Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 2
ais KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN Tel : 03-8000 8000 NO. 5, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2 Faks: 03-8882 3893 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 03-8882 3894 62592 PUTRAJAYA Laman Web: www.mof.gov.my Ruj. Kami; MOF.BKSK.600-1/7/1 Jid.2 (2) Tarikh : 24 Februari 2023 Semua Ketua Setiausaha Kementerian, Semua Ketua Jabatan Persekutuan, Semua Setiausaha Kerajaan Negeri, Semua Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan, ‘Semua Pihak Berkuasa Tempatan Tuan/Puan, ARAHAN PERBENDAHARAAN (PINDAAN 2023) Arahan Perbendaharaan adalah peraturan utama berkaitan tata kelola pengurusan kewangan Kerajaan yang meliputi aspek pengurusan belanjawan, _hasil, perbelanjaan, perolehan, aset awam dan perakaunan sektor awam. Arahan Perbendaharaan yang diguna pakai setakat ini dikeluarkan pada tahun 2008. 2. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 2008 sehingga kini, beberapa pindaan secara spesifik telah dibuat dan dikuatkuasakan. Perbendaharaan Malaysia telah membuat semakan semula secara menyeluruh Arahan Perbendaharaan sedia ada bagi disesuaikan dengan perkembangan dan keperluan pengurusan sektor awam masa kini, termasuk inisiatif pendigitalan. Pindaan dan penambahbaikan yang dibuat adalah bertujuan untuk: (i) memperkemas dan memantapkan peraturan sedia ada selaras dengan keperluan dan perkembangan persekitaran semasa agar pengurusan kewangan Kerajaan sentiasa berada di tahap cemerlang; (ii) menjajarkan pengurusan kewangan dengan dasar pendigitalan sektor awam; (iii) memperkasakan kebertanggungjawaban pegawai awam di setiap peringkat; dan (iv) memastikan pengurusan perakaunan Kerajaan seiring dengan sistem perakaunan semasa. 3. Sehubungan ini, Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan dalam menguruskan hal ehwal kewangan Kerajaan secara cekap, telus dan berintegriti disertai dengan kebertanggungjawaban yang tinggi oleh pegawai awam 4. Tarikh kuatkuasa Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) ini adalah pada tarikh ia dikeluarkan dan Arahan Perbendaharaan yang dikeluarkan pada tahun 2008 adalah dibatalkan. 5. Buku Arahan Perbendaharaaan (Pindaan 2023) versi digital boleh dimuat turun daripada Portal Kementerian Kewangan. Versi cetakan boleh dibeli terus daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad atau secara atas talian melalui portal www.pnmb2u.com. Sekian, terima kasih “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, YiakneA (DATUK JOHAN MAHMOOD MERICAN) Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) bp. Ketua Setiausaha Perbendaharaan s.k.: Ketua Setiausaha Negara Ketua Audit Negara ‘Akauntan Negara Malaysia Semua Pegawai Kewangan Negeri

You might also like