Bab 3 T4

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

BAB 3 : TEKNIK MENGUKUR PARAMETER KESIHATAN BADAN

3.1 Suhu Badan

Jenis-jenis termometer

Termometer Termometer Termometer


makmal Termometer rektal
inframerah klinik

Menyukat suhu Menyukat suhu Menyukat suhu Menyukat suhu


badan tanpa cecair dalam julat badan dalam julat badan bayi melalui
bersentuhan dengan -10°C hingga 110°C 35℃ hingga 42℃
badan dubur

MENGINTERPRETASI SUHU BADAN

Jangkitan bakteria / virus


Faktor -faktor yang
menyebabkan suhu Terdedah kepada keadaan panas melampau
badan melebihi normal
Senaman berat

3.2 Kadar Denyutan Nadi

TITIK NADI PADA BADAN


Dorsal Posterior
Apikal Brakial Temporal Femoral Karotid Popliteal Radial
pedal tibial

Temporal

Karotid
Apikal
Brakial

Radial Femoral

Popliteal

Dorsal pedal Posterior tibial

38
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

3.3 Tekanan Darah

Alat mengukur tekanan


darah

Sfigmomanometer Sfigmomanometer
digital

MENGUKUR DAN MEREKOD TEKANAN DARAH

Mengecut Normal / Berehat

Keadaan otot jantung

Jenis tekanan Sistolik Diastolik

BACAAN TEKANAN DARAH

Tekanan sistolik (mmHg) Tekanan diastolic(mmHg) Kategori tekanan darah


Kurang daripada 80 Kurang daripada 60 Tekanan darah rendah
Lebih daripada 80 dan kurang Lebih daripada 60 dan kurang
Optimum
daripada 120 daripada 80
120 – 129 80 – 84 Normal
130 -139 85 – 89 Berisiko
Tekanan darah tinggi
140 – 159 90 – 99
peringkat 1
Tekanan darah tinggi
160 – 179 100 – 109
peringkat 2
Tekanan darah tinggi
Sama atau lebih daripada 180 Sama atau lebih daripada 110
peringkat 3

Tekanan darah yang


terlalu tinggi boleh Serangan jantung / strok
menyebabkan

Tekanan darah yang


terlalu rendah boleh Pening / pitam / pengsan
menyebabkan

39
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

3.4 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI)


Apakah kepentingan
mengetahui BMI?
BMI = Jism badan (kg)
(Ketinggian)2 (m)2 Menentukan sama ada kita
mengalami masalah jisim badan
Mengamalkan cara pemakanan
yang sihat untuk memperoleh
atau tidak jisim badan unggul

CARTA INDEKS JISIM BADAN


BMI (kg/m2) Kategori
< 18.5 Kurang jisim badan
18.5 – 24.9 Jisim badan unggul
25.0 – 29.9 Berlebihan jisim badan
>29.9 Obes

MENGINTERPRETASI INDEKS JISIM BADAN

Mengamalkan pemakanan yang sihat mengikut piramid makanan

Cara
menambah Makan mengikut waktu yang tetap
jisim badan

Ambil snek yang padat nutrien bagi menambah kalori

Makan makanan berkhasiat lebih daripada biasa

Mengamalkan pemakanan yang sihat mengikut piramid makanan


Cara
menurunkan
jisim badan Kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak

Lakukan senaman sederhana sekurang-kurangnya 30 minit, tiga


hari seminggu

Pantau dan rekod jisim badan seminggu sekali

40
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

SOALAN OBJEKTIF 4. Rajah di bawah menunjukkan seorang


lelaki yang mempunyai kurang jisim
1. Antara berikut, yang manakah benar badan.
tentang termometer makmal?
A Digunakan untuk menyukat suhu
badan
B Boleh menyukat suhu dalam julat
-10°C hingga 110°C
C Bacaan suhu menggunakan
termometer ini adalah sangat cepat
D Jeli petroleum perlu disapukan pada
muncung termometer sebelum
digunakan Apakah cara yang boleh dilakukan oleh
lelaki tersebut untuk menambahkan jsim
2. Antara berikut, yang manakah punca badannya?
yang menyebabkan suhu badan A Minum air yang banyak
seseorang melebihi normal? B Kurangkan tempoh waktu tidur
A Jangkitan kulat C Melakukan senaman sekurang-
B Jangkitan bakteria kurangnya 3 kali seminggu
C Melakukan kerja berat D Makan makanan yang berkhasiat
D Tidak memasang kipas atau lebih daripada biasa
penghawa dingin
5. Nyatakan kesan kepada seseorang jika
3. Rajah di bawah menunjukkan mengambil makanan yang tinggi
penggunaan termometer untuk kolesterol secara berlebihan untuk
menyukat suhu badan bayi. jangka masa yang panjang.
A Strok
B Bulimia
C Diabetes mellitus
D Aneroksia nervosa

