Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PENGENALAN

Perlaksanaan kajian kebersiahan bekalan air merupakan sayu aktiviti yang sangat penting
dalam program pengawasan mutu air minum. Kajian tersebut merangkumi 3 peringkat seperti di
kawasan tadahan air hujan, loji rawatan dan kawasan paip agihan. Antara agensi yang terlibat
ialah Jabatan Kesihatan, Jabatan air dan Jabatan Kimia. Ketiga-tiga agensi tersebut mempunyai
peranan sama yang iaitu untuk memastikan bekalan air minum yang disediakan mematuhi
standard air minum kebangsaan yang telah ditetapkan.
Objektif utama perlaksanaan kajian kebersihan sistem bekalan air adalah untuk
mengenalpasti punca-punca atau tempat-tempat yang boleh menjadi sumber pencemaran di
kawasan intake, Loji penapisan air dan di kawasan paip agihan. Dengan harapan langkah-
langkah kawalan dan tindakan pembetulan dapat dijalankan dengan segera.
Pada 17, Mei 2009 satu akitviti kajian kebersihan sistem bekalan air telah dijalankan oleh
para pelatih PPKP DKP/9 2006 di kawasan intake loji penapisan moyog dan loji penapisan
Kasigui. Aktiviti ini telah diketuai oleh En Arus Pengiran penyelaras Pusat Latihan Klinikal Kota
Kinabalu. Objektif pembelajaran akitiviti tersebut ialah supaya para pelatih dapat mengenalpasti
punca-punca pencemaran yang terdapat dikawasan intake, mengetahui cara-cara mengendalikan
peralatan-peralatan yang digunakan dalam aktiviti tersebut serta dapat mempelajari dan
menyediakan laporan berdasarkan format yang telah diberikan.
Kawasan tadahan air, iaitu intake bagi loji penepisan air moyog dan loji penapisan air
kasigui terletak di kawasan barat daerah penampang. Sungai moyog merupakan sungai utama,
yang membekalkan air kepada dua loji tersebut bagi penduduk dikawasan daerah penampang
dan kota kinabalu. Sungai Moyog mengalir dengan sederhana deras dan berkeadan jernih serta
mempunyai nilai PH yang sesuai iaitu antara 7 – 9 dengan keluasan antara 10 meter hingga 60
meter. Keadaan persekitaran pada keselurahannya adalah diliputi kawasan pertanian,
perladangan dan perkampungan yang menjadi sumber pandapatan penduduk di kawasan
tersebut.

2. Maklumat asas sistem bekalan air


Sungai Moyog membekalkan air kepada Loji Penapisan Air Moyog dan loji Penapisan Air Kasigui.
MWTP (Moyog Water Treatment Plant) mempunyai Design Capacity 165 MLD dengan
overloaded Capacity 198 MLD. Manakala KWTP (Kasigui Water Treatmant Plant) pula
mempunyai design Capacity sebanyak 50 ml/hari dan overloaded capacity sebanyak 50 MLD.
Kedua-dua loji tersebut membekalkan air dikawasan daerah penampang dan kota kinabalu.

3. Intake
3.1 punca
Punca intake diperolehi dari sungai moyog.
3.2 Punca pencemaran
Punca pencemaran yang ditemui ialah dari kawasan ladang getah kawasan pertanian
(ladang pokok Getah), tandas, kauri dan juga bahan-bahan organik seperti tumbuh-
tumbuhan dan ranting kayu yang mati seta najis dari binatang ( tahi kerbau).
3.3 Kegunaan tanah
Kegunaan tanah yang utama ialah untuk pertanian, pembinaan rumah kediaman dan
Kuari.
3.4 Peta lakar
Seperti di lampiran A
3.5 Stesen persampelan
Stesen persampelan adalah seperti berikut
BIL NO STESEN TEMPAT PERCONTOHAN
01 01 Pusat pelancongan Tinukadan Kg. Mongkusilad (sg Mongkusilad)
02 02 Kg kibunut ( sg Kibunut)
03 03 Kg Kibunut (sg Moyog)
04 04 Kg Timbangan
05 05 Kg Madziang
06 06 Kg Kipuvo
07 07 Kg Inobong

3.6 Laporan analisis


Nama Tarikh dan masa Conduktiviti Turbidity Suhu DO TDS
BIL stesen Jenis persampelan (MS/cm) PH (NTU) ( ° C) (Mg/L) (mg/L)
01 02 17/04/09 32.0 6.8 16 23.4 0.04 14.6
02 02 ” 31.9 16.3 16.3 24.5 0.05 14.8
03 02 ” 33.2 19.8 0.05 16.4
04 02 ” 34.2 7.8 35.6 0.20 14.6
05 02 ” 26.7 7.42 73.7 26.1 0.32 15.2
06 02 ” 26.2 7.42 37,7 26.3 0.92 15.8
07 02 ” 33.7 7.68 98.5 26.4 2.10 15.6

4. Mengenali masalah dan cadangan pemulihan


Setelah selesai pemeriksaan dijalankan dari kawasan tadahan beberapa masalah telah
dikenalpasti antara masalah tersebut ialah
4.1 Terdapat kawasan pertanian seperti ladang getah, dan ladang pisang di sepanjang tempat
persampelan. Kemungkinan yang berlaku ialah pencemaran dari bahan racun perosak dan baja
kimia yang digunakan. Untuk mengatasi masalah ini para petani hendaklah menggunakan baja
organik kerana baja tersebut tidak mencemarkan sungai. Manakala penggunaan racun perosak
pula haruslah di hentikan dan hendaklah menggunakan mesin pemotong rumput atau
menggunakan parang.
4.2 Kuari – kuari hendaklah menggunakan sistem atau teknologi yang kurang mencemarkan
alam sekeliling terutamanya sungai.aktiviti kuari tersebut hendaklah dipantau oleh jabatan Alam
Sekitar dan jika perlu tindakan undang-undang hendaklah diambil segera.
4.3 Tandas – tandas yang didiri hendaklah dibena di kawasan yang jauh dari sungai dengan
jarak sekurang-kurangnya 100 meter. Selain dari itu pihak jabatan kesihatan haruslah membuat
pemantau ayang lebih kerap agar tandas yang dibena menepati dari segi spesifikasi dan sistem
yang tidak mencemarkan sungai serta menepati jarak dari sungai seperti yang disyorkan.
4.4 Najis binatang – penduduk kampung hendaklah memastikan binatang ternakan mereka
seperti kerbau disediakan kandang dan memastikan binatang ternakan mereka berada dalam
kandang.

5. Kesimpulan
Kajian kebersihan sistem bekalan air secara amnya dapat mengenalpasti punca-punca
pencemaran yang boleh menyebabkan pelanggaran standard mutu air minum dan tindakan
pembetulan dapat diambil dengan segera. Namun usaha untuk memastikan kualiti air minum
senitiasa menepati standard yang disyorkan tidak akan dapat dicapai sekiranya agensi-agensi
yang terlibat sama tidak memberi kerjasama dan menjalankan peranan mereka. Ini kerana pihak
jabatan kesihatan tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk mengambil tindakan undang-
undang terhadap syarikat-syarikat atau pun individu-individu yang menyebapkan pencemaran
sungai.
Namun begitu usaha harus diteruskan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
pentingnya penjagaan sungai. Pihak-pihak yang terlibat harus menghebahkan kempen kesedaran
kepada masyarakat melalui media cetak dan media elektronik.
Lampiran A

You might also like