Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

KURSUS:

LMCR2442 KESANTUNAN BERBAHASA

PENSYARAH:
PUAN NOORHAZILA BINTI MOHD HAMID

TUGASAN
LAPORAN KAJIAN:
ISU KESANTUNAN BERBAHASA KETIKA MENGGUNAKAN BAHASA PASAR
DALAM FILEM KONGSI

AHLI KUMPULAN NO. MATRIKS

AINAA NABILAH BINTI HAMDAN A186149

AINAA NATHASYA BINTI ALIAS A196178

ANIS AQILAH BINTI HAMIDI A189264

FARIS ISKANDAR BIN FADZLAN A190227

KHAIRINA IZZATI BINTI MOHD NASIR A187901

NIK NUR BATRISYIA AMIRAH BINTI NIK HASSAN A196241

NUR IZLYNA BINTI MOHD ZULKIFLI A186253

NUR SYASYA DAMIA BINTI BADARUDDIN A187205

NURHIDAYAH BINTI MD KHIR A190447

ZULAIKHA BINTI MOHD HAIKAL A190557


1
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN 1
1.0 PENGENALAN 2
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN 4
3.0 KAJIAN LITERATUR 5
4.0 OBJEKTIF KAJIAN 8
5.0 PERSOALAN KAJIAN 8
6.0 METODOLOGI KAJIAN 9
7.0 HASIL DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 10
7.1 MENGANALISIS PENGGUNAAN BAHASA PASAR DALAM FILEM 10
KONGSI 10
7.2 MENGKAJI PERBEZAAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHASA 13
PASAR DAN BAHASA MELAYU MODEN DALAM FILEM KONGSI 13
7.3.1 PENGGUNAAN DIALEK DAN BAHASA TEMPATAN 17
7.3.2 PENGGUNAAN KATA-KATA KASAR DAN KATA-KATA SOPAN 18
7.3.3 PENGGUNAAN GELARAN DAN PENGHORMATAN 19
RUJUKAN 21
2
1.0 PENGENALAN

Kesantunan berbahasa merujuk kepada aturan dan norma tertentu dimana ia mengatur
penggunaan bahasa agar komunikasi berjalan dengan lebih sopan dan lancar. Kesantunan
berbahasa juga merujuk kepada pemahaman terhadap norma seperti sosial, budaya dan konteks
komunikasi yang dapat mempengaruhi perbicaraan dan penulisan seseorang. Bahasa merupakan
medium yang digunakan untuk berkomunikasi. Perkembangan teknologi komunikasi kini
menyebabkan manusia telah mengubah cara berkomunikasi iaitu daripada komunikasi secara
bersemuka kepada maya.

Di Malaysia, terdapat pelbagai bahasa yang wujud hasil daripada kepelbagaian kaum.
Salah satunya adalah bahasa pasar yang mana wujud dengan penggunaan yang tidak formal dan
sangat terhad. Bahasa pasar merupakan bahasa melayu yang mempunyai gabungan beberapa
bunyi dan sejumlah kata yang bukan asli yang dipertutur oleh bangsa Cina dan India. Konsep
bahasa pasar ini merupakan suatu bahasa kacukan atau percampuran bahasa Melayu – Cina –
Tamil yang melibatkan pertuturan dan penyebutan yang pelat (Nor Hafiza Ahmad;2009). Bahasa
pasar juga dikategorikan sebagai pertuturan yang mempunyai kesalahan tatabahasa yang
mengabaikan hukum D-M dan penjodoh bilangan. Selain itu, ia juga dikaitkan dengan bahasa
pijin, iaitu variasi bahasa yang memudahkan pemahaman bagi dua kaum yang berbeza. (Mohd
Sa’id Abdul Razak;203845). Berdasarkan beberapa situasi di Malaysia, bahasa pasar secara
amnya dijadikan sebagai alat pertuturan dan menjadikannya medium perantara untuk
menyampaikan sesuatu perkara dengan lebih mudah.

Kajian yang dilakukan ini adalah berdasarkan isu kesantunan berbahasa yang meneliti
secara mendalam berkaitan konteks penggunaan bahasa pasar yang diterapkan dalam filem
Kongsi. Kajian ini juga memberikan tumpuan dan perhatian sepenuhnya kepada penggunaan
bahasa pasar yang diaplikasikan dalam filem tersebut. Selain itu, ia turut menganalisis teks yang
digunakan diikuti perwatakan dalam filem tersebut yang menjelaskan secara terperinci bagi
penggunaan bahasa pasar. Filem ini merupakan sebuah filem komedi yang diterbitkan oleh
Metrowealth Movies Production Sdn Bhd di mana ia juga merupakan sebuah filem arahan
pelakon terkenal iaitu Farid Kamil. Filem Kongsi ini merupakan sebuah filem yang mengisahkan
3
penyiasatan terhadap kes pembunuhan dalam kalangan kumpulan Kongsi gelap yang terdiri
daripada kaum Melayu, India dan Cina.