6. Maklumat berikut menunjukkan masalah


kesihatan seorang remaja perempuan.

• Trombosis
Bolehkah anda berikan kelebihan • Arteriosklerosis
menggunakan termometer ini. • Tekanan darah tinggi
A Boleh digunakan tanpa menyentuh
bayi. Apakah yang perlu dilakukan untuk
B Boleh menyukat suhu sehingga mengatasi masalahnya?
110°C A Menambahkan pengambilan garam
C Bacaan suhu badan bayi dapat B Menambahkan pengambilan gula
disukat dengan lebih tepat C Mengurangkan pengambilan
D Sesuai digunakan untuk semua lemak dan kolesterol
peringkat umur
D Mengurangkan pengambilan buah-
buahan dan sayur-sayuran

41
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

7. Rajah di bawah menunjukkan bacaan A 40 bpm


tekanan darah seorang pekerja. B 60 bpm
C 80 bpm
D 100 bpm

11. Rajah di bawah menunjukkan alat yang


digunakan untuk mengukur suhu badan
manusia.

Apakah yang dimaksudkan dengan P? Apakah fungsi bahagian berlabel X?


A Tekanan yang dikenakan pada A Mengeluarkan bunyi bip
jantung semasa otot jantung berehat B Menghalang tumpahan merkuri
B Tekanan yang dikenakan pada paru- C Penanda untuk mengambil bacaan
paru semasa otot jantung mengecut suhu
C Tekanan yang dikenakan pada D Menghalang merkuri turun
dinding salur darah semasa otot dengan cepat
jantung mengecut
D Tekanan yang dikenakan pada 12. Seorang murid mendapati dia mengalami
dinding salur darah semasa otot masalah obesiti setelah melakukan ujian
jantung berehat SEGAK dengan gurunya. Apakah yang
perlu dilakukan untuk mengatasi
8. Seorang murid mempunyai berat badan masalahnya?
70 kg dan ketinggian 155 cm. A Mengambil minuman manis.
Berdasarkan nilai BMI, apakah kategori B Lebihkan tempoh waktu tidur
murid tersebut? C Melakukan senaman sekurang-
A Obes kurangnya 3 kali seminggu
B Kurang jisim badan D Makan makanan yang berkhasiat lebih
C Jisim badan unggul daripada biasa
D Berlebihan jisim badan
13. Jadual di bawah menunjukkan kadar
9. Antara berikut, yang manakah boleh denyutan nadi bagi dua jenis aktiviti
mempengaruhi kadar denyutan nadi fizikal
seseorang? Jenis aktiviti Kadar denyutan
A Jantina fizikal nadi (bpm)
B Keturunan Berjalan 80
C Saiz badan Berlari 98
D Pekerjaan
Ramalkan kadar denyutan nadi murid
10. Kadar denyutan nadi ditentukan dengan
tersebut semasa dia berehat.
menghitung bilangan denyutan nadi
A 70 bpm
selama seminit. Nadi seorang murid
B 85 bpm
berdenyut sebanyak 20 kali dalam masa
C 90 bpm
15 saat. Hitung kadar denyutan nadi
D 105 bpm
murid tersebut.

42
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

SOALAN STRUKTUR (BAHAGIAN A)

1. Sekumpulan murid telah menjalankan suatu eksperimen untuk mengkaji kadar denyutan
nadi bagi jantina yang berbeza, Jadual di bawah menunjukkan purata bacaan nadi yang
diperoleh.

