Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN SAINS DAN SOSIAL DIPLOMA

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SESI 2023/2024

KOD & NAMA KURSUS :


EED1133 - PERKEMBANGAN KURIKULUM KANAK-KANAK

KOHORT : K58 (KUMPULAN 5)

TAJUK TUGASAN 1 (BERPASANGAN): PENAMBAHBAIKAN UNTUK


KSPK ATAU PERMATA NEGARA

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NO. MATRIK NAMA TANDATANGAN

1 3232008381

NUR INSYIRAH BITI ZUL


AZMAN

2 3232012361

NURUL IZZATY BINTI


ZULKIPLE

NAMA PENSYARAH :
PUAN SITI HAMIRA BINTI MD NGAJIB

TARIKH PENGHANTARAN :
2 JANUARI 2024

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.......................................................................................................1

........................................4

.....................................................................................1

.................4
4.1 GURU 1....................................................................................................................5
4.2 GURU 2....................................................................................................................6

.................................1

...................................................4

........................................................................................................1

8.0 LAMPIRAN (RAKAMAN TEMU BUAL & SOALAN TEMU BUAL)...............1

2
1.0 PENGENALAN

Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) di Malaysia terdapat dua peringkat


berdasarkan tahap umur kanak-kanak iaitu peringkat pertama dikenali sebagai Taska
khas untuk kanak- kanak di bawah umur empat tahun. Manakala, peringkat kedua
ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam
tahun.Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia
pendidikan.Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan
menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran,keyakinan diri dan
sikap positif untuk pembelajaran yang seterusnya

Seterusnya,pendidikan kurikulum dalam kalangan awal kanak-kanak juga telah


dibentuk berdasarkan 2 kurikulum utama iaitu Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Kurikulum kedua ialah
Kurikulum Permata Negara bagi kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. KSPK ini
telah dilaksanakan mulai tahun 2010 dan disemak semula bagi memenuhi keperluan
dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). KSPK
ini juga merupakan wadah utama yang menjadi panduan guru dalam mendukung
hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan prasekolah bertaraf dunia dan
memperkembangan potensi murid berumur 4-6 tahun secara menyeluruh dan
bersepadu dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek, dan sosial kepada generasi masa
kini dan akan datang.

Di dalam KSPK ini terdapat beberapa tunjang,anataranya ialah tunjang keterampilan


diri.Tunjang ini memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi dan
pembinaan kemahiran berinteraksi serta kemahiran sosial dalam kalangan
murid.Perkembangan ini penting kerana ia menjadi asas kepada pembinaan konsep
kendiri yang positif dan seterusnya membolehkan murid menangani cabaran dalam
kehidupan .Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum juga ditekankan dalam tunjang ini.

3
2.0 PRINSIP KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Prinsip di dalam KSPK ini telah digubal bersesuaian dengan perkembangan kanak-
kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Kandungan KSPK adalah berasaskan 6
tunjang iaitu Tunjang Komunkasi, Tunjang Kerohanian, Tunjang Sikap Dan Nilai,
Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika, Tunjang Sains
dan Teknologi, dan Tunjang Keterampilan Diri.

KSPK ini meningkatkan potensi individu kanak kanak melalui persekitaran


pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti yang kreatif dan
bermakna.Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran,menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar bersedia untuk
menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya.

Prinsip yang dijadikan fokus di dalam KSPK ini dapat membina pengetahuan diri
kanak-kanak dan sesi pengajaran dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
berfikir dan menyelesaikan masalah.KSPK adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai pemikiran abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi.

Kandungan yang dipelajari di peringkat prasekolah pada asasnya merupakan


pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk
mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.

4
3.0 UNTAIAN KOMUNIKASI

5
4.0 MAKLUMAT GURU BERPENGALAMAN

Berdasarkan temu bual yang telah kami lakukan secara dalam talian iaitu pada
aplikasi “goggle meet”, kami menemui dua orang guru yang berpengalaman di Tadika
Ria Sayang Rawang. Nama kedua-kedua guru tersebut ialah Puan Siti Aisyah Binti
Wahid dan Puan Nur Izwani Binti Abdul.

Puan Siti Aisyah yang berumur 26 tahun ini telah menetap di Taman
Cempaka,Bandar Rawang. Puan Siti Aisyah juga berpengalaman mengajar di tadika
selama 6 tahun. Beliau juga menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan
Bandar Sungai Buaya, kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Perempuan Kapar.Seterusnya, beliau menyambung pengajian diploma dan ijazah di
Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang pendidikan awal kanak-
kanak.Setelah tamat pengajian,beliau diberi peluang untuk berkhidmat di sebuah
tadika di Klang dan kemudian di Serendah,Rawang.

