Jemputan Drama SM Neg2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
80604 Johor Bahru Faks : 07-234 7132
Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/484 Faks : 07-2380742

Ruj. Kami : JPNJ.600-3/4/13 (60 )


Tarikh : 5 September 2023

Pengetua;
Sekolah-sekolah seperti di lampiran

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN DRAMA BAHASA MELAYU SEKOLAH


MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan
Murid (SPM) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor bersama-sama Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) Kulai akan mengelolakan Pertandingan Drama Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2023.

2. Untuk makluman tuan, pertandingan ini akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 10 September 2023 (Ahad)


Tempat : Dewan SMK Senai, Kulai
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, pihak JPN Johor berbesar hati untuk menjemput pegawai,
pegawai teknikal, hakim dan peserta/ murid bersama guru pembimbing dari sekolah tuan
(seperti di lampiran A) untuk menyertai pertandingan tersebut. Untuk makluman tuan,
makan dan minum semasa pertandingan akan disediakan oleh penganjur. Bersama-sama ini
disertakan atur cara majlis seperti di lampiran untuk makluman dan rujukan tuan. Penyertaan
daripada pihak tuan amat dihargai dan mampu meningkatkan kecemerlangan kokurikulum
negeri Johor.

4. Oleh itu, dengan hormatnya dimohon kerjasama pihak tuan untuk memberi pelepasan
kepada pegawai, guru pembimbing dan murid di bawah seliaan tuan untuk menghadiri
pertandingan akhir tersebut mengikut tarikh, masa dan lokasi yang telah ditetapkan.

5. Pihak tuan juga diingatkan supaya memastikan aspek keselamatan murid perlu diberi
perhatian pada setiap masa dan mematuhi surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, surat
makluman dan garis panduan yang sedang berkuatkuasa. Pihak sekolah mestilah
memastikan murid yang hadir ke program berkenaan telah mendapat keizinan oleh ibu,
bapa/penjaga masing-masing secara bertulis. Bersama-sama ini disertakan dokumen
(seperti di lampiran B) yang berikut untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

6. Bagi tujuan tuntutan perjalanan menghadiri program ini hendaklah dibuat mengikut
kelayakan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2020 dapat dipatuhi dan
bergantung kepada PTJ masing-masing. Langkah penjimatan hendaklah diberikan perhatian
dengan melaksanakan amalan berkongsi kenderaan.
JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN DRAMA BAHASA MELAYU SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023

Ruj. Kami : JPNJ.600-3/4/13(60)

7. Pegawai kami, Puan Tads Mahar binti Ibnu Hajar, Penolong Pengarah
Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor di talian 018-7884322 / 07-2311484 sedia membantu
untuk maklumat lanjut. Kerjasama dan sokongan tuan dalam membantu menjayakan program
ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MOHD ROSLI BIN MOHD OTHMAN)


Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k : 1. Pengarah Pendidikan Negeri Johor

2. Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Johor

Tdz_SPM_Drama BMSM_2023
Lampiran A

SENARAI NAMA PEGAWAI

BIL NAMA JAWATAN TEMPAT


BERTUGAS
1. EN. MOHD ROSLI BIN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR JPNJ
MOHD OTHMAN PEMBANGUNAN MURID
2. TN HJ MOHD KAMAL BIN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KULAI PPD KULAI
AHMAD UNTONG
3. EN MUSA BIN ATAN KETUA PENOLONG PENGARAH JPNJ
PEMBANGUNAN BAKAT MURID
4. EN YUSOF BIN KATMI TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN PPD KULAI
PERANCANGAN PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH KULAI
5. EN MOD SHUKRI BIN TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN SEKTOR PPD KULAI
ARSHAD PEMBANGUNAN MURID
6. PN ZAHRINA BINTI RAZALI PENOLONG PENGARAH PEMBANGUNAN JPNJ
BAKAT MURID
7. PN. TADS MAHAR BINTI PENOLONG PENGARAH PEMBANGUNAN JPNJ
IBNU HAJAR BAKAT MURID
8. PN. SUHAILA BINTI RAMLI PENOLONG PENGARAH PEMBANGUNAN JPNJ
BAKAT MURID
9. EN. AZRUL NIZAM BIN PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN PPD KULAI
DAERAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
ABDUL RAHIN
PPD KULAI
10. PN. AZIAWATI BINTI PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN PPD KULAI
SELAMAT DAERAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PPD KULAI
SENARAI NAMA SEKOLAH

