Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

RINGKASAN/ ULASAN/ MAKLUMAT PENTING ARTIKEL JURNAL

 Rujukan (bibliografi):
Dahlia, M.N. & Siti Hidayah, A.T. 2022. Application of HEC-RAS to estimate the sediment transport in
Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment 3(1):
872–883.

 Rujukan dalam teks (citation):


(Dahlia & Siti Hidayah 2022)

1. ABSTRAK

Ringkasan pengenalan/isu/permasalahan kajian:


o Sedimentasi ialah faktor utama yang mengehadkan pembangunan dan pengurusan sungai sekali
gus memberi kesan kepada morfologi sungai dan kestabilan saluran sungai.
o Sungai Bertam, Tanah Tinggi Cameron (CH), Pahang: penerima impak yang besar akibat daripada
proses sedimentasi yang disebabkan oleh aktiviti penebangan hutan yang semakin giat dan juga
aktiviti pembangunan di sekitar CH.

Objektif kajian:
o Untuk mensimulasi pengangkutan sedimen/sedimentasi/kepekatan sedimen dalam Sungai
Bertam, CH menggunakan fungsi aliran separa tidak mantap satu dimensi (1D) atau one-
dimensional (1D) quasi-unsteady flow di dalam perisian Hydrology Engineering Center - River
Analysis System (HEC-RAS).

Ringkasan metodologi kajian:


o Secara keseluruhannya, untuk memodelkan sedimentasi dalam Sungai Bertam, CH,
Dahlia & Siti Hidayah (2022)
telah menggunakan tiga jenis data: data hidrologi, data geometri dan data
sedimen.
o Ketiga-tiga data berkenaan dianalisis di dalam HEC-RAS dengan menggunakan kaedah/metod
Laursen-Copeland kerana saiz partikel sedimen di Sungai Bertam yang berada lingkungan
kategori pasir sangat halus (very fine sand) dan kelodak sangat kasar (very coarse silt).

Ringkasan hasil kajian:


o Sungai Bertam, CH mengalami proses hakisan dan pemendapan.
o Kedalaman hakisan sungai maksimum berlaku di stesen STN 1537 dengan nilai yang direkodkan
ialah 0.773 m.
o Pemendapan sungai maksimum direkodkan di stesen STN 636, iaitu stesen cerapan di kawasan
hilir sungai dengan catatan 0.794 m.
o Kepekatan sedimen maksimum dalam Sungai Bertam, CH ialah 54 008.60 mg/L.
o Dahlia & Siti Hidayah (2022)merumuskan bahawa Sungai Bertam mengalami proses sedimentasi
(hakisan dan pemendapan) secara berurutan serta berterusan dari hulu ke hilir. Hal ini pada
akhirnya membawa kepada kedalaman saliran yang semakin cetek.
o Simulasi/Pemodelan/Peragaan sedimentasi HEC-RAS yang dilakukan oleh
Dahlia & Siti Hidayah (2022)
menunjukkan bahawa Sungai Bertam, CH sememangnya mengalami sedimentasi secara
besar-besaran (majorly) dan berlaku peningkatan aras dasar sungai secara meluas sepanjang
tempoh simulasi dilakukan.

Keywords/Kata kunci: Sediment, Sediment Transport, Sediment Deposition, Erosion, Cameron


Highlands, HEC-RAS
2. METODOLOGI

Pemerolehan Data:
o Kajian ini sepenuhnya menggunakan data sekunder (secondary data) yang diperoleh daripada
The United States Geological Survey (USGS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
o Tiga data yang diperlukan untuk analisis HEC-RAS: Data geometri, data hidraulik dan hidrologi
(flow data) dan data sedimen.

o Data Geometri - input asas kerana diperlukan untuk memaparkan keratan rentas sungai, panjang
sungai dan lokasi tebing sungai:
- DEM beresolusi 1/3 arc-second atau lebih kurang 10 m diperoleh daripada USGS National
Map Viewer.
- DEM itu diproses menggunakan ArcGIS 10.8 dan GeoRAS untuk mendapatkan jajaran sungai,
lokasi tebing, arah aliran dan keratan rentas dalam format GIS.

DEM/TIFF dari USGS DEM/TIFF shapefile


National Map Viewer dianalisis menggunakan
Fail GIS boleh dibaca dan
ArcGIS 10.8 dan GeoRAS
(Resolusi lebih kuran 10 diproses oleh HEC-RAS.
untuk ditukarkan kepada
m atau 1/3 arc-second) format GIS.

o Data Hidraulik dan Hidrologi/Flow data - diperlukan untuk mensimulasi model sedimentasi aliran
separa tidak mantap (quasi-unsteady flow):
- Data diperoleh daripada kajian lepas di mana data hidraulik bagi tempoh setahun iaitu dari 1
Januari 2014 sehingga 31 Disember 2014 telah digunakan dalam kajian ini.
- Data hidraulik yang digunakan adalah dalam bentuk discaj/luahan sungai dengan unit
cum/sec.

o Data Sediment - merangkumi river bed gradation transport function dan sediment boundary
condition:
- Saiz partikel sedimen memainkan peranan yang penting dan kritikal dalam proses hakisan
dan pemendapan sedimen. Oleh sebab itu, setiap keratan rentas sungai perlu mempunyai
lengkung penggredan sedimen (gradation curve) ia sendiri.
- Setiap keratan rentas mempunya data statistik penggredan sedimen manakala bagi keratan
rentas yang tidak mempunyai data tersebut, data akan dijana menggunakan interpolasi
(interpolation).
- Peragaan/Pemodelan sedimen menggunakan equilibrium sediment boundary condition.
- Simulasi mekanisme sedimentasi menggunakan persamaan Laursen-Copeland.

Analisis Data (Pemodelan Sedimentasi):


o Pemodelan HEC-RAS dilakukan menggunakan modul analisis sedimen.

You might also like