Pemilihan filem Kongsi adalah untuk mengkaji penggunaan bahasa pasar yang pelbagai
yang terdapat dalam skrip dan perwatakan filem tersebut dimana ia turut mencerminkan
bagaimana bahasa pasar digunakan dalam kehidupan harian. Selain itu, interaksi antara watak
dari latar belakang yang berbeza juga memberi peluang untuk menganalisis kesantunan
berbahasa dan konteks sosial dan budaya yang digambarkan dalam filem meningkatkan analisis
kesantunan berbahasa dengan mempertimbangkan norma budaya. Di samping itu, ia juga
membolehkan pelajar membuat pemerhatian tentang bagaimana bahasa yang sesuai digunakan
untuk berkomunikasi dengan kumpulan yang berbeza. Bukan itu sahaja, dialog filem ini
mempamerkan kreativiti linguistik dan cara ia menyampaikan maklumat dan emosi. Akhir
sekali, filem ini memberikan gambaran tentang pengaruh media terhadap norma komunikasi.
4
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Umum mengetahui Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai walaupun
rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum dan setiap kaum mempunyai bahasanya yang
tersendiri. Walaubagaimanapun, bahasa melayu merupakan sebuah bahasa yang diangkat dan
dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi iaitu sebagai bahasa perantaraan dan
pengantar bagi semua kaum di Malaysia. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, disebabkan
oleh pengaruh filem yang semakin menebal dalam diri rakyat di Malaysia, bahasa melayu
semakin dipinggirkan dalam diri mereka. Mereka lebih suka menggunakan bahasa pasar dalam
percakapan mereka setiap hari. Oleh itu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum
ini menghadapi masalah dan cabaran dalam menggunakan bahasa yang sesuai disebabkan oleh
pengaruh filem.

Permasalahan yang dibangkitkan dalam kajian ini adalah masalah yang menjadi
kerisauan dimana bahasa pasar yang semakin diagung-agungkan manakala bahasa melayu
semakin dilupakan. Hal tersebut telah membangkitkan kerisauan kerana berkemungkinan bahasa
pasar mempengaruhi masyarakat dan budaya di Malaysia. Bahasa pasar yang digunakan
berkemungkinan akan menimbulkan kontroversi terutamanya jika dianggap merendahkan atau
menyentuh sensitiviti kaum lain di Malaysia. Penggunaan kata kasar dan tidak sopan dalam filem
kongsi akan mempengaruhi generasi muda dalam percakapan seharian mereka serta akan
menimbulkan kesan negatif dalam diri mereka kerana cara berkomunikasi mencerminkan
keperibadian seseorang. Bahasa pasar yang digunakan dalam filem kongsi juga akan
mempengaruhi penerimaan penonton terhadap jalan cerita yang dipertontonkan. Generasi muda
sudah tentu lebih cenderung memahami penggunaan bahasa pasar tetapi sekiranya penonton
daripada kelompok yang lebih tua mungkin akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap
penggunaan bahasa tersebut. Oleh yang demikian, masalah ini perlu diambil tindakan segera
supaya tidak berlarutan dalam jangka masa yang lama.
5
3.0 KAJIAN LITERATUR

Tujuan mengkaji sorotan kajian literatur ini adalah untuk dijadikan sebagai rujukan kepada kami
dalam menyiapkan tugasan ini. Kajian ini akan menjelaskan Bahasa Pasar dalam Novel Imam
karya Abdullah Hussain yang sedang dijalankan oleh pengkaji, Melor Fauzita, Nor Hasimah dan
Sharif Shah Bani pada tahun 2018. Kajian oleh pengkaji mendapati bahawa unsur bahasa pasar
yang pertama ialah penggunaan kata ganti nama diri orang yang berbeza dengan bahasa Melayu
standard. Kata ganti nama diri orang dalam bahasa Melayu standard terdiri daripada kata ganti
nama diri orang pertama (saya, aku, beta, patik, kami dan kita), kata ganti nama diri orang kedua
(anda, engkau, awak dan kamu) dan kata ganti nama diri orang ketiga (ia, dia, mereka, dan -nya).
Namun, penggunaan kata ganti nama diri orang dalam bahasa pasar adalah berbeza seperti gua
(saya), lu (kamu), kita olang (kami) dan lu orang (kamu semua).

BAHASA HALAMAN
DAN BARIS

“Kamu orang tentu dapat susah. Saya takut ‘lu’ dan Ah Leng nanti itu Jepun H272/B16
ambil jadi dia punya perempuan.”

“Bagaimana kalau kita semua masuk Melayu?”. Itu jam juga mama saya jawab H272/B27
dengan suara kuat, seperti dia sudah tidak takut lagi. “Biar ‘gua’ mati pun ‘gua’
tak mau masuk Melayu. Apa ‘lu’ sudah gila?” Saya fikir bapa saya sudah lama
fikir itu hal. Dia terus jawab dengan tenang. “Gua’ bukan gila tapi apa salah?
Masuk Melayu macam orang masuk agama orang putih juga”.

“Kalau ‘lu’ mau masuk Melayu masuklah, ‘gua’ dan Ah Leng tidak mau ikut. H273/B20
Ah Sun terserah sama dia.”

