Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

021127070827

NAMA : MUHAMAD FARIS BIN HARIZAN

NO MATRIK : SI 200778

KELAS : KEMANUSIAAN 3A

NAMA GURU : CIKGU IDDIE RAFIZAL BIN IDRIS

MATA PELAJARAN : PENGAJIAN AM (900/4)

TAJUK KERJA KURSUS : SOSIAL DAN BUDAYA (ADAT RESAM MASYARAKAT )

1. ABSTRAK

Page 1 of 22
021127070827

Adat Resam Dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Kaum Melayu di Kampung


Sungai Tiram,Bayan lepas,Pulau Pinang.

Kajian ini dijalankan dibawah tajuk ‘Adat Resam Dalam Majlis Perkahwinan
Masyarakat Kaum Melayu di Kampung Sungai Tiram Bayan Lepas Pulau Pinang’.
Kajian ini mengemukakan dua objektif . Objektif pertama ialah untuk mengenalpasti
jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat melayu . Manakala
objektif kedua pula ialah mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam dalam
majlis perkahwinan masyarakat melayu . Kawasan kajian ini terletak kira-kira 98 km
dari Bandar Butterworth . Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrument
kajian yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian
ialah seramai 20 orang responden yang tinggal di Kampung Sungai Tiram Bayan lepas
Pulau Pinang.. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penduduk di kampung tersebut
masih mengamalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu . Kajian
ini merumuskan bahawa adat resam perkahwinan masih diamalkan disini kerana
terdapat golongan yang mengamalkannya dari turun temurun jadi amalan tersebut perlu
diteruskan sehingga hari ini.

Page 2 of 22
021127070827

2 . KANDUNGAN

Bilangan Butiran Muka Surat

1 Penulisan : Abstrak 2

2 Kandungan 3

3 Penghargaan 4

4 Pengenalan 5-9

5 Objektif Kajian 10

6 Lokasi Kajian 10 - 12

7 Metodologi Kajian 13 - 14

8 Dapatan Kajian 15 - 18

9 Rumusan 19 - 20

10 Kesimpulan 21

11 Rujukan 22

3 . PENGHARGAAN

Page 3 of 22
021127070827

Selamat Sejahtera dan rasa kesyukuran saya ucapkan kepada Tuhan kerana dengan limpah
kurniaNya dapat juga saya mengyiapkan kerja kursus Pengajian Am yang bertajuk, “Adat
Resam Dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Kaum Melayu Di Kampung Sungai Tiram
Bayan Lepas Pulau Pinang.’’ . Dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu
Tuan Hj Iddie Rafizal bin Idris yang merupakan guru Pengajian Am di Sekolah Sukan Tunku
Mahkota Ismail.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak
terhingga kepada Encik Asmad bin Ahmad yang merupakan Pengetua Sekolah Sukan Tunku
Makota Ismail, kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna dan teratur.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Pengajian am saya iaitu Tuan Hj Iddie Rafizal bin Idris kerana telah banyak meluangkan masa,
memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini, selain
memberikan semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik baiknya.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhigga kepada kedua ibu bapa saya
yang juga telah banyak berkorban untuk saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi
kewangan untuk memastikan kerja kursus ini supaya berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, disini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan saya serta
pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan kerja kursus Pengajian am ini.

Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian am ini, saya telah menghadapi banyak
kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa
yang tidak putus kepada Tuhan, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya .

4 . PENGENALAN

Page 4 of 22
021127070827

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya
kehidupan sesebuah keluarga . Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat
resam,perkahwinan Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu sangat
dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dilaksanakankan
secara meriah dan penuh adat istiadat. Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan
adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan. Malah adat dikatakan akan
memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis perkahwinan.
Lazimnya istiadat ini disusun begitu teratur mengikut langkah yang telah dirancang dan
ditetapkan .

