Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Latihan dalam kelas 16/11/2023

PEMAHAMAN PETIKAN (OBJEKTIF ANEKA PILIHAN)

PETIKAN PROSA MODEN – CERPEN ‘KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN'


Baca bahan di bawah dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lim Pooi diam. Daripada riak wajahnya dia sedang mentafsir sama ada kata-kata Sim Pau benar
atau palsu semata-mata untuk menarik perhatiannya.
"Lim Meng pernah mengadu kepada aku, orang kampung semuanya kompelin. Kau naikkan harga
barang sesuka hati. Kau sorokkan barang-barang sesuka hati. Apabila orang kampung datang nak beli, kau
cakap gula dah habis. Padahal kau sorokkan barang-barang itu dalam stor dekat belakang kedai tapi pada
suatu masa pula, kau keluarkan dan menjualnya pada harga yang sangat tinggi. Kau kaut untung daripada
orang kampung, sampaikan orang kampung terpaksa berhutang dengan kau. Hutang itu pula kau kenakan
bunga. Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kau lingkup. Apabila orang kampung dah
tak percaya akan kau dan perniagaan kau dah mula tak laku, kau salahkan kelahiran Lim Meng kerana Lim
Meng lahirlah perniagaan kau rosak. Tak ada onglah. Macam-macam lagi kau tuduh. Lim Meng tak
bersalah. Yang bersalahnya diri kau sendiri."
Lim Pooi seolah-olah menelan sebutir-sebutir kata yang dimuntahkan dari mulut Sim Pau. Dia
langsung tidak baran lagi. Ada riak sedar pada wajahnya. Lim Pooi tampak tidak keruan. Dia mula bangun
dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako yang terbuka luas. Malam itu tenang. Cahaya bulan
samar di langit.

Dipetik daripada cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’, Antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

1. Berdasarkan petikan, rangkai kata tak ada ong


membawa maksud A. Kejujuran dalam berkata-kata
A. Tiada peluang B. Keegoan menyusahkan diri sendiri
B. Tiada masalah C. Keberanian dalam menegakkan keadilan
C. Tidak menarik D. Keinsafan atas kesalahan yang dilakukan
D. Tidak bernasib baik
4. Yang berikut merupakan sikap Lim Pooi
Kau kaut untung daripada orang kampung, kepada orang kampung, kecuali
sampaikan orang kampung terpaksa berhutang A. Lim Pooi menaikkan harga barang
dengan kau. Hutang itu pula kaukenakan bunga. dengan sesuka hati
B. Lim Pooi tidak membenarkan orang-
2. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah orang kampung berhutang di kedainya
simpulan bahasa yang sesuai. C. Lim Pooi menyorokkan barang-barang
A. Gelap mata tertentu di dalam stor di belakang
B. Lintah darat kedainya
C. Panjang akal D. Lim Pooi menyatakan bahawa gula sudah
D. Kambing hitam habis apabila orang kampung mahu
membelinya
Lim Pooi seolah-olah menelan sebutir-sebutir kata
yang dimuntahkan dari mulut Sim Pau. Dia 5. Berdasarkan petikan cerpen, Lim Pooi
langsung tidak baran lagi. Ada riak sedar pada digambarkan sebagai seorang peniaga yang
wajahnya. tidak
A. Bekerja keras
3. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah B. Berdaya saing
persoalan yang paling tepat dengan C. Berbudi pekerti
pernyataan tersebut? D. Bertimbang rasa
Latihan dalam kelas 16/11/2023

PETIKAN PROSA MODEN – CERPEN ‘KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN’


Baca bahan di bawah dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Aku tak benarkan dia menjejakkan kaki di rumah ini lagi.” Lim Pooi keras membantah. Air
mukanya tidak sesekali menggambarkan kata-katanya itu sebagai lelucon yang boleh ditertawakan.
Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru
sahaja berputik dalam hati Sim Pau. Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
“Dia anak kita,” Sim Pau membalas.
“Dia bukan anak aku.” Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras dia
menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama-sama
dengan Sim Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebola matanya
sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya.
Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi. Sedikit
pun air mata itu tidak dapat menyejukkan hati Lim Pooi. Lim Pooi memang berhati kering. Dia tidak mudah
tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah.

Dipetik daripada cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’, Antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

1. Maksud rangkai kata lelucon dalam petikan cerpen dalam petikan cerpen di atas ialah
A. jenaka
B. cacian
C. sindiran
D. nasihat

2. Petikan yang berikut menunjukkan Lim Pooi benci akan Lim Meng kecuali
A. Tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya
B. Tidak membenarkan Lim Meng pulang ke rumah
C. Tidak mempedulikan Sim Pau yang menangis kerana Lim Meng
D. Tidak memandang muka Lim Meng Ketika Lim Meng bercakap dengannya

