Laporan Berkumpulan Seni Batik - Kumpulan 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN LAWATAN INDUSTRI

JADI BATEK KUMPULAN 2

DISEDIAKAN OLEH:
NUR LIYANA RUSYDINA BINTI MOHAMMAD AMIN GEORGE (A190363)
⁠MUHAMMAD HAZIQ SHAZWAN BIN TAMYES (A200683)
PUTRI NURLISA BINTI HAMDAN (A203084)
NUR ADRINA BINTI ADNAN (A202597)
GAN ZIQIAN (A201940)
NG ZHI WEI (A200684)

DISEDIAKAN UNTUK:
EN. SHAMSUDDIN BIN MAHMOOD
OBJEKTIF
Objektif laporan ini adalah untuk
mendokumentasikan hasil temubual
industri batik dengan matlamat:

Mengenalpasti cabaran utama yang


dihadapi oleh pengusaha batik dalam
industri ini.

Menilai potensi pertumbuhan ekonomi


yang boleh diperolehi melalui
pembangunan industri batik.

Menyelidik peluang untuk kerjasama


industri dan pembangunan modal insan
dalam meningkatkan kualiti dan daya
saing industri batik.

Laporan ini bertujuan untuk


memberikan pemahaman mendalam
tentang keadaan industri batik,
mencadangkan penambahbaikan, dan
menyumbang kepada pembangunan
serta pertumbuhan industri ini secara
holistik.

LMCZ2012 | LAPORAN LAWATAN INDUSTRI


HASIL TEMUBUAL
BERSAMA JADI BATEK
Pada 26 November 2023, kumpulan kami telah Hal ini kerana, jika dahulu masih ada pembeli yang
mengadakan lawatan ke sebuah tempat perusahaan akan membeli batik walaupun hasilnya kurang
batik iaitu “Jadi Batek” yang bertempat di Kuala memberangsangkan atau hanyalah rekaan yang
Lumpur. Banyak input dan ilmu yang telah kami ringkas. Namun disebabkan persaingan dan teknologi
perolehi sepanjang mengadakan temu bual bersama yang semakin meningkat, pembeli mula bijak menilai
dengan Encik Wan Jafnan Wan Ariffin yang hasil dan kualiti pada sesebuah karya batik.
merupakan penyelia dan beliau telah berkhidmat
sekitar 15 tahun di pusat Jadi Batek. Antara soalan Selain itu, Encik Wan juga berkata, jika dahulu karya
yang telah kami tanyakan adalah seperti berikut: penghasilan karya batik terhad kepada penghasilan
karya semata-mata. Namun kini penggunaan batik
lebih meluas dalam industri tekstil dan telah
Latarbelakang dan sejarah penubuhan digunakan bagi menghasilkan pelbagai jenis rekaan
Syarikat Jadi Batek antaranya cadar, langsir, pelitup muka, baju, tote bag,
tudung dan banyak lagi.
Syarikat Jadi Batek telah ditubuhkan sejak 1976 dan
tahun ini merupakan tahun yang ke 47 Syarikat Jadi
Batek ini beroperasi.

Pada mulanya, perniagaan ini diusahakan melalui


penubuhan sebuah kilang kecil yang bertempat di
Bukit Bintang yang kini berada di bahagian belakang
kilang baharu Jadi Batek. Namun begitu, seiring
dengan peningkatan bilangan pelancong yang
semakin bertambah dari hari ke hari, kilang tersebut
akhirnya dipindahkan dan dibesarkan ke kilang
baharu.

Para pengunjung sama ada tempatan mahupun dari


luar negara yang berkunjung ke Jadi Batek
berpeluang melihat sendiri proses pembuatan batik
asli dan mereka juga diberikan peluang untuk
merasai sendiri pengalaman membuat batik di sana.
Cabaran industri batik?
Selain menghasilkan produk jualan sendiri, Jadi Batek
juga turut mengambil tempahan daripada syarikat Antara cabaran terbesar dalam industri batik adalah
yang ingin menghasilkan baju koperat mahupun untuk mendapatkan bahan mentah baik dari segi
cenderamata bagi program syarikat. kualitinya dan kuantiti. Kos bahan mentah yang tinggi
juga mendatangkan cabaran kepada industri batik.
Sebagai contohnya, jika dahulu bahan mewarna batik
Perbezaan industri batik dulu dan boleh didapati dengan harga RM 40-50 per kilogram,
sekarang? namun kini harganya boleh mencecah RM200 per
kilogram. Selain itu peningkatan harga bahan-bahan
Terdapat perbezaan yang amat ketara antara industri batik yang lain turut dipengaruhi oleh peningkatan
batik dahulu dan industri batik yang sekarang. Dahulu kos harga barang kini
kebanyakan daripada pengusaha batik lebih
mementingkan kuantiti berbanding kualiti hasil batik.
Namun, kini tumpuannya lebih kepada menghasilkan
batik yang mempunyai kualiti yang baik berbanding
menghasilkannya dalam kuantiti yang banyak.