Jadual 1: Dialog antara bapa dan ibu Sufi Lau iaitu Lau Kwi Fong dan Ah Ping
6
Selain itu, filem merupakan karya seni yang dijadikan medium untuk menyampaikan
mesej penting kepada masyarakat melalui lakonan dan watak-wataknya yang kebanyakannya
menggunakan unsur implisit dalam perbualan. Dalam konteks ini, aspek ini dibincangkan oleh
Nur Ezatull dan Mary Fatimah (2023) dalam artikelnya yang bertajuk Meneroka Perbualan
Berimplisit Dalam Filem-Filem Klasik P.Ramlee yang diterbitkan dalam Asian People Journal.
Menurut artikel ini, filem merupakan hasil karya seni yang bermula daripada idea yang
diterjemah dalam bentuk bertulis, kemudian diolah dalam bentuk dialog dan akhirnya
dipersembahkan dalam bentuk visual dan bunyi oleh para pelakon yang berbakat besar. Nur
Ezatull dan Mary Fatimah membuat rumusan bahawa filem-filem P. Ramlee banyak
menggunakan perbualan berimplisit bukan sekadar berhibur semata-mata malah
mengetengahkan sesuatu isu yang penting untuk dijadikan pengajaran dan iktibar kepada
masyarakat. Tuntasnya, kajian ini jelas mengandungi makna implisit yang mengandungi
pemikiran dan keintelektualan masyarakat Melayu. Maka, pengkaji berharap agar lebih banyak
kajian terhadap karya seni P. Ramlee dijalankan dengan menggunakan semantik inkuisitif
sebagai salah satu langkah memelihara khazanah agung milik negara.

TAJUK FILEM DATA (PERBUALAN BERIMPLISIT DALAM FILEM)

Ali Baba Bujang Ali Baba: Sudahlah kanda, janganlah menangis. Kanda bukan tak tahu sudah
Lapok(1961) berapa tahun saya tak nangis. Hu...hu...hu... Norsiah, bawaklah mayat ni ke
atas.

Ali baba: Pelan-pelan (2x) Marjina! Marjina! Marjina, kanda kassim baba
sudah mati. Sekarang kau pergi cari tukang jahit. Untuk jahit mayatKassim
Baba. Lekas! Kalau dia tidak mau, berikan wang ini. Lekas.

Marjina: Baik, tuan

Jadual 2: Tajuk filem dan data perbualan berimplisit dalam filem-filem P.Ramlee yang dikaji
7
Di samping itu, terdapat banyak kajian yang telah mengkaji berkaitan dengan
penggunaan bahasa negatif dalam media sosial seperti kajian Mohd Norazizi dan Mardiah yang
bertajuk Penggunaan unsur bahasa negatif terhadap hantaran isu 1 MDB oleh pengguna
Facebook . Menurut artikel ini Peranan media sosial sangat penting dalam masyarakat
terutamanya dalam menyampaikan maklumat (Abd Rahim & Hanafi, 2018). Perbahasan
mengenai isu 1MDB turut menggunakan bahasa kesat seperti yang dilihat menerusi komen
pengguna Facebook. Komen-komen yang diberikan juga datangnya daripada remaja sekaligus
menjadikan situasi ini sebagai trend komunikasi yang sangat membimbangkan (Hariyati Ariffin,
2019; Rohaidah Mashudi et al., 2021). Mohd Norazizi dan Mardiah membuat rumusan bahawa
bahawa rakyat Malaysia menggunakan ketiga-tiga bentuk ragam bahasa, iaitu bahasa kasar,
bahasa pasar dan bahasa mencarut dengan sewenang-wenangnya menerusi Facebook. Oleh itu,
kajian ini memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan unsur negatif dalam berbahasa.
Unsur negatif ini perlu dibendung segera kerana boleh memberi implikasi buruk kepada generasi
akan datang.

DATA AYAT

FB(290716)p3 Patut nyelangsung tak langsung.. Biar org yg bertanggungjawab menjalanan


siasatan yang bercakap. Ko jibby... kalo bercakap apa pn org dh TAK
PERCAYA dh jibby.sbb..... Semua org ko x bagi bercakap...ko je yg nk
bercakap.xpercaya????? Tgk je Berita TV3 tu.... TERBUKTI!!!

FB(290716)p6 Kau cuti lah dulu sampah biar siasatan X kau ganggu sama ada terlibat
atau tdk. Dah melampau busuk kamu jibon asyik payung diri tapi takut
disiasat mati matian tutup busuknya taik kamu seluruh dunia hanyir.

FB(260516)p5 Jgn lupa psl telowong ngne2 banggalowww kasi settle…

Jadual 3: Penggunaan Bahasa Pasar dalam Facebook


8
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Menganalisis penggunaan bahasa pasar dalam filem kongsi.


2. Mengkaji perbezaan di antara penggunaan bahasa pasar dan bahasa Melayu moden dalam
filem Kongsi.
3. Menyelidik bagaimana elemen-elemen budaya seperti nilai-nilai, tradisi, dan norma
budaya berperanan dalam membentuk praktik kesantunan berbahasa dalam bahasa pasar.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah terdapat penggunaan bahasa pasar dalam filem kongsi ?


