Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pemikiran Rasionalis

Definisi dan ciri-ciri :

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau


sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua,
menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran
rasional yang waras dan logik.
Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan
menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan
dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh
dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan
keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada
pemikiran rasional.
Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai
faktor utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis
mempunyai pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada
pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan
dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini, pengetahuan diperoleh dengan
cara membandingkan idea dengan idea-idea lain. Golongan rasionalis
berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak
dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang sah. Pengalaman-
pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan,
pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan
mentah pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu
disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk satu sistem yang
bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi golongan rasionalis,
pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan
hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.
Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk
mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi
yang tidak dapat diberikan oleh pacaindera semata-mata.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:
 Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada
Seng Hui, maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui.
 Dua tambah dua bersamaan dengan empat.
 Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180° atau dua
sudut tepat.
 Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat
pandang dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya
adalah rendah. Siti, yang menunjukkan aliran pemikiran rasionalis
mungkin berkata, ‘Apakah sebab-sebabnya tugasan saya kurang
elok? Mungkinkah gambar-gambar yang saya gunakan itu kurang
jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya saya tidak
mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.’

You might also like