LMCZ2012 | LAPORAN LAWATAN INDUSTRI


Apakah perbezaan Malaysia dan batik
Indonesia ?

Berdasarkan temu bual yang dijalankan di pusat Jadi


Batek, Encik Wan Jafnan menyatakan perbezaan
antara batik Malaysia dan batik Indonesia adalah segi
penghasilan corak. Dari segi penghasilan corak di
Malaysia, kebanyakkannya akan menggunakan corak Adakah peluang kerjaya bagi pekerja
flora dan fauna manakala untuk penghasilan corak di
batik Indonesia adalah menggunakan corak abstrak.
dalam industri batik luas ?

Dari segi tempoh pembuatan batik pula, batik


Indonesia memerlukan jangka masa yang lebih Pembuatan batik mempunyai tiga bahagian iaitu
panjang berbanding batik Malaysia. melukis,mewarna dan ‘fixing’ kain. Dalam kerjaya
batik, mereka tidak memerlukan kemahiran yang
Selain itu, Encik Wan Jafnan juga menyatakan dari spesifik untuk pembuatan batik tetapi memerlukan
segi teknik seperti canting, lilin dan blok merupakan pengalaman dan minat. Sebagai contoh, seperti
teknik yang sama antara kedua-dua negara. melukis dan mewarna seseorang pembuat batik
hanya memerlukan pengalaman melukis dan
mewarna. Kemudian, bagi ‘fixing’ kain pula hanya
memerlukan mereka yang berbadan yang kuat dan
sihat. Ini kerana,pada awal proses ini kain tersebut
adalah sepanjang 2 meter dan 500 g tetapi apabila
telah disapu silica berat kain itu bertambah menjadi 5
kg. Tambahan pula ,pergandaan berat ini berlaku
kerana fixing ini menggunakan silica sebagai
mematikan warna.

Golongan kurang upaya berpeluang untuk bekerja


dalam bidang pembuatan batik ini kerana bidang
yang utama dalam bidang ini adalah minat dan rasa
ingin belajar yang tidak putus.

Disamping itu, kemahiran yang diperolehi oleh


sesorang boleh dijadikan sebagai pekerjaan. Misalnya,
di pusat Jadi Batek para pekerja menggunakan
kemahiran mereka dengan memberi perkhidmatan
mengajar membuat batik dan mengambil tempahan
luar.

Tuntasnya,kerjaya ini boleh dikatakan semakin tingi


kemahiran seseorang semakin luas bidang pekerjaan
yang boleh diperolehi.

LMCZ2012 | LAPORAN LAWATAN INDUSTRI


Dalam 5 tahun akan datang,
dimanakah tuan melihat perniagaan
Jadi Batek ini dan adakah syarikat ini
akan tetap kekal dalam industri batik
pada masa akan datang?

Menurut Encik Wan Jafnan, selagi ada pekerja yang


masih mempunyai minat untuk membuat batik
seperti pekerja yang ada sekarang, InshaAllah Jadi
Batek akan terus kekal dalam industri batik .

Oleh itu, anak-anak muda pada masa kini yang


seharusnya memupuk minat dan berusaha mengenal
batik ini supaya seni ini tidak hilang begitu sahaja.

Encik Wan Jafnan juga berpendapat bahawa belia ini


berpotensi boleh menghasilkan produk batik yang
boleh dipasarkan hingga ke peringkat antarabangsa
dan akhirnya akan membantu memantapkan
kehadiran batik Malaysia di persada global.

Sekiranya jumlah keuntungan


perniagaan menurun, adakah sukar
bagi Jadi Batek untuk mengekalkan
jaminan gaji yang tinggi terhadap para
pekerja yang telah dinaikkan pangkat
atau gaji?

Sewaktu PKP, Jadi Batek terpaksa menutup kedai


selama dua tahun setengah dan menyebabkan
mereka tiada jualan sama sekali dan mengakibatkan
keuntungan perniagaan menurun. Namun begitu,
operasi pengeluaran di Jadi Batek masih berjalan
dengan mengikuti garis panduan yang ditetapkan
oleh kerajaan dan pengurus Jadi Batek tetap
membayar gaji yang asas kepada pekerjanya. Ini
menyebabkan pekerja masih boleh meneruskan
kehidupan kerana telah memperoleh gaji.