2. Adakah terdapat perbezaan di antara penggunaan bahasa pasar dan bahasa Melayu moden
dalam filem Kongsi ?
3. Bagaimanakah elemen-elemen budaya seperti nilai-nilai, tradisi, dan norma budaya
berperanan dalam membentuk praktik kesantunan berbahasa dalam bahasa pasar ?
9
6.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan salah satu kaedah yang digunakan sebagai alat utama untuk
menjawab dan mencapai objektif kajian. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan
metodologi kualitatif sebagai panduan untuk mendapatkan hasil kajian. Kajian ini
menggunakan satu kaedah utama bagi mengumpul data iaitu menggunakan data sekunder.
Dalam kajian ini, data sekunder diperoleh melalui diperolehi melalui kajian perpustakaan.

Dalam kaedah perpustakaan ini, metode akan diaplikasikan dengan mendapatkan


maklumat dan data melalui sumber sekunder dari perpustakaan bagi seorang pengkaji
mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod. Sebagai contoh teks
kajian, rujukan tafsir, hadis dan pandangan ulama klasik, buku dan jurnal.

Rujukan telah dibuat pada buku-buku, jurnal, tesis, disertasi, kertas projek, kertas-kertas
persidangan, majalah, risalah dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan ini
sama ada di dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Perpustakaan utama ialah
Perpustakaan Tun Seri Lanang di Universiti Kebangsaan Malaysia. Metodologi ini dilakukan
adalah untuk memperolehi pandangan-pandangan pemikiran ahli akademik dan pakar bahasa
yang berkaitan dengan konsep penggunaan bahasa pasar dalam perfileman.
10

7.0 HASIL DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Berikut akan dijelaskan dengan lebih terperinci bagi dapatan kajian yang diperoleh:

7.1 MENGANALISIS PENGGUNAAN BAHASA PASAR DALAM FILEM


KONGSI

BIL BAHASA PASAR

1 Saya bercakap sopan tetapi worang di sana masih meninggi suaranya.

2 Lu mahu cakap, mahu baik-baik sikit la kawan ha

3 Hei, kita bincang elok-elok ma

4 Saya manyak bangga wo, Tuan mali saya punya keldai wo.

5 Jimmy, kedai lu banyak besar kan, lu ada untung banyak eh

6 Kalau saya kata tak lak untung, lu kata saya tipu, kata untung, olang lengki

7 Hei, nanti kalau lu ada apa-apa info pasal pembunuhan ini, lu kasi tahu eh

8 Haiya, manyak maaf ah, manyak maaf ah, itu olang ah sikit otak tak ngam ah.

9 Dey, jangan mulut punya pasal, badan binasa

10 Macha, lu ok ka? Mabuk ka lu?

11 Macha tolong macha, tak mo macha, tolong macha, saya ada anak bini macha,
tolong macha

12 Man, rilek man. Benda ni semua small matter, tarak apa rah

13 Hoi, mana mahu pergi? Ini telur siapa mahu bayar? Abang tengok ini telur sudah
pecah pun.

14 Talak mata ka, olang besar jalan ma


11
15 Tarak bagus lah, belum start sudah jatuh

16 Lu orang Melayu sama India lawan, kita Cina tak mahu masuk campur

17 Mana you munya anak, Encik Mikail? Tak brani datang ka?

18 Uih siapa orang ini? Tak pernah lihat sabalum ini.

19 Dengar semua kalian ha, cari dia.

20 Ini malam juga, kita mau tangkap sama ini olang, kasi semua olang tau.

Jadual 4: Bahasa Pasar dalam Filem Kongsi

Berdasarkan jadual 4, terdapat 20 jenis bahasa pasar yang dapat dikenalpasti dalam filem
Kongsi. Dalam konteks filem ini, pengkaji menyedari bahawa kebanyakan pelakon utama
seperti Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Azad Jasmin, dan lain-lain banyak menggunakan
bahasa pasar secara meluas semasa melakonkan watak dalam filem yang dilakonkan.
Penggunaan bahasa pasar oleh pelakon-pelakon ini menonjolkan usaha penghasilan filem
dalam mencipta suasana realistik kepada dialog dan interaksi antara watak. Hal ini
mencerminkan strategi untuk mendekatkan penonton dengan kehidupan harian
masyarakat, menyampaikan identiti budaya, dan mencipta suasana seharian yang dapat
dirasai oleh penonton. Penekanan pada bahasa pasar menjadikan filem ini mampu
menarik pelbagai lapisan masyarakat dengan menyampaikan situasi dan dialog yang lebih
akrab serta relevan dengan kehidupan sebenar.

