Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAHAGIAN C

(20MARKAH)
Soalan ini WAJIB jawab
Encik Ali mengusahakan kedai makan yang menjual mi bandung di Jasin dibantu isterinya Puan
Aini. Mi bandung mereka mendapat sambutan hangat daripada penduduk dan juga pekerja
pejabat di kawasan berdekatan. Antara tarikan kedai makannya ialah dia menjual pelbagai jenis
mi bandung iaitu mi bandung ayam, mi bandung udang, mi bandung sotong, mi bandung ketam
dan mi bandung daging. Seorang pelanggan tetapnya, Encik Ahmad berminat untuk
menyumbangkan modal dan kepakaran. Beliau juga mencadangkan agar mereka
mengusahakan penjualan perencah mi bandung secara besar-besaran.
Idea ini telah mendorong Encik Ali untuk membuat perubahan pada perniagaannya. Beliau
hendak mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih mencabar. Beliau mula
menetapkan sasaran untuk membawa produk mereka ke seluruh negara. Encik Ali membina
sebuah kilang kecil di belakang rumahnya untuk membungkus perencah mi bandung dengan
menggunakan label “Perencah Mi Bandung Sedap”.
Anak mereka, Amira mencadangkan agar ayahnya membuat promosi yang agresif. Amira juga
telah berjaya memperkenalkan “Perencah Mi Bandung Sedap” kepada kawan-kawannya.
Usaha ini telah membuahkan kejayaan yang amat memberangsangkan. Lantaran itu, Encik Ali
ingin membesarkan lagi perusahaan kecilnya.
Perkembangan perniagaan hanya boleh dilakukan dengan adanya wang modal yang
mencukupi. Amira membantu ibu bapanya menyediakan Rancangan Perniagaan kerana dia
sedar kepentingan dokumen ini. Mereka sepakat berikhtiar dan tidak akan berputus asa untuk
mengejar kejayaan yang diimpikan selama ini untuk membawa “Perencah Mi Bandung Sedap”
ke seluruh negara.
(a) Jelaskan jenis milikan perniagaan yang diusahakan oleh Encik Ali di kampungnya.
[2markah]

(b) Encik Ali bersetuju dengan cadangan Encik Ahmad untuk mengusahakan penjualan
perencah mi bandung. Huraikan milikan perniagaan yang sesuai ditubuhkan oleh mereka.
[4markah]

(c) (i) Mengapakah kejayaan Amira menjadi pendorong kepada Encik Ali untuk
memperbesarkan lagi perniagaannya?
[4markah]

(ii) Cadangkan cara terbaik yang boleh digunakan untuk memperkenalkan “Perencah Mi
Bandung Sedap kepada masyarakat
[4markah]
(d) (i) Nyatakan dua sifat usahawan selain daripada tidak berputus asa dalam penyataan di
atas?
[2 markah]

(ii) Sejauh manakah rancangan perniagaan dapat membantu perniagaan Encik Ali ini
untuk mencapai impiannya?
[4 markah]
Skema

a) -Perniagaan milikan tunggal


- Dimiliki dan diusahakan sepenuhnya oleh Encik Ali dan keluarga

b) - Perkongsian
- Mudah ditubuhkan
- 2 hingga 20 orang
- Modal besar
- Keuntungan lebih banyak
- Berkongsi kepakaran

c (i) - Encik Ali sedar ada pasaran terhadap produknya


- Meramalkan kejayaan pada masa depan
- Encik Ali sedar bahawa pengeluaran banyak akan membolehkannya menikmati faedah
ekonomi bidangan
-Encik Ali percaya pada kejayaan fungsian promosi

c (ii) - Menjalankan strategi promosi dan pemasaran yang tepat dan betul
-Melalui internet, produk sambal Encik Ali dapat disebar luas kepada bakal pembeli yang
ramai
-Penggunaan media elektronik merupakan cara moden yang boleh menyalurkan gambar
dan penerangan ringkas mengenai produk mereka dengan cepat dan berkesan kepada
pelanggan sasaran
-Pengedaran risalah kepada pelanggan sasaran, pelanggan dapat melihat dan dijadikan
simpanan untuk rujukan
-Encik Ali boleh mengadakan pelbagai jenis promosi jualanuntuk menarik perhatian
pembeli seperti memberi diskaun harga pengenalan, menawarkan hadiah dan lain-lain
-Mengadakan jualan langsung dengan memujuk pelangan sasaran membeli
-Mengambil bahagian dalam pameran di pusat membeli belah dan kawasan terbuka
untuk memperkenalkan produk kepada orang ramai
-Menyertai program agensi atau badan kerajaan seperti MARDI dan FAMA ada
menganjurkan pameran, pasar tani dan penjualan produk
-Melantik ejen boleh meningkatkan jualan mereka
-Menjual secara konsainan iaitu mencari kedai yang sanggup menerima produk mereka
secara konsainan dan membayar komisen untuk kuantiti yang dijual

d (i) -Berani menanggung risiko


-Semangat yang tinggi
-Rajin
-Berpandangan jauh

d (ii) -Membolehkan pembiayaan modal sama ada dari bank atau institusi kewangan amat
diperlukan untuk memajukan perniagaan
-Mengusahakan perniagaan untuk memperoleh nama baik
-Mengembangkan perniagaan ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa
- Menggunakan panduan yang dibuat dalam Rancangan Perniagaan sebagai pegangan
untuk menjalankan perniagaan mereka dengan betul dan lancar
-Pekerja akan ada pegangan untuk menjalankan tanggungjawab dengan sempurna
-Mendapatkan tajaan atau subsidi dan bantuan agensi kerajaan untuk membantu
memajukan perniagaan
-Merujuk semua perkara dalam Rancangan Perniagaan untuk diubahsuai agar menjadi
lebih baik lagi untuk membangunkan perniagaan mereka

You might also like