GILIRAN SENARAI NAMA SEKOLAH DAERAH


1 SMA AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH MERSING
2 SMK TUN ISMAIL BATU PAHAT
3 SMK TUN HABAB KOTA TINGGI
4 SMK SENAI KULAI
5 SMK TAMAN PERLING JOHOR BAHRU
6 SMK BULOH KASAP SEGAMAT
7 SMK PENGGAWA TIMUR PASIR GUDANG
8 SMKA MAAHAD MUAR
9 SMK SERI KOTA PALOH KLUANG

SENARAI NAMA PEGAWAI TEKNIKAL DAN HAKIM

PEGAWAI TEKNIKAL NEGERI

BIL NAMA SEKOLAH DAERAH


1 EN HARRISON RIZAL B. SMK BANDAR KOTA TINGGI
VALSALAN @ ROSLAN

HAKIM PERTANDINGAN DRAMA BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH NEGERI


JOHOR TAHUN 2023

BIL NAMA SEKOLAH DAERAH CATATAN


1 IZI NASURIDDIN BIN NASRI SMK TAMAN DESA PASIR KETUA
TEBRAU GUDANG HAKIM

2 PN NORLIZA BINTI ADRIS SMK TAMAN SELESA JOHOR HAKIM


JAYA 2, BAHRU

3 EN MOHAMAD FARIS BIN SEKOLAH SUKAN KOTA HAKIM


JASMA TUNKU MAHKOTA TINGGI
ISMAIL (SSTMI)
4 PN.ROZZANNA BINTI SMK (P) BATU HAKIM
MOHD ZAKI TEMENGGONG PAHAT
IBRAHIM
5 PN.AMINAH BINTI MOHD SMK SERI PULAI KULAI HAKIM
NOAH PERDANA
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM DAERAH KULAI
Pengerusi : Tn. Hj Mohd Kamal bin Ahmad Untong
Pegawai Pendidikan Daerah Kulai

Naib Pengerusi 1 : En Yusof bin Katmi


Timbalan Perancangan

Naib Pengerusi 2 : En Mohd Shukri bin Arshad


Timbalan Pembangunan Murid

Setiausaha : En Azrul Nizam Bin Abdul Rahim


Pen. PPD Pembangunan Bakat murid

Penyelaras : Pn Aziawatie Bt Selamat


Pen. PPD Pembangunan Bakat murid

Sekolah Pengelola : SMK Senai

AHLI JAWATANKUASA KERJA PROGRAM DAERAH KULAI

Pengerusi : En Mohd Nor Azam bin Shuib


Pengetua SMK Senai

Naib Pengerusi I :Puan Raudhah Hanim binti Jurimi


Penolong Kanan Kokurikulum , SMK Senai

Naib Pengerusi II : Puan Hidayah binti Awi


Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran SMK Senai
Puan Norlida binti Mohd Zenun
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Senai
Puan Siti Asmunah binti Jamseri
Penolong Kanan Petang SMK Senai