Pada perspektif yang berbeza, filem Kongsi ini terdedah kepada semua lapisan
usia, termasuk kanak-kanak, remaja, dan dewasa yang boleh menyebabkan kanak-kanak
mudah terpengaruh dengan bahasa yang kurang sopan dalam kehidupan seharian mereka.
Risiko ini dapat memberi impak negatif kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan, yang mungkin terjejas secara tidak langsung. Bukan itu sahaja,
apabila keadaan ini berlaku secara berterusan, ia berpotensi menyebabkan rakyat
Malaysia menghadapi kesukaran dalam melahirkan individu yang memahami konsep
kesantunan berbahasa serta tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan baik
12
dan berkesan. Oleh itu, setiap individu perlu peka terhadap penggunaan bahasa pasar
dalam filem untuk memastikan ia tidak melampau batasan kesantunan dan keberkesanan
bahasa.
13
7.2 MENGKAJI PERBEZAAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHASA
PASAR DAN BAHASA MELAYU MODEN DALAM FILEM KONGSI

BIL BAHASA PASAR BAHASA MELAYU MODEN

1 Saya bercakap sopan tetapi worang di Saya berbicara dengan sopan, namun
sana masih meninggi suaranya. orang di sana masih meninggikan
suaranya.

2 Lu mahu cakap, mahu baik-baik sikit la Jika awak hendak berbicara, berbicaralah
kawan ha. dengan baik.

3 Hei, kita bincang elok-elok ma. Mari kita berbincang dengan baik.

4 Saya manyak bangga wo, Tuan mali saya Saya sangat bangga, Tuan sudi datang ke
punya keldai wo. kedai yang saya miliki.

5 Jimmy, kedai lu banyak besar kan, lu ada Jimmy, kedai awak sangat besar, adakah
untung banyak eh. awak mendapatkan keuntungan yang
besar?

6 Kalau saya kata tak lak untung, lu kata Jika saya katakan tidak untung, awak
saya tipu, kata untung, olang lengki. mengatakan saya berbohong, tetapi jika
saya katakan saya untung, orang pasti
dengki dengan saya.

7 Hei, nanti kalau lu ada apa-apa info pasal Jika awak memiliki sebarang maklumat
pembunuhan ini, lu kasi tahu eh. tentang pembunuhan ini, awak tolong
beritahu saya.

8 Haiya, manyak maaf ah, manyak maaf Minta maaf banyak-banyak, orang itu
ah, itu olang ah sikit otak tak ngam ah. kurang upaya.

9 Dey, jangan mulut punya pasal, badan Jangan kerana mulut, badan binasa.
binasa.

10 Macha, lu ok ka? Mabuk ka lu? Abang, awak okay ke? Awak mabuk ke?

11 Macha tolong macha, tak mo macha,, Abang tolong abang, jangan buat saya
saya ada anak bini macha, tolong macha. begini, saya mempunyai anak dan isteri.
14
12 Man, rilek man. Benda ni semua small Man, bertenang Man. Semua ini perkara
matter, tarak apa rah. kecil sahaja, tiada apa yang berlaku.

13 Hoi, mana mahu pergi? Ini telur siapa Maaf, ke mana hendak pergi? Siapa yang
mahu bayar? Abang tengok ini telur akan bertanggungjawab untuk bayaran
sudah pecah pun. telur ini? Abang boleh lihat sebahagian
dari telur ini sudah pecah.

14 Talak mata ka, olang besar jalan ma. Minta maaf, awak tidak nampak ke?
Orang besar hendak jalan.

15 Tarak bagus lah, belum start sudah jatuh. Tidak bagus begitu, belum bermula sudah
jatuh.

16 Lu orang Melayu sama India lawan, kita Awak orang Melayu dan India lawan,
Cina tak mahu masuk campur. kami orang Cina tidak mahu ambil tahu.

17 Mana you munya anak, Encik Mikail? Dimana anak awak, Encik Mikail? Tidak
Tak brani datang ka? berani datang ke?

18 Uih siapa orang ini? Tak pernah lihat Siapakah orang ini? Tidak pernah lihat
sabalum ini. sebelum ini.

19 Dengar semua kalian ha, cari dia. Kamu semua dengar ya, cari dia.

20 Ini malam juga, kita mau tangkap sama Malam ini juga kita tangkap orang ini,
ini olang, kasi semua olang tau. beritahu semua orang.

Jadual 5: Perbezaan di antara Bahasa Pasar dan Bahasa Melayu Moden

Berdasarkan jadual 5, Filem "Kongsi" mengolah tema ini dengan menggambarkan


masyarakat menggunakan bahasa sehari-hari yang lebih kasual dan santai, berbeza
dengan Bahasa Melayu moden yang lebih formal. Pertukaran antara bahasa pasar dan
Bahasa Melayu moden dalam filem ini mencerminkan realiti sosial di mana masyarakat
seringkali beralih antara kedua-dua jenis bahasa bergantung kepada situasi perbualan.
Terdapat beberapa dialog yang digunakan mengandungi elemen penggunaan bahasa pasar
yang lebih kasar dan kurang formal, manakala dalam Bahasa Melayu moden adalah
ungkapan yang lebih sopan dan formal. Ini menggambarkan kepelbagaian cara
15
berkomunikasi dalam masyarakat yang heterogen. Filem ini turut mengetengahkan
aspek-aspek sosial seperti kebangsaan, kehidupan harian, dan pergaulan antara kumpulan
etnik yang berbeza di Malaysia. Jika diperhatikan pada dialog pertama, “Saya bercakap
sopan tetapi worang di sana masih meninggi suaranya,” perbualan ini menunjukkan
interaksi dengan kaum India, di mana terdapat tambahan huruf ‘w’ di hadapan perkataan
‘orang’. Ayat ini tidak lengkap dan lebih sesuai digunakan perkataan ‘meninggikan’
untuk menggambarkan seseorang yang marah. Perkataan ‘meninggi’ dan ‘meninggikan’
memiliki maksud yang berbeza jika tidak menggunakan imbuhan yang tepat.

