Soalan Ini Mengandungi 40 Soalan. Jawab Semua Soalan (40 Markah) A Oksigen C B Magnesium D

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1

Soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan [ 40 markah]


1. Atom manakah membentuk kation?
A Oksigen C Sulfur
B Magnesium D Bromin

2. Logam M adalah lembut dan berkilat. Logam itu bertindak balas dengan air sejuk
untuk menghasilkan larutan yang bersifat alkali. Apakah logam M?
A Argentum C Natrium
B Besi D Zink

3. Antara unsur Kumpulan 1 berikut, yang manakah mempunyai saiz atom paling kecil.
A Litium C Kalium
B Natrium D Rubidium

4. Antara bahan berikut, yang manakah digunakan dalam pembuatan bateri kereta dan
detergen
A Ammonia C Asid sulfurik
B Asid nitrik D Sulfur dioksida

5. Antara unsur yang berikut, yang manakah disimpan dalam minyak parafin?
A Kadmium C Kromium
B Kalium D Magnesium

6. Rajah 1 menunjukkan seorang wanita yang menghidapi sejenis penyakit.


Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk merawat penyakit tersebut

Rajah 1
A Kobalt- 60 C Karbon-12
B Iodin-131 D Uranium-236

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
2

7. Rajah 2 mewakili susunan elektron bagi satu sebatian yang terbentuk antara
magnesium dengan fluorin.

Rajah 2
Apakah sifat bagi sebatian itu?
A Boleh mengkonduksi elektrik dalam keadaan akues
B Wujud sebagai cecair pada suhu bilik
C Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
D Larut dalam pelarut organik

8. Rajah 3 menunjukkan lengkung penyejukan bagi cecair X.

Rajah 3
Antara pernyataan berikut, yang manakah yang betul?
A Semua zarah bergetar pada t1
B Dari t1 hingga t2 zarah-zarah tidak membebaskan tenaga haba
C Dari t2 hingga t3, zarah-zarah tersusun rapat dengan mampat
D Daya tarikan antara zarah-zarah diatasi pada t2

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
3

9. Apakah peratus komposisi mengikut jisim bagi atom nitrogen dalam ammonium sulfat,
(NH4)2SO4?
[ Jisim atom relatif : H = 1, N=14, O =16, S =32]
A 10.61 %
B 12.28 %
C 21.21 %
D 24.56 %

10. Rajah 4 menunjukkan satu kumpulan unsur dalam Jadual Berkala Unsur

Rajah 4
Antara yang berikut, yang manakah betul tentang unsur tersebut daripada iodin ke
fluorin?
A Ketumpatan bertambah
B Saiz atom bertambah
C Takat didih meningkat
D Kereaktifan meningkat

11. Persamaan berikut mewakili tindak balas antara magnesium dan larutan ferum(II) sulfat.
Mg (p) + FeSO4 (ak) MgSO4 (ak) + Fe (p)
Antara takrifan berikut, yang manakah betul tentang haba tindak balas berikut.
A Haba diserap apabila satu mol ion ferum(II) berubah kepada atom ferum
B Haba diserap apabila satu mol magnesium sulfat dihasilkan daripada ionnya
C Haba dibebaskan apabila satu mol magnesium sulfat dihasilkan dalam tindak balas
tersebut
D Haba dibebaskan apabila satu mol ion ferum (II) disesarkan daripada larutan ferum(II)
sulfat

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
4

12. Jadual 1 menunjukkan keputusan daripada satu eksperimen untuk mengkaji kekonduksian
elektrik suatu bahan

Jadual 1
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan keputusan tersebut?
A Air tidak ditambahkan kepada bahan tersebut
B Bahan itu terdiri daripada molekul
C Takat lebur bahan itu adalah rendah
D Bahan itu terdiri daripada ion dalam kedudukan yang tetap

