Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

SULIT

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN UTAMA


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
BIL. 6/2021

TARIKH : 27 MEI 2021 (KHAMIS)

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : 1. Bilik Mesyuarat Bougainvillea


(Pengerusi dan Urusetia)

2. Secara Teleconference (Aplikasi Zoom)


(Semua Ahli Mesyuarat)

KEHADIRAN :

1. (Nama) - Pengerusi
(Jawatan)

2. ((Nama)
(Jawatan

. (Nama)
(Jawatan)

. (Nama)
(Jawatan)

20. (Nama)
(Jawatan)

TURUT HADIR

21. (Nama ahli mesyuarat)


(Jawatan)

1
SULIT
SULIT

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

22. (Nama)
(Jawatan)

23. (Nama)
(Jawatan)

TIDAK HADIR

24. (Nama)
(Jawatan)

25. (Nama)
(Jawatan)

URUS SETIA MESYUARAT

26. (Nama)
(Jawatan)

27. (Nama)
(Jawatan)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Asraf bin
Ahmad, Penolong Pengarah, Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan
dan Sesi Tazkirah telah disampaikan oleh Ustazah Zaharah binti Abbas, Ketua
Penolong Pengarah (Agama dan Pembangunan Insan) bertajuk “Jadilah
Seorang Yang Bermanfaat”. Perincian tazkirah adalah seperti di Lampiran I.

1.2 YBrs. Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran


semua ahli mesyuarat. Seterusnya YBrs. Tuan Pengerusi memaklumkan
perkara-perkara berikut:

(1) Ucapan Penghargaan Kepada Mantan TKPO

Mesyuarat merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Berusaha Dr. Sabri bin Zainudin Zainul, mantan
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK yang telah bersara wajib pada
18 Mei 2021. Semoga segala jasa bakti beliau sepanjang berkhidmat
sebagai penjawat awam terutamanya di AADK diberkati dan dirahmati oleh
Allah SWT.
Makluman

2
SULIT
SULIT

(2) Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) Sepanjang PKP 3.0

(a) Mesyuarat mengambil maklum:

(i) bahawa rentetan peningkatan mendadak kes jangkitan virus


Covid-19 di seluruh negara, pihak kerajaan telah mengeluarkan
arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat
kuasa mulai 25 Mei hingga 7 Jun 2021;

(ii) bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah


mengeluarkan Garis Panduan Pengoperasian Pejabat
Kerajaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 sebagai
panduan dan rujukan yang terpakai sepanjang tempoh PKP 3.0
dan tertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa;

(iii) bahawa KDN telah ...;

(iv) bahawa setiap warga AADK yang hadir ke pejabat perlu


mengimbas aplikasi mySejahtera setiap kali masuk pejabat;

(v) bahawa semua Pengarah perlu mengurus dan menyelia


pegawai/kakitangan masing-masing terutama yang BDR bagi
memastikan yang BDR sentiasa berada di rumah ketika waktu
pejabat; dan

(vi) bahawa BKP perlu memastikan tidak ada kenderaan diletakkan


di luar pagar bangunan pejabat dan mengarahkan semua warga
AADK yang hadir bertugas meletakkan dalam kawasan pagar
AADK sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

(b) Mesyuarat bersetuju:

(i) dengan perkara-perkara yang maklumkan oleh YBrs Tuan


Pengerusi di Para 1.2 (2) (a);

(ii) supaya semua Pengarah dan Ketua Unit menyusuli perkara di


Para 1.2 (2) (a) (i) – (v); dan

(iii) supaya PKP menyusuli perkara di Para 1.2 (2) (a) (v).

Tindakan:
Semua Pengarah Bahagian
dan Ketua Unit
PKP

3
SULIT
SULIT

(3) Penangguhan Program-Program Berbentuk Majlis Yang Melibatkan


Peserta Yang Ramai

(a) Mesyuarat mengambil maklum:

(i) bahawa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0, sebarang


program berbentuk majlis yang melibatkan kehadiran peserta
yang ramai perlu ditangguhkan;

(ii) bahawa program yang melibatkan pengoperasian perkhidmatan


AADK seperti pengendalian aduan, operasi terhadap aduan
awam dan perkhidmatan merawat pulih klien perlu diteruskan
mengikut SOP yang telah ditetapkan; dan

(iii) bahawa Program Sihat Cergas dan Langsing perlu


ditangguhkan dalam tempoh PKP bagi mematuhi SOP semasa.