Jantina Purata kadar denyutan nadi (bpm)


Lelaki 75
Perempuan 80

(a) (i) Apakah perbezaan kadar denyutan nadi bagi lelaki dan perempuan.
Kadar denyutan nadi bagi lelaki lebih rendah berbanding perempuan / Sebaliknya
[1 markah]

(ii) Berikan inferens bagi jawapan anda di 1 (a)(i)


Kadar degupan jantung lelaki lebih rendah berbanding perempuan / Perempuan
mempunyai saiz jantung yang lebih kecil berbanding lelaki. [1 markah]

(b) Apakah faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini.


Umur / Jenis aktiviti fizikal [1 markah]

(c) Apakah faktor yang diubah dalam eksperimen ini.


Jantina [1 markah]

(d) Apakah faktor yang diperhatikan dalam eskperimen ini?


Purata kadar denyutan nadi [1 markah]

(e) Tandakan (√) pada petak yang disediakan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar
denyutan nadi seseorang.

Aktiviti fizikal Saiz badan Umur

√ √
[1 markah]

(f) Kadar denyutan nadi normal adalah antara 60 hingga 100 denyutan dalam masa satu
minit. Walaubagaimanapun, atlet yang kuat bersukan akan mempunyai denyutan nadi
yang lebih rendah daripada normal. Jelaskan.
Senaman menguatkan otot jantung atlet. Jantung mengepam sejumlah besar darah
dengan setiap degupan jantung. Lebih banyak oksigen juga masuk ke otot dalam
masa yang singkat.
[1 markah]

43
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

SOALAN STRUKTUR (BAHAGIAN B)

1. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis termometer yang digunakan untuk mengukur suhu
badan manusia.

Termometer P Termometer Q

(a) Apakah maksud suhu?

Suhu ialah darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu bahan. [1 markah]

(b) Apakah kelebihan menggunakan termometer P berbanding termometer yang


menggunakan merkuri?

Bacaan suhu lebih tepat. [1 markah]

(c) Banding bezakan di antara termometer P dan termometer Q.

Persamaan : Mengukur suhu badan


Perbezaan : Termometer P perlu bersentuhan dengan badan. Termometer Q tidak
perlu bersentuhan dengan badan. [2 markah]

(d) Antara pematuhan SOP yang perlu dilakukan untuk memasuki sesuatu premis semasa
pandemik Covid 19 adalah mengukur suhu badan. Pilih termometer yang paling sesuai
digunakan. Wajarkan pilihan anda.

Termometer inframerah.
Pengukuran suhu badan tidak perlu menyentuh badan pesakit
[2 markah]

44
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

2. Rajah menunjukkan bacaan tekanan darah seorang lelaki dewasa.

(a) Berdasarkan klasifikasi bacaan tekanan darah orang dewasa, apakah kategori tekanan
darah lelaki tersebut?

Tekanan darah tinggi peringkat 1 [1 markah]

(b) Nyatakan risiko penyakit yang boleh dihidapi oleh lelaki tersebut sekiranya bacaan
tekanan darahnya tidak dikawal.

Strok. [1 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan keadaan di atas?
Kurang bersenam / Pengambilan makanan yang mengandungi lemak /
kolesterol secara berlebihan [1 markah]

(d) Cadangkan satu kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah di 2 (b).
Bersenam / Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak /
kolesterol [1 markah]

(e) Padankan masalah kesihatan berikut dengan punca yang betul.

Pengambilan makanan yang


mengandugi gula secara berlebihan

Obesiti Pengambilan makanan yang


mengandungi garam secara berlebihan

Pengambilan makanan berkalori tinggi


secara berlebihan
Diabetes mellitus
Masalah psikologi untuk menjaga
bentuk dan berat badan
[2 markah]

45
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

SOALAN ESEI
(MERANCANG EKSPERIMEN)

1. Kaji situasi berikut.

Seorang budak lelaki tercungap-cungap selepas dikejar anjing. Kadar denyutan nadinya
menjadi lebih tinggi daripada biasa selepas berlari.

(a) Berdasarkan situasi di atas, cadangkan satu hipotesis. [ 1 markah ]

(b) Dengan menggunakan radas yang bersesuaian, huraikan satu eksperimen untuk
menguji hipotesis anda di (a).

Huraian anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:

(i) Tujuan eksperimen [ 1 markah ]

(ii) Mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan bergerak balas [ 2 markah ]

(iii) Radas yang diperlukan [ 1 markah ]

(iv) Prosedur atau kaedah [ 4 markah ]

(v) Penjadualan data [ 1 markah ]

46
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

(Ruang Jawapan)

(a) Hipotesis : Kadar denyutan nadi seorang budak lelaki menjadi lebih tinggi daripada
biasa selepas berlari.

