMAT PROJEK


• Nama Projek : GOTONG ROYONG BERSAMA PERSATUAN BIU BAPA DAN GURU
(PIBG) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2024
Tarikh : 8 JANUARI 2024 (ISNIN)
Tempat : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GELUGOR
Jumlah Peserta : 10 orang pelajar Kolej Vokasional Batu Lanchang
2 Pensyarah pengiring

5.0 JADUAL PROJEK


8 JANUARI 2024 (ISNIN)
7:30 pagi :Berkumpul di Kolej dan mengambil kehadiran
7:45 pagi :Bertolak dari Kolej Vokasioanal Batu Lanchang ke Sekolah Kebangsaan Sungai
Gelugor
8:00 pagi :Tiba di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor
8:15 pagi :Mendaftarkan diri
8:30 pagi :Mendengar taklimat
9:00 pagi :Melakukan kerja-kerja membersihkan alam sekitar seperti menyapu
sampah,mengutip sampah dan membersihkan longkang
10:30 pagi: rehat
10:45 pagi : menyambung dengan membuat kerja membaik pulih alatan-alatan dan
kemudahan elektrik yang rosak
1.30 petang : rehat
2.00 petang : memberi penerangan kepada pelajar di sekolah itu tentang keselamatan dan
cara mengelakkan diri dari dikenakan renjatan elektrik
3.00 petang : bersurai dan pulang ke KVBL

You might also like