(b) Mesyuarat bersetuju:

(i) dengan perkara-perkara yang maklumkan oleh YBrs Tuan


Pengerusi di Para 1.2 (3) (a); dan

(ii) supaya BKP menyusuli perkara di Para 1.2 (3) (a)(iii).

Tindakan:
PKP

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Pengurusan Utama AADK Bil. 5/2021 yang telah diadakan pada 3
Mei 2021 disahkan tanpa sebarang pindaan.
Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Jadual Cuti Perayaan

Mesyuarat mengambil maklum:

4
SULIT
SULIT

(i) bahawa Jadual Cuti Perayaan bagi Hari Raya Puasa, Pesta Keamatan dan
Hari Gawai telah diperoleh daripada semua Bahagian/Unit Ibu Pejabat dan
semua PTJ. Jadual cuti yang diselaraskan tersebut telah diangkat untuk
makluman YBrs. Ketua Pengarah pada 11 Mei 2021. BKP juga telah
membuat tindakan susulan menghubungi beberapa Pengarah
Bahagian/Ketua Unit/Pengarah Negeri/Pengarah PUSPEN untuk membuat
pindaan pada jumlah hari permohonan cuti rehat sebagaimana yang
telah diarahkan oleh YBrs. Tuan Ketua Pengarah; dan

(ii) bahawa Unit Integriti (UI) telah membuat hebahan e-mail kepada semua
pengarah PTJ dan hebahan LENSA INTEGRITI AADK BIL. 10/2021-
Rentas Negeri tidak dibenarkan pada 5 Mei 2021. Sekiranya terdapat
pegawai atau kakitangan yang membuat pergerakan merentas negeri tanpa
kebenaran dan telah dikenakan kompaun, tindakan tatatertib boleh
dikenakan terhadap pegawai dan kakitangan tersebut.

Makluman

3.2 Maklum Balas Mesyuarat

Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua Pengarah Bahagian dan Ketua


Unit telah mengambil tindakan berkaitan teguran YBrs Tuan Pengerusi dan
memastikan maklum balas yang disediakan adalah jelas dan dijawab secara
tepat.
Makluman

3.3 Hari Antidadah Antarabangsa

(a) Mesyuarat mengambil maklum:

(i) bahawa Bahagian Pencegahan (BPC) telah mengadakan Mesyuarat


Persediaan Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa (HADA)
bersama dengan Unit Antarabangsa pada 4 Mei 2021;

(ii) akan penjelasan Unit Antarabangsa mengenai program-program


yang telah dilaksanakan oleh negara-negara lain bersempena
sambutan International Day Against Drugs and Illicit Trafficking yang
disambut pada 26 Jun 2020 sebagai rujukan perancangan program
bagi sambutan pada tahun ini;

(iii) bahawa UMKK dan Bahagian Pencegahan (BPC) perlu menyelaras


program-program pendidikan pencegahan melalui platform media
sosial AADK dan dilaksanakan secara berterusan;

5
SULIT
SULIT

(iv) bahawa jemputan bagi penceramah dan peserta program webinar


Drugs Treatment Training For Asean Member States dikeluarkan
pada minggu hadapan;

(v) bahawa Perutusan Ketua Pengarah AADK sempena HADA 2021


digugurkan agar tiada kekeliruan berlaku memandangkan sebelum ini
sudah ada Perutusan Ketua Pengarah bersempena HADAK 2021;
dan

(vi) bahawa mulai tahun 2021, International Day Against Drugs and Illicit
Trafficking sudah mula disambut oleh Malaysia bermula seawal
Program HADAK 2021 pada 19 Februari 2021 yang lalu dengan
pengisian beberapa program yang diakhiri dengan program berkaitan
HADA pada 15 Julai 2021. Kesemua program HADAK dan HADA ini
perlu dilaksanakan bersekali dan diselaraskan oleh Bahagian
Pencegahan.

(b) Mesyuarat bersetuju supaya PC, UA dan UMMK menyusuli tindakan-


tindakan di Para 3.10 (a).

