Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODUL MAGNETIC LEARNING VIDEO

(MagLeV) DALAM FIZIK MATRIKULASI

(Development and Evaluation of Magnetic Learning Video (MagleV) Module


in Matriculation Physics)
Sains dan teknologi telah memberi impak yang besar dalam semua aspek kehidupan terutama
dalam bidang pendidikan. Pelbagai teknologi multimedia terkini telah diperkenalkan kepada
dunia. Penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran Fizik dipercayai mampu
memberi impak yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar. Oleh yang demikian,
kajian ini memberi tumpuan kepada pembangunan modul pengajaran bagi topik Medan
Magnet untuk membantu pemahaman pelajar terhadap konsep fizik yang tepat serta
menentukan kebolehgunaannya. Ini berikutan daripada Laporan Kerja Calon (LKC) yang
telah dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM)
pada setiap tahun menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di kolej-kolej Matrikulasi tidak
berjaya untuk menguasai topik Medan Magnet dengan baik. Majoriti pelajar tidak menjawab
topik ini kerana beranggapan bahawa soalan Medan Magnet adalah sukar. Proses
pembangunan modul adalah berasaskan Model ADDIE, penerapan konsep STEM serta Teori
Pembelajaran berasaskan inkuiri. Seterusnya, bagi memperoleh kesahan, kebolehpercayaan
dan kebolehgunaan modul, kajian ini akan melibatkan 2 orang pakar bidang dan 30 orang
guru Fizik. Modul ini diharapkan dapat memberikan impak positif terhadap proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) STEM khususnya bagi bidang pembelajaran
Kemagnetan. Pembangunan pengetahuan berasaskan pedagogi baharu dijangka berupaya
mengubah amalan sedia ada guru sekali gus dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
guru-guru Fizik supaya lebih kritis dan kreatif semasa PdPc dijalankan. Diharapkan juga
melalui pembangunan modul ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang kelebihan
penggunaan modul semasa sesi PdPc dijalankan serta boleh dijadikan rujukan oleh pihak
sekolah, PPD, JPN dan KPM.

(232 patah perkataan)

You might also like