Dialog kedua, kelima, keenam, ketujuh, kesepuluh, dan ke-16 menggunakan kata
ganti nama ‘lu’, menunjukkan penggunaan bahasa yang kurang sopan apabila
berkomunikasi dengan kaum lain yang sepatutnya digantikan dengan perkataan ‘awak’.
Seterusnya, dialog yang menggunakan kata tambahan bagi penyedap ayat seperti ‘ma’,
‘wo’, dan ‘ah’ kebiasaannya digunakan ketika berbual dengan kaum Cina seperti pada
dialog ketiga, keempat, kelapan, dan ke-14. Ini merujuk kepada gaya bahasa tertentu
yang mungkin lebih umum dalam komunikasi berbahasa Cina. Selain itu, penggunaan
perkataan yang pelat seperti ‘lak’, ‘olang’, ‘lengki’, ‘manyak’, ‘talak’, ‘mo’, ‘tarak’,
‘rah’, ‘munya’, dan ‘sabalum’ pada dialog keempat, keenam, kelapan, ke-11, ke-12,
ke-14, ke-15, ke-17, ke-18, dan ke-20 menunjukkan pengaruh perkataan dari bahasa
Cina, dan India. Ini mencerminkan penggunaan bahasa pasar telah menjadi sebahagian
daripada gaya komunikasi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Pada dialog kesembilan, kesepuluh, dan ke-11, penggunaan perkataan ‘dey’ dan
‘macha’ berkait rapat dengan bahasa kaum India yang membawa maksud panggilan baik
mahupun buruk kepada individu tersebut. Dialog ke-13 pula menunjukkan gaya bahasa
pasar yang kasar dan tegas dengan permulaan perkataan ‘hoi’. Sebaliknya, perkataan
‘maaf’ digunakan dalam dialog Bahasa Melayu yang moden menunjukkan pendekatan
yang lebih sopan, formal, dan berstruktur. Akhir sekali, dialog ke-19 menunjukkan
pengulangan yang perlu dikurangkan bagi perkataan ‘semua’ dan ‘kalian’ kerana
memberikan maksud yang sama. Dalam konteks bahasa pasar, pengulangan seperti ini
mungkin digunakan untuk menekankan arahan atau perintah secara lebih tegas, tetapi
16
dalam Bahasa Melayu moden, penekanan tersebut dapat dicapai melalui penggunaan
kata-kata yang tepat tanpa perlu mengulang kata yang serupa.

Kesimpulannya, pemahaman dan penggunaan bahasa yang tepat adalah penting


dalam komunikasi antara pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penyesuaian dialog tanpa
menggunakan bahasa pasar, kita dapat mencapai perbualan yang lebih sopan, efisien, dan
sesuai dengan konteks budaya masyarakat berbilang kaum. Masyarakat perlu menerapkan
kemahiran kesantunan berbahasa dalam perbualan sehari-hari mereka untuk
meningkatkan bahasa kebangsaan Malaysia. Dalam merangsang komunikasi yang efektif
dan sopan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia, penting bagi kita untuk
mengamalkan penggunaan bahasa yang betul dan sesuai dengan budaya. Dengan
mengelakkan istilah-istilah kasar dan menjauhi penggunaan kata-kata yang berpotensi
menyinggung, kita dapat memupuk persefahaman antara masyarakat berbilang etnik. Ini
bukan sahaja membantu memperkukuh bahasa kebangsaan, tetapi juga mencerminkan
sikap hormat dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.
17
7.3 MENYELIDIK FAKTOR BUDAYA DALAM MEMBENTUK
PRAKTIK KESANTUNAN BERBAHASA DALAM BAHASA PASAR