Tindakan:
PC, KUA dan PRO AADK

3.0 PEMBENTANGAN KERTAS PEMBENTANGAN

3.1 Pembentangan Kertas Pertimbangan 1: Cadangan Pelaksanaan Mobile


Unit Rawatan dan Pemulihan

(a) Mesyuarat mengambil maklum:

(i) akan pembentangan Cadangan Pelaksanaan Mobile Unit Rawatan


dan Pemulihan oleh Puan xxx, Pengarah xxx. Slid pembentangan
seperti di Lampiran xxx;

(ii) bahawa terdapat permintaan daripada klien untuk AADK


memperluaskan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadaj secara
in situ di premis klien;

(iii) akan pandangan xxxxx;

(iv) akan pandangan xxxxx;

6
SULIT
SULIT

(v) akan penjelasan xxxxx; dan

(vi) bahawa MPP dipohon untuk mempertimbangkan syor-syor berikut:

(1) xxxx
(2) xxxx
(3) xxxx
(Nota: syor hendaklah sama seperti di Kertas Pertimbangan)

(b) Mesyuarat bersetuju dengan syor di para 3.1 (a) (vi).

Tindakan:
xxxx

3.2 Pembentangan Kertas Makluman 1: Laporan Kemajuan Program


Penghijauan KBT Penagihan Dadah Tahun 2021

Mesyuarat mengambil maklum:

(i) akan pembentangan Laporan Program Kemajuan Penghijauan KBT


Penagihan Dadah Tahun 2021 oleh Tuan xxx, Pengarah xxx. Slid
pembentangan seperti di Lampiran xxx;

(ii) bahawa kemajuan pelaksaaan program .....; dan

(iii) bahawa ......


Makluman

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 Sanitasi Pejabat Blok B

Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan PKP bahawa berikut seorang


kakitangan disahkan positif Covid-19, Pejabat Blok B telah disanitasi secara
dalaman dan kemudiannya akan disusuli sanitasi oleh pihak Bomba pada hari
Jumaat.
Makluman

4.2 Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

(a) Mesyuarat mengambil maklum bahawa SKT AADK masih belum lagi
mencapai sasaran 100 peratus. Pada masa ini, pihak KDN sedang
memantau pencapaian pengisian SKT semua jabatan dan agensi.

7
SULIT
SULIT

Sehubungan itu, semua Pengarah dan Ketua Unit diminta untuk mengambil
tindakan melengkapkan pengisian SKT di Bahagian/Unit masing-masing
bagi mencapai sasaran 100 peratus selewat-lewatnya pada hari Jumaat
minggu hadapan dan pencapaiannya perlu dilaporkan oleh BKP pada MPU
yang akan datang.

(b) Mesyuarat bersetuju supaya semua Pengarah dan Ketua Unit mengambil
tindakan melengkapkan pengisian SKT di Bahagian/Unit masing-masing
bagi mencapai sasaran 100 peratus selewat-lewatnya pada hari Jumaat
minggu hadapan dan pencapaiannya perlu dilaporkan oleh BKP pada MPU
yang akan datang.

Tindakan:
Semua Pengarah Bahagian
dan Ketua Unit

4.3 Pematuhan Garis Panduan PKP 3.0 AADK

Mesyuarat mengambil maklum akan peringatan YBrs. Tuan Pengerusi bahawa


semua perkhidmatan AADK perlu diteruskan dan tidak boleh terjejas semasa
tempoh PKP dan penguatkuasaan BDR. Pada masa yang sama, semua warga
AADK perlu diingatkan sepanjang masa untuk sentiasa mematuhi semua garis
panduan dan SOP berkaitan pencegahan wabak Covid-19 kerana kes-kes positif
di kalangan warga AADK didapati telah mengganggu dan menjejaskan
perkhidmatan AADK.
Perhatian:
Semua Ahli Mesyuarat

5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.25 petang dengan ucapan terima kasih daripada
YBrs. Tuan Pengerusi.

8
SULIT
SULIT

Disediakan oleh:

_______________________________
Nama
Jawatan

Tarikh : xxx

Disemak oleh:

________________________________
Nama
Jawatan

Tarikh : xxx

Diluluskan oleh:

________________________________
Nama
Jawatan

Tarikh : xxxx

9
SULIT

You might also like