Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER III: 2021/2022

TUGASAN II (KUMPULAN)

KOD SUBJEK: ECH 6163

NAMA SUBJEK:

SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN :

AKTIVITI TENUNAN BERSAMA KANAK-KANAK

PENSYARAH: PUAN SITI SHAHIDA BINTI MD RASDI

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


MOHAMAD AIDIL AKMAL BIN ABDULLAH I20204908
ABDUL MANNAN HAKIMI BIN IBNUZAMAN I20204759
NISA MIRZA BINTI MOHD FADZLI I20204913
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2-3

2.0 LATAR BELAKANG AKTIVITI 3-4

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN 5-8

4.0 VIDEO/GAMBAR 9-10

5.0 KESIMPULAN 11

BIBLIOGRAFI 12

1
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.0 PENGENALAN

Seni dan Kreativiti merupakan dua perkara yang saling berkait dan menjelaskan mengenai
seni yang didalamnya mempunyai pelbagai bentuk hasil seperti seni tari, muzik,, seni visual,
seni rupa dan pecahan seni lain yang melibatkan kepada kreativiti. Seni dan kraf penting dalam
menjana perkembangan awal kanak-kanak terutama dari segi kognitif serta mempertingkatkan
perkembangan motor kanak-kanak.

Menurut kamus dewan edisi keempat (2021) seni bermaksud halus, kecil, elok, enak di
dengar sesuatu bunyi dan juga bentuk. Karya -karya seperti sastera yang dicipta menerusi bakat
atau kecekapan atau hasil daripada sesuatu ciptaan juga berada dalam seni. Seni juga boleh
dirujuk sebagai satu proses dan bentuk dalam ekspresi diri, penilaian dalam menentukanelemen
yang wajar untuk diketengahkan dalam hasil seni, menyampaikan idea, emosi, kepercayaan ,
perasaan dalam bentuk yang lebih kreatif dan afektif. Kraf pula membawa maksud perbuatan
atau hasil karya yang menggunak tangan seperti lukisan, arca, kolaj dan lain-lain.

Pendidikan seni pula ialah idea seni seperti lukisan, ukiran, kolaj dan lain-lain penghasilan
seni yang dicetuskan melalui bidang pembelajaran. Tambahan lagi, pendidikan seni lebih
menitikberatkan kepada buah pemikiran, perbuatan, dan penilaian karya seni. Kreativiti pula
adalah sesuatu yang asli atau satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif.
Kreativiti ini melibatkan kepada pemikiran, imaginasi atau khayalan serta kebolehan melihat
sesuatu dari sudut atau cara yang berbeza, mencari kepuasan dalam mencipta sesuatu dan
memerlukan ketekunansehinggan selesai suatu hasil seni atau produk.

Pendapat tokoh terhadap seni dari Paul Torrance yang merupakan seorang penyelidik dan
ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja penyelidikannya dalam mendalami
bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti iaitu dengan menggunakan
Torrance Test of Creative Thinking bagi menguji tahap kreativiti kanak-kanak bagi
menggantikan ujian intelligence quotient (IQ) yang dikatakan tidak sempurna. Victor
Lowenfeld pula berpendapat bahawa naluri dan keinginan merupakan faktor utama bagi
mereka berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Beliau juga menjelaskan bahawa
kreativiti seseorang boleh diukur menerusi empat komponen iaitu kepekaan, keaslian, fleksibel
dan kelancaran.

2
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

June King Mcfee pula berpendapat seni untuk kanak-kanak perlulah dalam bentuk
konumikasi selain itu beliau menekankan seni harus mengambil kira konteks budaya serta
elemen orentasi komuniti. Beliau juga mentakrif kreativiti itu sebagai keupayaan individu
dalam mencipta sesuatu yang baru dan pada masa sama mampu mengolah idea. Menurut Carl
Rogers pula menyatakan kreativiti merupakan proses yang wujud apabila seseorang bertindak
ke atas sesuatu.