7.3.1 PENGGUNAAN DIALEK DAN BAHASA TEMPATAN

Dialog dalam filem Kongsi telah menggunakan penggunaan dialek dan bahasa
tempatan yang mencerminkan identiti budaya Cina dan India dalam komuniti
tersebut. Penggunaan dialek ini turut memainkan peranan dalam membentuk
praktik kesantunan berbahasa dalam konteks yang lebih informal dan santai.
Beberapa contoh daripada filem Kongsi yang menggambarkan penggunaan dialek
dan bahasa tempatan adalah seperti penggunaan ‘lu’ yang bermaksud anda.
Contoh dialog adalah “Lu mahu cakap, mahu baik-baik sikit la kawan ha.” Dalam
kalangan Masyarakat Cina, penggunaan ‘lu’ adalah sebagai ganti bagi kata nama
‘anda’ semasa dalam percakapan. Walaupun penggunaan bahasa yang lebih
informal, namun ia mencerminkan cara berkomunikasi yang mesra dalam budaya
masyarakat tempatan. Selain itu, terdapat juga penggunaan perkataan’macha;
yang bermaksud abang. Contoh dialog dalam filem adalah : “Macha, lu ok ka?
Mabuk ka lu?” Penggunaan ‘macha’ merujuk kepada abang adalah contoh
penggunaan bahasa tempatan India dalam percakapan. Hal ini menunjukkan
kepelbagaian etnik dan cara bahasa tempatan membentuk suatu identity dalam
budaya Masyarakat tempatan. Penggunaan dialek ini bukan sebagai medium
komunikasi, tetapi ia juga mencerminkan rasa keakraban antara individu yang
terlibat dalam percakapan. Dalam konteks ini, penggunaan dialek menjadi satu
elemen yang memperkukuh kesantunan dalam interaksi sosial, di mana
penggunaan bahasa yang lebih santai dan berbentuk dialek menunjukkan
kebersamaan di antara individu. Oleh itu, penggunaan dialek dan bahasa tempatan
dalam filem Kongsi mencerminkan budaya etnik memainkan peranan dalam
membentuk amalan kesantunan berbahasa dalam masyarakat tersebut.
18
7.3.2 PENGGUNAAN KATA-KATA KASAR DAN KATA-KATA SOPAN

Aspek seterusnya dari segi faktor budaya dalam membentuk praktik kesantunan
berbahasa dalam bahasa pasar ialah penggunaan kata-kata kasar dan kata-kata
sopan dalam dialog filem Kongsi. Pengkaji dapat melihat bagaimana budaya
tempatan di Malaysia menunjukkan kepekaan terhadap nilai-nilai kesopanan,
walaupun terdapat situasi di mana kata-kata kasar digunakan bergantung kepada
konteks dan situasi tertentu. Contohnya, dalam percakapan yang kasar dalam
dialog filem Kongsi iaitu “Dey, jangan mulut punya pasal, badan binasa,”
pengkaji melihat ungkapan ‘Dey’ yang biasa digunakan untuk berkomunikasi
dengan kaum India merupakan contoh penggunaan yang menunjukkan nada kasar
dan agak tegas. Penggunaan ini mungkin sesuai dengan konteks percakapan yang
berlaku dalam keadaan tegang atau konflik tetapi bukan pada situasi yang tenang
atau ceria. Pada perspektif yang berbeza, terdapat juga usaha untuk menggunakan
kata-kata sopan dalam beberapa situasi seperti “manyak maaf ah, manyak maaf
ah, itu olang ah sikit otak tak ngam ah.” Hal ini mencerminkan bahawa walaupun
terdapat konteks yang mencetuskan penggunaan kata-kata kasar, budaya tempatan
di Malaysia tetap menghargai dan mengamalkan nilai-nilai kesantunan.
Penggunaan kata-kata kasar, dan kata-kata sopan dalam konteks amalan
kesantunan berbahasa turut dapat dipengaruhi oleh hubungan interpersonal,
hierarki sosial, dan situasi tertentu. Misalnya, apabila terdapat seorang individu
meminta maaf, ia boleh menunjukkan kesedaran tentang pentingnya memulihkan
hubungan sosial dan merestui kesalahan yang mungkin terjadi sebelumnya. Oleh
itu, walaupun situasi mungkin mencetuskan penggunaan kata-kata kasar, namun
terdapat usaha untuk menyeimbangkan dengan menyelitkan kata-kata sopan yang
menunjukkan fleksibiliti dalam mengamalkan konsep kesantunan berbahasa
dalam budaya tempatan.
19
7.3.3 PENGGUNAAN GELARAN DAN PENGHORMATAN

