Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH RENDAH AKADEMI ISLAM HJ.

ABDULLAH SUBOH
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)
Jalan Sungai Emas Hujung, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-4374270 / Fax: 04: 4374036 / E-mail: sraihas.ppdkmy@gmail.com

Ruj. Kami : KCT3001.600-3/3/14 (01)


Tarikh : 15 Disember 2020/29 Jamadil Rabiul Akhir 1442H

Tuan Guru Besar,


SR Akademi Islam Hj. Abdullah Suboh,
08500 Kota Kuala Muda,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB DOKTOR MUDA

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor Muda SR Akademi
Islam Hj. Abdullah Suboh telah diwujudkan pada 15 Disember 2020 yang lalu dengan tujuan untuk
memperkasakan murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat
meningkatkan taraf kesihatan dan rakan-rakan mereka.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon
kebenaran tuan untuk menubuhankan Kelab tersebut berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,
No.11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai ahli
jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Jasa baik dan kebenaran tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung
tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“SERLAHKAN POTENSI, AKHLAK DAN AKADEMIK”

Saya yang menurut perintah,

................................................
( )
Guru Penasihat
Kelab Doktor Muda
SR Akademi Islam Hj. Abdullah Suboh,
Kota Kuala Muda,
Kedah Darul Aman.

You might also like