Empowering

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Perkakas wanita dalam perniagaan sosial

Pada mulanya, hanya golongan lelaki sahaja yang akan keluar mencari wang
dengan melakukan pelbagai pekerjaan dalam pelbagai bidang seperti berniaga. Namun
begitu, sejak akhir-akhir ini, semakin ramai golongan wanita yang mula menceburikan diri
dalam bidang perniagaan sosial. Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Banci Penduduk
& Perumahan Malaysia 2020, penyertaan wanita dalam bidang ekonomi meningkat dari 37.2
peratus pada tahun 1970 kepada 46.7 peratus pada tahun 1990. Gunatenaga wanita juga
telah bertambah dengan banyaknya dalam sektor pembuatan terutamanya dalam sector
tekstil dan elektronik. Pada tahun 2017, penduduk yang bekerja di Malaysia terdiri daripada
9.5 juta Wanita dan 9.8 juta lelaki. Ini menunjukkan trend penurunan jangka panjang dalam
KPTB(kadar penyertaan tenaga buruh) lelaki dan trend peningkatan bagi wanita. Dalam
tempoh 2010 hingga 2017, KPTB lelaki kekal stabil sementara KPTB wanita meningkat
sebanyak 8.0 mata peratusan dari 45.5% kepada 53.5% iaitu Sembilan kali lebih tinggi
daripada kenaikan 0.9 mata peratusan direkodkan dalam tempoh 1995 – 2010.

Penglibatan wanita dalam aktiviti ekonomi juga membolehkan isi rumah keluar
daripada garis kemiskinan. Berdasarkan kajian, dalam 32 kes keluarga dimana isteri terlibat
dalam kegiatan ekonomi, peratusan kemiskinan mula menurun dari 9.4 peratus kepada 3.1
peratus. Kesimpulannya, penglibatan wanita dalam kegiatan ekonomi membantu dalam
meningkatkan pendapatan isi rumah.

Statistik di atas dapat dibuktikan dengan bilangan wanita bekerjaya dan mempunyai
peerniagaan sendiri yang semakin bertambah saban hari. Contohnya, Syafiqah Aina iaitu
pengasas kepada AINAA Beauty. Wanita-wanita yang bekerjaya inilah yang akan membantu
wanita lain untuk berjaya dalam kerjaya mereka Wanita zaman ini juga semakin ramai yang
berdikari dalam menjaga keluarga dan mempunyai simpanan tersendiri.

You might also like