(b) (i) Tujuan : Untuk mengkaji hubungan di antara jenis aktiviti fizikal dengan kadar
denyutan nadi manusia.

(ii) Pembolah ubah dimanipulasi : Jenis aktiviti fizikal

Pemboleh ubah bergerak balas : Kadar denyutan nadi

(iii) Radas : Jam randik

(iv) Prosedur atau kaedah :

1. Pilih seorang murid untuk menjalankan aktiviti.


2. Rekodkan bilangan denyutan nadi murid selama seminit semasa berehat
menggunakan jam randik.
3. Lakukan aktiviti berjalan dan rekodkan bilangan denyutan nadi murid
selama seminit selepas 5 minit berjalan.
4. Lakukan aktiviti berlari dan rekodkan bilangan denyutan nadi murid selama
seminit selepas 5 minit berlari.
5. Rekodkan kadar denyutan nadi murid ke dalam jadual.

(v) Penjadualan data :

Jenis aktiviti fizikal Kadar denyutan nadi (bpm)


Berehat
Berjalan
Berlari

47
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

2. Kaji situasi berikut.

Sepasang suami isteri yang berusia 35 tahun telah menjalankan pemeriksaan kesihatan di
sebuah klinik. Didapati kadar denyutan nadi suami adalah lebih rendah berbanding isterinya.

(a) Nyatakan satu pernyataan masalah berdasarkan situasi di atas. [ 1 markah ]

(b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas [ 1 markah ]

(c) Berdasarkan situasi yang diberikan, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk
menguji hipotesis anda dengan menggunakan jam randik

Huraian anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:

(i) Tujuan eksperimen [ 1 markah ]

(ii) Mengenal pasti pembolehubah [ 2 markah ]

(iii) Prosedur atau kaedah [ 4 markah ]

(iv) Penjadualan data [ 1 markah ]

48
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

(Ruang Jawapan)

(a) Pernyataan masalah : Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut
jantina?

(b) Hipotesis : Kadar denyutan nadi lelaki adalah lebih rendah berbanding perempuan

(c) (i) Tujuan : Untuk mengkaji hubungan di antara jantina dengan kadar denyutan nadi
manusia.

(ii) Pembolah ubah dimanipulasi : Jantina

Pemboleh ubah bergerak balas : Kadar denyutan nadi

Pemboleh dimalarkan : Tempoh masa / Umur / Jenis aktiviti fizikal

(iii) Prosedur atau kaedah :

1. Pilih seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan.


2. Rekodkan bilangan denyutan nadi murid lelaki selama seminit menggunakan
jam randik.
3. Rekodkan bilangan denyutan nadi murid perempuan selama seminit
menggunakan jam randik.
4. Rekodkan kadar denyutan nadi kedua-dua murid ke dalam jadual.

(iv) Penjadualan data :

Jantina Kadar denyutan nadi (bpm)

Lelaki

Perempuan

49
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

3. Kaji situasi di bawah.

Bayi mempunyai kadar denyutan nadi yang tinggi berbanding kanak-kanak

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas [ 1 markah ]

(b) Dengan menggunakan radas yang bersesuaian, huraikan satu eksperimen untuk
mengkaji faktor umur terhadap kadar denyutan nadi seseorang.

Huraian anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:

(i) Tujuan eksperimen [ 1 markah ]

(ii) Mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan dimalarkan [ 2 markah ]

(iii) Radas yang diperlukan [ 1 markah ]

(iv) Prosedur atau kaedah [ 4 markah ]

(v) Penjadualan data [ 1 markah ]

50
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

(Ruang Jawapan)

(a) Hipotesis : Semakin meningkat umur seseorang, semakin rendah kadar denyutan
nadinya.