13. Persamaan berikut mewakili satu tindak balas antara larutan kalium sulfat dengan larutan
plumbum (II) nitrat.
K2SO4 + Pb(NO3)2 PbSO4 + 2KNO3
Antara pemerhatian berikut, yang manakah betul bagi tindak balas tersebut?
A Pembuakan berlaku
B Mendakan putih terbentuk
C Larutan kuning terhasil
D Isi padu bahan tindak balas tidak berubah

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
5

14. Rajah 5 menunjukkan suatu situasi di bukit batu kapur.

Rajah 5
Antara berikut, yang manakah sama seperti Rajah 5?
A Letak cangkerang telur dalam bikar berisi cuka
B Melarutkan garam biasa di dalam air
C Menanggalkan karat pada pagar besi
D Membentuk karies gigi

15. Rajah 6 menunjukkan satu botol asid askorbik yang digunakan untuk merawat skurvi.

Rajah 11

Rajah 6
Apakah formula empiric bagi asid askorbik itu
[ Jisim atom relatif, H = 1, C = 12, O = 16]

A C3H4O3 C C6H4O3
B C3H5O3 D C8HO11
4541/1 [ Lihat halaman sebelah
SULIT
6

16. Rajah 7 menunjukkan katrij gas penunu Bunsen yang mengandungi gas butana, C4H10

Rajah 12

Rajah 7
Berapakah bilangan mol gas itu?
[ Jisim atom relatif: H = 1, C =12]
A 20.4 C 47.4
B 21.1 D 49.1

17 Rajah 8 menunjukkan satu mentol berisi gas Y

Rajah 8
Berapakah bilangan atom bagi gas Y?
[ Isi padu molar gas pada suhu bilik = 24 dm3 mol-1 ]
A 0.5 x 6.02 x 1023 C 1.2 x 6.02 x 1023
B 1.0 x 6.02 x 1023 D 2.0 x 6.02 x 1023

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
7

18. Persamaan kimia berikut mewakili pembakaran lengkap etanol

C2H5OH + 3O2 2CO2 + 3H2O

Berapakah jisim etanol yang digunakan untuk menghasilkan gas 960 cm3 itu pada
keadaan bilik?
[ Jisim molar C2H5OH = 46 g mol-1, Isi padu molar gas = 24 dm3mol-1 pada keadaan
bilik]
A 0.92 g C 3.68 g
B 1.84 g D 10.43 g

19. Ahmad mengisi empat jenis gas yang berlainan ke dalam empat belon seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 9

Rajah 9
Belon manakah menjadi paling kecil selepas satu hari?
[ Jisim atom relatif : H =1 , C =12, N= 14, O =16]
A W C Y
B X D Z

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
8

20. Rajah 10 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji tindak balas dua unsur Kumpulan
1 yang berturutan dalam Jadual Berkala dengan gas oksigen.

Rajah 10
Apakah yang dapat diperhatikan apabila unsur-unsur itu dimasukkan ke dalam besen
berisi air secara berasingan.

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
9

21. Rajah 11 menunjukkan sebungkus baja

Rajah 11
Berapakah jumlah peratus nitrogen dan fosforus di dalam baja tersebut?
[ Jisim atom relatif: H =1 , N = 14, O =16, P =31]
A 20.81% C 39.82%
B 39.82% D 48.99%
22. Rajah 12 menunjukkan bilangan atom bagi satu molekul

Rajah 12
Antara berikut, yang manakah mungkin molekul itu?
A Karbon dioksida, CO2 C Ammonia, NH3
B Klorin , Cl2 D Oksigen, O2

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
10

23. Antara berikut unsur manakah yang terdapat dalam unsur kumpulan 17?
A Bromin dan Iodin C Argon dan Helium
B Fluorin dan Natrium D Karbon dan Kalium

24. Antara berikut yang manakah adala sebatian ion?


A SO3 C NO3
B H2O D MgSO4
25. Susunan atom bagi atom gas adi boleh diwakili oleh
A 2.1 C 2.8.4
B 2.8 D 2.7

26. Antara berikut, zarah manakah mewakili 10 elektron


[ No proton Ne = 10 , Na = 11, K =19]
I Na III Na+
II Ne IV K+
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

27. Jadual 2 menunjukkan susunan electron bagi unsur P dan Q

Jadual 2
Apakah formula kimia dan jenis ikatan bagi sebatian yang terbentuk daripada tindak balas
antara P dan Q

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
11

28. Rajah 13 menunjukkan struktur Lewis bagi sebatian PQ

Rajah 13
Apakah elektron valens untuk atom unsur P dan Q?