a. Pengacara : SMK Tunku Abdul Rahman Putra

b. Bacaan Doa : SMK Sultan Alauddin

c. JK Perasmian dan Penutupan : SMK Bandar Putra 2

d. AJK Persembahan: SMK A Bandar Tenggara 2

e. AJK Keselamatan/ Kebajikan : SMK Sultan Ibrahim

f. Cenderahati dan Sijil : SMK Indahpura 1

g. AJK Protokol /Jemputan / Sambutan: SMK Pulai Perdana


h. AJK Persiapan tempat / PA Sistem : SMK Senai

i. Urutan Persembahan : Teknikal Negeri Johor / SMK Senai

j. AJK Penjurian : Teknikal Negeri Johor

k. AJK Jamuan dan kebersihan : SMK Bandar Putra

l. AJK Penyertaan/ Pendaftaran : SMK Mungsyi Abdullah

m. Jurukamera/ Juruvideo: SMK Kangkar Pulai / SMK Taman Putri

n. DoKumentasi : SMK Kelapa Sawit

o. AJK Buku Program : SMK Kota Kulai

p. AJK Teks Ucapan VVIP : SMK Bandar Tenggara


Lampiran

ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI PERTANDINGAN DRAMA BAHASA


MELAYU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI 2023

MASA ATUR CARA


3.00 petang Para peserta mengambil tempat dan ketibaan Para Jemputan
Ketibaan YBhg. Pengarah Pendidkan Negeri Johor
3.15 petang
Tn Hj Md. Said bin Md Daimon
Nyanyian Lagu Bangsa Johor
Nyanyian Lagu Negaraku
Persembahan 1
Doa
Ucapan alu-aluan
Tn Hj Mohd Kamal bin Ahmad Untong
Montaj dan Refleksi Pertandingan Drama
Ucapan Perasmian Penutup
Yang Berbahagia Tn Hj Md. Said bin Md Daimon
Pengarah Pendidkan Negeri Johor
Persembahan 2
Ulasan Ketua Hakim
Penyampaian Cenderamata Penghargaan
1. Pegawai Teknikal Negeri
2. Wakil Hakim
3. Wakil JK Daerah Kulai
4. Wakil Pengetua
Penyampaian Hadiah, sijil dan cenderamata:
1. Anugerah Khas
a) Pelakon Lelaki Terbaik
b) Pelakon Perempuan Terbaik
c) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
d) Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik
e) Sinografi Terbaik
f) Skrip Terbaik
g) Pengarah Terbaik
2. Kedudukan
a) Kesembilan hingga keenam
b) Tempat Kelima
c) Tempat Keempat
d) Tempat Ketiga
e) Naib Johan
f) Johan
Penyampaian Cenderamata
Majlis Bersurai

*Tertakluk kepada perubahan semasa


Lampiran B
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN

Saya (nama ibu/bapa/penjaga) .................................................................................................


kepada (nama anak) .................................................................................................................
No. Kad Pengenalan/Surat Beranak .................................................................. dari sekolah
............................................................................................ Negeri ...........................................
untuk menyertai aktiviti ..............................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
2. Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak
penganjur. Walaupun demikian, saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi peraturan-
peraturan dan arahan sepanjang program dijalankan.
3. Saya juga dengan ini memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk merakam
imej dan/atau suara dan menggunakan karya seni dan/atau karya bertulis anak/jagaan saya,
pada rakaman video, pada filem, pada gambar, dalam media digital dan dalam apa jua bentuk
medium elektronik atau cetak dan untuk mengedit atau merekod mengikut budi bicara mereka.
Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah
(HP) : ........................................ (R) : ........................................ (P) : ....................................
Sekian, terima kasih.
Yang benar;

.................................................................
(Nama : ) Tarikh: ......................
(No. KP : ..................................................)

Pengesahan Pengetua/Guru Besar

.................................................................
(Nama: )
Cop Jawatan: Tarikh: ........................
No. KP: Cop Sekolah :

*(Satu (1) salinan dihantar kepada urus setia semasa pendaftaran dan satu (1) salinan simpanan
sekolah).
Lampiran B
SURAT AKUAN DAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA / WARIS

Kepada Pihak Berkenaan

Saya _______________________________________________No. K/P ___________________


ibu/bapa/penjaga kepada _______________________________No. K/P __________________
yang sedang belajar di Sekolah ___________________________________________________
dalam darjah _________________________ dengan ini **MENGIZINKAN / TIDAK
MENGIZINKAN anak saya untuk menyertai program / aktiviti :

Nama Program : .........................................................................................


Tarikh : .........................................................................................
Tempat : .........................................................................................
Anjuran : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Pengelola : Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

2. Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak
penganjur. Walau bagaimanapun, saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi peraturan
dan arahan sepanjang aktviti / program dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang
dijalankan termasuklah menjaga keselamatan diri dan sentiasa mematuhi peraturan dalam
masa perjalanan pergi dan balik.

3. Saya mengesahkan bahawa anak saya tidak menghidap sebarang penyakit yang
kritikal / kronik dan memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyertai program / aktiviti
yang telah dirancang oleh pihak penganjur. Saya juga mengizinkan anak saya untuk
mendapatkan rawatan / perubatan / pembedahan jika keadaan memerlukan tindakan segera
untuk berbuat demikian.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan : ...............................................................................................................................
Nama Penuh : ................................................................................................................................
Alamat Rumah ..................................................................................................................................
................................................................................................................................
Telefon(Rumah): ............................................................. (H/P) …………………………………….....

PENGESAHAN PENGETUA/GURU BESAR


Saya dengan ini memperakukan bahawa segala keterangan yang diberikan / dinyatakan dalam
borang ini adalah betul dan benar.

Tarikh : ........................................ ........................................


Tandatangan
Borang ini perlu diserahkan kepada pihak
urus setia semasa pendaftaran peserta. Pengetua/Guru Besar Nama :
Cop Rasmi Sekolah / Jabatan

You might also like