(a) (i) Tujuan : Untuk mengkaji hubungan di antara umur dengan kadar denyutan nadi
manusia

(ii) Pembolah ubah dimanipulasi : Umur

Pemboleh ubah dimalarkan : Tempoh masa / Jantina / Jenis aktiviti fizikal

(iii) Radas : Jam randik

(iv) Prosedur atau kaedah :

1. Pilih seorang murid lelaki tingkatan 1, seorang murid lelaki tingkatan 3 dan
seorang murid lelaki tingkatan 5.
2. Rekodkan bilangan denyutan nadi murid lelaki tingkatan 1 selama seminit
menggunakan jam randik.
3. Rekodkan bilangan denyutan nadi murid lelaki tingkatan 3 selama seminit
menggunakan jam randik.
4. Rekodkan bilangan denyutan nadi murid lelaki tingkatan 5 selama seminit
menggunakan jam randik.
5. Rekodkan kadar denyutan nadi ketiga-tiga orang murid ke dalam jadual.

(v) Penjadualan data :

Umur Kadar denyutan nadi (bpm)

13 tahun

15 tahun

17 tahun

51
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

SOALAN ESEI

1. Indeks Jisim Badan adalah salah satu cara untuk menentukan sama ada kita mengalami
masalah jisim badan atau tidak.
(a) Terangkan cara untuk menentukan Indeks Jisim Badan seseorang. [2 markah]
Indeks Jisim Badan (BMI) ialah ukuran jisim badan berbanding dengan
ketinggian. BMI ditentukan menggunakan rumus:

BMI = Jisim badan (kg)


(Ketinggian)2 (m2)

(b) Mengapakah masalah kurang jisim badan boleh membawa risiko kepada kematian?
[2 markah]
• Meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.
• Penurunan daya tahan badan melawan penyakit
• Keletihan
• Anemia
• Kemurungan
(Terima mana-mana 2 jawapan)

(c) Jisim badan berlebihan dan obesiti merupakan faktor risiko utama yang sering
dikaitkan dengan penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular.
Terangkan kaedah untuk mengatasi masalah obesiti. [4 markah]
• Melakukan senaman 3 kali seminggu untuk membakar kalori
• Mengurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi untuk mengawal
pengambilan kalori
• Makan makanan yang sihat berdasarkan piramid makanan Malaysia / Pinggan
Sihat Malaysia untuk mengawal pengambilan kalori
(Terima mana-mana 2 jawapan dan penerangan)

(d) Anda diberikan tiga pilihan makanan seperti rajah di bawah.

Pilih pau yang paling sesuai untuk diberikan kepada pesakit diabetes dan mempunyai
tekanan darah tinggi. Wajarkan jawapan anda. [4 markah]

Pau inti kacang merah.


• Mengandungi protein
• Tiada lemak tepu dan sesuai diberikan kepada pesakit tekanan darah tinggi.
• Tidak manis dan sesuai diberikan kepada pesakit diabetes.

52
PRAKTIS A+ SAINS TINGKATAN 4

2. Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan oleh darah pada dinding salur darah semasa
peredaran darah.
(a) Namakan alat untuk mengukur tekanan darah dan nyatakan unit pengukuran yang
digunakan. [2 markah]
Alat mengukur tekanan darah : Sfigmomanometer
Unit pengukuran : mmHg

(b) Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh meningkatkan risiko seseorang
mendapat penyakit kronik yang lain. Nyatakan dua penyakit yang berpunca daripada
tekanan darah yang terlalu tinggi. [2 markah]

• Serangan jantung
• Strok

(c) Maklumat berikut menunjukkan masalah kesihatan bagi seorang lelaki

• Lemah jantung
• Tekanan Darah Tinggi

Pada pendapat anda bagaimanakah lelaki itu dapat mengatasi masalah kesihatannya.
Jelaskan jawapan anda.
[4 markah]
• Kurangkan makanan yang mengandungi lemak / kolesterol yang tinggi
supaya pengumpulan lemak dapat dikurangkan.
• Banyakkan bersenam supaya kalori dapat dibakar
• Makan makanan seimbang/mengikut piramid makanan supaya pengambilan
kalori dapat dikawal
(Terima mana-mana 2 jawapan dan penerangan)

(d) Adakah anda bersetuju dengan pendapat bahawa kerap memakan makanan segera tidak
baik untuk kesihatan dalam tempoh jangka masa panjang. Berikan hujah untuk
menyokong pendapat anda.
[4 markah]
Setuju.
• Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
• Boleh menyebabkan obesiti
• Boleh menyebabkan strok/serangan jantung
• Boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang
• Boleh menyebabkan kanser

53

You might also like