Antara kepentingan pengajaran seni dan kraf ialah bagi melahirkan individu yang
mempunyai keupayaan dalam menyelesaikan masalah serta mampu membuat penialaian dan
bijak membuat keputusan, penggunaan alat dan bahan memberikan bentuk latihan berkesan
terhadap otot tangan(psikomotor) dan koordinasi tangan serta mata, latihan dan projek yang
bersifat terbuka mampu membantu mengembangkan aspek kreativiti seseorang individu itu dan
kepentingan terakhir ialah seseorang individu boleh berinteraksi dan dapat meningkatkan
keupayaan bersosial seterusnya meningkatkan keyakinan diri. Dalam pengajaran seni juga
menganjurkan semangat dalam bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan yang telah dibentuk.

2.0 LATAR BELAKANG AKTIVITI

Tenunan berasal daripada perkataan tenun yang merupakan satu kaedah dalam penghasilan
fabrik yang melibatkan bahan asas dan peralatan yang digerakkan oleh tenaga dan juga daya
fikir individu.Tenunan merupakan satu proses menyilang benang , tali dan sebagainya di bawah
ketegangan khusus berbantukan sejenis alatan yang di gelar sebagai kek (loom) dan dibantu
juga oleh peralatan yang lain bagi menggerakkan proses menenun (Lendi,1985). Kaedah
menenun adala dengan cara menyilang benang dengan benang pada sudut yang tertentu bagi
membentuk fabrik atau lebih dikenali sebagai kain. Menurut Leene (1972) menterjemahkan
tenunan sebagai ‘two sets of yarn, are interlaced in such way that element pass each other at
right angles with one set of element parallel to the fabric axis’. Tenunan melibatkan proses
penyilangan benang bagi menghasilkan kain tenunan.

Pada awalnya tenunan yang dihasilkan adalah dengan berasaskan bahan-bahan mentah
semulajadi dan peralatan juga adalah dalam bentuk ringkas. Bahan pewarna beserta bahan
campuran lain yang didapati dalam lingkungan kehidupan harian. Pada awal abad ke 19 dengan
kemasukan bahan pewarna kimia telah melenyapkan penggunaan bahan warna asli.

3
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Struktur tenunan dapat dijelaskan sebagai cara bagaimana benang pakan dan loseng
ditenununtuk dijadikan sebagi fabrik atau dikenali sebagai kain. Struktur-struktur ini
akan membentuk satu sistem benang yang bersilang pada sudut yang tetap secara
berulang-ulang dalam proses yang sama. Selain jenis serat yang digunakan jenis
struktur yang digunakan amat penting dan mempengaruhi penampilan kain seperti
kehalusan, kelembutan, ketebalan,kekerasan, nipis dan kadar pengaliran udara. Di
Malaysia terdapat tiga jenis struktur asas tenunan iaitu tenunan biasa, pijak karat dan
songket.

Tugasan ini dilakukan kerana masih terdapat awal kanak-kanak yang masih lagi
tidak dapat menggunakan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka dengan baik.
Kemahiran motor kasar dan motor halus melibatkan otot serta koordinasi mata.
Tambahan lagi kemahiran ini boleh dipertingkatkan lagi menerusi pendedahan aktiviti-
aktiviti yang boleh merangsang kemahiran awal kanak-kanak ini. Namun begitu
kemahiran menenun masih di tahap kurang memberangsangkan. Kemahiran menenun
merupakan kemahiran yang memerlukan awal kanak-kanak memberi penumpuan
terhadap onjek yang digunakan serta objek yang di tenun. Berdasarkan kepada tingkat
perkembangan fizikal yang telah digariskan dalam buku Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK), kanak-kanak lingkungan umur 5 hingga6 tahun telah
mampu untuk menenun corak mudah, namun demikian awal kanak-kanak ini di lihat
masih sukar mengaplikasikan kemahiran ini yang sepatutnya mereka telah mampu
aplikasikan pada peringkat yang lebih awal.

