Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Daripada : kamal_kamruddin@yahoo.

com

Kepada : yusuf001@gmail.com

Subjek : Ciri-ciri Sekolah Selamat

Yusuf

Apa khabar? Saya harap kamu dan keluarga sihat-sihat belaka. Semenjak saya berpindah ke
sekolah baharu, kita jarang bertemu. Merujuk kepada e-mel saudara, saya akan menceritakan ciri-
ciri sekolah selamat.

Antara ciri sekolah selamat ialah pihak sekolah mestilah menyediakan alat pemadam api di
tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah. Hal ini demikian kerana kebakaran dapat
dielakkan daripada merebak ke bangunan yang lain sekiranya berlakunya kebarakan. Guru-guru
dan murid-murid perlu diberi pendedahan tentang pengunaan alat pemadam api. Menurut rakan
saya di sini, setiap tahun pasukan bomba akan datang ke sekolah saya untuk melakukan
demonstrasi latihan kebakaran. Semasa latihan tersebut, pihak bomba akan menunjukan cara
menggunakan alat pemadam api dengan betul.

Selain itu, ciri sekolah selamat ialah fizikal sekolah perlu berada dalam keadaan yang baik. Hal ini
demikian kerana, semasa murid menggunakan tandas, lantai perlu berada dalam keadaan kering
dan selamat untuk digunakan agar murid tidak tergelincir. Seterusnya, lantai bilik darjah perlulah
berada dalam keadaan yang selamat. Contohnya, lantai bilik tidak berlubang. Kesannya, sekiranya
lantai berlubang murid akan terjatuh atau tercedera. Pendawaian elektrik di dalam kelas perlu
berada dalam keadaan yang baik. Contohnya wayar tidak berjuntai sehingga mengancam nyawa.

Saya berharap kamu telah mendapat ilmu tentang sekolah selamat. Sekiranya sekolah kita
selamat, kita dapat belajar dengan lebih selesa. Saya akan menantikan balasan e-mel daripada
kamu.

Sahabatmu,

Kamal Kamaruddin

(204 patah perkataan)

You might also like