Page 5 of 22
021127070827

a. MERISIK

Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan. Adat ini juga
dipanggil meninjau atau menengok. Ianya melibatkan pertemuan antara wakil keluarga lelaki
dengan wakil keluarga perempuan.. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati
keluarga pihak perempuan. Selain dari adat ini bertujuan untuk mendapat restu dan mengenali
keluarga bakal tunang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk
berkahwin. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati
oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Pada kebiasaanya satu rundingan akan diadakan
di antara kedua belah pihak di mana pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya
berupa cincin belah rotan. Sekiranya ada persetujuan dari pihak gadis maka satu tarikh
peminangan akan ditetapkan .

b. MEMINANG

Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh
ibu bapa lelaki untuk mewakili mereka meminang anak gadis yang telah dipilih. Biasanya, ibu
bapa kepada anak gadis tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak
yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk
memberi jawapan.

Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan berikutnya mereka akan berbincang tentang
segala syarat berkaitan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan.
Perbincangan tarikh yang sesuai juga akan ditentukan untuk melangsungkan perkahwinan.
Pada ketika itu seandainya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan
Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Dari segi konsepnya Menghantar
Tanda adalah ditakrifkan sebagai “putus cakap”. Ini membawa maksud pinangan dari pihak
lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.

Page 6 of 22
021127070827

c. BERTUNANG

Sebaik saja peminangan pihak lelaki diterima maka urusan majlis pertunangan pula
diadakan. Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan,
satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh
atau sireh junjung sebagai bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain
seperti bunga rampai, kuih muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik
untuk diberikan kepada pihak perempuan.

Pada kebiasaannya bilangan hantaran juga akan di hantar dalam bilangan yang ganjil seperti
lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap dikatakan akan membawa
implikasi yang tidak baik. Sementara hantaran dari pihak perempuan pula akan melebihi
hantaran daripada pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih
belum berumah tangga ,maka pihak lelaki juga harus memberikan sumbangan berupa hantaran
yang akan ditetapkan oleh keluarga perempuan kerana dianggap peminangan tersebut sudah
melangkah bendul.

d. MALAM BERINAI

Majlis berinai biasanya diadakan secara berpingkat. Peringkat pertama dikenali sebagai Berinai
Curi . Biasanya proses ini diadakan tiga malam sebelum hari pernikahan untuk saudara mara
terdekat sahaja. Peringkat kedua dikenali sebagai Berinai Kecil. Biasanya diadakan dua malam
sebelum hari pernikahan untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja. Peringkat ketika
dpula dikenali sebagai Berinai Besar . Umumnya diadakan satu malam sebelum hari langsung
atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.
Selepas adat Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah
pengantin perempuan.. Sebaliknya pengantin lelaki akan pulang terus kerumahnya atau
bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin
perempuan.

Page 7 of 22
021127070827

e. AKAD NIKAH

Akad nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan
suatu adat tetapi lebih kepada tuntutan ajaran agama. Istiadat ini dijalankan selepas segala
perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas
kahwin dan barangan lain sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Semasa upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk
menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi
atau imam.

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari
sebelum majlis perkahwinan diadakan. Walau bagaimanapun Akad nikah boleh dilakukan di
masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi
atau imam

Pada hari berkenaan, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan
majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja,
mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi berserta dua orang saksi bagi
pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-
tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik
untuk bertanyakan persetujuannya akan pernikahan tersebut.

Seterusnya Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum
akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama.
Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin
sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi
"Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan
samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut
akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.Upacara membatalkan air
sembahyang pula dilakukan sebaik sahaja selesai adat akad nikah. Si suami akan
menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya sebagai satu simbol bahawa
pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

Page 8 of 22
021127070827

f. PERSANDINGAN

Fasa terakhir dalam adat resam perkahwinan masyarakat Melayu adalah upacara
persandingan. Ketika ini pasangan pengantin akan diandam dan dihias rapi oleh Mak Andam.
Upacara menyambut menantu oleh kedua pihak akan disambut dengan meriah bilamana
pengantin diarak dengan pasukan kompang dan pancak silat. Di sesetengah tempat, pengantin
lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas
pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu
membayar tebus pintu atau tebus pelamin.

Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas
pelamin ialah bunga pahar. Para jemputan terutama dari wakil kedua mempelai akan dipersila
untuk menepung tawar pasangan pengantin di atas pelamin. Justeru tidak hairanlah setiap
majlis perkahwinan yang dilakukan secara penuh adat mengganggap pasangan pengantin
sebagai raja sehari oleh kebanyakan masyarakat Melayu lantaran tertib dan teraturnya
pengurusan proses perkahwinan yang diamalkan sejak turun temurun

5. OBJEKTIF KAJIAN

Page 9 of 22
021127070827

1. Mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat


Melayu di Kampung Sungai Tiram Bayan Lepas Pulau Pinang.

2. Mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan


perkahwinan masyarakat Melayu di Kampung Sungai Tiram Bayan Lepas Pulau
Pinang.

6. LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, lokasi kajian adalah salah satu elemen yang sangat penting. Lokasi
ini adalah berfokus di Kampung Sungai Tiram Bayan Lepas Pulau Pinang yang
mengamalkan adat resam perkahwinan dalam kalangan masyarakat Melayu. Kawasan ini
terletak kira-kira diantara 98 KM atau 1 jam dari bandar Butterworth .

Peta 1: Peta Negeri Perak (Sumber: Laman Peta Google)

Page 10 of 22
021127070827

Peta 2: Peta Daerah Kerian (Sumber: Laman Peta Google)

Peta 3: Peta Kawasan Kampung Teluk Seribu (Sumber: Laman Peta Google)

Page 11 of 22
021127070827

Gambar Kediaman Masyarakat Melayu di Kampung Sungai Tiram Pulau Pinang

Page 12 of 22
021127070827

7. METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara
pengumpulan data, dan cara analisis data.

7.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini terbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan kaedah pengumpulan data dan
maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih
daripada populasi penduduk yang hendak dikaji. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh
manakah perlaksanaan adat resam perkahwinan masyarakat Melayu di Kampung Jalan Sungai
Tram 1 Bayan Baru , Pulau Pinang.

7.2 Sampel Kajian

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30 orang
penduduk di Kawasan Kampung Jalan Sungai Tiram 1. Bilangan sampel bersesuaian dengan
kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang
ingin dikaji.

7.3 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik.

7.4 Pemerhatian

Pengkaji menyediakan borang pemerhatian untuk memerhati dan menganalisis bilangan


penduduk Kampung Jalan Sungai Tiram 1 mengikut jantina dan kelas umur.

7.5 Soal Selidik

Page 13 of 22
021127070827

Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik yang dibuat dengan menggunakan ‘keep it short
and simple’ iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami oleh responden.
Borang ini mengandungi 2 bahagian iaitu mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis
perkahwinan masyarakat Melayu dan mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam
dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu . Soalan yang terkandung dalam borang soal
selidik merupakan soalan tertutup dan menggunakan skala biasa serta skala linkert.

7.6 Temu Bual Secara Tidak Formal

Pengkaji menyediakan 20 soalan yang berkaitan dengan jenis-jenis adat resam dan kepentingan
mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang dilaksanakan
oleh masyarakat Melayu untuk mendapatkan maklumat daripada responden.

7.7 Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti
dokumentasi, soal selidik dan temu bual secara tidak langsung. Pengkaji mempersembahkan
data dalam bentuk jadual statistic, graf dan carta pai.

Page 14 of 22
021127070827

8. DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap soal selidik yang telah dijalankan berkaitan tentang jenis-jenis adat resam dalam
majlis perkahwinan masyarakat Melayu dan kepentingan mengekalkan adat resam dalam
majlis perkahwinan masyarakat Melayu Di Kampung Sungai Tiram Bayan Lepas Pulau
Pinang. .

8.1 Demografi Responden

Jadual 1 menunjukkan peritus bilangan responden yang disoal selidik mengikut umur.