Sebelum memasuki ke alam pendidikan yang lebih tinggi penguasaan atau


kemahiran motor kasar dan motor halus merupakan satu kemahiran yang penting untuk
dikuasai oleh awal kanak-kanak ini. Penguasaan kemahiran yang baik dalam motor
kasar dan motor halus adalah begitu penting memandangkan masyarakat sedang
menuju ke arah sebuah negara maju, hal ini kerana awal kanak-kanak yang sebegibi
lebih mudah dan cepat dalam bidang pembelajaran di peringkat tadika atau peringkat
prasekolah yang membolehkan mereka ini dapat melanjutkan pelajarannya ke
peringkat lebih tinggi, cepat dan cemerlang.

4
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan Pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran


yang disediakan oleh guru untuk waktu pelajaran.

RANCANGAN PERLAKSANAAN HARIAN (RPH)

Nama Guru Abdul Mannan Hakimi Bin Ibnuzaman

No. K/Pengenalan 000301-01-0537

Tarikh / Hari 17/8/2022 (Rabu)

Masa 2.00 pm- 3.00 pm (60 Minit)

Umur 6 tahun

Bil Kanak-kanak 2 orang

Tajuk Membuat kain menggunakan kit tenunan

Pendekatan Bertema

Subtema Penglibatan tenunan dalam aktiviti harian

Tunjang Kreativiti dan estetika

Standard Kandungan (KE 3.1) Mengetahui ekspresi unsur seni (Persepsi Estetik)

Standard Pembelajaran (KE 3.1.2) Menyatakan unsur seni yang terdapat pada objek
buatan manusia.

(KE 3.3.1) boleh menghasilkan karya seni dengan


rangsangan
Kesepaduan (FK 1.1.3) boleh melakukan kemahiran motor halus yang melibatkan
pelbagai aktiviti yang lebih kompleks.
(KD 2.3.3 ) berinteraksi dengan yakin

5
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1. Meningkatkan kreativiti dan kemahiran motor mereka.
2. Mengenalpasti dan mengaplikasikan bahan seni. secara rasional dan
baik.
3. bekerjasama menyelesaikan tugasan berkumpulan
Bahan Bantu Mengajar 1 set kit tenunan diy, 5 jenis benang pelbagai warna (putih, oren,
jingga,biru dan merah muda).

Langkah-Langkah 1. Guru masuk ke dalam kelas.


Perlaksanaan : 2. Guru memberi salam kepada murid
3. Guru meminta murid-murid membaca doa belajar.
4. Guru bertanya khabar murid-murid.
- murid-murid semua sihat hari ini?
5. Guru memberi tahu aktiviti yang ingin dijalankan hari ini iaitu
tenaga soalr dan mencipta dapur tenaga solar mudah.
6. murid memberi respon kepada informasi yang diberitahu oleh guru.

Langkah perlaksanaan

1) Guru menyediakan set alat tenun kayu untuk melakukan


tenunan kepada murid.
2) Guru menerangkan set tenunan dan bahan yang disediakan
kepada murid-murid.
3) Guru memberi peluang kepada murid-murid untuk
memegang set tenunan yang disediakan.
4) Guru membantu murid-murid dengan mengajar cara
mengikatkan benang berwarna di penghujung rangka set
tenunan.
5) guru bersama murid mengalih benang ke penghujung yang
lain secara pusingan “U” sehingga habis.
6) Guru bersama murid mengulungkan benang berwarna pada
kayu jengkuang
7) Guru memasukkan benang berwarna ke jarum.
8) Tenunan dibuat dengan menyelang-nyelikan benang

6
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

berwarna di antara tali putih.


9) Guru bersama murid menggunakan sikat untuk kemaskan
tenunan.
10) Mengulang semula langkah sehingga terbentuknya tenunan
(boleh gunakan benang berwarna yang lain).
11) Guru menbimbing murid-murid sehingga berjaya
menyiapkan set tenunan.

