Contoh Karangan Respons Terbuka

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini antara tajuk berita yang kerap
menghiasi halaman utama akhbar-akhbar tempatan. Kemalangan jalan raya bukan sahaja
memberi kesan kepada kerosakan kenderaan, malah ia juga boleh meragut nyawa. Oleh itu,
pelbagai langkah wajar diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya.

Antara langkah untuk mengatasi kemalangan jalan raya ialah memastikan sikap
pemandu sentiasa berhemah dalam pemanduan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan kes
kemalangan jalan raya adalah disebabkan kecuaian pemandu. Pemandu perlulah beristirahat
sekiranya berasa letih dan mengantuk. Setiap pemandu harus sedar dan sentiasa
berwaspada dalam pemanduan.

Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya. Ibu bapa boleh menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Mereka perlu mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi
keledar ketika menunggang motosikal. Ibu bapa juga perlu memandu kenderaan mengikut
had laju yang ditetapkan. Dengan itu, anak-anak akan mencontohi amalan yang baik itu.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa sememangnya berperanan untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya.

Seterusnya, kerajaan boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah dengan
mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya secara berterusan. Antara kempen
yang telah diadakan ialah Kempen Berhati-hati di Jalan Raya. Kempen ini boleh dijalankan di
sekolah dan disiarkan melalui televisyen dengan berterusan. Kempen ini sangat penting
untuk mengubah sikap pemandu agar lebih berhati-hati di jalan raya. Pengguna perlu
disedarkan tentang tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya melalui kempen-
kempen keselamatan ini dan janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana
apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi.

Langkah seterusnya adalah undang-undang keselamatan jalan raya oleh kerajaan.


Denda harus dikenakan terhadap pengguna yang memandu melebihi had yang ditetapkan.
Jika seseorang pemandu itu didapati melakukan kesalahan yang sama lebih daripada dua
kali, maka lesen memandu mereka perlu digantung. Sikap tidak mengambil peduli akan
keselamatan di jalan raya dalam kalangan pengguna selama ini pasti akan terhakis apabila
amaran menggantung lesen memandu mereka dikeluarkan.

Kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja. Kadar kemalangan jalan raya boleh dielakkan dengan wujudnya
kerjasama daripada pelbagai pihak. Setiap pihak bertanggungjawab melaksanakan usaha-
usaha tersebut dengan bersungguh-sungguh. Dengan ini, kemalangan sifar dapat dijadikan
kenyataan. Hal ini bertepatan dengan slogan “Pandu Cermat Jiwa Selamat”.

You might also like