Jadual 1: Demografi Responden Mengikut Umur.

Umur Bilangan (responden) Peratus (%)


18-29 10 39%
30-39 4 24%
40-49 5 32%
50-60 1 5%

Peratusan kajian tentang adat resam perkahwinan di Kampung Sungai Tiram Bayan Lepas,
Pulau Pinang. Responden yang berumur antara 18 tahun hingga 29 tahun adalah seramai 10
orang bersamaan 39%. Bagi responden yang berumur 30 tahun hingga 39 tahun pula adalah
seramai 4 orang bersamaan dengan 24%. Responden yang berumur 40 tahun hingga 49 tahun
adalah seramai 5 orang bersamaan dengan 32% dan responden yang terakhir ialah berumur 50
tahun hingga 60 tahun seramai 1 orang bersamaan 5%.

Page 15 of 22
021127070827

Jadual 2: Demografi Peratus Bilangan Responden Berdasarkan Tempoh Mereka Menetap Di


Kampung Sungai Tiram Bsyan Lepas,Pulau Pinang.

Tempoh Menetap Bilangan (responden) Peratus (%)

Kurang dari 1 tahun 5 17%


1-4 tahun 14 46%
Lebih 5 tahun 11 37%

Peratus kajian tentang adat resam perkahwinan di Kampung Jalan Sungai Tiram 1 Bayan Baru,
Pulau Pinang berdasarkan tempoh responden menetap. Bilangan responden yang menetap
kurang dari 1 tahun di Kampung Sungai Tiram Bayan Lepas,Pulau Pinang iaitu di Kawasan
kajian ialah seramai 5 orang bersamaan dengan 17%. Bilangan responden yang menetap selama
1 tahun hingga 4 tahun adalah seramai 14 orang bersamaan dengan 46%. Akhir sekali, bilangan
responden yang menetap di lokasi kajian selama lebih 5 tahun adalah seramai 11 orang dan
bersamaan dengan 37%.

Page 16 of 22
021127070827

Jadual 3: Demografi Peratus Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan.

Pekerjaan Bilangan (responden) Peratus (%)


Bekerja Sendiri 10 47%
Bekerja dalam sektor 10 47%
kerajaan
Suri Rumah 10 6%

Peratus kajian tentang adat resam perkahwinan di Kampung Sungai Tiram Bayan Lepas,Pulau
Pinang . berdasarkan pekerjaan responden.

Bilangan responden yang bekerja sendiri adalah seramai 10 orang bersamaan dengan 47%.
Bilangan responden yang bekerja dalam sektor kerajaan pula seramai 10 orang bersamaan
dengan 47%. Akhir sekali, responden yang tidak bekerja dan suri rumah juga seramai 10 orang
bersamaan dengan 6%.

Page 17 of 22
021127070827

Jadual 4: Demografi Peratus Bilangan Jumlah Ahli Dalah Keluarga Responden.

Jumlah Ahli Keluarga Bilangan (responden) Peratus (%)


1-5 10 29%
6-10 20 71%

Peratus kajian tentang adat resam perkahwinan masyarakat Melayu di Kampung Sungai Tiram
Bayan Lrpas,Pulau Pinang. Berdasarkan jumlah ahli keluarga responden. Bilangan responden
yang mempunyai ahli keluarga antara 1 orang hingga 5 orang adalah seramai 10 orang
bersamaan dengan 29%. Bilangan responden yang mempunyai ahli keluarga seramai 6 orang
hingga 10 orang adalah 20 orang responden bersamaan dengan 71%. Responden yang dipilih
secara rawak untuk menjalankan kajian ini mempunyai jumlah ahli keluarga yang berbeza.

Page 18 of 22
021127070827

RUMUSAN

Kajian ini mengemukakan data bagi menemui objektif kajian. Bahagian ini akan
merumuskan hasil dapatan kajian.

