Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Chapter 3: Metadologi Kajian

3.0 Pengenalan

Kajian metodologi merangkumi kaedah analisis dan soal selidik. Sebelum kajian ini
dijalankan, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan teori kajian perlulah dikumpulkan
terlebih dahulu. Melalui sumber-sumber bertulis, laporan-laporan yang dilaporkan dan kajian
yang terdahulu maka segala maklumat akan dianalisis dan di samping itu, satu kaedah kajian
akan dijalankan bagi mengetahui tahap kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja .Pandangan ini berasaskan kepada pengetahuan, pemahaman, pendapat,
penerimaan dan kesedaran setiap responden yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini juga
dibuat bagi mencegah daripada berlakunya kemalangan dan risiko di tempat bekerja di mana
Kilang Sawit Felcra Seberang Perak mempunyai pelbagai stesyen dan bahagian yang
mempunyai pelbagai jenis mesin dan jentera berat yang boleh mendatangkan bahaya dan
risiko kepada pekerja jika tidak melaksanakan kerja dengan kesedaran terhadap keselamatan
dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

3.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian adalah merupakan satu cara pengolahan data yang dipungut
berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian
hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu kajian (Kerlinger,
1970). Dalam kajian ini ianya adalah merupakan satu kajian terhadap staf dan pekerja di
Kilang Sawit Fecra Seberang Perak berkenaan kesedaran mereka terhadap keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja. Kajian ini melibatkan satu instrumen pengumpulan data melalui
soal selidik yang diedarkan kepada staf dan pekerja di Kilang Sawit Felcra Seeberang Perak
dengan melalui beberapa stesyen yang beroperasi yang terdapat di Kilang berkenaan. Kajian
ini adalah dilihat daripada aspek pengetahuan, kefahaman, pendapat, penerimaan dan
kesedaran responden terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Untuk kajian
ini satu model kajian telah dibangunkan bagi menjadi satu indikator dalam mengenalpasti staf
dan pekerja-pekerja di Kilang Sawit Felcra Seberang Perak mengenai aspek-aspek berkenaan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditempat mereka bekerja. Model Kajian yang
dibangunkan adalah seperti dibawah;
KESEDARAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
PEKERJAAN STAF DAN PEKERJA
DI KILANG SAWIT FELCRA SEBERANG
PERAK

Mengenalpasti tahap kesedaran


Staf dan pekerja terhadap aspek
Mengumpul
keselamatan dan kesihatan
Maklumat

Mengenalpasti kemudahan-
kemudahan fizikal yang disediakan
Sampel dan Soal Selidik untuk staf dan pekerja yang melibatkan
keselamatan dan kesihatan

Mengenalpasti langkah-langkah
mewujudkan kesedaran yang lebih
tinggi terhadap aspek keselamatan
dan kesihatan
Analisa Data

Keputusan analisis dan


rumusan hasil

Gambarajah 3.1: Model Kajian

3.2 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif
dimana satu borang soal selidik akan diedarkan kepada 100 orang staf dan pekerja di Kilang
Sawit yang bertugas pada syif siang dan syif malam. Pemilihan responden berkenaan juga
akan mewakili sebahagian besar staf dan pekerja yang bertempat di stesyen masing-masing.
Soal selidik ini mengandungi dua bahagian soalan iaitu bahagian pertama dan bahagian
kedua. Bahagian pertama soal selidik ini adalah untuk berkenaan tentang latar belakang
responden yang terdiri daripada staf dan pekerja, manakala bahagian dua pula menjurus dan
meneliti pemahaman,pengetahuan, kefahaman, pendapat, penerimaan dan kesedaran
responden terhadap dasar/polisi keselamatan di tempat kerja. Selain itu soal selidik berkenaan
menjuruskan juga berkenaan prosedur dan peraturan keselamatan di tempat kerja, peralatan,
latihan keselamatan, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, komitmen dan
sikap dan persekitaran tempat bertugas. Ringkasan keterangan mengenai soalan-soalan dalam
soal selidik ini disenaraikan dalam jadual 3.1 dibawah;

Bahagia Bil Soalan


Aspek Penilaian
n Item

1 Latar belakang responden 6 1-6

2 i. Dasar/polisi 7 - 10
ii. Prosedur/peraturan 11 - 15
iii. Peralatan 16 – 23
iv. Latihan 24 – 27
v. JKKKP 28 – 36
vi. Komitmen dan Sikap 37 – 47
vii. Persekitaran
48 - 56

Jadual 3.1: Senarai Soal Selidik Kajian Kesedaran staf dan pekerja Kilang Sawit Felcra
Seberang Perak Terhadap Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja

Soal selidik ini menggunakan dua kaedah penentuan tindak balas daripada responden
iaitu dengan menggunakan soalan jenis objektif dan juga permarkatan lima peringkat
berdasarkan Skala Likert. Ringkasan permarkatan adalah seperti dalam jadual 3.2 dibawah;

SKALA PENERANGAN
JAWAPAN KOD

1 Sangat Tidak Setuju STS

2 Tidak Setuju TS

3 Tidak Pasti TP

4 Setuju S

5 Sangat Setuju SS

Jadual 3.2: Pemarkatan Berdasarkan Skala Likert

3.3 Kaedah Analisis Data

Analisis data merupakan salah satu proses penelitian yang dilakukan setelah semua
data yang diperlukan dikumpulkan bagi menyelesaikan atau mendapat satu keputusan dalam
satu kajian yang dilaksanakan. Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan satu
perisian yang dinamakan Statistical Package for Social Science (SPSS) for MS Windows
Version 27.0.1. Seterusnya data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan jadual
kekerapan dan peratusan. Kaedah analisis deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan akan
digunakan bagi menerangkan bentuk demografi responden terhadap soal selidik yang telah
diedarkan kepada responden.

Kod Kumpulan Julat Min Skor Tahap Keselarian

1 3.65 – 5.00 Tinggi

2 2.34 – 3.64 Sederhana

3 1.00 – 2.33 Rendah

Jadual 3.3: Nilai Min Skor bagi Menentukan Tahap Kesedaran Staf dan Pekerja.

Rujukan
Kerlinger, F. N. (1970) Foundation of Behavioural Research. New York: Holt, Rinehart and

Winston.

You might also like