Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bincangkan peranan guru sebagai pengurus Pembelajaran dan apakah ciri-ciri yang

perlu ada sebagai pengurus yang baik.

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengurus setiap
hal berkaitan pembelajaran terutama di dalam bilik darjah. Hal ini kerana guru
dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah sebagai pelaksana, pemimpin dan
penilai pelajar samada di dalam mahupun luar bilik darjah.
Antara peranan guru ialah bertanggungjawab mengurus persekitaran bilik darjah.
Hal ini bagi membolehkan suasana pembelajaran yang kondusif dan teratur dapat
diwujudkan. Di samping itu, ianya juga sekali gus membantu guru mengawal setiap
perlakuan sama ada di dalam mahupun luar bilik darjah. Dalam hal ini, guru turut
bertanggungjawab terhadap persekitaran fizikal dalam bilik darjah seperti sudut dan
bahan pembelajaran, pencahayaan, pengudaraan dan kebersihan. Justeru itu, perkara
ini antara peranan utama yang perlu dititiberatkan oleh seorang yang bergelar guru.
Seterusnya, peranan guru sebagai pengurus Pembelajaran ialah memastikan rutin
bilik darjah berjalan lancar. Dalam konteks ini, guru perlu sentiasa peka terhadap
rutin-rutin harian pembelajaran seperti peraturan, waktu pembelajaran dan proses PdP
agar apa jua masalah ataupun perkara berbangkit dapat dikenal pasti dan diselesaikan
dengan bijak. Tambahan pula, sekiranya keadaan dan rutin pembelajaran lancar, maka
kelangsungan suatu PdP juga akan turut terpelihara.
Di samping itu, guru juga berperanan dalam aspek pengurusan sumber maklumat
murid. Hal ini juga penting kerana ianya adalah salah satu keperluan murid dalam
memastikan wujudnya pembellajaran efektif dan efisien. Pengurusan maklumat murid
termasuklah penyimpanan maklumat peribadi dan hal ehwal setiap murid. Guru
bertanggungjawab mengurus perkara penting berkaitan murid dengan selamat dan
berhemah.
Antara ciri-ciri yang perlu ada sebagai pengurus yang baik ialah Justeru, ciri-ciri
yang perlu ada dalam diri guru sebagai pengurus yang baik ialah bersikap profesional
kerana ianya sangat penting bagi memastikan guru sentiasa telus dan boleh
menjalankan amanahnya dengan baik. Selain itu, guru juga perlu bersikap positif. Hal
ini kerana guru perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku manusia
yang berbeza-beza.
Kesimpulannya, guru tidak hanya berperanan mengajar dan mendidik pelajar
semata-mata. Malah guru berperanan dalam pelbagai aspek dalam dunia pendidikan
sebagai salah satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada insan bergelar guru
ini.

You might also like