Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KARANGAN RESPONS TERHAD

CONTOH 1
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya
antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti di luar bilik darjah yang banyak faedahnya
kepada pelajar.
Antara faedah aktiviti kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Para pelajar
dapat menghindarkan diri daripada terlibat dengan gejala negatif. Selain itu, aktiviti
kokurikulum melatih pelajar menjadi pemimpin. Pelajar dapat mempelajari cara-cara
menguruskan pelbagai aktiviti. Seterusnya, aktiviti kokurikulum juga membentuk disiplin diri.
Para pelajar akan dilatih untuk menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan
yang ditetapkan.
Kesimpulannya, para pelajar hendaklah menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia
mempunyai banyak berfaedah.
(80 patah perkataan)

CONTOH 2
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya
antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Menabung – amalan mulia – digunakan semasa kecemasan –


membayar kos perubatan – berjimat-cermat – tidak boros
berbelanja – kurangkan beban ibubapa – bayar yuran – perlu
dipraktikkan

Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan.
Antara kebaikan menabung ialah dapat digunakan untuk kecemasan. Contohnya,
wang tabungan dapat digunakan untuk membayar kos ubatan. Selain itu, amalan menabung
mengajar kita untuk berjimat-cermat. Kita seharusnya tidak boros dan membeli barangan
keperluan sahaja. Amalan menabung membantu kita mengurangkan beban ibu bapa. Kita
boleh membayar yuran kelas tambahan dengan wang tabungan.
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang
terutamanya generasi muda.
(73 patah perkataan)

You might also like