29. Jadual 3 menunjukkan nombor proton bagi unsur-unsur P, Q,R dan S

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
12

Susunan manakah yang menunjukkan saiz atom unsur dalam tertib menaik?
A R,S,P,Q C P,Q,R,S
B Q,P,S,R D S,R,Q,P

30. Jadual 4 menunjukkan kedudukan empat unsur dalam Jadual Berkala.

Jadual 4
Manakah antara unsur-unsur tersebut dapat bertindak balas membentuk suatu sebatian
dengan takat lebur dan takat didih yang rendah?
A A dan D C C dan D
B B dan C D A dan B

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
13

31. Jadual 5 menunjukkan peratusan mengikut jisim bagi setiap unsur dalam satu sebatian
dan juga jisim atom relatif masing-masing.

Jadual 5
Apakah formula empiric bagi sebatian tersebut?
A CH4O C CH2O
B CHO2 D C2HO
32. Pernyataan yang manakah benar tentang teori kinetik jirim?
I Zarah-zarah sentiasa bergerak dan bergetar.
II Kelajuan zarah-zarah bertambah jika lebih banyak tenaga dibekalkan.
III Zarah-zarah dalam cecair bergerak lebih cepat daripada zarah-zarah dalam gas.
IV Gerakan bagi zarah-zarah dalam cecair ialah getaran.

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

33. Yang berikut yang manakah menunjukkan contoh yang betul bagi setiap jenis zarah?

Atom Molekul
A Air Kuprum
B Besi Helium
C Natrium klorida Ammonia
D Natrium Karbon dioksida

34. Warna air di dalam sebuah bikar bertukar ke biru dengan cepat jika seketul hablur
kuprum(II) sulfat yang berwarna biru dimasukkan ke dalamnya. Ini adalah kerana

A air melarutkan kuprum(II) sulfat


B kuprum(II) sulfat ialah konduktor elektrik
C kuprum(II) sulfat terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskret
D daya tarikan antara air dan kuprum(II) sulfat adalah kuat

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT
14

35. Yang berikut yang manakah tidak berlaku semasa pemanasan sesuatu bahan?

A Tenaga kinetik zarah-zarah bertambah.


B Jarak antara zarah-zarah bertambah.
C Daya tarikan antara zarah-zarah menjadi lemah.
D Saiz zarah-zarah bertambah.

36. Siapakah ahli sains yang mengemukakan elektron dalam suatu atom beredar dalam
petala yang mengelilingi nukleus?

A Niels Bohr C James Chadwick


B J.J. Thomson D Ernest Rutherford

37. Suatu unsur mengandungi dua isotop. Kedua- dua isotop ini adalah sama dari
segi
A nombor nukleon C sifat fizik
B bilangan elektron D bilangan neutron

38. Cl-35 dan Cl-37 ialah isotop. Terdapat 20 neutron dalam Cl-37.
Berapakah bilangan proton dalam Cl-35?

A 17 C 19
B 18 D 20

39.Bromin-79 dan bromin-81 ialah isotop. Bilangan neutron dalam satu atom
bromin-79 ialah 44. Berapakah bilangan neutron dalam satu atom bromin-81?

A 43 C 45
B 44 D 46

Satu balang gas mengandungi 0.25 mol gas karbon dioksida.


CO₂

40. Berdasarkan pernyataan di atas, berapakah bilangan molekul karbon dalam balang gas
tersebut? [Pemalar Avogadro = 6.02 x 10²³]

A 1.505 x 1023 C 4 x 1023

B 3.01 x 1023 D 7.525 x 1023

4541/1 [ Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like