3. Yang berikut ialah perwatakan Lim Pooi berdasrkan petikan kecuali


A. pemarah
B. tidak jujur
C. mementingkan diri sendiri
D. tiada belas kasihan

Lim Pooi masih berada dalam kendang

4. Pernyataan di atas menunjukkan penggunaan gaya bahasa


A. Simile
B. Sinkope
C. Personafikasi
D. Metafora

5. Berdasarkan petikan cerpen, pernyataan yang manakah benar?


A. Lim Pooi marah dan mendendami anaknya, Lim Meng
B. Sim Pau berasa sungguh gembira kerana anaknya telah pulang
C. Lim Meng menangis kerana Lim Pooi tidak menerima kepulangannya
Latihan dalam kelas 16/11/2023

D. Lim Meng sedih kerana Lim Pooi tidak mengakui dirinya sebagai anak
Latihan dalam kelas 16/11/2023

PEMAHAMAN PETIKAN (SUBJEKTIF RESPONS TERHAD)

PETIKAN PROSA MODEN – CERPEN ‘KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN’


Baca bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

"Apabila orang kampung datang nak beli, kau cakap gula dah habis. Padahal kau sorokkan
barang-barang itu dalam stor dekat belakang kedai tapi pada suatu masa pula, kau keluarkan dan
menjualnya pada harga yang sangat tinggi. Kau kaut untung daripada orang kampung, sampaikan
orang kampung terpaksa berhutang dengan kau. Hutang itu pula kau kenakan bunga. Kau
memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kau lingkup. Apabila orang kampung dah tak
percaya akan kau dan perniagaan kau dah mula tak laku, kau salahkan kelahiran Lim Meng kerana
Lim Meng lahirlah perniagaan kau rosak. Tak ada onglah. Macam-macam lagi kau tuduh. Lim
Meng tak bersalah. Yang bersalahnya diri kau sendiri."
Lim Pooi seolah-olah menelan sebutir-sebutir kata yang dimuntahkan dari mulut Sim Pau.
Dia langsung tidak baran lagi. Ada riak sedar pada wajahnya. Lim Pooi tampak tidak keruan. Dia
mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako yang terbuka luas. Malam itu
tenang. Cahaya bulan samar di langit.
“Lim Foong meninggal dunia juga bukan sebab Lim Meng. Lim Foong meninggal dunia
kerana dia lemas. Dia lemas bukan kerana nak selamatkan Lim Meng tapi cuba nak bersembunyi
daripada orang yang mengejarnya, yang memintanya membayar hutang kalah judi.” Lim Pooi
tersentak, seakan-akan tidak percaya dengan omongan Sim Pau. Tak mungkin Lim Foong berjudi.
Tak mungkin. Batinnya menjerit.

Dipetik daripada cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’, Antologi Kuingin Berterima Kasih,

(i) Apakah faktor kemusnahan perniagaan Lim Pooi menurut Sim Pau?

[3 markah]

(ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.

[3 markah]

(iii) Kerajaan sangat menggalakkan rakyat menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pada
pandangan anda, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan sebelum memulakan sesuatu
perniagaan?
Latihan dalam kelas 16/11/2023

[4 markah]
PETIKAN PROSA MODEN – CERPEN ‘KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN’
Baca bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Sejak dia lahir, semuanya jadi haru-biru. Perniagaan aku lingkup. Banykak kecurian
yang berlaku. HIdup aku tak tenang dan kerana dialah Lim Foong meninggal dunia". Walau
apa-apa pun Lim Pooi tetap menyalahkan Lim Meng.
"Bukan," tegah Sim Pau yang mula bersuara semula setelah terdiam hampir lima
minit. Lim Pooi terkejut. Dia mula memperlahankan ayunan kerusi malasnya. Lim Pooi
terkejut dengan bantahan Sim Pau. Sim Pau sudah berani bersuara. Sim Pau sudah berani
menentang cakap-cakapnya. Sim Pau bukan lagi perempuan yang lemah lembut seperti yang
dikenalinya sebelum ini. Sim Pau juga sudah tidak menghormatinya lagi.
"Lim Foong meninggal dunia bukan kerana Lim Meng. Lim Meng tak bersalah." Habis
suara Sim Pau menjerit. Dia mahu membela anak perempuannya itu yang selama ini
teraniaya oleh ego seorang bapa yang tidak mahu menerima hakikat. Sebelum ini dia
sekadar diam. Dia hanya menurut kata-kata Lim Pooi. Sampai bila? Dia bukannya mahu
menegakkan benang yang basah tetapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu
mengikut perasaan. Egonya membabi buta hinggakan Lim Meng terpaksa keluar dari rumah
itu. Kalau Lim Meng tak keluar dari rumah itu, Lim Pooi akan membuat laporan polis dan
mengatakkan bahawa pembunuh Lim Foong ada di rumahnya hingga begitu sekali Lim Pooi
marah akan Lim Meng.

Dipetik daripada cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’, Antologi Kuingin Berterima
Kasih,
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah punca yang menyebabkan Lim Pooi amat marah akan Lim Meng?

[3 markah]

(ii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.

[3 markah]

(iii) Setiap orang berhasrat untuk memiliki keluarga yang bahagia. Sebagai generasi muda yang akan
menjadi asas binaan keluarga pada suatu hari nanti, sarankan langkah-langkah yang perlu
dilakukan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.
Latihan dalam kelas 16/11/2023

[4 markah]

You might also like