9.1.1 Jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu di Bayan
Lepas,Pulau Pinang.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan penduduk di Teluk Kumbar masih


mengamalkan semua jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat melayu. Antara
adat yang masih diamalkan adalah adat yang mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat pertama
merisik atau menengok, meminang atau bertunang, menghantar belanja atau akad manakala
peringkat kedua berandam dan berasah gigi, istiadat berinai dan istiadat berinai besar.
Peringkat ketiga pula bersanding, mandi limau dan sambut-menyambut. Adat resam dalam
majlis perkahwinan mash diamalkan walaupun sudah bertahun-tahun diwarisi oleh masyarakat
melayu.

9.1.2 Kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat melayu di
Bagan Serai, Perak

Dapatan kajian juga mendapati bahawa penduduk di Bayan Lepas memperoleh pelbagai
faedah dan kesan positif melalui amalan adat resam perkahwinan yang mereka amalkan.
Menurut soal selidik yang telah dijalankan, masyarakat berpendapat bahawa perkahwinan
secara sederhana akan mengurangkan pembaziran dalam majlis perkahwinan. Pembaziran
berlaku apabila sebuah majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran yang boleh menelan
perbelanjaan sehingga puluhan ribu. Hal ini kerana, tidak akan berlaku pembaziran dan
pengeluaran kos yang berlebihan apabila melangsungkan majlis perkahwinan dengan
mengutamakan adat resam.

Seterusnya, penduduk Bayan Lepas juga bersetuju bahawa pelbagai jenis adat resam perlu
dilalui sebelum mengadakan sesuatu majlis perkahwinan. Pertama sekali, dapat mempamerkan
sikap menghormati terhadap nenek moyang. Hal ini kerana, majlis perkahwinan yang tidak
mengutamakan adat resam dianggap tidak menghormati nenek moyang mereka kerana nenek

Page 19 of 22
021127070827

moyang mereka telah berusaha untuk mengekalkan adat resam dan mewarisinya untuk
diteruskan bukan diketepikan.

Bukan itu sahaja, kebayankkan penduduk Bayan Lepas yang dipilih menjadi responden
kajian ini bersetuju dengan makan bersama di restoren mewah dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan mereka. Hal ini kerana, apabila mereka makan bersama sebelum melangsungkan
majlis perkahwinan, anggota keluarga dapat menjadi semakin rapat dan dekat. Keadaan ini
akan mengelakkan berlakunya selisih faham antara keluarga dan dapat menjadikan keluarga
mereka lebih besar dan bahagia.

Page 20 of 22
021127070827

KESIMPULAN

Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat manusia.

Perkahwinan dianggap sebagai tali penyambung dalam menghubungkan du insan secara halal
sehingga mendapat zuriat. Keutuhan Adat resam perkahwinan merupakan sesuatu agenda
kesinambungan dalam sesuatu kaum. lanya mencerminkan budaya dan adat resam yang harus
dijaga bagi tatapan dan sejarah sesuatu bangsa. Kemodenan hari ini umumnya sedikit
sebanyak boleh menjejaskan pewarisan budaya adat resam khususnya adat perkahwinan
kepada generasi baharu . Namun budaya ini harus diberitahu kepada anak-anak muda agar
ianya" tak luput dek hujan dan tak lekang dek panas." Walaupun dunia menuntut perubahan
dalam cara hidup selari dengan arus kemajuan namun amalan budaya seharusnya tidak
dilupakan begitu sahaja kerana ianya merupakan khazanah sesuatu masyarakat. Walau
bagaimanapun bagi orang-orang Melayu Khususnya , Islam tidak pernah melarang sama
sekali para penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat
dalam setiap bangsa.

Namun, perlu difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari
dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat
Melayu. la boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan
syariat Islam.

Page 21 of 22
021127070827

RUJUKAN

1. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35772/1/35772.pdf

2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu

3. https://www.slideshare.net/mslouraloungkin/adat-resam-perkahwinan-melayu-
malaysia

4. https://www.coursehero.com/file/48360661/Adat-perkahwinan-kaum-melayudocx/

Page 22 of 22

You might also like