Penggunaan gelaran dan penghormatan seperti ‘Tuan’, dan ‘Encik’ dalam dialog
filem Kongsi menunjukkan bagaimana elemen ini mencerminkan nilai-nilai
kesantunan tradisional yang dihargai dalam budaya Melayu. Penggunaan gelaran
seperti ‘Tuan’ sering digunakan untuk menyatakan sikap hormat terhadap
seseorang, terutamanya apabila bercakap dengan individu yang mempunyai
kedudukan atau status yang lebih tinggi. Gelaran ini boleh merujuk kepada
seseorang yang lebih tua, orang atasan, atau dalam konteks formal. Contoh
penggunaan gelaran dalam dialog filem Kongsi ialah “Saya manyak bangga wo,
Tuan mali saya punya keldai wo,” dan “Mana you munya anak, Encik Mikail?
Tak brani datang ka?” menunjukkan sikap penghormatan terhadap seseorang
dengan cara yang sopan. Penggunaan gelaran tersebut membawa maksud
penghargaan terhadap status atau kedudukan seseorang itu. Pada masa yang sama,
dialog “Lu mahu cakap, mahu baik-baik sikit la kawan ha,” menunjukkan
penggunaan gelaran secara tidak langsung melalui penggunaan sebutan ‘kawan’
yang menunjukkan sikap mesra dan akrab terhadap seseorang. Walaupun tidak
menggunakan gelaran formal seperti ‘Tuan’ mahupun ‘Encik’, penggunaan
sebutan seperti ‘kawan’ ini dapat dianggap sebagai alternatif yang menunjukkan
pendekatan kesantunan dalam berkomunikasi. Secara keseluruhan, walaupun
penggunaan gelaran mungkin tidak selalu bersifat langsung dan formal tetapi
dalam beberapa situasi, ia terdapat usaha untuk menyertakan unsur-unsur sopan
santun dan penghormatan dalam percakapan. Inilah yang mencerminkan
nilai-nilai kesantunan tradisional dalam budaya Melayu, di mana penggunaan
gelaran tidak hanya sekadar sebagai kata-kata tetapi mencerminkan penghargaan
yang mendalam terhadap individu dalam interaksi harian.
20
8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kegunaan bahasa pasar di Malaysia dalam konteks pelbagai etnik dan
kebudayaan di Malaysia terutamanya Bahasa Melayu, Inggeris, dan bahasa-bahasa lain seperti
Mandarin atau Tamil dapat mempengaruhi budaya kita. Penggunaan bahasa pasar dalam filem
seperti ini boleh memberikan kesan yang lebih mendalam dan realistik, mencerminkan interaksi
harian antara watak-watak dan suasana dalam kalangan kumpulan kongsi gelap. Bahasa pasar
boleh menggambarkan keintiman antara watak, perasaan ketegangan, dan juga emosi yang
berlaku dalam situasi tertentu.

Dalam konteks filem Kongsi, penggunaan bahasa pasar dapat menonjolkan ketegangan
dan drama yang berlaku antara watak-watak utama, serta menunjukkan dinamika kuasa dan
pengaruh dalam kalangan kumpulan kongsi gelap tersebut. Penggunaan bahasa pasar dalam
komunikasi harian telah menjadi topik perbincangan yang kerap dibangkitkan dalam masyarakat.
Walaupun bahasa ini kadang-kadang dianggap sebagai cara yang lebih ringkas dan mesra, namun
terdapat kebimbangan berhubung kesannya terhadap kualiti komunikasi kita. Pertama, bahasa
pasar seringkali kurang jelas dan boleh menyebabkan kesalahfahaman antara individu yang
berkomunikasi. Kedua, dalam konteks profesional, penggunaannya mungkin dianggap kurang
profesional dan boleh menjejaskan imej seseorang atau organisasi. Ketiga, dari perspektif
pendidikan, terlalu bergantung kepada bahasa pasar boleh merosakkan kemahiran berbahasa
formal seseorang. Keempat, sebagai sebuah aspek identiti kebudayaan, penggunaan yang betul
dan tepat bahasa menunjukkan penghargaan kita terhadap warisan budaya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah peka dengan memelihara kesantunan bahasa
ibunda iaitu bahasa Melayu agar pertuturan menjadi lebih jelas tanpa pencampuran bahasa untuk
memartabatkan bahasa Melayu. Kita haruslah mempunyai kesedaran diri dan usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu untuk generasi akan datang.
21
RUJUKAN
Mohd Norazizi Samsudain, et al. “PENGGUNAAN UNSUR BAHASA NEGATIF TERHADAP

HANTARAN ISU 1MDB OLEH PENGGUNA FACEBOOK.” Jurnal Pengajian

Melayu, vol. 33, no. 1, 22 Apr. 2022, pp. 87–107,

https://doi.org/10.22452/jomas.vol33no1.6.

Melor Fauzita, Nor Hasimah dan Sharif Shah Bani (2018) BAHASA PASAR DALAM NOVEL

IMAM: SUATU ANALISIS VARIASI BAHASA from

http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2018-16-09-02.pdf

Nur Ezatull dan Mary Fatimah (2023) MENEROKA PERBUALAN BERIMPLISIT DALAM

FILEM-FILEM KLASIK P. RAMLEE from

https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/384/267

Farid Kamil dan Fadzil Zahari (2011) FILEM KONGSI

KONGSI from

https://youtu.be/qLFgjrrRN6s?feature=shared

Mohamad Farhan Siddiq bin Sahabuddin, Ong Yee Sang dan Fahmy (2022) PENGGUNAAN
BAHASA PASAR DALAM FILEM

PENGGUNAAN BAHASA PASAR DALAM FILEM.pptx from

https://www.slideshare.net/azizeh1/penggunaan-bahasa-pasar-dalam-filempptx
22
Norfarhana Aisyah binti Norzelan, Tana' aimmah binti Baharuddin, Nurul Atikah binti Jamaludin
dan Maznah binti A.Wahab (2015) KUMPULAN 6, PENGGUNAAN BAHASA PASAR DALAM
FILEM KONGSI

KUMPULAN 6, PENGGUNAAN BAHASA PASAR DALAM FILEM KONGSI from

https://www.slideshare.net/farhanaaisyahnorzelan/kumpulan6penggunaan-bahasa-pasar-
dalam-filem-kongsi

You might also like