Seterusnya,ialah Puan Nur Izwani Binti Abdul atau lebih dikenali sebagai Puan
Wani.Puan Wani yang berumur 38 tahun telah mendapat pengalaman lebih kurang 8
tahun. Beliau menetap di Tanjung Karang, Kuala Selangor.Selain itu, beliau juga
telah mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang dan
kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Karang. Setelah itu,
beliau mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) kemudian menyambung
Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-
Kanak dan berkhidmati Tadika Ria Sayang Rawang.

6
4.1 GURU 1 ( SOALAN DAN JAWAPAN)
1. Bagaimanakah KSPK dapat membentuk keterampilan diri kanak-kanak?
2. Adakah tunjang keterampilan diri ini menepati keperluan diri kanak-kanak?
3. Bagaimanakah tunjang keterampilan diri dapat membantu kanak-kanak yang sukar
untuk mengawal emosi?
4. Apakah cadangan dan penambahbaikan bagi tunjang keterampilan diri ini jika
ianya gagal dilaksanakan?

Pertama, KSPK ini dapat membentuk keterampilan diri murid apabila guru mampu
mengawal emosi kanak-kanak ketika sesi pembelajaran dijalankan. Teknik untuk
mengawal emosi kanak-kanak dengan baik adalah guru perlulah memainkan peranan
untuk menentukan situasi ketika marah kepada kanak-kanak dan perlu memberi
layanan yang baik. Guru juga perlu mengenali kanak-kanak dengan lebih mendalam
agar guru dapat memahami perasaan kanak-kanak.

Yang kedua, tunjang keterampilan diri sangat menepati keperluan kanak-kanak kerana
keterampilan diri merupakan salah satu aspek yang penting dalam setiap diri mereka
kerana ia mampu memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosi. Faktor ini
berlaku kerana sesetengah daripada kanak-kanak tidak mempunyai keyakinan
terhadap diri mereka sendiri dan sentiasa berasa takut pada situasi baharu.Oleh itu,
tunjang keterampilan diri ini dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan
keyakinkan diri mereka dan kepercayaan terhadap diri mereka.

Ketiga, kita dapat membantu kanak-kanak mengawal emosi dengan menunjukkan


cara mengawal emosi dengan baik kepada mereka. Memberi tunjuk ajar kepada
kanak-kanak cara untuk mengawal emosi dan tekanan di hadapan orang ramai dalam
persekitaran harian mereka. Hal ini akan menjadikan panduan dan contoh yang baik
kepada mereka dalam membantu mengawal emosi dengan stabil apabila mereka mula
memberontak akan sesuatu perkara yang mereka tidak suka.

7
Akhir sekali, cadangan penambahbaikan jika tunjang keterampilan diri gagal
dilaksanakan adalah dengan membimbing kanak-kanak ini tentang cara untuk
menguruskan diri mereka dengan baik dan memberi ajaran yang betul kepada mereka
untuk berdikari agar mereka tidak terlalu mengharapkan ibu bapa atau guru-guru yang
membantu mereka. Kebanyakkan daripada mereka perlu dibimbing dengan cara
mendapat didikan tadika.Dengan ini,mereka dapat menguruskan diri mereka sendiri
tanpa bantuan orang lain.

8
4.2 GURU 2 (SOALAN DAN JAWAPAN)
1. Bagaimanakah KSPK dapat membentuk keterampilan diri kanak-kanak?
2. Adakah tunjang keterampilan diri ini menepati keperluan diri kanak-kanak?
3. Bagaimanakah tunjang keterampilan diri dapat membantu kanak-kanak yang sukar
untuk mengawal emosi?
4. Apakah cadangan dan penambahbaikan bagi tunjang keterampilan diri ini jika
ianya gagal dilaksanakan?

9
5.0 CADANGAN DARIPADA TEMU BUAL

Menurut sesi temu bual yang telah kami jalankan, kedua-dua guru tadika tersebut
telah memberi cadangan agar setiap guru di tadika menyediakan satu aktiviti atau
teknik untuk kanak-kanak agar mereka mampu mengawal emosi mereka. Selain itu,
guru tersebut juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak dalam melakukan
pelbagai aktiviti seperti belajar sambil bermain dengan menyediakan pelbagai alat
bantuan mengajar yang sesuai untuk mengelakkan kanak-kanak merasa tekanan.