Kontigensi
1. jika murid-murid berjaya menyiapkan tenunan guru akan
memberikan pujian
2. jika murid-murid tidah berjaya menyiapkan tenunan guru akan
membantu murid tersebut sehngga berhaya

Perhatian

1. Keselamatan :
Guru memastikan tiada peralatan berbahaya sepanjang
aktiviti di jalankan.

2. Kebersihan :
Guru memastikan murid-muird mebersihkan tangan sebelum
dan selepas aktiviti
3. Kesihatan :
Kesihtan guru dan murid-murid perlu dalam keadaan
sihat sebelum dan elepas melakukan aktiviti`
Kriteria Kejayaan Saya boleh bekerjasama menyiapkan tenunan menggunakan set
tenunan dengan jayanya.

Tahap Pencapaian TM :
SM : 2 orang
BM :

7
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Refleksi Pada 17/08/2022 saya dan kumpulan telah melakukan aktiviti


bersama kanak-kanak yang berusia 6 tahun bertajuk “Aktiviti
membuat kain menggunakan kit tenunan”. Antara kelebihan semasa
melakukan aktiviti tenunan bersama kanak-kanak ini ialah dapat
meningkat kognitif dan psikomotor kanak-kanak manakala antara
kekurangan/kelemahan yang dihadapi semasa aktiviti adalah fokus
kanak-kanak semasa melakukan aktiviti. Aktiviti tenunan ini sangat
bagus mengikut tahap perkembangan kanak-kanak yang berusia 6
tahun. Bagi mengatasi kelemahan dalam aktiviti ini, beberapa
penambahbaikan perlu diambil antaranya kanak-kanak perlulah
melakukan latihan atau meneroka dengan kerap terutama pengunaan
psikomotor. Seterusnya, guru pula perlulah bersedia dengan
pengetahuan dan mahir menarik perhatian kanak-kanak ketika
kanak-kanak hilang fokus seperti mengajak mereka melakukan
aktiviti sambil menyanyi supaya mereka tidak bosan.

8
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

4.0 VIDEO/GAMBAR PENGAJARAN


Penggunaan Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu
guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai
gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV
(Tomalin, 1986). selain itu juga gambar bukti pengajaran juga merupakan satu elemen penting
bagi membuktikan bahawa aktiviti yang dirancang guru itu telah dilaksanakan dan gambar ini
boleh ditunjukkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi kanak-kanak berkenaan.

Link video : https://youtu.be/-gTDuSLkMac

Gambar 1

Gambar 2

9
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Gambar 3

Gambar 4

10
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya aktiviti tenunan ini telah memberikan banyak kesan yang positif
kepada murid yang sertai aktiviti. Aktiviti tenunan bersama murid ini dilihat mempunyai
banyak faedahnya di mana ia boleh membentuk murid supaya mereka tahu tentang catan ini
dengan lebih mendalam berbantu adanya bimbingan guru yang sudi mengajar murid-murid
tentang seni dan kraf tenunan ini. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan pengetahuan, motor
kasar dan juga motor halus murid sehingga mereka dewasa. Sebagai guru, kita perlu
memainkan peranan penting untuk membantu memudahkan murid atau generasi baharu yang
mempunyai masalah memahami sesuatu ilmu yang dipelajari. tambahan lagi, seorang guru juga
perlu mahir menarik minat murid kepada aktiviti yang dijalankan dengan teknik berupa
ganjaran dan lain-lain.

11
ECH 6163 SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BIBLIOGRAFI

Ahmad Suhaimi Mohd Noor. (2008). Warkah Berlukis Malaya. In Mohamed Najib Ahmad
Dawa (Ed), Susur Masa (Pp.116-127). Kuala Lumpur: Balai Seni Luki Negara.

Ahmad Zaki Abu Bakar. (1995). Kamus Komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Beattie, D.K. (1997). Assessment In Art Education Massachusetts USA: Davis Publication Inc.

Csikszentmihalyi, M. (1996). Creativity: flow and psychology of discovery and invention. New
York: Harper Collin.

Hamblen,K.A (1983). The Cognitive Umbrella Studies In Art Education (Vol. 24, pp. 177-183)

12

You might also like