Selepas itu, walapun perniagaan baru sahaja bangkit


daripada COVID-19, pengurus Jadi Batek telah
menaikkan gaji pekerja selama 2 kali. Contohnya,
pengurus Jadi Batek menaikkan harga membuat satu
kain dari RM 3 ke RM 5. Oleh itu,ia tidak memberi
sebarang kesan yang akan membebankan
pekerjanya.

Pihak pengurusan Jadi Batek wajar dipuji kerana


mereka masih menjaga kebajikan pekerja walaupun
keuntungan perniagaan menurun sewaktu pandemik
COVID-19.

LMCZ2012 | LAPORAN LAWATAN INDUSTRI


CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

1
Untuk meningkatkan dan menyumbang
kepada pembangunan serta
Pembangunan Kemahiran
pertumbuhan industri batik secara dan Pendidikan
holistik, berikut adalah beberapa
Menyokong program pembangunan
cadangan penambahbaikan yang boleh
kemahiran bagi pengusaha dan penghasil
dipertimbangkan:
batik untuk meningkatkan kreativiti dan
kecekapan dalam penghasilan batik.
Mewujudkan program pendidikan formal
dan tidak formal untuk melibatkan generasi
muda dalam seni dan warisan batik.

2 Pemasaran dan Promosi


Menggalakkan strategi pemasaran digital
untuk mempromosikan batik tempatan di
pasaran global.
Menyokong penyertaan dalam pameran seni
dan kraf serta festival untuk meningkatkan
visibiliti industri batik

3 Pelaburan dalam Kajian dan


Pembangunan
Mendorong penyelidikan dan pembangunan
dalam bidang pewarnaan, corak, dan bahan
untuk terus mencipta produk batik yang
inovatif.
Memberikan insentif untuk penyelidikan dan
pembangunan kepada syarikat-syarikat batik
yang menghasilkan produk dengan nilai
tambah.

LMCZ2012 | LAPORAN LAWATAN INDUSTRI


Sebagai kesimpulan, kami dapat mengetahui asal usul dan sejarah seni
PENUTUP batik yang berlangsung di industri Jadi Batik tersebut. Pembangunan
industri Jadi Batik antara salah satu industri batik terawal yang berada di
Kuala lumpur. Pengoperasian industri Jadi Batik ini telah banyak berubah
dari masa ke semasa. Penambahbaikan prasana dan infrastruktur yang
konsisten dapat menarik pelbagai kunjungan pelancong dalam negara
mahupun luar negara. Kami juga dapat menilai perbezaan industri batik
yang terdahulu dan industri batik sekarang menerusi perbualan
pengusaha industri Jadi Batik itu. Pengeluaran komersial terdahulu lebih
mementingkan kualiti daripada kuantiti. Hal ini berbeza dengan industri
batik sekarang yang mementingkan kuantiti di atas sebab permintaan
barangan batik yang tinggi dalam pasaran.

Namun seiring dengan perkembangan zaman, kos dan bahan


pembuatan batik telah meningkat menyebabkan harga barangan batik
juga turut meningkat. Kini barangan batik seperti pakaian, aksesori dan
kraftangan batik amat mudah didapati namun kebanyakan daripadanya
mempunyai kualiti yang rendah dan harga yang murah berbanding
dengan barangan batik asli. Oleh itu, industri batik yang kami lawati ini
telah membuka minda kami bahawa memang terdapat perbezaan yang
ketara di antara baragan batik asli dan barangan batik yang tidak asli.
Sehubungan dengan itu, penggunaan barangan batik tidak berapa
meluas dalam kalangan rakyat Malaysia kerana harganya yang tinggi
dalam pasaran Malaysia. Dari sisi yang lain pengunjung dari luar negara
amat meminati industri batik di Malaysia ini, mereka sangat menghargai
seni batik yang dibuat oleh pengusaha batik. Jadi jelaslah bahawa,
industri seni batik di Malaysia kurang berkembangan maju kerana
kurangnya minat dari kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Ringkasan temu bual yang dijalani bersama pengusaha Jadi Batik


itu telah mencapai keseluruhan objektif kajian kami. Oleh sebab itu kami
juga dapat menyimpulkan bahawa industri batik ini masih berjalan lancar
kerana kadar permintaan barangan batik yang tinggi dalam pasaran.
Walau bagaimanapun, pengusaha batik berpesan kepada kami supaya
memupuk minat akan seni batik ini dalam kalangan generasi muda
kerana generasi ini merupakan penerus bagi kemenjadian batik pada
zaman yang akan datang. Tuntasnya segala usaha untuk
mengetengahkan bidang seni batik dalam kalangan masyarakat Malaysia
perlulah dilakukan dengan lebih giat dan konsinten.

LMCZ2012 | LAPORAN LAWATAN INDUSTRI

You might also like