Seterusnya,sebagai guru kita perlu mengenali mereka dengan lebih mendalam untuk
mendapatkan kepercayaan mereka.Kanak-kanak yang masih baru di dalam tadika
kebiasaannya memerlukan cara pujukan yang lembut.Ini bertujuan untuk menarik
minat mereka untuk hadir ke tadika dan lebih selesa bersama guru. Faktor ini kerana
suasana yang baharu dan rakan-rakan yang masih belum mereka kenali. Oleh itu, kita
sebagai guru perlu bijak mewujudkan suasana tadika yang menarik bagi mereka.

Jika berhadapan dengan kanak-kanak yang tidak mampu mengawal emosi seperti
mudah marah, memberontak dan sebagainya. Kita perlu mengelakkan kanak-kanak
tersebut dari perkara yang mudah membuatkan mereka memberontak dan memberi
peluang kepada mereka untuk melakukan aktiviti di luar seperti riadah agar mereka
boleh menenangkan diri mereka. Emosi kanak-kanak ini agak mencabar untuk
ditangani jika tidak dapat kerjasama daripada pihak ibu bapa.Ianya sangatlah penting
untuk menjadikan kanak-kanak berasa gembira semasa belajar di tadika.

10
6.0 PENAMBAHBAIKAN UNTUK KURIKULUM

Penambahbaikan terhadap kurikulum adalah mewujudkan situasi kanak-kanak belajar


sambil bermain. Teknik pengajaran ini adalah satu teknik yang sangat berkesan
kepada kanak-kanak untuk menghilangkan tekanan dan mampu mengawal emosi
mereka. Dengan memberi kelonggaran kepada kanak-kanak untuk belajar sambil
bermain ini dapat menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada mereka dalam
sesuatu pengajaran yang diajar oleh guru supaya mereka mudah faham terhadap
pelajaran yang guru telah sampaikan. Melalui bermain juga dapat meningkatkan
kemahiran kognitif kanak-kanak kerana dengan bunyi atau bernyanyi dapat
meningkatkan kosa kata dan pola bahasa yang baik.

Selain itu, dapat meningkatkan kemahiran fizikal dengan bernyanyi dan melompat
membuatkan otot mereka mula berkembang. Dengan belajar sambil bermain juga
dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani
intelek dan sosial. Teknik ini memberi kebaikan dan dapat merangsang motivasi yang
membuatkan aktiviti pembelajaran berkesan kepada mereka.

Di samping itu, guru perlulah bijak mengambil hati kanak-kanak dengan memberikan
pujukan yang baik kepada mereka yang tidak mahu mendengar arahan.
Kebiasaannya,apabila guru-gurunya memarahi atau berkata kasar kepada mereka ia
akan menyebabkan mereka lebih emosi. Faktor ini berlaku kerana kanak-kanak
mempunyai emosi yang sukar dikawal dan difahami.Jadi, apabila kita terlalu
mendesak mereka untuk melakukan perkara yang mereka tidak suka ia boleh
meneyebabkan emosi mereka berubah. Oleh itu, sebagai guru perlulah mengawal
mereke dsn menghiburkan kanak-kanak dengan menyanyi dan membuat jenaka
bersama mereka.

11
7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, keterampilan diri di dalam pendidikan awal kanak-kanak ini adalah


kualiti yang sangat penting bagi setiap kanak-kanak iaitu keterampilan diri yang baik
dapat membantu semua kanak-kanak untuk mencapai potensi hidup mereka dengan
lebih baik. Seterusnya, dengan membagunkan sikap keterampilan diri yang berkualiti,
kanak-kanak dapat mencapai tujuan untuk perkembangan mereka dari segi kognitif,
cergas dan kreatif. Oleh kerana itu, setiap kanak-kanak harus mengawal emosi dan
membangun sikap positif dalam diri mereka dan keterampilan diri yang baik agar
dapat mencapai tujuan hidupnya. Ini akan membantu seseorang kanak-kanak lebih
berani menghadapi cabaran dan tantangan yang mereka hadapi. Akhir sekali,
keterampilan diri ini merupakan aspek yang sangat penting untuk memastikan
kesejahteraan mental kanak-kanak terjamin.

12
8.0 LAMPIRAN

13

You might also like